Paparan Paling Seksi Sakti | Skrin 1280 x 800 | Browser Mozilla Firefox | OS Ubuntu Linux

FIDE WOMENS WORLD CHESS CHAMPIONSHIP 2017 (TEHRAN)

Sunday, February 15, 2009

Dari mantan, kepada bakal mantan..(1)

Assalamua'laikum w.b.t & Salam sejahtera...

Tulisan ini ditujukan khas buat semua yang menjadi pewaris tampuk kepimpinan JAKMAS KKCD 07/08. 

Tulisan ini ditulis, bukan untuk mendapatkan nama. Jauh sekali untuk digambarkan sebagai 'masih gilakan kuasa'. Mohon agar anda semua dan para pembaca lainnya, dalam apa jua cara & rasa, tidak menafsirkan terjemahan isi minda ini sedemikian rupa. 

Tulisan ini ditulis, bagi menggunakan ruang dan peluang yang saya ada untuk menyatakan beberapa perkara yang harus dipandang berat dan kritikal oleh anda semua. Ianya diabadikan di sini supaya jika anda atau saya terlupa, maka bolehlah kita merujuknya semula di sini. Ia juga mungkin menjadi suatu isi penting dan berguna buat mereka yang akan mewarisi bebanan yang anda pikul saat ini, tidak lama lagi.

JAKMAS KKCD 08/09 yang saya kasihi sekalian,

Anda semua merupakan insan bertuah dan terpilih. Ini, harus anda sedar & faham sebaik mungkin. Saya tidak perlu menghurai panjang apakah baik-'buruk' yang anda rasai selama berada di tampuk kepimpinan kedua utama di dalam PMUMS ini. Cuma yang saya ingin yakinkan kepada anda semua, inilah pengalaman berharga yang patut anda semua hargai. Laluilah dengan rasa penuh tanggungjawab dan penuh dengan kesungguhan. Saya yakin, jika anda melakukan yang terbaik, maka tidak dapat dinafikan yang pengalaman ini akan menjadi lebih manis berbanding pengalaman sekadar untuk berkonvo.

Sebahagian besar dari kalangan anda merupakan bekas ahli-ahli sekretariat sesi sebelumnya. Ringkasnya, anda semua mempunyai pengalaman tersendiri, iaitu terlibat secara langsung dalam gerakerja suatu program/aktiviti. Lebih istimewa lagi, dengan pengalaman sewaktu menjadi sekretariat tidak lama dahulu, anda sudah mempunyai suatu bonus yang pastinya amat2 anda perlukan sekarang.

Anda tahu cerita Naruto? Dalam komik tersebut, generasi Naruto dan kawan-kawannya digambarkan akan mengatasi generasi sebelumnya. Lihat saja cerita Naruto terbaru, Naruto sudah mengatasi guru2nya, Kakashi dan Jiraiya dengan menguasai teknik ninja tertinggi iaitu Sage. Malah, Ninja lagenda Jiraiya juga tidak dapat menyempurnakan teknik Sage mode tersebut. 

Apakah pengajaran yang ada di situ?

Setiap sesi mempunyai 'kehebatannya' masing2. Itu, tidak perlu dipertikaikan sangat. Apa yang penting ialah, sesi sekarang perlu membuktikan sesuatu sepanjang menjalankan tanggungjawab ini 'mengatasi' sesi yang sebelumnya. Secara mudah, keadaan kita bertambah baik dari sebelumnya. Sesi baru menambah-baik inspirasi sesi yang sebelumnya. Lebih manis jika sesi baru dapat membuahkan hasil2 yang sudah lama diigaukan.

JAKMAS KKCD 08/09 yang saya hormati sekalian,

Bukan mudah & selesa berada di kerusi2 yang anda (kita) raih itu. Lebih2 lagi bila menang tanpa bertanding. Kredibiliti kita lebih berisiko untuk dipertikai kerana kedudukan itu tidak ditentukan oleh undi majoriti sebahagian besar sikit residen yang turun memangkah2 kertas undi, lalu mengambil kertas2 cop passport dan kupon makan. Pernahkah anda bayangkan jika tiadanya cop passport atau kupon makan disediakan, adakah meriah hari pengundian? Baik, cukup di sini. Kita fikirkan yang positif. Anggaplah itu sebagai tanda penghargaan dan terima kasih penganjur kepada mereka yang datang.

Namun, walaupun menjadi JAKMAS dengan tiket menang tanpa bertanding itu, sekali lagi bonus anda (aktif menjadi sekretariat) berguna. Residen, dalam keadaan yang sibuk dengan hal masing2, masih mengenali anda serba-serbi sebagai seorang JAKMAS. Residen, bagaikan pelanggan kita. 

Permulaan anda ketika naik menjadi JAKMAS adalah permulaan yang baik dan sesuai. Dan permulaan inilah yang patut anda terus gerakkan walaupun perlahan tetapi mesti berkesan.

Bersambung...

2 comments:

  1. Anda tahu cerita Naruto? Dalam komik tersebut, generasi Naruto dan kawan-kawannya digambarkan akan mengatasi generasi sebelumnya. Lihat saja cerita Naruto terbaru, Naruto sudah mengatasi guru2nya, Kakashi dan Jiraiya dengan menguasai teknik ninja tertinggi iaitu Sage. Malah, Ninja lagenda Jiraiya juga tidak dapat menyempurnakan teknik Sage mode tersebut.

    contoh kat atas ni wat aku tertarik ......kerana ko memberikan contoh yang tepat....hihihihi

    ReplyDelete
  2. Waa, ni Azri yang mana satu a? Papun, terima kasih byk ya. Tu la gunanya skit2 minat Anime/Manga. Hi3 :p

    ReplyDelete

Saya mengalu-alukan komentar anda semua. Terima Kasih!