Paparan Paling Seksi Sakti | Skrin 1280 x 800 | Browser Mozilla Firefox | OS Ubuntu Linux

FIDE WOMENS WORLD CHESS CHAMPIONSHIP 2017 (TEHRAN)

Thursday, July 21, 2016

PERTANDINGAN CATUR ATAS-TALIAN PIALA BUDDYZ 2016

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera

BuddyZ Group dengan sukacitanya menganjurkan Pertandingan Catur Atas-Talian Piala BuddyZ Edisi Pertama 2016!

Pertandingan ini diadakan di laman web catur terkenal Chess.com. Sebagaimana Tournament lain yang ada di laman web tersebut, penganjuran pertandingan catur Piala BuddyZ ini mempunyai kelainan/keunikan dimana ianya dimeriahkan lagi dengan adanya sumbangan berupa Hadiah (Gift) Keahlian Premium Bulanan Chess.com selama SEBULAN (1 Bulan) masing-masing bagi pemenang tempat Pertama hingga Ketiga tajaan BuddyZ Group dan Rakan.

Berikut merupakan butiran pertandingan (gambar), beberapa perkara berkaitan Terma dan Syarat dan Soalan Popular di ruangan Komen (di bawah atau di laman pertandingan).

Laman Utama Pertandingan

(klik) SERTAI SEKARANG (klik)


TERMA DAN SYARAT

UMUM
1. Pertandingan ini menggunakan kaedah penganjuran Daily Tournament yang biasa digunakan di Chess.com dan ianya adalah sebagaimana yang ia telah disediakan ("as it").

2. Pihak penganjur berhak untuk memutuskan apa-apa tindakan yang perlu yang berkaitan dengan penganjuran khususnya Hadiah. Keputusan pertandingan dan penganjur adalah muktamad.

Sokongan Bantuan
https://support.chess.com/customer/en/portal/topics/620388-tournaments/articles


PENYERTAAN
1. Terbuka kepada warga Malaysia.

2. Terhad kepada 50 peserta/pemain.

3. Yuran: TIADA! Anda hanya perlu ada akaun di Chess.com!
Nota: Perlu telah bermain minimum 10 permainan Online Games dan Maximum Timeout Percentage = 10% (10% dan kurang boleh sertai)

4. Akaun-Pelbagai (Multiple Account) adalah tidak dibenarkan. Sekiranya didapati, penyertaan akan digugurkan.

5. Dengan menyertai pertandingan ini, maka peserta telah membaca dan bersetuju dengan Terma dan Syarat yang terkandung yang dikemaskini oleh penganjur.


PENIPUAN
1. Sekiranya pemain merasakan lawan telah melakukan penipuan atau mana-mana kesalahan lain yang berkaitan dengan permainan, pemain hendaklah terus melaporkannya kepada pihak Chess.com

2. Pemain yang didapati melakukan kesalahan ini akan ditutup akaun oleh Chess.com dan seterusnya digugurkan penyertaan.


HADIAH (GIFT)
(kemaskini: tambahan hadiah pada 1 Ogos)

JUARA
Keahlian Premium BERLIAN Bulanan (Monthly DIAMOND Membership) 
selama SEBULAN (1 Bulan)

NAIB JUARA
Keahlian Premium PLATINUM Bulanan
selama SEBULAN (1 Bulan)

KETIGA
Keahlian Premium PLATINUM Bulanan
selama SEBULAN (1 Bulan)

KEEMPAT
Keahlian Premium PLATINUM Bulanan
selama SEBULAN (1 Bulan)

KELIMA
Keahlian Premium PLATINUM Bulanan
selama SEBULAN (1 Bulan)

HADIAH KHAS - BEST UPSET
Keahlian Premium EMAS Bulanan
selama SEBULAN (1 Bulan)

Maklumat lanjut tentang Keahlian Premium - KLIK
Semua Hadiah adalah tajaan BuddyZ Group dan Rakan (Anon)


1. Setelah pemenang ditentukan, pihak penganjur (TD) akan menghubungi setiap pemenang.

2. Gift adalah sebagaimana yang ia telah disediakan ("as it").


Situasi Khas
3Ai. Sekiranya pada masa dihubungi, pemenang telahpun mempunyai Keahlian Premium, bergantung kepada maklumat Keahlian Premium tersebut dan pertimbangan nilai Gift - yang mana lebih berbaloi, Gift tersebut akan diberikan kepada pemenang tempat seterusnya.

3Aii. Sekiranya pemenang adalah dalam kalangan Titled Player yang sudah mendapat Keahlian Premium Seumur Hidup dari Chess.com, maka Gift tersebut boleh diberikan kepada mana-mana peserta (akaun) lain yang menyertai Piala BuddyZ ini atau kepada peserta tempat seterusnya.

Penganjur akan berhubung kepada pemenang dan urusan ini adalah tertakluk kepada budi bicara dan kata sepakat kedua belah pihak.

3B. Sekiranya pemenang memaklumkan kepada penganjur tidak inginkan Gift tersebut, atau tiada maklum balas berhubung urusan pemberian Gift daripada pemenang (dalam tempoh 14 hari setelah dimaklumkan), maka Gift tersebut akan diberikan kepada pemenang tempat seterusnya.

Contoh situasi:
Juara - Ananda
Naib Juara - Bobbi
Ketiga - Carlsent
Keempat - Dapablanca

1. Ananda sudah mempunyai Keahlian Premium Berlian Setahun, maka Gift bagi Juara akan diberikan kepada Bobbi, Gift bagi Naib Juara akan diberikan kepada Carlsent dan Gift bagi Tempat Ketiga akan diberikan kepada Dapablanca.

2. Bobbi memaklumkan tidak inginkan Gift-nya. Maka, Gift tersebut akan diberikan kepada Carlsent dan seterusnya.


Dicatat pada: 21 Julai 2016


(klik) SERTAI SEKARANG (klik)

Dengan menyertai pertandingan ini (klik JOIN), maka peserta telah membaca dan bersetuju dengan Terma dan Syarat yang terkandung yang dikemaskini oleh penganjur. 


Semoga penganjuran pertandingan catur yang julung-julung kali diadakan ini dapat berjalan dengan baik, meriah dan menghiburkan!

FAIR PLAY, ALL THE BEST AND HAVE FUN EVERYONE!
GENS UNA SUMUS! ;D



SOALAN POPULAR


Kemasan Terakhir: