Paparan Paling Seksi Sakti | Skrin 1280 x 800 | Browser Mozilla Firefox | OS Ubuntu Linux

FIDE WOMENS WORLD CHESS CHAMPIONSHIP 2017 (TEHRAN)

Saturday, January 03, 2009

Tahun baru, Suasana lama - 1


Sebelum tirai 2008 melabuhkan tirai sepenuhnya, tirai yang diturunkan membawa banyak 'habuk' yang mampu melelahkan. Tirai 2009 yang dibuka pula berbau dan berwarna darah-merah di serata dunia. Mewarisi rentetan babak seterusnya dari episod-episod 'kerakusan' manusia-manusia yang bertuhankan hawa nafsu.

Pengganas sepanjang zaman - Zionis-Israel-Yahudi - mengganas lagi dengan lebih biadap dan angkuh-sombong. Tahun Baru 1430 Hijrah menjadi permulaan yang memilukan. Diberitakan, serangan yang dilakukan berkait rapat dengan isu situasi politik di Israel iaitu untuk meraih sokongan penduduk penempatan haram Yahudi di sana.

Dan di Negara kita Malaysia, masih sempat lagi mengadakan pesta (walaupun khabarnya dibatalkan) sempena Tahun Baru 2009 dengan harapan Negara kita akan terus aman, makmur dan sejahtera. Dan sekali lagi, banyak wang rakyat hasil perolehan dari cukai dan sebagainya dibazirkan.

Atas dasar kemanusiaan sejagat dan berkongsikan bumi yang tunggal ini, marilah kita semuanya memohon agar mereka yang dizalimi mendapat pertolongan dariNya dan yang menzalimi mendapat balasan yang jauh lebih teruk dari yang dizalimi.

Doa mereka yang tertindas dan dizalimi, tiadalah hijab baginya dalam doa yang dirintih dan dilaung-laungkan.

Bantulah mereka di sana sekudrat dan semampu yang boleh. Jika punya wang, sumbangkan. Jika punya kekuatan 'melobi' pihak-pihak yang bertangunggjawab supaya mampu mengusahakan sesuatu, usahakan. Paling kurang pun, kirimkan berkat sembahyang hajat (mengikut upacara keagamaan masing-masing) dan titipkan doa seikhlas hati sebagai tanda prihatin dan simpati buat saudara se-agama atau se-manusia kita di sana.

No comments:

Post a Comment

Saya mengalu-alukan komentar anda semua. Terima Kasih!