Paparan Paling Seksi Sakti | Skrin 1280 x 800 | Browser Mozilla Firefox | OS Ubuntu Linux

FIDE WOMENS WORLD CHESS CHAMPIONSHIP 2017 (TEHRAN)

Saturday, February 14, 2009

Kayu Madang menggamit perasaan...(2)

Sambungan...

Perjalanan ke destinasi terakhir ini memakan masa lebih kurang 45 minit dari Bandaraya KK. Hujan yang turun seawal pagi menyebabkan kami berasa kesejukan walaupun ada yang memakai pakaian tebal atau berjaket. 

Destinasi ini, bukanlah destinasi yang disukai ramai. Jauh sekali sebagai tempat untuk jalan2 makan angin. Jalan2 cari makan, mungkin bolehlah. Ramai yang tidak tahu lokasi ini di mana termasuklah aku. Ni lah kali pertama ke tempat sebegitu.

Persiapan yang dilakukan oleh coursemate memang mantap. Aku terketawa di dalam hati ja bila melihat mereka2 ni, excited memakai but, membeli but baru & membeli baju hujan. Tidak ketinggalan juga untuk membawa sedikit bekal selepas makan tengahari supaya manalatau tidak berselera selepas balik fieldtrip nanti. 

Kelengkapanku cuma sehelai baju di dalam beg, kasut sukan biasa, payung , topi dan kamera. Aku hanya memakai kasut sukan biasa yang agak lusuh (bukan but) sebab awal2 lagi aku mengagak yang kami ke Kayu Madang ini bukanlah untuk berjalan2 jauh disekitarnya. Cuma kebetulan hujan turun dan menyebabkan tanah disekelilingnya berlumpur. Tapi, tidaklah sampai perlu memakai but. 

Sudah banyak yang ditulis, terlupa pula untuk memperkenalkan dan sekaligus mempromosikan destinasi terpilih kami ini.

Kayu Madang terletak berhampiran dengan bulatan yang berhampiran dengan Politeknik. Jika bergerak dari KK, jalan ke Kayu Madang adalah di depan selepas bulatan. Jika ke kiri, menuju ke Tuaran dan ke kanan jika ingin ke Telipok. Lokasinya agak terpelusuk dan dikelilingi oleh hutan2 serta bukit. Jalannya pula tidak berturap.

Kayu Madang merupakan satu-satunya tempat untuk kerja2 pelupusan sampah atau sisa dibuat. Ia didatangi oleh semua lori2 pengangkut sampah dari beberapa daerah termasuklah Kudat. Ianya sudah lama beroperasi iaitu hampir 14 tahun dan Fasa 1 sepatutnya sudah ditutup tahun ini (tidak digunakan lagi) kerana terlebih penuh. Pembinaan Fasa 2 bermula dipenghujung tahun lalu dengan keluasan untuk menampung sampah lebih besar berbanding sebelumnya. Namun, jangkahayatnya tidak melebihi 15 tahun dan sangat2 bergantung kepada amalan pengurusan sampah / sisa dari orang awam. Sekiranya kempen kitar semula tambah berkembang & menjadi popular dikalangan masyarakat, ditambah lagi dengan sikap meminimumkan penghasilan sampah bagi setiap orang atau kawasan, maka Fasa 2 ini mampu mencapai sehingga 20 tahun. Pada masa itu, mungkin alternatif lokasi baru tapak pelupusan sampah yang lebih baik sudah ditemui. Sekiranya Fasa 2 ini penuh lebih cepat dari jangkaan, maka tiadalah lagi tapak yang bersesuaian untuk mengendalikan proses pelupusan ini pada masa tersebut kerana kajian yang teliti diperlukan untuk mewujudkan tapak baru. Kawasan yang pernah digunakan sebagai tapak pelupusan sampah tidak dibenarkan untuk dibina sebarang bangunan diatasnya (nanti runtuh). Ini akan menimbulkan masalah yang cukup besar jika pengurusan sampah kita terganggu. 

No comments:

Post a Comment

Saya mengalu-alukan komentar anda semua. Terima Kasih!