Paparan Paling Seksi Sakti | Skrin 1280 x 800 | Browser Mozilla Firefox | OS Ubuntu Linux

FIDE WOMENS WORLD CHESS CHAMPIONSHIP 2017 (TEHRAN)

Sunday, February 22, 2009

Ketegasan yang menjengkelkan...?

Pos kali ni, santai2 ja sementara menunggu tulisan bagi pos "Dari mantan, kepada bakal mantan..." siap sepenuhnya. Kemudian, pos tersebut akan diedarkan kepada semua YB-YB (Yang Berkenaan) dalam cerita tu.

Kali ni, aku mau cerita pasal suatu episod buruk yang berlaku pada aku di semester ni. Berdasarkan situasi, mungkin, peristiwa pagi Selasa yang lalu itu merupakan yang terburuk sepanjang karier aku sebagai pelajar di UMS ni.

Minggu lalu, kuliah GIS & Env. Modelling, aku lewat lagi. Kalau aku katakan 'terlewat', mungkin ramai yang tidak percaya. Muka aku ni kena cop muka lambat dah. Tapi kuliah ni aku memang dah sampai sebelum pensyarah sampai sebab aku tulis kat jadual, kuliah 10 pagi. 10:30 pagi sebenarnya. Pensyarah ubah. Baru juga aku sedar dua minggu yang lalu.

Haritu, xdinafikan yang aku memang lambat bersiap. Ni semua pasal bangun lewat dah ni. Ha2. Tapi, yang bikin panas tu, tunggu bas lah. Sejam yang aku lewat datang ke kuliah, itulah juga tempohnya kami menunggu bas datang. Lucu bukan kalau aku guna alasan ni. Alasan yang dianggap lapuk. Malah mungkin mitos dikalangan mereka yang sentiasa 'bernasib baik'.

Walapun sangat lewat, aku pantaskan juga kaki melangkah. Aku gagahkan juga diri yang masih lemah2 (sebab nda exercise awal2 pagi kan :p ) ni untuk masuk ke kuliah. Walaupun sedar risiko untuk di marah.

Aku memang maklum yang pensyarah ni, tegas dari segi masa. Kuliah pertamanya, awal2 lagi mengingatkan yang dia xsuka ada pelajar yang datang lambat. 

Kuliah tu, boleh kira semua selamatlah sebab baru dimaklumkan. Tapi selepasnya, setiap orang 'mula berhati2' agar tidak menjadi 'mangsa'.

Pensyarah tu juga bijak untuk mengecam siapakah gerangannya si polan yang datang ke kuliahnya, atau tidak. Dia akan memanggil nama secara rawak dan bertanyakan soalan. Ala2 pop kuiz la. 

Cara ni, bagus dan sedikit menakut2kan pelajar. Kantoilah kan kalau kena panggil . Dari mula kuliah sampai mo habis pun dia masih buat camtu lagi. 

Tapi berdasarkan pemerhatian aku setakat ni, ada juga 'kelemahan' yang timbul berdasarkan gayanya. Siapa yang sudah dipanggil namanya, dia akan kurang berpeluang lagi untuk dipanggil namanya. Boleh kata 'lebih selamat' da. Kalau minggu ni kena panggil, kemudian andaikata escape minggu depan pun 'selamat' juga. Sign, boleh suruh kawan bah.

'Bertuahnya' aku pada Selasa yang lalu tu, namaku antara yang paling awal2 sekali dipanggil. Memandangkan saat dia 'menyeru' namaku tu, aku masih lagi merenung jalan simpang masuk ke KKCD untuk mengintai2 kelibat bas masuk. Dengan penuh harapan juga, harap2lah dapat masuk dalam bas.

Akhirnya aku dapat juga masuk ke dalam bas setelah berjaya 'mencilok' (eh betul ka perkataan aku ni. Ehe). Kemudian, bergegas ke kuliah. Masuk ja aku, tetiba ni coursemate bersuara 'wuuu...'.  Aku pun hairan. Ah, biar dulu diorang. Cari tempat duduk dulu. Uhu. Bila duduk, aku terdengar yang pensyarah (suara pensyarah tu kecil sikit) tu bertanya adakah aku Samizul. xsangka pula aku yang dia membuat gambaran cerita aku lewat datang tu.

Kemudian, kata2 ni lah yang membuatkan degupan jantung aku menjadi laju setelah sedikit reda tadi..

"Samizul, if you late one hour again, i will failed you for sure. I promise..Are you clear with that?"

Dengan bengapnya aku menjawap (masa tu xterfikir yang jawapan tu bengap), "Yes Sir.." 

"Ok good. Then lets continue (lecture).."

Setelah reda sikit penat, baru aku mengerahkan sel2 otak ni berfikir akan situasi yang baru aku alami tadi.

Adakah aku betul2 jelas dengan apa yang Dr. tu cakapkan tadi? Tidak rupa2nya. Sepatutnya, aku menjawap "Sorry, i can't understand why Dr. warn me like that. It's unfair compared with those who're not come to this class or escaped.."

Yang manakah lebih teruk dan sewajarnya diberi amaran sebegitu keras? Yang lambat datang tapi masih sempat berkuliah atau mereka yang langsung tidak datang?

Sepanjang kuliahnya, ada juga si polan2 yang disebut namanya tapi tidak datang kelas. 'Istimewanya', tiada pun diberi amaran suruh bagitahu yang tidak datang tu, akan diberi gred Gagal jika gagal lagi datang ke kuliah atau gagal memuaskan hati pensyarah dengan alasan yang diberikan.

Pensyarah memang berhak berbuat begitu (amaran) berdasarkan peruntukan undang2 dan kuasa kepada mereka. Tidak hantar satu assignment pun boleh dapat E  di UMS ni. 

Tapi yang betul2 membingungkan aku ialah, ketegasannya yang semacam tidak kena tempatnya atau adil. Memang tidak adillah.

Inilah aku rasa ketegasan yang menjengkelkan...

u/p: Pos santai2 / peribadi yang akan datang, aku mahu 'mengumpat' coursemate2 ku pula. Bukan ditujukan kepada individu tetapi seluruhnya. Ini memang kes nda puas hati ni. Ehe5... 

Wednesday, February 18, 2009

Dari mantan, kepada bakal mantan...(3)

Sambungan...

Ada beberapa persoalan yang saya kemukakan di pos-pos yang lalu. Saya tidak bercadang untuk menjawap semuanya di pos yang seterusnya kerana bukan saya yang perlu memberikan jawapan penuh.

Pos yang kedua menyentuh mengenai persoalan sejauh mana sudah usaha dan rancangan2 yang dijalankan, mampu mendapatkan respon memberangsangkan dari sebahagian besar residen kolej.

Pada saya, ada DUA isi cara utama yang perlu diambil bagi memulihkan semula keyakinan dan meraih sokongan padu tidak berbelah bahagi residen terhadap kepimpinan JAKMAS Kolej Kediaman.

Pertama, melalui pengurusan gerakerja bagi setiap program/aktiviti yang dijalankan.

Bab ini terlalu panjang untuk dihurai satu-persatu. Jadi, saya ringkaskannya kepada beberapa kata kunci yang penting.

Belajar dari pengalaman lepas merupakan kaedah yang paling baik bagi mematangkan sesuatu program. Maka, rekod-rekod dari pihak yang sebelumnya amat-amat berguna.

Walaupun anda tidak pernah menganjurkan program yang besar seperti MAKMA, tetapi dengan bantuan rekod-rekod perjalanan program yang sebelumnya akan membantu setiap barisan ahli jawatankuasa yang baru. Maka, laporan minit-minit mesyuarat, post-mortem, dan laporan penuh program wajar dibaca oleh semua ahli terutamanya Pengarah dan ketua-ketua bahagian yang lain.

Dari sini, semua pihak akan menguasai segala 'baik-buruk' yang berlaku disepanjang penganjuran program yang lalu.

Gerakerja yang terancang dan dirancang rapi (ada back-up plan & sebagainya) juga elemen yang penting dalam pengurusan sesuatu program. Ini akan menunjukkan sejauh mana idea dan pemikiran Ajk, dapat digunakan semaksimum yang mungkin. Ini menunjukkan sejauh mana profesionalisme ahli dalam bergerakerja. Whether it's last-minute performance or not. Whether we can pay more focus and be responsibled or not.

Residen atau orang luar selalu menilai kejayaan program tersebut berdasarkan sikap mereka yang bergerakerja dan juga pengurusan @ 'persembahan' penganjur SEMASA program berlangsung. Bukan kepada berjayanya program tersebut dilaksanakan pada tarikh yang telah dijanjikan. 

Maka, seharusnyalah program yang sudah menjadi rutin-tahunan Kolej berjalan dengan baik dan bertambah baik dari masa ke semasa. 

Residen, dengan automatiknya turun memeriahkan program-program kita kerana keyakinan mereka betapa baik, bagus, cekap, amanah, dan profesionalnya kita menganjurkan program. Walaupun penuh cabaran, penuh rintangan, mereka tetap datang memberikan sokongan.

Dan itulah yang akan dikecapi jika semua pihak dapat melakukan usaha keras yang terbaik lagi bersungguh2 semasa bergerakerja. Kita akan rasa tenang dan puas hati kerana telah melakukan yang terbaik dan penat lelah kita bagaikan berbayar kerana sambutan hangat terhadap apa yang kita usahakan, dan residen pula berpuas hati dan gembira di atas 'berkatnya' gerakerja yang telah dilakukan.

Kedua, usaha dan hasil dari barisan kepimpinan JAKMAS dalam menyelesaikan permasalahan-permasalahan Kolej yang juga boleh dianggap sebagai 'rutin-tahunan'.

Sudah tentu, permasalahan-permasalahan ini berkait-rapat dengan isu kebajikan. Oleh kerana ianya aspek yang luas, maka saya hanya menyentuhnya berdasarkan pengalaman saya ketika memegang portfolio Aduan, Keselamatan dan Kebajikan (AKBA).

Mari kita lihat satu persatu apakah pengalaman yang telah AKBA lalui sepanjang menghadapi isu-isu kebajikan residen/Kolej.

Pertama, blok-blok kediaman.

Sesi 07/08 berhadapan dengan situasi 'tegang' di mana berkeliarannya anjing-anjing tidak bertuan disekitar kawasan kediaman. Kehadiran haiwan ini sememangnya membawa banyak masalah kepada residen dan pekerja kebersihan. Banyak kes-kes yang dilaporkan (secara lisan) diterima seperti dikejar, menyelongkar tong-tong sampah, dan berbuat bising (menyalak @ bergaduh).

Alhamdulillah, sebelum tirai 07/08 ditutup sepenuhnya, masalah ini berkurangan dan terus berkurangan hingga ke hari ini.

Situasi 'tegang' yang seterusnya ialah keadaan keselamatan.

Banyak kes-kes pecah-masuk ke bilik dilaporkan terutamanya di blok-blok perempuan. Ada yang mengakibatkan kerugian, kecederaan, trauma dan sebagainya.

Di blok-blok juga, keadaan fasilitinya tidak memuaskan dan tahap kebersihannya, rendah. Sinki-sinki bagaikan tong sampah mini. Residen tetap juga membuang sisa ke dalamnya walaupun tong sampah besar sangat hampir dengan bilik basuh tersebut. Antara alasan mereka, tong sampah penuh dan nanti diselongkar. Uhu. Keadaan bilik mandi, basuh dan tandas, seringkali berbau yang tidak menyenangkan. Cuma rasa ok bila baru beberapa minit petugas kebersihan membersihkannya.

Tidakkah para ahli Jawatankuasa KEBAJIKAN Mahasiswa bersama BARISAN PENGURUSAN KOLEJ dapat berbuat sesuatu untuk mengubah keadaa-keadaan yang menunjukkan mentaliti kelas ketiga ini?

Isu yang seterusnya di blok-blok kediaman ialah para felo, samada felo pelajar atau felo staff.

Ada felo yang memang wajar dipuji kerana komitmennya yang agak baik dan sentiasa membantu residen. Yang lain, anda nilailah sendiri.

Felo diwujudkan disetiap blok kediaman bukan sekadar untuk menghabiskan bajet peruntukan kerajaan untuk mengupah mereka. Bukan juga, sekadar untuk memberi 'ihsan' kepada mereka kerana mereka sedang melanjutkan pengajian diperingkat yang lebih tinggi dari kita.

Kredibiliti mereka selalu menjadi tanda tanya. Komitmen mereka, selalunya menghampakan. Keupayaan mereka, menjadi buah-buah persoalan.

Saya berkata begini, kerana saya sendiri berpengalaman dalam berurusan dengan felo-felo ini. Saya tahu siapa layak, siapa yang tidak. Saya mohon kepada mereka semasa sesi lalu supaya membuat satu perjumpaan dengan residen blok untuk melantik ketua blok (& macam ramah-mesra lah juga), hanya seorang felo sahaja yang berbuat sedemikian. Ustaz Jisham. 

Maka, dari tahun satu sampailah esok ingin bergraduan, residen kita tidak mengenal atau mengecam langsung siapakah felo dibloknya. Ada kes yang lebih memalukan, Pengetua pun tidak kenal. Lagi 'dahsyat', Datuk NC pun tidak dikenalnya...! 0_0

...bersambung

Monday, February 16, 2009

Dari mantan, kepada bakal mantan...(2)

Sambungan...

Saya memahami yang sebahagian besar dari kalangan anda, mempunyai komitmen non-akademik yang lain. Ada yang terlibat dengan program2 / aktiviti2 luar, debat, aktiviti2 Program (course) / Sekolah seperti gathering & lain2. Mungkin tidaklah salah jika saya katakan, sekali anda diketahui aktif, maka akan sentiasa ada tuntutan2 yang mahukan anda terus kekal aktif. Ia bagaikan "kekal posisi anda dan beralihlah ke fokus yang lain..". Rakan2 / Senior akan 'menjejak' anda untuk terus terlibat. Samada cara halus lagi lembut, atau halus yang tidak lembut (terpaksa?).

Segan juga saya bila ingin memberikan saranan kepada anda kerana saya berasakan yang anda lebih hadam & arif mengenai bab ini. Tapi, kadang2 saya lihat ia tidak menjadi begitu. Fokus anda nampaknya terganggu juga oleh tuntutan2 itu. 

Pada saya, selepas tanggungjawab akademik, maka gerakerja di dalam JAKMAS lah yang menjadi keutamaan. Kurangkanlah keaktifan anda yang terlibat selalu dengan aktiviti2 LUAR, luar dari skop gerakerja JAKMAS. Bukan menyuruh supaya tidak lagi terlibat langsung tetapi anda perlu buat pertimbangan & perancangan yang baik supaya situasi menang-menang (win-win situation) wujud. Lalu, jadikan keputusan anda itu keputusan yang terbaik walaupun mungkin dirasakan kurang bijak sekarang.

Mengapa saya berpandangan begini? Baik, mari saya tanyakan kepada anda semua. Berapa lama anda di UMS ini? Minimum, 3 tahun. Maksimum, 4 tahun tidak termasuk perancangan untuk (jika) menambah semester (Extend).

Kemudian, berapa lama anda menjadi JAKMAS? Setahun lebih atau lebih kurang 1 sesi. Saya yakin yang anda semua sudah sedia maklum bahawa tempoh tersebut tidak lama / panjang. Percayalah jika anda tidak merancang sebaik mungkin, maka anda semua akan menghabiskan tempoh itu untuk melakukan aktiviti rutin-tahunan Kolej sahaja. Tidak lebih daripada itu. Dan, itu sahajalah yang mungkin berubah. Program itu meriah sikit atau tidak, pengurusannya teratur atau tidak. Itu saja. Suasana yang lainnya, apalah yang berubah?

Adakah kita ingin terus merasa selesa & suka menggunakan Dewan Serbaguna Kolej kita itu? Adakah kita ingin terus membiarkan masalah kebersihan di blok2 tidak jauh berubah? Adakah kita ingin bertegas dengan keadaan parking di Kolej D selepas berlakunya kecelakaan di sana? 

JAKMAS KKCD 08/09 yang dikasihi sekalian,

Untuk memikirkan atau menguruskan program rutin-tahunan itu, 1 sesi, adalah cukup. Tapi, gerakerja tetap 'last minute style' punya juga. Uhu. Apa agaknya yang membuatkan kita jadi last minute itu? Adakah kerana kita sibuk memikirkan / mengurus persoalan2 atau seumpamanya di atas? Atau, kerana kita terlibat/sibuk dengan aktiviti luar dari JAKMAS?

Maka, inilah yang perlu difikir & ditindakkan sebaik mungkin. Anda, masih lagi berpeluang untuk terus kekal aktif dengan aktiviti2 luar dari JAKMAS yang saya maksudkan sebelumnya tetapi TIDAK bagi gerakerja JAKMAS bila anda sudah melalui 1 sesi itu. Adakah anda mahu sibukkan diri lagi dengan hal2 JAKMAS jika anda sudah tidak menjadi JAKMAS lagi? Lihatlah mantan2 disekeliling anda. Telitikan, bagaimana mereka semasa dan selepas menjadi JAKMAS dahulu. Walaupun sibuk dengan tesis, mereka aktif juga mengikuti program2 luar daripada JAKMAS. Telitikan juga, sejauh mana pedulisme mereka terhadap JAKMAS baru? Sekadar bertanya khabar atau macamana?

Inilah yang saya maksudkan supaya anda menghargai pengalaman menjadi JAKMAS ini dan lakukan tugas anda dengan sebaik mungkin. Anda merupakan ahli Jawatankuasa Kebajikan Mahasiswa Kolej Kediaman. Maka, isu2, hal2, & permasalahan2 dalam skop kebajikanlah yang paling wajar diutamakan. 

Banyak yang boleh dikaitkan dengan kebajikan ini. Terlalu banyak. Dua sesi menjadi JAKMAS pun belum tentu dapat menyelesaikannya. Mungkin ada, mungkin tiada. Kalaupun ada, berpanjangankah?

Jadi, nasihat saya, fokuslah kepada gerakerja anda di dalam JAKMAS dahulu. Lupa/abaikanlah sekejap keaktifan anda menyertai aktiviti2 luar buat masa sekarang. Halakan minda anda kepada permasalahan2 kolej. Tujukan idea-idea bernas dan kekuatan anda untuk membina satu situasi di mana penyelesaian kepada permasalahan itu boleh diraih. Kalau bukan sekarang, pastikan generasi seterusnya semakin 'memasakkan' buah harapan tersebut. Itulah pentingnya hubungan anda dengan mantan2. Harapan ahli2 JAKMAS sejak dahulu lagi ialah untuk mengambil berat kebajikan residen. 

JAKMAS KKCD 08/09 yang dihormati sekalian,

Pulihkanlah kembali keyakinan residen terhadap ahli2 JAKMAS. Residen di kolej, bergantung harap kepada ahli2 JAKMAS bagi mewakili & menyuarakan rasa hati mereka. Ahli2 JAKMAS, lebih berkuasa sebenarnya berbanding ahli2 Exco Kebajikan MPP. 

Dengan ruang lingkup di kawasan kolej sahaja, fokus itu akan lebih tepat dan jitu halatujunya.

Bagaimana untuk 'mengurat' atau mengambil hati residen2 ini, dalam keadaan mereka buat dono (don't know) ja kepada kepimpinan pelajar sekarang? 

Sejauh mana sudah ia (usaha 'mengurat' itu)?

Bersambung... 

 

 

Sunday, February 15, 2009

Dari mantan, kepada bakal mantan..(1)

Assalamua'laikum w.b.t & Salam sejahtera...

Tulisan ini ditujukan khas buat semua yang menjadi pewaris tampuk kepimpinan JAKMAS KKCD 07/08. 

Tulisan ini ditulis, bukan untuk mendapatkan nama. Jauh sekali untuk digambarkan sebagai 'masih gilakan kuasa'. Mohon agar anda semua dan para pembaca lainnya, dalam apa jua cara & rasa, tidak menafsirkan terjemahan isi minda ini sedemikian rupa. 

Tulisan ini ditulis, bagi menggunakan ruang dan peluang yang saya ada untuk menyatakan beberapa perkara yang harus dipandang berat dan kritikal oleh anda semua. Ianya diabadikan di sini supaya jika anda atau saya terlupa, maka bolehlah kita merujuknya semula di sini. Ia juga mungkin menjadi suatu isi penting dan berguna buat mereka yang akan mewarisi bebanan yang anda pikul saat ini, tidak lama lagi.

JAKMAS KKCD 08/09 yang saya kasihi sekalian,

Anda semua merupakan insan bertuah dan terpilih. Ini, harus anda sedar & faham sebaik mungkin. Saya tidak perlu menghurai panjang apakah baik-'buruk' yang anda rasai selama berada di tampuk kepimpinan kedua utama di dalam PMUMS ini. Cuma yang saya ingin yakinkan kepada anda semua, inilah pengalaman berharga yang patut anda semua hargai. Laluilah dengan rasa penuh tanggungjawab dan penuh dengan kesungguhan. Saya yakin, jika anda melakukan yang terbaik, maka tidak dapat dinafikan yang pengalaman ini akan menjadi lebih manis berbanding pengalaman sekadar untuk berkonvo.

Sebahagian besar dari kalangan anda merupakan bekas ahli-ahli sekretariat sesi sebelumnya. Ringkasnya, anda semua mempunyai pengalaman tersendiri, iaitu terlibat secara langsung dalam gerakerja suatu program/aktiviti. Lebih istimewa lagi, dengan pengalaman sewaktu menjadi sekretariat tidak lama dahulu, anda sudah mempunyai suatu bonus yang pastinya amat2 anda perlukan sekarang.

Anda tahu cerita Naruto? Dalam komik tersebut, generasi Naruto dan kawan-kawannya digambarkan akan mengatasi generasi sebelumnya. Lihat saja cerita Naruto terbaru, Naruto sudah mengatasi guru2nya, Kakashi dan Jiraiya dengan menguasai teknik ninja tertinggi iaitu Sage. Malah, Ninja lagenda Jiraiya juga tidak dapat menyempurnakan teknik Sage mode tersebut. 

Apakah pengajaran yang ada di situ?

Setiap sesi mempunyai 'kehebatannya' masing2. Itu, tidak perlu dipertikaikan sangat. Apa yang penting ialah, sesi sekarang perlu membuktikan sesuatu sepanjang menjalankan tanggungjawab ini 'mengatasi' sesi yang sebelumnya. Secara mudah, keadaan kita bertambah baik dari sebelumnya. Sesi baru menambah-baik inspirasi sesi yang sebelumnya. Lebih manis jika sesi baru dapat membuahkan hasil2 yang sudah lama diigaukan.

JAKMAS KKCD 08/09 yang saya hormati sekalian,

Bukan mudah & selesa berada di kerusi2 yang anda (kita) raih itu. Lebih2 lagi bila menang tanpa bertanding. Kredibiliti kita lebih berisiko untuk dipertikai kerana kedudukan itu tidak ditentukan oleh undi majoriti sebahagian besar sikit residen yang turun memangkah2 kertas undi, lalu mengambil kertas2 cop passport dan kupon makan. Pernahkah anda bayangkan jika tiadanya cop passport atau kupon makan disediakan, adakah meriah hari pengundian? Baik, cukup di sini. Kita fikirkan yang positif. Anggaplah itu sebagai tanda penghargaan dan terima kasih penganjur kepada mereka yang datang.

Namun, walaupun menjadi JAKMAS dengan tiket menang tanpa bertanding itu, sekali lagi bonus anda (aktif menjadi sekretariat) berguna. Residen, dalam keadaan yang sibuk dengan hal masing2, masih mengenali anda serba-serbi sebagai seorang JAKMAS. Residen, bagaikan pelanggan kita. 

Permulaan anda ketika naik menjadi JAKMAS adalah permulaan yang baik dan sesuai. Dan permulaan inilah yang patut anda terus gerakkan walaupun perlahan tetapi mesti berkesan.

Bersambung...

Saturday, February 14, 2009

Kayu Madang menggamit perasaan...(2)

Sambungan...

Perjalanan ke destinasi terakhir ini memakan masa lebih kurang 45 minit dari Bandaraya KK. Hujan yang turun seawal pagi menyebabkan kami berasa kesejukan walaupun ada yang memakai pakaian tebal atau berjaket. 

Destinasi ini, bukanlah destinasi yang disukai ramai. Jauh sekali sebagai tempat untuk jalan2 makan angin. Jalan2 cari makan, mungkin bolehlah. Ramai yang tidak tahu lokasi ini di mana termasuklah aku. Ni lah kali pertama ke tempat sebegitu.

Persiapan yang dilakukan oleh coursemate memang mantap. Aku terketawa di dalam hati ja bila melihat mereka2 ni, excited memakai but, membeli but baru & membeli baju hujan. Tidak ketinggalan juga untuk membawa sedikit bekal selepas makan tengahari supaya manalatau tidak berselera selepas balik fieldtrip nanti. 

Kelengkapanku cuma sehelai baju di dalam beg, kasut sukan biasa, payung , topi dan kamera. Aku hanya memakai kasut sukan biasa yang agak lusuh (bukan but) sebab awal2 lagi aku mengagak yang kami ke Kayu Madang ini bukanlah untuk berjalan2 jauh disekitarnya. Cuma kebetulan hujan turun dan menyebabkan tanah disekelilingnya berlumpur. Tapi, tidaklah sampai perlu memakai but. 

Sudah banyak yang ditulis, terlupa pula untuk memperkenalkan dan sekaligus mempromosikan destinasi terpilih kami ini.

Kayu Madang terletak berhampiran dengan bulatan yang berhampiran dengan Politeknik. Jika bergerak dari KK, jalan ke Kayu Madang adalah di depan selepas bulatan. Jika ke kiri, menuju ke Tuaran dan ke kanan jika ingin ke Telipok. Lokasinya agak terpelusuk dan dikelilingi oleh hutan2 serta bukit. Jalannya pula tidak berturap.

Kayu Madang merupakan satu-satunya tempat untuk kerja2 pelupusan sampah atau sisa dibuat. Ia didatangi oleh semua lori2 pengangkut sampah dari beberapa daerah termasuklah Kudat. Ianya sudah lama beroperasi iaitu hampir 14 tahun dan Fasa 1 sepatutnya sudah ditutup tahun ini (tidak digunakan lagi) kerana terlebih penuh. Pembinaan Fasa 2 bermula dipenghujung tahun lalu dengan keluasan untuk menampung sampah lebih besar berbanding sebelumnya. Namun, jangkahayatnya tidak melebihi 15 tahun dan sangat2 bergantung kepada amalan pengurusan sampah / sisa dari orang awam. Sekiranya kempen kitar semula tambah berkembang & menjadi popular dikalangan masyarakat, ditambah lagi dengan sikap meminimumkan penghasilan sampah bagi setiap orang atau kawasan, maka Fasa 2 ini mampu mencapai sehingga 20 tahun. Pada masa itu, mungkin alternatif lokasi baru tapak pelupusan sampah yang lebih baik sudah ditemui. Sekiranya Fasa 2 ini penuh lebih cepat dari jangkaan, maka tiadalah lagi tapak yang bersesuaian untuk mengendalikan proses pelupusan ini pada masa tersebut kerana kajian yang teliti diperlukan untuk mewujudkan tapak baru. Kawasan yang pernah digunakan sebagai tapak pelupusan sampah tidak dibenarkan untuk dibina sebarang bangunan diatasnya (nanti runtuh). Ini akan menimbulkan masalah yang cukup besar jika pengurusan sampah kita terganggu. 

Kerja Lapangan-2: Kayu Madang menggamit perasaan..(1)

Sambungan...

Jalan2 bagi sesi pagi bagi kump. 2 untuk menyelesaikan tugasan tersebut tidak mengambil masa lebih daripada dua jam. Sekitar 11 pagi lebih, kami sudah berkumpul di Centre Point bagi 'memburu' tong-tong sampah utama bagi bangunan itu. Malangnya, harapan tidak kesampaian bila melihat tempat tersebut tertutup rapat tanpa diketahui sebab musababnya yang kukuh. Uhu..

Cik Aishah seterusnya memaklumkan yang pencarian tong-tong sampah sudah selesai. Kerja lapangan seterusnya adalah pada waktu petang selepas solat Jumaat ke Kayu Madang. Jadi, sekarang adalah masa untuk aktiviti bebas. Jeng3..

Aku mengambil kesempatan ni untuk pergi ke mana-mana kedai Celcom yang dapat memproses pertukaran nombor Maxis aku ni ke Celcom. Sejak dari Matriks lagi aku menjadi kipas-susah-mati Celcom. Aku masih ingat lagi masa di KML dulu, ramai juga kawan2 'mengadu' yang pengguna Celcom ni kononnya 'loaded' (banyak duit). Loo, aku guna Celcom tu sebab Celcom jela satu2nya yang menawarkan perkhidmatan panggilan ke rumah yang paling murah. Uhu..

Ada teman yang merancang untuk pergi ke DBKK selepas makan. Kami makan dekat restoran nasi ayam yang bersebelahan dengan restoran KFC di CP tu. Bestnya makan ramai2. Seingat aku, ni lah kali pertama kami makan beramai2 & kebetulan jalan2 kat CP tu dengan coursemate. Uhu. Mungkin kerana excited tu lah juga yang diorang semua order dua kali nasi ayam tu. Mantap sehingga menjilat bibir..! Disebabkan order dua kali tu lah juga, kami xsempat mendapatkan maklumat dari DBKK ditingkat 7 sebab pejabat dah tutup (12pm). Pa lagi, alang2 tinggal satu tingkat bah lagi p GSC. Ha2..

Kami solat Jumaat di belakang pasar Pelipin. Penuh ni. Dah la kebasahan lagi. Uhu. Selesai ja, aku dengan si Deq p KK Plaza. Dia p tandas, aku p kedai Celcom proses pertukaran nombor tu. Habis sign, sempat g aku beli 3 botol minyak wangi tar yang harganya cuma RM10.

Kemudian, kami berjumpa kat pasar buah2an tu dan makan puding kelapa. Aku xmakan sebab makan nangka. Ehe. Dekat2 2pm, kami berkumpul dekat Bus Stop Waterfront tu dan menunggu bas untuk ke Kayu Madang..

bersambung...

Wednesday, February 11, 2009

Kenapa Zionisme muncul dalam fikrah Melayu?

Artikel ni aku copy-paste dari web malaysiakini.com. Banyak fakta menarik yang dinukilkan di sini. Jom layan apa yang ada...

Kenapa Zionisme muncul dalam fikrah Melayu?
Hishamuddin Rais | Jan 22, 09 6:20pm

Sewaktu saya menulis artikel ini, Kuala Terengganu telah jatuh ke tangan Pakatan Rakyat. Ketika saya menulis, warga Palestin di Gaza masih lagi digodam. Ketika saya menulis, masih ramai lagi warganegara kita ini kurang faham tentang apakah itu Zionisme.


Zionisme ini satu pandangan politik. Zionisme bukan orang Yahudi tetapi pengasas Zionisme memang seorang Yahudi. Hari ini Zionisme bukan lagi milik eksklusif orang Yahudi. Zionisme yang wujud dan sedang menggodam rakyat Palestin ini majoritinya didukung hebat oleh individu dan kumpulan yang bukan Yahudi.


Agama Yahudi ialah Judaism. Kitab suci agama ini adalah Torah. Rumah sembahyang penganut agama ini dipanggil synagogue. Kepala agama mereka dipanggil rabbai. Maklumat ini mungkin semua telah diketahui umum.


Wajib juga diketahui bahawa ramai orang Yahudi sendiri yang menentang Zionisme. Di Isreal sendiri ada kumpulan penganut Judaisme yang menentang keras fahaman Zionisme. Mereka menolak masuknya fahaman Zionisme ini ke Palestin.


Untuk kumpulan ini, mereka percaya bahawa fahaman atau ideologi Zionisme telah membawa porak-peranda dan kesengsaraan terhadap orang-orang Yahudi di seluruh dunia dan juga kesengsaraan yang tidak terhingga kepada warga Palestin.


Kumpulan ini bernama Neturei Karta – mereka ini pada 2006 telah datang ke Iran atas jemputan Ahmadinejad, presiden Iran. Neturei Karta bersama rakyat dunia telah mengutuk negara yang dipanggil Israel.


Neturei Karta adalah kumpulan Yahudi yang menyokong perjuangan adil rakyat Palestin. Mereka juga menentang Zionisme bermatian-matian.


Perkembangan ini menjadi satu bukti bahawa Zionisme bukan ajaran Judaisme. Zionisme adalah falsafah yang menggunakan agama sebagai jubah untuk mengabui mata penganut agama Judaisme.


Ramai pemikir dan intelektual Yahudi yang unggul dalam ilmu pengetahuan dan falsafah juga menentang fahaman Zionisme. Noam Chomsky seorang daripada mereka. Susuk intelektual ini adalah suara Yahudi yang paling lantang menentang keganasan Israel.


Albert Einstein ahli sains yang menemui teori e=mc2 seorang lagi Yahudi yang anti-Zionisme.


Di Israel sendiri, ramai orang Yahudi-Israel yang menentang fahaman tersebut. Mordechai Vanunu adalah contoh terbaik warga Isreal yang menentang Zionisme.


Susuk ini telah membocorkan kepada dunia tentang senjata nuklear Israel yang kini tersimpan secara rashia di padang pasir Negev. Vanunu diperangkap dan diculik dari London untuk dibawa pulang ke Israel.


Kerana membocorkan rashia 'bom nukelar' Israel dan memberi amaran kepada dunia tentang bahayanya Zionisme, Vanunu telah dipenjara selama 20 tahun sejak 1986. Selama 18 tahun Vanunu dikurung bersendirian. Apabila dibebaskan, Vanunu terus ditahan lagi. Hingga ke hari ini Vanunu tidak boleh keluar meninggalkan Israel.


Pada ketika saya menulis ini, berpuluh-puluh anak muda Israel yang sedang dipenjara kerana tidak mahu mengangkat senjata membunuh warga Arab Palestin. Juga terdapat beratus-ratus anak muda dan warga Israel telah lari meninggalkan negara itu kerana menentang perang dan keganasan daulah Israel.


Semua ini bukti bahawa bukan semua Yahudi itu Zionis. Bukan semua Yahudi menyokong Israel.


Saya mengulangi ini kerana saya perhatikan terlalu ramai warga Malaysia menganggap konflik Palestin-Israel sebagai konflik agama, terutama di kalangan Melayu. Pandangan ini salah. Konflik di Palestin bukan konflik agama. Konflik ini konflik hak milik bumi tanah Palestin. Ia lahir kerana bumi Palestin telah dirampas oleh penganut fahaman Zionisme untuk mendirikan apa yang kini dipanggil Israel.


Konflik di Gaza, Tebing Barat, Jenin, Hebron – umumnya konflik Arab-Israel – bukan konflik antara penganut Islam dengan penganut Yahudi.


Wajib diketahui ada hampir 10 peratus warga Palestin beragama Kristian. Hanan Ashrawi perempuan yang pada 1980-an sering kita dengar namanya kerana memulakan rundingan damai Palestin-Israel ialah seorang Kristian. Edward Said intelektual bertaraf dunia itu seorang Kristian.


George Habaash pemimpin Popular Front for Liberation of Palestine beragama Kristian. Kristian di Palestin adalah Kristian yang berasal-usul dari susur galur pengikut Isa kerana nabi itu dilahirkan di Nazareth, Palestin.


Betul, agama dilihat memainkan peranan penting tetapi yang diperjuangkan ialah menuntut kembali bumi Palestin yang telah dirompak dan dirampas oleh penganut Zionisme. Tanah air Palestin yang telah dirampas ini melahirkan nasionalisme Palestin.


Semangat nasionalisme inilah yang membolehkan rakyat Palestin terus berjuang bermati-matian menentang bala tentera yang terbesar di Timur Tengah.



Kita wajib memahami dengan lebih mendalam tentang apa itu Zionisme. Fahaman ini percaya kepada satu bangsa – Yahudi. Hanya bangsa Yahudi sahaja yang terpilih. Yahudi sahaja yang ada hak keistemewaan di Israel.


Bangsa-bangsa lain diangggap bangsa kelas kedua. Agama orang lain salah. Kitab suci agama mereka sahaja yang betul. Kitab suci agama lain dianggap menyeleweng. Hanya agama mereka sahaja yang dipilih oleh Yang Maha Esa. Justeru, di sini jelas bahawa Zionisme ialah satu fahaman rasis.


Apa yang kita lihat di Gaza dan Tebing Barat hari ini adalah manifestasi daripada fahaman ini. Keganasan yang wujud di Palestin adalah hasil daripada falsafah rasis Zionisme. Merompak tanah-tanah warga Palestin, menghalau mereka keluar dari tanah air mereka juga manifestasi dari fahaman rasis ini.


Kita dikatakan hanya dapat memberikan bantuan ubatan-ubatan, wang ringgit, makanan atau menerima warga Palestin datang ke negara kita untuk belajar atau menetap. Semua ini betul. Semua ini amat-amat dihargai. Semua ini adalah kerja baik yang wajib diteruskan.


Tetapi saya menolak pandangan yang mengatakan bahawa kita tidak dapat membuat apa-apa lagi untuk menyokong perjuangan rakyat Palestin. Pasti ada lebih daripada ini yang dapat kita sama-sama lakukan.


Pada hari ini bukan susah untuk kita memahami bahawa pendukung unggul fahaman Zionisme dan Israel ialah Amerika Syarikat. Ini bukan kerana adanya Yahudi di New York atau California. Zionisme wujud kukuh di Amerika kerana kepentingan ekonomi Amerika pada ketika ini berjalan selari dengan kepentingan Zionisme dan Israel.


Bukan sahaja Zionis Israel mendapat sokongan kuat dari Amerika, malah Kesatuan Eropah – Perancis, Jerman, Itali – semuanya menyokong Israel. Ini bukan kerana mereka cintakan Yahudi atau benci kepada Palestin – TIDAK. Mereka menyokong Israel kerana kepentingan ekonomi mereka.


Ekonomilah yang menjadi asas kepada fahaman Zionisme ini. Pemodal–pemodal global melihat bahawa Zionisme dapat membantu mereka meneruskan dan mengembangkan modal mereka. Kaum pemodal antarabangsa melihat fahaman Zionisme ini sedang memberikan keuntungan melimpah ruah.


Industri persenjataan dunia bergantung kepada perang. Dengan wujudnya perang atau konflik yang berkemungkinan membawa perang adalah cuaca dan suasana yang amat baik untuk pembuat dan peniaga senjata antarabangsa.


Israel yang sedang memporakperandakan Timur Tengah adalah pemangkin perang.


Lihat bagaimana Amerika menjual dan membekal senjata kepada Isreal - ia menakut-nakutkan negara-negara Arab. Suasana takut ini memberi peluang kepada Amerika untuk menjual senjata kepada Mesir, Jordan dan Arab Saudi.


Negara-negara ini tidak ada bezanya dengan Zionis Israel. Mereka tidak berani secara terbuka menyatakan sokongan kepada Israel – takut kepada rakyat mereka sendiri. Tetapi perangai dan tingkah laku terhadap warga mereka tidak jauh berbeza daripada apa yang sedang dilakukan oleh Israel terhadap warga Palestin.


Apabila kita telah memahami semua ini, saya rasa kita akan dapat melakuan lebih daripada apa yang sedang kita lakukan hari ini. Ada satu perkara yang dapat kita lakukan bersama yang pasti akan memberikan tamparan maut kepada Zionisme. Pekara ini ialah menentang sifat dan fahaman Zionisme di mana sahaja ia muncul dan bertapak.


Zionisme pada ketika ini bukan lagi bergerak di Israel atau di Palestin sahaja. Zionisme telah menjadi fahaman yang meluas dan telah melintasi sempadan Israel. Jika sesiapa memiliki ciri-ciri fahaman rasis yang telah dinyatakan tadi bermakna mereka juga pendukung Zionisme. Zionisme ialah kezaliman.


Di sini ingin saya nyatakan bahawa kita tidak perlu ke Palestin untuk menentang kezaliman. Apa yang perlu kita lakukan ialah menentang kezaliman dan kejahatan di mana sahaja ia berada, termasuk dalam negara kita sendiri. Zionisme tidak memiliki sempadan.


Tetapi, saya agak kecewa apabila melihat orang Melayu berlumba-lumba bangun menentang Isreal yang zalim. Mereka bertempik marah apabila rumah diruntuhkan di Hebron. Tetapi mereka tidak bersuara apabila rumah diruntuhkan di Kampong Berembang atau di Plentong atau di Chubadak.


Orang Melayu marah apabila masjid diroboh di Jenin tetapi orang Melayu tidak marah apabila melihat gereja Orang Asli diruntuhkan di Gua Musang.


Orang Melayu keluar berdemonstrasi kerana tanah rakyat Palestin dirampas tetapi mereka tidak pula bersuara apabila tanah-tanah Orang Penan dirampas. Mereka tidak pula bersuara apabila tanah adat di Sarawak satu demi satu dirampas oleh pemodal antarabangsa.


Hairan. Di mana silapnya fikrah Melayu ini? Kenapa bangsa Melayu memiliki nilai yang setengah jalan? Di mana akal fikrah mereka terputus?


Kalau di Palestin mereka yakin rakyat di sana sedang dizalami, kenapa apabila orang Penan dizalimi hati mereka tidak tergerak untuk membantu?


Apakah mereka tidak memahami bahawa kezaliman dan kejahatan itu tidak berbangsa dan tidak beragama? Kebaikan dan keadilan juga tidak berbangsa dan beragama.


Orang Melayu tidak dapat menerima Ketuanan Yahudi tetapi bagaimana orang Melayu yang sama dapat pula menerima Ketuanan Melayu? Di mana songsangnya fikrah Melayu ini? Apakah mereka telah terputus nilai kemanusiaannya?


Justeru sesudah membaca tulisan ini, marilah kita bersama-sama meneliti dan menilai kembali nilai Melayu kita. Apakah kita benar-benar faham tentang kezaliman dan keadilan.


Atau kita hanya menjadi pak turut – ber-Gaza ke hulu ber-Gaza ke hilir. Orang bercakap hal Gaza, maka kita pun bercakap hal Gaza tanpa kita melihat ke dalam hati nurani kita sendiri.


Link: http://malaysiakini.com/columns/97516

*I'll bold the points later..

Eh kejap. Bolehkah juga ni a copy-paste walaupun tidak bertujuan untuk komersial? Aku takda buku undang-undang siber la. Bagitahu a kalau nda boleh. Uhu..

Sunday, February 08, 2009

Kerja Lapangan-1: Jalan-jalan cari tong sampah...

Pos yang lalu, sedikit pengalaman di penghujung Jan. diceritakan. Kali ni, giliran seawal bulan Feb. pula. Cerita di awal bulan Feb. da masuk sikit sebenarnya di pos yang lalu. Ehe..

Minggu lalu, semua kuliah mula berjalan seperti biasa. Cuma, makmal GIS & Env. Modelling yang dibatalkan. Lagi best bila Lab. Report untuk makmal GIS tu ditunda lagi p minggu depan. Ha2. Kuliah-kuliah yang lalu juga pensyarah mula maklumkan beberapa tugasan, tarikh hantar, tarikh field-trip dan mid-exam.

Pos kali ni, aku mo mula cerita sikit pasal field-trip pertama kami di sem. ni. Ianya mengenai Waste management in x di mana x merupakan lokasi pilihan sendiri. Boleh ambil lokasi semasa field-trip ataupun cari lokasi lain sendiri.

Field-trip, jumaat lalu (06 Feb.). Sehari ja. Kami dibahagi kepada 3 kumpulan. Kumpulan 1 = kawasan perumahan Kepayan dan Pusat Bandar, Kump. 2 = kawasan Pasar Besar dan Pusat Bandar, dan Kump. 3 = kawasan Indah Permai (IP). Bertuahnya, namaku berada dikumpulan yang kedua. P KK bah. Ehe. 

Dari awal pagi sampai ke malam hari, hujan turun ja. Memang mengalamilah kesukaran sebab bawa kamera kan. Nanti rosak kamera kalau basah teruk oleh air hujan. Bawa payung pun, basah juga. Kesejukan lagi. Uhu. 

Kami semua bertolak lewat dari SST. Sampai di KK, sekitar 10 pagi. Pusing-pusing kawasan tu, cari mana dia tempat pembuangan sampah yang ada. Kenalpasti apa jenis sistem khidmat pengutipan (collection service) yang digunakan, jadual kutipan sampah, komposisi dan yang utama ialah berapa banyak/berat sampah yang dihasilkan dalam kawasan tersebut dan jadual pengurusannya (termasuk . Di kawasan pasar besar sahaja ada banyak tong sampah yang besar tetapi menggunakan sistem yang lain. Jenis sampah juga berlainan mengikut sub-bahagian pasar tersebut. Begitu juga sistem yang digunakan.

Umumnya (mengikut yang kami dah belajar), ada tiga sistem yang digunakan bagi mengutip sampah2 ini iaitu 1) Stationary-container system (SCS), 2) Hauled-container system (HCS), dan 3) No-bin system.

Bagi sistem SCS, ia bermaksud tong sampah tersebut adalah statik dan hanya 'bergerak' bila petugas datang menggerakkannya. Setelah habis sampah2 tersebut dipungut, tong sampah tersebut diletakkan semula ke tempat asalnya. Bagi HCS pula, tong sampah tersebut diangkat ke atas lori dengan sampah2nya sekali. Kemudian, samada ia diletakkan semula ke tempat asalnya selepas sampah dibuang ke tempat pelupusan sampah, atau digantikan dengan tong sampah yang kosong. Sistem yang ketiga pula ialah, sistem yang tidak menggunakan tong sampah. Sampah dikumpul dengan kemas dan baik di dalam plastik besar, kemudian pada waktu tertentu akan datang lori pengutip sampah mengutip sekali semua sampah2 tersebut. 

Dr. Piakong kata, sistem ni dilaksanakan di Taiwan. Lori tersebut datang dengan muzik yang tertentu bagi menarik perhatian dan datang pada masanya setiap hari di kawasan tertentu.

Bagaimana pula di Malaysia? Adakah sesuai no-bin system ini dilaksanakan juga di negara kita? Aku masih ingat, pernah aku terbaca di belakang helaian komik Penyiasat Remajaku (keluaran Comic House) yang kadar isipadu sampah yang dihasilkan (purata) per hari di Malaysia mampu memenuhi ruang Menara Berkembar Petronas dalam masa lebih kurang 9.5 hari sahaja!

Kita memang tidak sukakan sampah. Kita rasa terganggu, tidak selesa dan sebagainya. Sebab itu kita membuangnya. Tetapi antara sedar atau tidak, sampah sarap dan bermacam lagi sisa buangan semakin 'mendekati' kita dan 'mengacau' kita sepanjang masa.

Bersambung...

Saturday, February 07, 2009

Berakhirnya Januari, Bermulanya Febuari

Januari 2009 melangkah pergi selamanya hampir seminggu yang lalu. Febuari, menjengah masuk dengan pembukaan yang menarik. Minggu Festival Kesenian Islam (FKI) aku meriahkan lagi dengan menjadi salah seorang AJK bagi Expo Produk Halal yang bermula 02 - 06 Febuari.

Sebelum bercerita jauh pasal pembukaan bulan Febuari yang menarik itu, aku ceritalah dulu pasal pengakhiran Januari yang sempat lagi aku ingat sikit. Uhu. Macam2 juga yang dah berlaku. Antara yang menarik, askar Zionis menghentikan serangan ke atas Gaza sempena majlis angkat sumpah presiden baru Amerika Syarikat, Barack Hussein Obama. Emm, hebat juga 'aura' beliau itu. Sampai buat Zionis yang kepala batu lagi angkuh tu 'mengundurkan diri'. Dan menyerang lagi tidak lama kemudian walaupun tidak se-gah sebelumnya. Menyerang dengan cara 'mengugut' penghantaran bantuan bagi pembangunan semula Gaza.

Itu, nun di seberang sana. Di sini pula, para mahasiswa kampus atau mereka yang bersekolah bercuti panjang selama seminggu sempena sambutan perayaan Tahun Baru Cina. Aku, namanya sahaja bercuti. Tapi tetap sibuk. Sibuk ke sana sini. Urus kad atm bank yang ditelan atm tahun lalu lagi, jumpa junior di KM sampai kehabisan kereta untuk balik ke KK (sebab rancang ulang-alik bah. Pa lagi, tidur masjidlah jawabnya. Ehe), beli keperluan bulanan (jarang turun shopping), baiki & upgrade laptop, beli tv yang ada kat handphone & macam2 lagilah. Tambah sikit sibuk bila mau dekat2 dah cuti habis. Gerakerja Expo mula sibuk dengan mesyuarat2nya. Uhu..

Sebenarnya, yang menjana kepada aktifnya aku di cuti yang lalu ialah masuknya BKNS bagi semester yang terakhir ini. Fuhh, ia masuk di saat2 aku sudah mula mengocak-ngocak syiling di bekas plastik untuk dibuat belanja. Bukan apa, dompet dipenuhi oleh kertas ja. Bukan duit kertas. Ehe..

Logik juga bila ada kata-kata hikmah yang menyebut, "Duit bukan segala-galanya tetapi segala-galanya perlukan duit". Bolehlah diterima sikit kata-kata tu tapi tidak sentiasa. Malah, mungkin boleh dipertikai di sesetengah situasi. Kena berhati-hati juga bila kita terlalu asyik dengan duit. Nanti hadiah bertukar menjadi 'hadiah' iaitu rasuah.

Satu lagi khabar yang ingin aku ceritakan ialah mengenai urusan Latihan Industri (LI) ku. Alhamdulillah, pada 21 Jan. tu, aku sempat juga fakskan borang jawapan penerimaan kepada Dewan Bandaraya Kota Kinabalu (DBKK). DBKK merupakan pilihan pertama dalam senarai pilihanku. Menariknya, DBKK yang paling awal2 sekali memberi maklumbalas dan maklumbalas itu, positif. DBKK tidak menyediakan tempat sepanjang LI dijalankan dan tiada juga sebarang bayaran untuk diberikan. Itu, secara rasminyalah. Kalau ada yang support, mengharap juga bah ada.

Setelah berapa lama memberikan persetujuan untuk LI di DBKK, selepas cuti tahun baru tu, ada dua lagi tawaran LI yang datang. Satu dari Jabatan Alam Sekitar cawangan Sabah di Kompleks Persekutuan sebelah UMS tu dan satu lagi dari EAC (Environmental Action Committe). EAC siap telefon lagi bertanya samada masih berminat atau tidak untuk LI. Uhu, dengan hati yang berat menjawap, "Maaf cik, saya sudah menerima tawaran dari pihak lain..".

Harapnya, beginilah juga nanti bila aku sudah bergraduan dan menunggu panggilan kerja. Ada dua tiga tawaran datang dan semestinya ingin menjadikan keputusan yang dipilih menjadi yang terbaik. Tentu ada gahnya juga bila mendapat pekerjaan (insya Allah, amin..) ditengah-tengah kemelesetan ekonomi kapitalisme seantero pelusuk dunia, menerajang golongan non-pemodal atau konsumer satu-persatu. 

Yeah! Aku aktif kembali..! ^_~

Assalamua'laikum w.b.t & salam sejahtera buat semua. Fuhh, lama juga laman ni ditinggalkan. Bukan sengaja meninggalkannya tetapi kerana masalah connection yang nda bagus di sini. Buat apa kalau hari2 pergi library semata-mata untuk berjam-jam 'melayan' kelembapan connection.

Selama ia ditinggalkan, semestinya sudah banyak episod-episod yang telah berlaku, berlalu tanpa sempat untuk diabadikan di sini. Bukan apa, sebagai ole-ole untuk masa hadapan ja bah. 

Apa ya yang paling sesuai untuk dicatatkan di sini setelah lama berehat. Banyak ni isu yang mahu dikupas dan dibahas. Yang lain pula, mahu dihebah buat mencambah idea para pembaca.

Kadang-kadang, bila sudah lama tidak menulis di sini, wujud suatu 'konflik' kategori (penulisan) yang ingin dikongsikan. Dilema antara kategori isu-isu semasa, dan juga perkhabaran diri (cerita pasal akulah. Ehe). 

Kedua-duanya sama banyak untuk dikupas di sini tetapi macam malas pula untuk membahaskannya. Mengomen, ok. Terutamanya, isu-isu semasa. Kadang-kadang, rasa macam mual untuk membahas isu-isu semasa sebab last2 bab politik juga yang terkait sama. Uhu. 

Takpa, pos seterusnya akan menjawapnya nanti. Tunggu sajalah ya. Ehe.. :p