Paparan Paling Seksi Sakti | Skrin 1280 x 800 | Browser Mozilla Firefox | OS Ubuntu Linux

FIDE WOMENS WORLD CHESS CHAMPIONSHIP 2017 (TEHRAN)

Saturday, February 07, 2009

Berakhirnya Januari, Bermulanya Febuari

Januari 2009 melangkah pergi selamanya hampir seminggu yang lalu. Febuari, menjengah masuk dengan pembukaan yang menarik. Minggu Festival Kesenian Islam (FKI) aku meriahkan lagi dengan menjadi salah seorang AJK bagi Expo Produk Halal yang bermula 02 - 06 Febuari.

Sebelum bercerita jauh pasal pembukaan bulan Febuari yang menarik itu, aku ceritalah dulu pasal pengakhiran Januari yang sempat lagi aku ingat sikit. Uhu. Macam2 juga yang dah berlaku. Antara yang menarik, askar Zionis menghentikan serangan ke atas Gaza sempena majlis angkat sumpah presiden baru Amerika Syarikat, Barack Hussein Obama. Emm, hebat juga 'aura' beliau itu. Sampai buat Zionis yang kepala batu lagi angkuh tu 'mengundurkan diri'. Dan menyerang lagi tidak lama kemudian walaupun tidak se-gah sebelumnya. Menyerang dengan cara 'mengugut' penghantaran bantuan bagi pembangunan semula Gaza.

Itu, nun di seberang sana. Di sini pula, para mahasiswa kampus atau mereka yang bersekolah bercuti panjang selama seminggu sempena sambutan perayaan Tahun Baru Cina. Aku, namanya sahaja bercuti. Tapi tetap sibuk. Sibuk ke sana sini. Urus kad atm bank yang ditelan atm tahun lalu lagi, jumpa junior di KM sampai kehabisan kereta untuk balik ke KK (sebab rancang ulang-alik bah. Pa lagi, tidur masjidlah jawabnya. Ehe), beli keperluan bulanan (jarang turun shopping), baiki & upgrade laptop, beli tv yang ada kat handphone & macam2 lagilah. Tambah sikit sibuk bila mau dekat2 dah cuti habis. Gerakerja Expo mula sibuk dengan mesyuarat2nya. Uhu..

Sebenarnya, yang menjana kepada aktifnya aku di cuti yang lalu ialah masuknya BKNS bagi semester yang terakhir ini. Fuhh, ia masuk di saat2 aku sudah mula mengocak-ngocak syiling di bekas plastik untuk dibuat belanja. Bukan apa, dompet dipenuhi oleh kertas ja. Bukan duit kertas. Ehe..

Logik juga bila ada kata-kata hikmah yang menyebut, "Duit bukan segala-galanya tetapi segala-galanya perlukan duit". Bolehlah diterima sikit kata-kata tu tapi tidak sentiasa. Malah, mungkin boleh dipertikai di sesetengah situasi. Kena berhati-hati juga bila kita terlalu asyik dengan duit. Nanti hadiah bertukar menjadi 'hadiah' iaitu rasuah.

Satu lagi khabar yang ingin aku ceritakan ialah mengenai urusan Latihan Industri (LI) ku. Alhamdulillah, pada 21 Jan. tu, aku sempat juga fakskan borang jawapan penerimaan kepada Dewan Bandaraya Kota Kinabalu (DBKK). DBKK merupakan pilihan pertama dalam senarai pilihanku. Menariknya, DBKK yang paling awal2 sekali memberi maklumbalas dan maklumbalas itu, positif. DBKK tidak menyediakan tempat sepanjang LI dijalankan dan tiada juga sebarang bayaran untuk diberikan. Itu, secara rasminyalah. Kalau ada yang support, mengharap juga bah ada.

Setelah berapa lama memberikan persetujuan untuk LI di DBKK, selepas cuti tahun baru tu, ada dua lagi tawaran LI yang datang. Satu dari Jabatan Alam Sekitar cawangan Sabah di Kompleks Persekutuan sebelah UMS tu dan satu lagi dari EAC (Environmental Action Committe). EAC siap telefon lagi bertanya samada masih berminat atau tidak untuk LI. Uhu, dengan hati yang berat menjawap, "Maaf cik, saya sudah menerima tawaran dari pihak lain..".

Harapnya, beginilah juga nanti bila aku sudah bergraduan dan menunggu panggilan kerja. Ada dua tiga tawaran datang dan semestinya ingin menjadikan keputusan yang dipilih menjadi yang terbaik. Tentu ada gahnya juga bila mendapat pekerjaan (insya Allah, amin..) ditengah-tengah kemelesetan ekonomi kapitalisme seantero pelusuk dunia, menerajang golongan non-pemodal atau konsumer satu-persatu. 

No comments:

Post a Comment

Saya mengalu-alukan komentar anda semua. Terima Kasih!