Paparan Paling Seksi Sakti | Skrin 1280 x 800 | Browser Mozilla Firefox | OS Ubuntu Linux

FIDE WOMENS WORLD CHESS CHAMPIONSHIP 2017 (TEHRAN)

Monday, February 16, 2009

Dari mantan, kepada bakal mantan...(2)

Sambungan...

Saya memahami yang sebahagian besar dari kalangan anda, mempunyai komitmen non-akademik yang lain. Ada yang terlibat dengan program2 / aktiviti2 luar, debat, aktiviti2 Program (course) / Sekolah seperti gathering & lain2. Mungkin tidaklah salah jika saya katakan, sekali anda diketahui aktif, maka akan sentiasa ada tuntutan2 yang mahukan anda terus kekal aktif. Ia bagaikan "kekal posisi anda dan beralihlah ke fokus yang lain..". Rakan2 / Senior akan 'menjejak' anda untuk terus terlibat. Samada cara halus lagi lembut, atau halus yang tidak lembut (terpaksa?).

Segan juga saya bila ingin memberikan saranan kepada anda kerana saya berasakan yang anda lebih hadam & arif mengenai bab ini. Tapi, kadang2 saya lihat ia tidak menjadi begitu. Fokus anda nampaknya terganggu juga oleh tuntutan2 itu. 

Pada saya, selepas tanggungjawab akademik, maka gerakerja di dalam JAKMAS lah yang menjadi keutamaan. Kurangkanlah keaktifan anda yang terlibat selalu dengan aktiviti2 LUAR, luar dari skop gerakerja JAKMAS. Bukan menyuruh supaya tidak lagi terlibat langsung tetapi anda perlu buat pertimbangan & perancangan yang baik supaya situasi menang-menang (win-win situation) wujud. Lalu, jadikan keputusan anda itu keputusan yang terbaik walaupun mungkin dirasakan kurang bijak sekarang.

Mengapa saya berpandangan begini? Baik, mari saya tanyakan kepada anda semua. Berapa lama anda di UMS ini? Minimum, 3 tahun. Maksimum, 4 tahun tidak termasuk perancangan untuk (jika) menambah semester (Extend).

Kemudian, berapa lama anda menjadi JAKMAS? Setahun lebih atau lebih kurang 1 sesi. Saya yakin yang anda semua sudah sedia maklum bahawa tempoh tersebut tidak lama / panjang. Percayalah jika anda tidak merancang sebaik mungkin, maka anda semua akan menghabiskan tempoh itu untuk melakukan aktiviti rutin-tahunan Kolej sahaja. Tidak lebih daripada itu. Dan, itu sahajalah yang mungkin berubah. Program itu meriah sikit atau tidak, pengurusannya teratur atau tidak. Itu saja. Suasana yang lainnya, apalah yang berubah?

Adakah kita ingin terus merasa selesa & suka menggunakan Dewan Serbaguna Kolej kita itu? Adakah kita ingin terus membiarkan masalah kebersihan di blok2 tidak jauh berubah? Adakah kita ingin bertegas dengan keadaan parking di Kolej D selepas berlakunya kecelakaan di sana? 

JAKMAS KKCD 08/09 yang dikasihi sekalian,

Untuk memikirkan atau menguruskan program rutin-tahunan itu, 1 sesi, adalah cukup. Tapi, gerakerja tetap 'last minute style' punya juga. Uhu. Apa agaknya yang membuatkan kita jadi last minute itu? Adakah kerana kita sibuk memikirkan / mengurus persoalan2 atau seumpamanya di atas? Atau, kerana kita terlibat/sibuk dengan aktiviti luar dari JAKMAS?

Maka, inilah yang perlu difikir & ditindakkan sebaik mungkin. Anda, masih lagi berpeluang untuk terus kekal aktif dengan aktiviti2 luar dari JAKMAS yang saya maksudkan sebelumnya tetapi TIDAK bagi gerakerja JAKMAS bila anda sudah melalui 1 sesi itu. Adakah anda mahu sibukkan diri lagi dengan hal2 JAKMAS jika anda sudah tidak menjadi JAKMAS lagi? Lihatlah mantan2 disekeliling anda. Telitikan, bagaimana mereka semasa dan selepas menjadi JAKMAS dahulu. Walaupun sibuk dengan tesis, mereka aktif juga mengikuti program2 luar daripada JAKMAS. Telitikan juga, sejauh mana pedulisme mereka terhadap JAKMAS baru? Sekadar bertanya khabar atau macamana?

Inilah yang saya maksudkan supaya anda menghargai pengalaman menjadi JAKMAS ini dan lakukan tugas anda dengan sebaik mungkin. Anda merupakan ahli Jawatankuasa Kebajikan Mahasiswa Kolej Kediaman. Maka, isu2, hal2, & permasalahan2 dalam skop kebajikanlah yang paling wajar diutamakan. 

Banyak yang boleh dikaitkan dengan kebajikan ini. Terlalu banyak. Dua sesi menjadi JAKMAS pun belum tentu dapat menyelesaikannya. Mungkin ada, mungkin tiada. Kalaupun ada, berpanjangankah?

Jadi, nasihat saya, fokuslah kepada gerakerja anda di dalam JAKMAS dahulu. Lupa/abaikanlah sekejap keaktifan anda menyertai aktiviti2 luar buat masa sekarang. Halakan minda anda kepada permasalahan2 kolej. Tujukan idea-idea bernas dan kekuatan anda untuk membina satu situasi di mana penyelesaian kepada permasalahan itu boleh diraih. Kalau bukan sekarang, pastikan generasi seterusnya semakin 'memasakkan' buah harapan tersebut. Itulah pentingnya hubungan anda dengan mantan2. Harapan ahli2 JAKMAS sejak dahulu lagi ialah untuk mengambil berat kebajikan residen. 

JAKMAS KKCD 08/09 yang dihormati sekalian,

Pulihkanlah kembali keyakinan residen terhadap ahli2 JAKMAS. Residen di kolej, bergantung harap kepada ahli2 JAKMAS bagi mewakili & menyuarakan rasa hati mereka. Ahli2 JAKMAS, lebih berkuasa sebenarnya berbanding ahli2 Exco Kebajikan MPP. 

Dengan ruang lingkup di kawasan kolej sahaja, fokus itu akan lebih tepat dan jitu halatujunya.

Bagaimana untuk 'mengurat' atau mengambil hati residen2 ini, dalam keadaan mereka buat dono (don't know) ja kepada kepimpinan pelajar sekarang? 

Sejauh mana sudah ia (usaha 'mengurat' itu)?

Bersambung... 

 

 

No comments:

Post a Comment

Saya mengalu-alukan komentar anda semua. Terima Kasih!