Paparan Paling Seksi Sakti | Skrin 1280 x 800 | Browser Mozilla Firefox | OS Ubuntu Linux

FIDE WOMENS WORLD CHESS CHAMPIONSHIP 2017 (TEHRAN)

Saturday, January 17, 2009

Boikot & Demonstrasi: Berkesankah?

 
1) Boikot.

Berdasarkan beberapa risalah yang sampai kepada aku, ada beberapa item yang sama-sama di suruh boikot, ada yang tidak. Ini boleh menimbulkan kekeliruan. Jika kita ingin mengambil jalan memboikot keseluruhan produk2 Amerika, ia memang memberikan impak kepada ekonomi Malaysia sebab Malaysia antara rakan dagangan Amerika yang terbesar (dulu kesepuluh kah aku dengar. Uhu).


Bila meneliti, terlalu banyak barang2 yang punya kaitan dengan Amerika-Zionis. Samada ia terang2an memberikan 'derma ihsan' kepada Zionis seperti McDonald @ secara tidak langsung. Siapa tahu walaupun jenama / syarikat produk tu tidak disenaraikan, mungkin ia memberi juga 'derma ihsan' tu.


Ia sama seperti kita. Kita beli macam2 benda dan seterusnya kita tidak pasti ke mana duit kita disalurkan.


Jadi, ada beberapa pendekatan boikot yang dicadangkan dan diambil. Diperingkat Nasional, ialah usaha untuk melemahkan penggunaan nilai matawang Dollar Amerika dalam setiap urusniaga. Diperingkat bawahan pula, yang tidak mampu untuk memboikot semua barangan itu, maka sekurang2nya kita memboikot produk2 yang kalau kita boikot, hanya selera nafsu sahaja yang kerugian. Benda2 ni, kita boleh cari alternatifnya.


Tidak mampu boikot semua, boikotlah sepenuhnya barang2 ni. Benda2 ni bukan keperluan utama seharian kita melainkan kita yang utamakan / jadikan gaya hidup. Benda2 ni ada alternatifnya.


1. Coca Cola - Pepsi (Diorang da bergabung kan..)
2. Nestle: Kit-Kat
3. Nestle: Maggi
4. McDonalds
5. Starbucks Coffee
6. Colgate
7. Johnson-Johnson



Benda2 lain, yang berjenama tinggi & mahal macam Intel (processor), Boss, L'oreal & lain2..(perlu boikot)


Kalau yang biasa2 pula, macam Kotex, Danone..(perlu boikot)


Dulu, KFC & Burger King pernah masuk dalam senarai boikot. Tapi, dalam semua risalah terkini yang aku dapat, tiada pula disenaraikan. Malah dengar khabar, KFC di Malaysia da orang Malaysia ambil alih. Entah betul, entah tidak.


Lagi persoalan mengenai boikot, ialah keberkesanannya. Jawapanku, mudah ja. Selagi lemah langkah yang di ambil, selagi tu lah impaknya tidak besar. Katakan kerajaan bertegas, halang 7 item yang disenarai tadi (tidak masuk Malaysia), rakyat tidak akan beli. Jadi mereka (empunya bisnes) akan rugi. Bila kerajaan larang, kerajaan perlu buat sesuatu supaya 'kekosongan' item2 tu ditampung. Kekosongan ni termasuklah kebergantungan orang awam seperti pekerjaan dan gaya hidup. Bagi kerajaan pula, cukai.


Jadi, boikot ni sebenarnya usaha semua pihak secara menyeluruh. Kita boleh ambil satu kenyataan umum macam ni:- Kalau ada seorang yang tidak turut sama memboikot tu, usaha boikot beranjak sedikit menjadi kurang berkesan. Dan bila ada seorang yang turut sama ikut memboikot, usaha memboikot beranjak sedikit menuju menjadi berkesan.


Anda pilihlah samada mo menjadi pihak yang 'menggagalkan' @ menjadi pihak yang mencipta sejarah berjayanya (berhasilnya) boikot.


2) Demonstrasi.

Ini, sama juga macam boikot; ada yang setuju, ada yang tidak. Dah panjang bebel pasal boikot, aku cuba ringkaskan yang demo ni.


Demo, betul tidak mampu mengubah apa2 terhadap situasi di Palestin. Perang jawapannya perang. Pejuang Hamas hanya menunggu masa sahaja supaya askar Israel masuk jauh ke dalam Gaza. Kemudian, menyerang ala2 gerila. Yang nyata, Israel memang 'takut2' (tu pakat dengan Amerika) sebab diorang berperang untuk terus dapat hidup sedangkan pejuang Hamas / Palestin berperang untuk mati.


Jadi, antara usaha askar Israel untuk melemahkan kekuatan & pertahanan pejuang2 ini, mereka bunuhlah sesuka hati sesedap rasa orang2 awam. Apa kes p serang kanak2, wanita & orang tua? Angkat bendera putih pun kena bom / tembak. Ini, serangan psikologi serba sedikit. 'memanas2kan' pejuang2 supaya keluar menyerang berdepan. AK47 vs M16 + kereta kebal, dah boleh agak pa kesudahannya..


Kita tidak menghantar misi ketenteraan di sana kerana banyak faktor. Antara sebabnya, Malaysia merupakan anggota NAM (Non-Alligned Movement) dan kekuatan ketenteraan yang...em kamu fikir sendirilah. Beli helikopter ni, jatuh terhempas ja jadinya. Uhu


Jadi demo, penting supaya menyedarkan masyarakat kita. Terutamanya yang Muslim. Ini melibatkan akidah muslim. Muslim disatukan, disaudarakan dengan ikatan akidah ini. Apa usaha kita untuk membantu mereka? Kita sedarkah juga yang suatu masa nanti, kita akan di soal apa peranan kita dalam membantu mereka? Marilah kita sama2 beringat, akan cerita seekor burung kecil yang terbang jauh membawakan air di dalam paruhnya semata2 ingin membantu memadamkan api besar yang ingin membakar Nabi Ibrahim a.s.


Jadi, aku tidak berapa hairan kalau seorang non-muslim menulis artikel "Who cares about Gaza? Not me.." di Malaysiakini. Sebab, persoalan akidah (walaupun isinya nampak bernas). Dia ada kepercayaan kah kena soal-siasat pa yang telah diri lakukan semasa hidup di dunia?


Yang menyedihkan, bila muslim sendiri yang nampak lebih tidak peduli. Kebanyakan saluran  elektonik lebih kepada promosi hiburan, hiburan, hiburan. Kalau aku tanya siapa calon2 dalam final Anugerah Juara Lagu yang ke-23 nanti, emm..ramai yang sukarela menyumbang tenaga untuk menjawabnya. Sanggup call, mesej sana sini berkongsikannya.


Tidak berharap sangat dengan saluran2 tadi, maka dibuatlah demo. Ada mana2 TV / Radio yang menyatakan apa senarai2 barang yang perlu diboikot? Paling2 pun, beritalah.


Turun p tengok demo pun, jadilah walaupun kita rasa x biasa / menjerit2. Aku turun demo, tak buat apa2. Dengar ja pa yang diorang jeritkan, dah wat aku rasa menangis macam ditinggalkan kekasih. Rasa lebih feeling berbanding tengok laporan2 berita d TV. Percaya / tidak, cubalah turun berdemonstrasi.


Dari situ, mudah2an ada kesedaran yang utuh. Sedar yang kita masih belum lagi ditimpa ujian seperti mereka di Palestin. Sedar yang ummah terlalu lemah. Kesedaran yang utuh, untuk memajukan diri demi Agama, Bangsa dan Negara.


Maaf kalau terlalu panjang. Tetiba pula banyak idea mencurah2...

No comments:

Post a Comment

Saya mengalu-alukan komentar anda semua. Terima Kasih!