Paparan Paling Seksi Sakti | Skrin 1280 x 800 | Browser Mozilla Firefox | OS Ubuntu Linux

FIDE WOMENS WORLD CHESS CHAMPIONSHIP 2017 (TEHRAN)

Friday, January 16, 2009

"Nasi lemak, nasi lemak yang sangat berkualiti..."


Tentu ramai yang kehairanan akan pilihan tajuk pos kali ni. Adakah aku dah menjadi seorang promoter?

Bagi rakan-rakan di UMS (yang lelakilah. yang perempuan, nda tau pula), tentu ayat ini biasa kedengaran dimalam hari. Dalam 2-4 hari, mereka akan datang mengetuk pintu (pelanggan 'setia' bagi mereka) dan melaung-laungkan jualan langsung mereka. Uniknya, perniagaan ini dijalankan diwaktu malam, menuju dari satu bilik ke satu bilik, dan terdiri daripada beberapa kumpulan. Produk lebih kurang sama, cuma berbeza daya tarikannya.

Aku pernah 'menemu ramah' mereka setiap kali datang ke bilik. Nasi lemak merupakan pilihan utama selain kuih-muih. Harganya, memang murah tetapi bagi nasi lemak macam kurang berpatutan. 5x suapan pun (bukan hukuman rasuah ya..) sudah boleh menghabiskannya. Mungkin, secara tidak langsung mereka 'mengajar' kita supaya berhenti makan sebelum kenyang, dan mengamalkan perbelanjaan yang berhemah. Emm, menarik..

Situasi ini, memang kena pada masanya ditengah-tengah 'kegawatan ekomoni' sebahagian besar pelajar-pelajar UMS. Ianya berkait rapat dengan isu PTPTN yang belum dimasukkan lagi. Punca utamanya, 'kecelaruan pengurusan'. Itu, di awal-awal semester. Lagi, perniagaan ini juga 'beroperasi' di hujung-hujung semester. Masakan tidak, ramai lagi yang berjimat cermat untuk memastikan diri dapat pulang ke rumah masing-masing bercuti. Jimat punya cerita, cerita lain pula boleh terdedah.

Cerita apa pula yang terdedah itu? Sebenarnya, ia belum terdedah lagi. Maksudnya, belum menjadi hangat sehangat isu PTPTN. Aku tidak memandang serong atau sinis akan usaha mereka ini. Usaha mereka ada kewajarannya (keperluan) dan suatu alternatif bagi mereka yang kesempitan dan ingin berjimat cermat atas pelbagai sebab. 

Ada yang makan di kafe sekali sehari sahaja. Kemudian, malamnya membeli makanan-makanan ini. Sudah tentu ianya menjimatkan wang. Lagi, mungkin ada yang tidak sempat atau berselera makan di kafe (sebab lauk habis / lain-lain) atau memasak 'megi' (muak sudah). Maka, mereka meminta roomate menempah makanan ini untuk mereka.

Jadi, apa masalahnya? Apa yang tidak kena? 

Pertama sekali yang perlu difahami, ini merupakan pandangan peribadi. Aku tidak pernah menyuruh sesiapa pun supaya terus ikut atau mengambil intipatinya melainkan aku suruh supaya fikirlah ia dengan baik dan mendalam. Mungkin sebelum ini, ada yang tidak menyedarinya.

Baik, mari kita selusuri dua kemungkinan yang sempat difikirkan (tolong fikir).

1) Urusniaga ini ada yang diurus oleh sekumpulan pelajar seluruhnya, dan ada yang guna 'orang luar'. Maksudnya, ada perkongsian modal dan keuntungan dikalangan mereka. Kadang-kadang, yang datang menjual itu kita kenal, kenal sikit-sikit, kawan kita kenal, kawan kepada kawan dan lain-lain. Ada juga yang langsung tidak kita kenal. Entah pelajar, entah orang luar.

Jika kita cuba untuk bertanya lanjut mengenai bisnes mereka ini (siapa yang urus), mereka akan menjawab "Oh ada kawan di IP yang kongsi, tolong buat. Kami tolong jual ja..". "Oh ni kawan punya. Saya ikut-ikut saja jual. Ambil komisyen..". Jawapan ini akan berubah sedikit setiap kali disoal. Mungkin sebab mereka terdiri dari banyak rakan kongsi (bos utama). Malah, persaingan mereka juga dikhabarkan sengit (terutamanya bagi produk nasi lemak..). Ini menyebabkan strategi perniagaan mereka sering bertukar-tukar daya penariknya supaya kurang sangsi. Ada juga nasi lemak yang dibungkus dengan benda yang berisiko tinggi menyebabkan kanser.

Jadi, apa masalahnya?

Masalahnya ialah, jika berlaku apa-apa ekoran dari memakan makanan-makanan ini, siapakah yang boleh kita pertanggung-jawabkan? Dengan identiti yang mudah untuk 'dilenyapkan', kita akan menyesal dan kerugian. Mahu salahkan kafe lagi kalau si kawan cirit?

2) Masa operasi perniagaan ini hanya aktif diwaktu malam. Malah, ada yang hingga jam 11 malam ke atas. Berdasarkan produk yang dijual, cuba kita kaitkan dengan masa pembelian dan masa kita memakannya. Beli nasi lemak, mesti kita terus makan lepas beli. Kalau beli 11 malam, ia macam sudah jadi sarapan walaupun sebenarnya kita belum makan malam.

Yang menjadi tanda tanya, adakah jangka masa itu bersesuaian untuk kita memakan makanan yang berlemak tinggi (dah nama pun nasi lemak)? Mungkin tidak ketara bagi kuih-muih sebab ianya boleh disimpan lebih lama. Waktu malam dari sudut kesihatan, kita tidak digalakkan memakan banyak bahan-bahan makanan terutamanya yang terdiri daripada karbohidrat dan protein. Apa lagi kalau yang berlemak tinggi. Waktu malam merupakan waktu rehat bagi badan. Kalau di waktu siang makan banyak (sedikit), wajarlah sebab badan bergerak aktif.

Menjaga kesihatan samalah seperti mengurangkan risiko-risiko untuk mendapat penyakit dan sakit.

Aku harap ini mendapat perhatian JAKMAS yang terbabit supaya bersedia berbuat sesuatu atau menghadapi sesuatu.

Menjaga kebajikan punya perspektif yang luas. Menjaga kebajikan bukan sahaja dengan 'mengaktifkan' residen dengan bermacam-macam program yang kebiasaannya tidak dipedulikan sangat pun oleh residen, supaya turun-datang ke program atau terkejar-kejar menguruskan aktiviti-aktiviti yang bersifat 'bermusim' dalam suasana sekarang..tetapi juga isu-isu sepi seperti masalah kemudahan asas dan penguatkuasaan kepada apa yang telah termaktub di dalam buku peraturan / yang telah dipersetujui bersama pihak pengurusan.

No comments:

Post a Comment

Saya mengalu-alukan komentar anda semua. Terima Kasih!