Paparan Paling Seksi Sakti | Skrin 1280 x 800 | Browser Mozilla Firefox | OS Ubuntu Linux

FIDE WOMENS WORLD CHESS CHAMPIONSHIP 2017 (TEHRAN)

Wednesday, February 18, 2009

Dari mantan, kepada bakal mantan...(3)

Sambungan...

Ada beberapa persoalan yang saya kemukakan di pos-pos yang lalu. Saya tidak bercadang untuk menjawap semuanya di pos yang seterusnya kerana bukan saya yang perlu memberikan jawapan penuh.

Pos yang kedua menyentuh mengenai persoalan sejauh mana sudah usaha dan rancangan2 yang dijalankan, mampu mendapatkan respon memberangsangkan dari sebahagian besar residen kolej.

Pada saya, ada DUA isi cara utama yang perlu diambil bagi memulihkan semula keyakinan dan meraih sokongan padu tidak berbelah bahagi residen terhadap kepimpinan JAKMAS Kolej Kediaman.

Pertama, melalui pengurusan gerakerja bagi setiap program/aktiviti yang dijalankan.

Bab ini terlalu panjang untuk dihurai satu-persatu. Jadi, saya ringkaskannya kepada beberapa kata kunci yang penting.

Belajar dari pengalaman lepas merupakan kaedah yang paling baik bagi mematangkan sesuatu program. Maka, rekod-rekod dari pihak yang sebelumnya amat-amat berguna.

Walaupun anda tidak pernah menganjurkan program yang besar seperti MAKMA, tetapi dengan bantuan rekod-rekod perjalanan program yang sebelumnya akan membantu setiap barisan ahli jawatankuasa yang baru. Maka, laporan minit-minit mesyuarat, post-mortem, dan laporan penuh program wajar dibaca oleh semua ahli terutamanya Pengarah dan ketua-ketua bahagian yang lain.

Dari sini, semua pihak akan menguasai segala 'baik-buruk' yang berlaku disepanjang penganjuran program yang lalu.

Gerakerja yang terancang dan dirancang rapi (ada back-up plan & sebagainya) juga elemen yang penting dalam pengurusan sesuatu program. Ini akan menunjukkan sejauh mana idea dan pemikiran Ajk, dapat digunakan semaksimum yang mungkin. Ini menunjukkan sejauh mana profesionalisme ahli dalam bergerakerja. Whether it's last-minute performance or not. Whether we can pay more focus and be responsibled or not.

Residen atau orang luar selalu menilai kejayaan program tersebut berdasarkan sikap mereka yang bergerakerja dan juga pengurusan @ 'persembahan' penganjur SEMASA program berlangsung. Bukan kepada berjayanya program tersebut dilaksanakan pada tarikh yang telah dijanjikan. 

Maka, seharusnyalah program yang sudah menjadi rutin-tahunan Kolej berjalan dengan baik dan bertambah baik dari masa ke semasa. 

Residen, dengan automatiknya turun memeriahkan program-program kita kerana keyakinan mereka betapa baik, bagus, cekap, amanah, dan profesionalnya kita menganjurkan program. Walaupun penuh cabaran, penuh rintangan, mereka tetap datang memberikan sokongan.

Dan itulah yang akan dikecapi jika semua pihak dapat melakukan usaha keras yang terbaik lagi bersungguh2 semasa bergerakerja. Kita akan rasa tenang dan puas hati kerana telah melakukan yang terbaik dan penat lelah kita bagaikan berbayar kerana sambutan hangat terhadap apa yang kita usahakan, dan residen pula berpuas hati dan gembira di atas 'berkatnya' gerakerja yang telah dilakukan.

Kedua, usaha dan hasil dari barisan kepimpinan JAKMAS dalam menyelesaikan permasalahan-permasalahan Kolej yang juga boleh dianggap sebagai 'rutin-tahunan'.

Sudah tentu, permasalahan-permasalahan ini berkait-rapat dengan isu kebajikan. Oleh kerana ianya aspek yang luas, maka saya hanya menyentuhnya berdasarkan pengalaman saya ketika memegang portfolio Aduan, Keselamatan dan Kebajikan (AKBA).

Mari kita lihat satu persatu apakah pengalaman yang telah AKBA lalui sepanjang menghadapi isu-isu kebajikan residen/Kolej.

Pertama, blok-blok kediaman.

Sesi 07/08 berhadapan dengan situasi 'tegang' di mana berkeliarannya anjing-anjing tidak bertuan disekitar kawasan kediaman. Kehadiran haiwan ini sememangnya membawa banyak masalah kepada residen dan pekerja kebersihan. Banyak kes-kes yang dilaporkan (secara lisan) diterima seperti dikejar, menyelongkar tong-tong sampah, dan berbuat bising (menyalak @ bergaduh).

Alhamdulillah, sebelum tirai 07/08 ditutup sepenuhnya, masalah ini berkurangan dan terus berkurangan hingga ke hari ini.

Situasi 'tegang' yang seterusnya ialah keadaan keselamatan.

Banyak kes-kes pecah-masuk ke bilik dilaporkan terutamanya di blok-blok perempuan. Ada yang mengakibatkan kerugian, kecederaan, trauma dan sebagainya.

Di blok-blok juga, keadaan fasilitinya tidak memuaskan dan tahap kebersihannya, rendah. Sinki-sinki bagaikan tong sampah mini. Residen tetap juga membuang sisa ke dalamnya walaupun tong sampah besar sangat hampir dengan bilik basuh tersebut. Antara alasan mereka, tong sampah penuh dan nanti diselongkar. Uhu. Keadaan bilik mandi, basuh dan tandas, seringkali berbau yang tidak menyenangkan. Cuma rasa ok bila baru beberapa minit petugas kebersihan membersihkannya.

Tidakkah para ahli Jawatankuasa KEBAJIKAN Mahasiswa bersama BARISAN PENGURUSAN KOLEJ dapat berbuat sesuatu untuk mengubah keadaa-keadaan yang menunjukkan mentaliti kelas ketiga ini?

Isu yang seterusnya di blok-blok kediaman ialah para felo, samada felo pelajar atau felo staff.

Ada felo yang memang wajar dipuji kerana komitmennya yang agak baik dan sentiasa membantu residen. Yang lain, anda nilailah sendiri.

Felo diwujudkan disetiap blok kediaman bukan sekadar untuk menghabiskan bajet peruntukan kerajaan untuk mengupah mereka. Bukan juga, sekadar untuk memberi 'ihsan' kepada mereka kerana mereka sedang melanjutkan pengajian diperingkat yang lebih tinggi dari kita.

Kredibiliti mereka selalu menjadi tanda tanya. Komitmen mereka, selalunya menghampakan. Keupayaan mereka, menjadi buah-buah persoalan.

Saya berkata begini, kerana saya sendiri berpengalaman dalam berurusan dengan felo-felo ini. Saya tahu siapa layak, siapa yang tidak. Saya mohon kepada mereka semasa sesi lalu supaya membuat satu perjumpaan dengan residen blok untuk melantik ketua blok (& macam ramah-mesra lah juga), hanya seorang felo sahaja yang berbuat sedemikian. Ustaz Jisham. 

Maka, dari tahun satu sampailah esok ingin bergraduan, residen kita tidak mengenal atau mengecam langsung siapakah felo dibloknya. Ada kes yang lebih memalukan, Pengetua pun tidak kenal. Lagi 'dahsyat', Datuk NC pun tidak dikenalnya...! 0_0

...bersambung

No comments:

Post a Comment

Saya mengalu-alukan komentar anda semua. Terima Kasih!