Paparan Paling Seksi Sakti | Skrin 1280 x 800 | Browser Mozilla Firefox | OS Ubuntu Linux

FIDE WOMENS WORLD CHESS CHAMPIONSHIP 2017 (TEHRAN)

Saturday, January 17, 2009

Boikot & Demonstrasi: Berkesankah?

 
1) Boikot.

Berdasarkan beberapa risalah yang sampai kepada aku, ada beberapa item yang sama-sama di suruh boikot, ada yang tidak. Ini boleh menimbulkan kekeliruan. Jika kita ingin mengambil jalan memboikot keseluruhan produk2 Amerika, ia memang memberikan impak kepada ekonomi Malaysia sebab Malaysia antara rakan dagangan Amerika yang terbesar (dulu kesepuluh kah aku dengar. Uhu).


Bila meneliti, terlalu banyak barang2 yang punya kaitan dengan Amerika-Zionis. Samada ia terang2an memberikan 'derma ihsan' kepada Zionis seperti McDonald @ secara tidak langsung. Siapa tahu walaupun jenama / syarikat produk tu tidak disenaraikan, mungkin ia memberi juga 'derma ihsan' tu.


Ia sama seperti kita. Kita beli macam2 benda dan seterusnya kita tidak pasti ke mana duit kita disalurkan.


Jadi, ada beberapa pendekatan boikot yang dicadangkan dan diambil. Diperingkat Nasional, ialah usaha untuk melemahkan penggunaan nilai matawang Dollar Amerika dalam setiap urusniaga. Diperingkat bawahan pula, yang tidak mampu untuk memboikot semua barangan itu, maka sekurang2nya kita memboikot produk2 yang kalau kita boikot, hanya selera nafsu sahaja yang kerugian. Benda2 ni, kita boleh cari alternatifnya.


Tidak mampu boikot semua, boikotlah sepenuhnya barang2 ni. Benda2 ni bukan keperluan utama seharian kita melainkan kita yang utamakan / jadikan gaya hidup. Benda2 ni ada alternatifnya.


1. Coca Cola - Pepsi (Diorang da bergabung kan..)
2. Nestle: Kit-Kat
3. Nestle: Maggi
4. McDonalds
5. Starbucks Coffee
6. Colgate
7. Johnson-Johnson



Benda2 lain, yang berjenama tinggi & mahal macam Intel (processor), Boss, L'oreal & lain2..(perlu boikot)


Kalau yang biasa2 pula, macam Kotex, Danone..(perlu boikot)


Dulu, KFC & Burger King pernah masuk dalam senarai boikot. Tapi, dalam semua risalah terkini yang aku dapat, tiada pula disenaraikan. Malah dengar khabar, KFC di Malaysia da orang Malaysia ambil alih. Entah betul, entah tidak.


Lagi persoalan mengenai boikot, ialah keberkesanannya. Jawapanku, mudah ja. Selagi lemah langkah yang di ambil, selagi tu lah impaknya tidak besar. Katakan kerajaan bertegas, halang 7 item yang disenarai tadi (tidak masuk Malaysia), rakyat tidak akan beli. Jadi mereka (empunya bisnes) akan rugi. Bila kerajaan larang, kerajaan perlu buat sesuatu supaya 'kekosongan' item2 tu ditampung. Kekosongan ni termasuklah kebergantungan orang awam seperti pekerjaan dan gaya hidup. Bagi kerajaan pula, cukai.


Jadi, boikot ni sebenarnya usaha semua pihak secara menyeluruh. Kita boleh ambil satu kenyataan umum macam ni:- Kalau ada seorang yang tidak turut sama memboikot tu, usaha boikot beranjak sedikit menjadi kurang berkesan. Dan bila ada seorang yang turut sama ikut memboikot, usaha memboikot beranjak sedikit menuju menjadi berkesan.


Anda pilihlah samada mo menjadi pihak yang 'menggagalkan' @ menjadi pihak yang mencipta sejarah berjayanya (berhasilnya) boikot.


2) Demonstrasi.

Ini, sama juga macam boikot; ada yang setuju, ada yang tidak. Dah panjang bebel pasal boikot, aku cuba ringkaskan yang demo ni.


Demo, betul tidak mampu mengubah apa2 terhadap situasi di Palestin. Perang jawapannya perang. Pejuang Hamas hanya menunggu masa sahaja supaya askar Israel masuk jauh ke dalam Gaza. Kemudian, menyerang ala2 gerila. Yang nyata, Israel memang 'takut2' (tu pakat dengan Amerika) sebab diorang berperang untuk terus dapat hidup sedangkan pejuang Hamas / Palestin berperang untuk mati.


Jadi, antara usaha askar Israel untuk melemahkan kekuatan & pertahanan pejuang2 ini, mereka bunuhlah sesuka hati sesedap rasa orang2 awam. Apa kes p serang kanak2, wanita & orang tua? Angkat bendera putih pun kena bom / tembak. Ini, serangan psikologi serba sedikit. 'memanas2kan' pejuang2 supaya keluar menyerang berdepan. AK47 vs M16 + kereta kebal, dah boleh agak pa kesudahannya..


Kita tidak menghantar misi ketenteraan di sana kerana banyak faktor. Antara sebabnya, Malaysia merupakan anggota NAM (Non-Alligned Movement) dan kekuatan ketenteraan yang...em kamu fikir sendirilah. Beli helikopter ni, jatuh terhempas ja jadinya. Uhu


Jadi demo, penting supaya menyedarkan masyarakat kita. Terutamanya yang Muslim. Ini melibatkan akidah muslim. Muslim disatukan, disaudarakan dengan ikatan akidah ini. Apa usaha kita untuk membantu mereka? Kita sedarkah juga yang suatu masa nanti, kita akan di soal apa peranan kita dalam membantu mereka? Marilah kita sama2 beringat, akan cerita seekor burung kecil yang terbang jauh membawakan air di dalam paruhnya semata2 ingin membantu memadamkan api besar yang ingin membakar Nabi Ibrahim a.s.


Jadi, aku tidak berapa hairan kalau seorang non-muslim menulis artikel "Who cares about Gaza? Not me.." di Malaysiakini. Sebab, persoalan akidah (walaupun isinya nampak bernas). Dia ada kepercayaan kah kena soal-siasat pa yang telah diri lakukan semasa hidup di dunia?


Yang menyedihkan, bila muslim sendiri yang nampak lebih tidak peduli. Kebanyakan saluran  elektonik lebih kepada promosi hiburan, hiburan, hiburan. Kalau aku tanya siapa calon2 dalam final Anugerah Juara Lagu yang ke-23 nanti, emm..ramai yang sukarela menyumbang tenaga untuk menjawabnya. Sanggup call, mesej sana sini berkongsikannya.


Tidak berharap sangat dengan saluran2 tadi, maka dibuatlah demo. Ada mana2 TV / Radio yang menyatakan apa senarai2 barang yang perlu diboikot? Paling2 pun, beritalah.


Turun p tengok demo pun, jadilah walaupun kita rasa x biasa / menjerit2. Aku turun demo, tak buat apa2. Dengar ja pa yang diorang jeritkan, dah wat aku rasa menangis macam ditinggalkan kekasih. Rasa lebih feeling berbanding tengok laporan2 berita d TV. Percaya / tidak, cubalah turun berdemonstrasi.


Dari situ, mudah2an ada kesedaran yang utuh. Sedar yang kita masih belum lagi ditimpa ujian seperti mereka di Palestin. Sedar yang ummah terlalu lemah. Kesedaran yang utuh, untuk memajukan diri demi Agama, Bangsa dan Negara.


Maaf kalau terlalu panjang. Tetiba pula banyak idea mencurah2...

Friday, January 16, 2009

Boikot berstrategi- Ambil & Edar




Tumpukan boikot barangan2 ini, BERMULA 12/01/09 - 12/06/09. Sasaran, lumpuh!. Pos di Blog anda!

Rujukan:- http://nurilhakim.blogspot.com/

"Nasi lemak, nasi lemak yang sangat berkualiti..."


Tentu ramai yang kehairanan akan pilihan tajuk pos kali ni. Adakah aku dah menjadi seorang promoter?

Bagi rakan-rakan di UMS (yang lelakilah. yang perempuan, nda tau pula), tentu ayat ini biasa kedengaran dimalam hari. Dalam 2-4 hari, mereka akan datang mengetuk pintu (pelanggan 'setia' bagi mereka) dan melaung-laungkan jualan langsung mereka. Uniknya, perniagaan ini dijalankan diwaktu malam, menuju dari satu bilik ke satu bilik, dan terdiri daripada beberapa kumpulan. Produk lebih kurang sama, cuma berbeza daya tarikannya.

Aku pernah 'menemu ramah' mereka setiap kali datang ke bilik. Nasi lemak merupakan pilihan utama selain kuih-muih. Harganya, memang murah tetapi bagi nasi lemak macam kurang berpatutan. 5x suapan pun (bukan hukuman rasuah ya..) sudah boleh menghabiskannya. Mungkin, secara tidak langsung mereka 'mengajar' kita supaya berhenti makan sebelum kenyang, dan mengamalkan perbelanjaan yang berhemah. Emm, menarik..

Situasi ini, memang kena pada masanya ditengah-tengah 'kegawatan ekomoni' sebahagian besar pelajar-pelajar UMS. Ianya berkait rapat dengan isu PTPTN yang belum dimasukkan lagi. Punca utamanya, 'kecelaruan pengurusan'. Itu, di awal-awal semester. Lagi, perniagaan ini juga 'beroperasi' di hujung-hujung semester. Masakan tidak, ramai lagi yang berjimat cermat untuk memastikan diri dapat pulang ke rumah masing-masing bercuti. Jimat punya cerita, cerita lain pula boleh terdedah.

Cerita apa pula yang terdedah itu? Sebenarnya, ia belum terdedah lagi. Maksudnya, belum menjadi hangat sehangat isu PTPTN. Aku tidak memandang serong atau sinis akan usaha mereka ini. Usaha mereka ada kewajarannya (keperluan) dan suatu alternatif bagi mereka yang kesempitan dan ingin berjimat cermat atas pelbagai sebab. 

Ada yang makan di kafe sekali sehari sahaja. Kemudian, malamnya membeli makanan-makanan ini. Sudah tentu ianya menjimatkan wang. Lagi, mungkin ada yang tidak sempat atau berselera makan di kafe (sebab lauk habis / lain-lain) atau memasak 'megi' (muak sudah). Maka, mereka meminta roomate menempah makanan ini untuk mereka.

Jadi, apa masalahnya? Apa yang tidak kena? 

Pertama sekali yang perlu difahami, ini merupakan pandangan peribadi. Aku tidak pernah menyuruh sesiapa pun supaya terus ikut atau mengambil intipatinya melainkan aku suruh supaya fikirlah ia dengan baik dan mendalam. Mungkin sebelum ini, ada yang tidak menyedarinya.

Baik, mari kita selusuri dua kemungkinan yang sempat difikirkan (tolong fikir).

1) Urusniaga ini ada yang diurus oleh sekumpulan pelajar seluruhnya, dan ada yang guna 'orang luar'. Maksudnya, ada perkongsian modal dan keuntungan dikalangan mereka. Kadang-kadang, yang datang menjual itu kita kenal, kenal sikit-sikit, kawan kita kenal, kawan kepada kawan dan lain-lain. Ada juga yang langsung tidak kita kenal. Entah pelajar, entah orang luar.

Jika kita cuba untuk bertanya lanjut mengenai bisnes mereka ini (siapa yang urus), mereka akan menjawab "Oh ada kawan di IP yang kongsi, tolong buat. Kami tolong jual ja..". "Oh ni kawan punya. Saya ikut-ikut saja jual. Ambil komisyen..". Jawapan ini akan berubah sedikit setiap kali disoal. Mungkin sebab mereka terdiri dari banyak rakan kongsi (bos utama). Malah, persaingan mereka juga dikhabarkan sengit (terutamanya bagi produk nasi lemak..). Ini menyebabkan strategi perniagaan mereka sering bertukar-tukar daya penariknya supaya kurang sangsi. Ada juga nasi lemak yang dibungkus dengan benda yang berisiko tinggi menyebabkan kanser.

Jadi, apa masalahnya?

Masalahnya ialah, jika berlaku apa-apa ekoran dari memakan makanan-makanan ini, siapakah yang boleh kita pertanggung-jawabkan? Dengan identiti yang mudah untuk 'dilenyapkan', kita akan menyesal dan kerugian. Mahu salahkan kafe lagi kalau si kawan cirit?

2) Masa operasi perniagaan ini hanya aktif diwaktu malam. Malah, ada yang hingga jam 11 malam ke atas. Berdasarkan produk yang dijual, cuba kita kaitkan dengan masa pembelian dan masa kita memakannya. Beli nasi lemak, mesti kita terus makan lepas beli. Kalau beli 11 malam, ia macam sudah jadi sarapan walaupun sebenarnya kita belum makan malam.

Yang menjadi tanda tanya, adakah jangka masa itu bersesuaian untuk kita memakan makanan yang berlemak tinggi (dah nama pun nasi lemak)? Mungkin tidak ketara bagi kuih-muih sebab ianya boleh disimpan lebih lama. Waktu malam dari sudut kesihatan, kita tidak digalakkan memakan banyak bahan-bahan makanan terutamanya yang terdiri daripada karbohidrat dan protein. Apa lagi kalau yang berlemak tinggi. Waktu malam merupakan waktu rehat bagi badan. Kalau di waktu siang makan banyak (sedikit), wajarlah sebab badan bergerak aktif.

Menjaga kesihatan samalah seperti mengurangkan risiko-risiko untuk mendapat penyakit dan sakit.

Aku harap ini mendapat perhatian JAKMAS yang terbabit supaya bersedia berbuat sesuatu atau menghadapi sesuatu.

Menjaga kebajikan punya perspektif yang luas. Menjaga kebajikan bukan sahaja dengan 'mengaktifkan' residen dengan bermacam-macam program yang kebiasaannya tidak dipedulikan sangat pun oleh residen, supaya turun-datang ke program atau terkejar-kejar menguruskan aktiviti-aktiviti yang bersifat 'bermusim' dalam suasana sekarang..tetapi juga isu-isu sepi seperti masalah kemudahan asas dan penguatkuasaan kepada apa yang telah termaktub di dalam buku peraturan / yang telah dipersetujui bersama pihak pengurusan.

Wednesday, January 14, 2009

Latihan Industri-2


Syukur alhamdulillah, ni antara pilihan tempat LI aku yang da maklum maklumbalasnya. Ni yang pertama keluar. Pilihan pertama bah tu. 

Nanti cerita panjang lagi. Ada kelas ni 10 - 12 tengahari nanti. Pastu, 2 - 4 petang. 

Broadband 'gantung' sebab masalah cuaca & bil. Uhu..

Sunday, January 11, 2009

Tahun baru, suasana lama-3: Kuliah pertama

Minggu depan merupakan minggu ketiga sesi akademik berlangsung. Namun, kuliahku baru bermula minggu ni. 

Semester yang akhir ini, cuma ada empat kuliah yang perlu datang. 

Minggu lepas, cuma ada tiga kuliah ja yang ada. Dua teras program dan satu minor.

Selasa yang lepas ialah hari kuliah yang pertama. Kuliah teras program.

Semangat dan gembira melangkahkan kaki untuk datang.  

Mungkin berasakan inilah pengalaman terakhir datang kuliah di awal semester. 

Tirai pembukaannya perlu dibuat sesuatu yang dapan terus menyuntik semangat untuk melalui hari-hari berikutnya.

Aku cuba bersiap-siap seawal yang boleh. Kuliah mula 10 pagi. 9:30 pagi sudah mula bergerak keluar dari bilik.

Keperluan yang ingin dibawa disiapkan dan semuanya baru-baru belaka.

Ada yang baru dibasuh, ada yang baru dijumpai. Syukur, semuanya masih lengkap.

Kali ni, kena menunggu bas di luar simpang masuk kolej.

Bas tidak masuk ke dalam sebab ada kerja-kerja penyelenggaraan jalan raya.

Nampaknya pagi tu, aku terlewat juga sampai ke kuliah. Uhu. Sampai di BT, masih belum semua yang sampai pula.

Tunggu punya tunggu, sudah lebih 10:40 pagi, pensyarah belum juga sampai. 

Bosan menunggu, akhirnya kami keluar. Dengan segera aku mengambil bas untuk balik ke kolej. Lapar pula rasanya. Uhu

Sekitar 11 pagi, masa hampir da kat kafe, mesej fon berbunyi. 

"Salam, kuliah ada. Dr. xXx baru datang. Classmate yang keluar tadi masuk balik.."

Uhu, buat aku ketawa ja bunyinya. Tanya punya tanya kat si kawan tadi, pensyarah tu teruskan juga pula kuliah.

Argh, malas memikir, aku makanlah dulu. Lepas makan, baru datanglah balik.

Siap makan, masa tunggu bas balik ke sana, mesej bunyi lagi.

"Tak payahlah datang. Penat ja datang sebab kuliah mau habis da.."

Uhu, ya betul juga. Baru sedar yang jam sudah hampir ke tengahari.

Akhirnya, aku balik jelah bilik. Dalam hati, jumpa minggu depan jela. Ha2

Kuliah selasa tu, dengar kursusnya ja aku da rasa kurang minat. Sistem maklumat geografi dan permodelan sekitaran. 

Mesti tough punya. Uhu. Itu, hal yang pertama.

Kedua, pensyarahnya. Yang rasa macamni bukan aku seorang ja. Boleh kata semua coursemate camtu.

Kursus minor pula, Asas Keusahawanan. Hari rabu. Pensyarahnya, perempuan. Ok lah mengajar. 

Nda 'garang2' macam minor yang sebelum ni. Uhu. Ni minor terakhir. Yang ambil minor pakej Ekonomi pun ada sekali.

Kursus yang satu lagi, hari khamis. Pengurusan sisa pepejal dan toksik. Prof. Madya Dr. Piakong. Ketua program kami.

Mula-mula, rasanya macam tough juga. Tapi bila tengok handout yang dibagi, menarik. 

Tambah lagi bila Dr. bagi penerangan mengenainya. Tetiba aku jadi minat pula dengan skop kursus ni. 

Ada tiga fieldtrip. Yang rasa best, yang terakhir tu akan ke Labuan. Waa..

Sekarang, kursus Pengurusan sumber dan sekitaran ja yang belum tahu jadualnya dan siapa pensyarahnya. 

Harap-harap, aku jadi minat dan rasa best juga untuk kursus ni macam kursus pengurusan sisa tu.

GOOD LUCK MSS! ^_~ 


 



 

Saturday, January 03, 2009

Tahun baru, Suasana lama - 2


DEMONSTRASI: LANGKAH YANG KURANG BIJAK?

Dunia sekali lagi dikejutkan dengan tindakan biadap rejim Zionis-Israel. Tindakan ketenteraan dilancarkan oleh rejim ini ketika umat Islam seluruh dunia baru sahaja selesai menunaikan Ibadah Haji dan menyambut awal Muharram (Tahun Baru Hijrah).

Di sudut yang lain, juga wujud sedikit 'kejutan' di mana sebahagian besar badan-badan utama dunia seperti PBB, lambat dalam memberikan tindakan yang wajar lagi berkesan. Israel seringkali diberitakan bersikap sombong dan angkuh untuk melakukan gencatan senjata dengan pihak berkuasa Palestin.

Di Malaysia juga punya kejutan yang tersendiri. Akhbar maya arus perdana terutamanya HarakahDaily.net sering melaporkan maklumbalas mengenai situasi perang di sana. Rayuan bantuan kemanusiaan dan ajakan untuk bersama-sama turun berdemonstrasi kembali menjadi slogan.

Dan dalam edisi kali ini, saya tertarik untuk memberikan sedikit pandangan mengenai pendekatan yang diambil oleh sebilangan orang iaitu mengadakan atau turun berdemonstrasi.


-----


Hari ini saya membaca mana-mana tulisan baru dari laman blog kenalan yang ada.

Saya terlihat satu pos / entri baru dari Presiden PMUMS 08/09 mengenai pendirian beliau berhubung isu ini. link Tajuknya menarik perhatian saya dan seterusnya saya nukilkan di sini untuk sorotan bersama.

Pertama sekali, saya mengucapkan tahniah di atas keberanian beliau memberikan respon. Mungkin ini bolehlah dikira sebagai suatu pendirian PMUMS 08/09 mengenai kekejaman Israel. Saya teringat, kalau saya tidak silap, PMUMS 06/07 juga ada menyatakan pendirian mengenai kekejaman Israel. Rasanya ketika konflik Zionis-Hizbullah berlaku. PMUMS 06/07 mengadakan demonstrasi bersama mahasiswa dalam menunjukkan reaksi dan semangat mereka untuk mengutuk sebarang perilaku kejam-zalim dan dalam masa yang sama melahirkan rasa simpati-terharu mengenang nasib saudara-saudara se-agama atau se-manusia di sana.

Persoalannya, wajarkah kita (dalam konteks mahasiswa) mengadakan demonstrasi atau turun menyertai mana-mana perhimpunan anjuran pihak-pihak yang tidak bersifat keuntungan atau peribadi?

Untuk mengupas isu ini secara jelas dan tuntas, ianya memerlukan perbahasan yang agak panjang demi cubaan memberikan pemahaman satu-persatu.

Di dalam penulisan ini, saya fokuskan di dalam aspek-aspek yang tertentu sahaja terutamanya skop alasan atau pendapat yang ada. Saya tidak menghurai panjang apa dia demonstrasi, asal-usulnya, dan tujuan-tujuannya dalam kes-kes yang tertentu.

Ada pihak yang menyatakan ianya suatu pendekatan yang kurang bijak dan sewajarnya tidak dilakukan oleh umat Islam khususnya. Ada juga yang menyokong. Malah, lebih ramai yang bersikap 'atas angin'. Antara sebab yang saya baca di dalam kenyataan blog yang saya sebutkan tadi ialah:-

1) Demonstrasi lebih mendatangkan kerugian berbanding keuntungan (hasil / kesan / faedah),

2)
Demonstrasi mengurangkan masa kita untuk melakukan ibadat memohon pertolongan Tuhan dan menitipkan doa buat mereka yang dizalimi,

3)
Demonstrasi mengurangkan masa kita untuk berfikir bagi membantu mereka di sana,

4)
Demonstrasi menyebabkan kita 'kebaziran' banyak perkara.

Sebelum mengulas lanjut, biarlah saya nyatakan dahulu apa reaksi saya selaku seorang warga di bawah kepimpinan PMUMS 08/09 berhubung kenyataan Presiden yang kami sayangi.

Saya menyokong sebahagian besar komentar beliau dan sebahagian lagi tidak. Bahagian yang tidak saya sokong itu, terbit kerana beberapa 'jawapan' kepada hujah isi di atas boleh dipertikaikan.

Saya rangkumkan semuanya sekali sebab-jawapan saya yang mengatakan ianya boleh dipertikaikan.

Jika seseorang itu memiliki sifat 'terlalu berkira', idea tersebut (demonstrasi lebih membawa kerugian dari keuntungan) memang bersesuaian dengannya. Mereka yang berdemonstrasi telah melakukan banyak pembaziran atau membazir banyak perkara menurut kacamata mereka.

Orang yang sanggup berkorban apa sahaja tidak kira masa dan suasana memang lumrahnya akan dilihat dari aspek ini - 'membazir'. Melalui pengorbanan inilah akan berhasilnya suatu kejayaan. Kejayaan itu, mungkin dinikmati oleh empunya diri semasa dia hidup ataupun setelah ia pergi. Umum menikmati hasil pengorbanannya itu. Yang pasti, di Sana, nikmat kejayaan akan dikecapinya.

Mereka yang turun berdemonstrasi pasti akan diselar dengan ayat "Buang masa sahaja...".

Saya sedikit bersetuju jika ia dimaksudkan pada demonstrasi-demonstrasi tertentu sebelum ini khususnya di Malaysia. Tidak dinafikan yang amalan berdemonstrasi di Negara kita ini kurang sedikit matangnya walaupun amalan ini wujud (dalam era kolonialisme) sebelum zaman merdeka lagi iaitu ketika warga Tanah Melayu menentang Malayan Union.

Di mutakhir ini, saya lihat beberapa acara demonstrasi membantah dan mengutuk kekejaman Zionis ini dilakukan selepas solat Jumaat atau lebih tepatnya waktu selang selepas masuk waktu zohor.

Dan perhimpunan ini diadakan di Masjid-masjid utama seperti di Masjid Negara, dan di Sabah pula ialah di Masjid Bandaraya (Likas) dan Masjid Negeri (Sembulan).

Sepatutnya, ini antara luangan masa yang sesuai pada kita untuk sama-sama 'merasai' kobaran semangat mereka yang boleh kita kategorikan sebagai 'Yang Kurang Upaya'. Masakan tidak, kita bukannya askar terlatih yang boleh dihantar ke sana bagi membantu tentera dan polis Palestin. Juga kita bukannya anggota kor sukarelawan atau perubatan dengan misi kemanusiaan yang mampu atau berpeluang ke sana.

Malaysia merupakan anggota Negara-negara Berkecuali (NAM) . Saya fikir, ini antara sebab yang menyebabkan tiadanya 'taring' sewaktu Malaysia mempengerusikan OIC.

Melalui acara demonstrasi ini juga, tidak mustahil langkah yang lain akan ditindakkan. Kita boleh turun bagi sama-sama menyedarkan masyarakat sekitarnya mengenai isu ini. Kita mempertingkatkan penulisan kita, kita wujudkan tabung bagi mengulur bantuan dan sumbangan. Ini sebenarnya mewujudkan warga yang bersikap peka dan bersifat 'sensitif' terhadap permasalahan isu-isu semasa dan sekitar kita.

Lalu, jika masyarakat punyai ciri-ciri ini, timbulkah lagi permasalahan "kurang berfikir untuk membantu.." itu?

Bukankah kita (Mahasiswa) akan kembali ke pangkuan masyarakat suatu hari nanti?

Jadi, melampau atau kurang bijakkah jika kita meluangkan sedikit masa dari seluruh masa yang ada dalam hidup kita untuk melakukan perkara ini? Adakah ia sesuatu yang sia-sia? (ini yang perlu lebih diperhalusi lagi. Maksudnya, melihat acara demonstrasi itu dengan lebih kritikal dan adil lagi)

Atau, kita ingin menjadi insan yang simpatinya tetap lahir di hati, tetapi 'terkurung' di dalam bilik atau di Masjid-masjid dengan hanya berterusan melakukan solat sunat hajat dan berterusan menadah tangan berdoa didalamnya?

Sesuatu perbuatan yang diniatkan ikhlas kepadaNya merupakan suatu Ibadah. Buatlah apa perkara sekalipun, asalkan ianya tidak bertentangan dengan suruhan dan laranganNya, atas dasar semata-mata keranaNya, ianya dikira sebagai suatu Ibadah.

Ini, apa yang saya baca dan faham dalam penulisan Mawaddah, risalah utama EXCO EKSAH MPPUMS. Kata-kata peringatan ini seringkali muncul di dalam risalah tersebut.

Dari pemahaman ini, kita akan dapati jika seseorang itu menulis sesuatu perkara demi perkongsian bersama semata-mata keranaNya, ianya suatu ibadah dan ada perkiraan ganjaran dan pahala baginya. Begitu juga jika kita ingin pergi ke CIMB Bank di kampus UMS dengan tujuan mengeluarkan sedikit wang untuk menderma atau membelanja kawan-kawan, diniatkan semata-mata keranaNya, ianya sudah dikira sebagai suatu ibadah.

Begitu juga jika kita ingin turun ikut berdemonstrasi dengan alasan dan niat yang saya sebutkan tadi, walaupun akhirnya tidak diizinkanNya, ianya sudah dikira sebagai suatu ibadah dan insya-Allah ada ganjaran dan pahala untuknya.

Justeru, terkurangkah masa-masa kita untuk melakukan ibadah memohon kepadaNya jika kita tidak melakukan ritual keagamaan tersebut?


-----


Akhirnya, saya tidak dapat mengelak dari mewujudkan beberapa kelemahan di dalam pandangan ini. Terutamanya, kurang mendalam aspek persembahan penerangan fakta dan hujahnya. Saya sudi dengan hati yang terbuka jika ada yang ingin memberi penambah-baikkan, menegur atau memberikan komen.

Saya juga, bukanlah 'penyokong setia' setiap aturcara demonstrasi ini. Ada yang boleh ikut, ada yang boleh untuk tidak ikut. Bergantung kepada tujuannya, aturcaranya, suasana, dan beberapa aspek lain lagi yang bersangkut-paut dengan pendirian atau peribadi masing-masing.

Dan bagi demonstrasi yang dilakukan oleh pihak-pihak yang berlatar-belakangkan agama atau kemanusiaan (kebajikan), mengenai pergolakan Palestin-Israel ini, saya menyokongnya. Cuma, perhalusilah had-hadnya. Kawallah diri.

Jika ada peluang lagi, apa kata kita cuba turun melihat sendiri demonstrasi-demonstrasi yang saya maksudkan.

Apapun, saya menyokong padu dengan seruan mengenai perbanyakkan doa dan tingkatkan penguasaan ilmu kita dewasa kini, dengan sedikit tambahan, lakukanlah sesuatu yang jauh lebih baik dan berkesan bagi jangkamasa pendek atau panjang dalam masa yang sama. Sekali lagi, dalam masa yang sama.

Tahun baru, Suasana lama - 1


Sebelum tirai 2008 melabuhkan tirai sepenuhnya, tirai yang diturunkan membawa banyak 'habuk' yang mampu melelahkan. Tirai 2009 yang dibuka pula berbau dan berwarna darah-merah di serata dunia. Mewarisi rentetan babak seterusnya dari episod-episod 'kerakusan' manusia-manusia yang bertuhankan hawa nafsu.

Pengganas sepanjang zaman - Zionis-Israel-Yahudi - mengganas lagi dengan lebih biadap dan angkuh-sombong. Tahun Baru 1430 Hijrah menjadi permulaan yang memilukan. Diberitakan, serangan yang dilakukan berkait rapat dengan isu situasi politik di Israel iaitu untuk meraih sokongan penduduk penempatan haram Yahudi di sana.

Dan di Negara kita Malaysia, masih sempat lagi mengadakan pesta (walaupun khabarnya dibatalkan) sempena Tahun Baru 2009 dengan harapan Negara kita akan terus aman, makmur dan sejahtera. Dan sekali lagi, banyak wang rakyat hasil perolehan dari cukai dan sebagainya dibazirkan.

Atas dasar kemanusiaan sejagat dan berkongsikan bumi yang tunggal ini, marilah kita semuanya memohon agar mereka yang dizalimi mendapat pertolongan dariNya dan yang menzalimi mendapat balasan yang jauh lebih teruk dari yang dizalimi.

Doa mereka yang tertindas dan dizalimi, tiadalah hijab baginya dalam doa yang dirintih dan dilaung-laungkan.

Bantulah mereka di sana sekudrat dan semampu yang boleh. Jika punya wang, sumbangkan. Jika punya kekuatan 'melobi' pihak-pihak yang bertangunggjawab supaya mampu mengusahakan sesuatu, usahakan. Paling kurang pun, kirimkan berkat sembahyang hajat (mengikut upacara keagamaan masing-masing) dan titipkan doa seikhlas hati sebagai tanda prihatin dan simpati buat saudara se-agama atau se-manusia kita di sana.