Paparan Paling Seksi Sakti | Skrin 1280 x 800 | Browser Mozilla Firefox | OS Ubuntu Linux

FIDE WOMENS WORLD CHESS CHAMPIONSHIP 2017 (TEHRAN)

Wednesday, March 25, 2009

Tahniah buat mantan YDP KKCD 07/08

Ahad lalu, MAKMA (Malam Anugerah Kecemerlangan Mahasiswa) edisi 2008 merupakan kemuncak penghormatan tertinggi pihak Pengurusan Kolej Kediaman CD (KKCD) terhadap satu-satunya insan yang menjadi contoh terbaik dikalangan kepimpinan pelajar khususnya diperingkat Kolej, menikmati 'hasil' daya usaha dan penat lelah yang dicurahkannya selama ini.

Mohd Azizul bin Abdullah, mantan Yang Dipertua  KKCD bagi sesi 2007/2008, merangkap bos kami dalam kepimpinan platform Jawatankuasa Kebajikan Mahasiswa (JAKMAS), telah menerima Anugerah Kepimpinan sempena majlis makan malam tahunan tersebut. Senarai penglibatannya cukup untuk 'mengalahkan' individu-individu lain di dalam Kolej. Mungkin juga dikalangan pimpinan pelajar yang lainnya.

Saya mendapat berita mengenai kemenangannya itu melalui mantan Timb. YDP, saudari Aimi Hafizah beberapa minit sebelum dimaklumkan secara rasmi oleh pengacara majlis. Jadi, boleh kira kurang saspens lah sudah. Saya fikir sebelum ini, mungkin individu lain yang luar dari barisan Majlis Tertinggi JAKMAS yang akan memenanginya. Terutamanya junior yang aktif.

Apapun, itu adalah layak baginya. Anugerah yang diterimanya itu menjadi 'modal pertaruhan' sengit semasa penyampaian anugerah Makan Malam HEP. Siapa tahu dialah yang menggantikan dominasi pimpinan pelajar dari KKAB selepas ini?

Semasa melihat-lihat paparan visual yang ditayangkan oleh juruteknik majlis, ingatan saya terputar kembali ke masa-masa lalu yang semakin jauh ditinggalkan. Terasa sebak mengenangkannya di saat itu.

Boleh dikatakan, ianya bermula di Kolej Kediaman Kingfisher & Non-Residen (KF) semasa kami di Tahun satu dahulu. Masa itu, bakat kepimpinannya belum lagi terserlah. Penglibatannya biasa-biasa sahaja. Malah pada masa itu, saya dan Mohd. Razimi Hassan (EKSAH JAKMAS KKAB 07/08) agak jauh meninggalkannya dalam perjalanan menimba ilmu pengalaman melalui keaktifan berprogram. Razimi, semasa di sem satu, sudah memegang jawatan Ketua Surau KF merangkap timbalan kepada Exco EKSAH pada masa itu. Saya pula, di sem dua, sudah diberi kepercayaan untuk menjadi Pengarah program (Forum). Azizul, masih menjadi Ajk biasa.

Memori beralih ke hadapan lagi. Terkenang pula semasa kami 'disumbat' ke dalam KKCD. Bermula sesi 2007/2008, tiada pelajar pra-ijazah yang ditempatkan di KF. Semua kecuali yang menjadi Tahun akhir pada sesi itu dipindah-masuk ke KKAB / KKCD. Maka, jodoh keaktifan berprogram kami bermula di suasana baru. Razimi pula ditempatkan di KKAB. Saya dan Azizul pula di KKCD. 

Sepanjang sem satu 07/08, saya dan Azizul menjadi sedikit pasif. Almaklumlah, kami pada masa itu boleh dikira sebagai 'pendatang baru'. Tapi pendatang dengan izinlah. Kami 'mendiamkan' diri kerana majoriti residen tidak berpuas hati / bersetuju dengan kemasukan beramai-ramai itu atas faktor keselesaan. Bilik berempat menjadi berenam. Nasib bilik berdua tidak menjadi bilik berempat (double-decker). Ha2. 

Hampir dipenghujung semester satu 07/08, kami mendapat 'seruan' dari rakan-rakan lama sewaktu di KF dan juga senior2 yang mengenali kami (senior2 ni terlibat aktif dalam kepimpinan pelajar terutamanya menjadi MPP) membawa 'usul' agar kami meneruskan bajaan bagi menyuburkan bakat-pengalaman kami dalam aktiviti pelajar dengan masuk bertanding dalam mana-mana pemilihan yang diadakan. Samada bertanding untuk menjadi MPP, Kolej Kediaman ataupun diperingkat Sekolah.

Setelah lama berfikir, berdebat, dan berbincang, saya terlebih dahulu membuat suatu keputusan mengenainya. Malah, saya yang memberikan borang pencalonan kepadanya di saat-saat akhir. Setelah diyakinkan secara paksaan psikologi, akhirnya saya punya teman juga untuk masuk bertanding JAKMAS. Kenapa saya katakan teman? Sebab kami berdua sahajalah wakil dari bekas residen KF yang masuk mecalonkan diri untuk bertanding, memegang platform pimpinan pelajar diperingkat Kolej Kediaman CD. Kami berdua bukan asal KKCD. Dan setelah melaluinya sampailah di malam penganugerahan itu, hati saya betul2 berbangga dengan apa yang dicapainya. Secara tidak langsung, ada mesej besar di situ. Pembaca yang lain fikirlah apakah perkara tersebut..

Sekurang2nya, kami dapat berkhidmat dengan suasana yang baru itu, sebaik-baiknya. Mencantas rumput-lalang dikiri kanan bagi memudahkan semua dan generasi seterusnya dapat membentuk sebuah jalan bertar yang selesa di situ..

Dari ingatan semasa ingin masuk bertanding, terkenang pula saat2 ditemuduga oleh barisan Pengurusan Kolej yang diketuai oleh Pemangku Pengetua, Cik Kamsia Budin merangkap pensyarah program saya. Malam temuduga yang penuh tekanan psikologi (siap ambil ujian bertulis psikologi lagi) yang akhirnya mengecundangkan dua orang gadis secara psikologi, dan seorang jejaka secara 'teknikalnya'.

Ah, terlalu panjang buat semua jika saya nukilkan semuanya di sini satu persatu, kenangan demi kenangan. Apapun, suka-duka, pahit-maung dan segala macam ujian dan cabaran sebelum, semasa dan selepas menjadi salah seorang pimpinan pelajar telah kami nikmati bersama. Saya gembira kerana dapat terus kekal disampingnya sampailah di saat kami melepaskan amanah yang diberi. Saya bangga dapat mengusahakan sesuatu, berkongsikan idea dan bergerakerja bersama-sama dengannya diplatform yang ini, walaupun ada komitmen lain yang tidak mampu saya aksikan sebaik semasa berada di JAKMAS CD.

Akhir kata, sekalung penghargaan dan rakaman jutaan ucapan syabas dan tahniah buatmu Azizul. Mudah2an, nikmat mengecapi penghargaan itu terus dapat mengubat kepedihan, membayar penat-lelah semasa menjadi YDP yang akhirnya sekarang menjadi suatu kepuasan yang cukup2 bermakna. Tersenyum gembira kerana kita telah berusaha sebaik, sedaya dan seMAMPU yang mungkin buat semua pihak khususnya residen KKCD. Moga obor perjuangan yang dinyalakan, terus kekal membara dan menyala di mana jua kita semua berada. Insya-Allah..

Akhir kata, selamat bertanding dan menang dalam pencalonan anugerah kepimpinan pelajar, Malam Penganugerahan HEP 2008. Hidup KKCD! ;p

"Mahasiswa Memimpin Peradaban Ummah (MAMPU)" 

Ikhlas,

Mantan Naib Yang Dipertua III (yang terakhir)

JAKMAS KKCD 07/08

^_^

Thursday, March 19, 2009

Sesuatu tentang 'Kegagalan'...

Assalamua'laikum & Salam sejahtera buat semua. Maaf atas kelewatan membuat pos terkini dalam blog kesayangan ini. Sejak dua tiga minggu ni, sibuk memanjang ja di kampus. Hujung2 minggu dipenuhi dengan aktiviti2 Program. Terbaru sahaja, 15-17 Mac yang lalu kami (Sains Sekitaran tahun akhir) menjalani kerja lapangan bagi kursus (subjek) Solid waste management & toxic kendalian Prof. Madya Dr. Piakong. Rasanya, inilah kerja lapangan kami yang terakhir dan mungkin juga selama tiga tahun di UMS ini.



Selain sibuk dengan tugasan2 tu, aku ada satu masalah lagi yang sangat2 mencengkam sekarang. Masalah kewangan. Ini mempengaruhi bil broadband aku (sekarang kena block dah) dan belanja tesis. Tesis belum lengkap lagi dengan data. Kalau tulis2 tu, tiga hari cukup bah. Ehe



Jadi, sebab tu aku jarang dalam talian (online).. ;p



Untuk kali ni, sekadar menyegarkan blog ni, nah aku kongsikan pada semua beberapa kerat ayat yang 'mengomel' mengenai 'kegagalan'. Mungkin ini dapat membantu kita memahami dengan lebih baik apakah erti disebalik makna kegagalan samada yang kita fahami sebelum ini atau orang lain.



Benda2 ni aku jumpa kat syok.org (i am special user there.. ;)). Kredit untuk SuperAdmin, En. Fuad..



ni khas utk org yg rse kureng semngat dlm sesuatu.


* Manusia yang berjaya akan memperolehi keuntungan daripada kesilapannya, dan mencuba lagi dengan cara yang lain.


* Kegagalan bermakna bahawa anda belum berjaya lagi.


* Ingatlah bahawa anda boleh gagal dalam apa sahaja dalam hidup asalkan tidak menjadi seorang yang gagal.


* Kegagalan bukan bermakna anda tidak mencapai apa-apa. Ia bermakna anda telah mempelajari sesuatu.


* Wang bukanlah segala-galanya, namun ia pasti menjadi penghubung dengan anak-anak anda.


* Ramai orang yang masih bergantung kepada kerja-kerja yang bergaji rendah kerana mereka takut gagal jika mencuba kerja lain.


* Kesilapan adalah bukti bahawa seseorang itu telah mencuba membuat sesuatu perkara atau pekerjaan.


* Kesilapan mengajar kita tentang apa yang perlu kita pelajari selepas itu.


* Apa yang anda pelajari selepas kegagalan sahaja yang dikira. Kegagalan itu sendiri tidak dikira.


* Anda tidak gagal.Anda hanya menemui cara yang tidak berkesan.


* Kesilapan adalah realiti kehidupan. Yang penting adalah tindakbalas terhadap kesilapan itu.


* Jika anda inginkan sebuah tempat di matahari, bersedialah untuk terbakar.


* Anda tidak harus berkata KENAPA SAYA? Anda seharusnya bersyukur kerana ANDA telah dipilih.


* Malah kesilapan pun mungkin menjadi perkara penting bagi menjamin kejayaan yang bernilai.


* Sekiranya anda mahu mengambil seorang pekerja, pastikan dia pernah gagal sebelumnya.


* Kegagalan bukan bermakna anda tidak berusaha bersungguh-sungguh. Kegagagalan itu hanya bermakna anda perlu mengambil masa yang lebih lama untuk berjaya.


* Sekiranya kita bersaing dengan diri kita sendiri dan kita mengalami kegagalan, siapakah yang menang?Fikirkanlah!.


* "Lulus" dan "Gagal" adalah cara lama mengkategorikan seseeorang. Cara baru ialah "pengetahuan" dan"Kejahilan".


* Jangan takut dan segan untuk setiap tindakan yang anda lakukan. Seluruh kehidupan adalah satu ujian.


* Mungkin tiada kegagalan bagi orang yang terus berjuang.


* Ramai orang mencari tempat yang selamat, tetapi akhirnya tersangkut!


* Impian yang tidak terlaksana adalah impian yang terpenjara oleh musuh nombor satu-iaitu takut GAGAL!!


* Tiada siapa yang berha mengecap anda sebagai orang yang gagal, kecuali diri anda sendiri.


* Sekiranya anda menemui sebuah laluan tanpa halangan, ia mungkin tidak membawa anda ke mana-mana.


* Kesialpan-kesilapan memberitahu kita tentang apa yang perlu kita pelajari.


* Apabila anda telah sampai ke penghujung tali......dan tiada lagi simpulan untuk bergantung......lompatlah ke tali yang lain.


* Kegagalan hanyalah satu peluang untuk anda mencuba lagi untuk berjaya!!.


* Orang yang kurang berani untuk memulakan sesuatu, sebenarnya telah tewas!!.


* Kita tidak mungkin dapat mempelajari sesuatu perkara kecuali kita bersedia untuk gagal terlebih dahulu.


* Cara yang terbaik untuk belajar untuk menjadi pemenang ialah belajar daripada orang-orang yang pernah kalah atau tewas dalam sesuatu pertandingan, perbuatan atau sebagainya.


* Kegagalan dalam hidup adalah menjadi seorang yang tidak belajar daripada kegagalannya itu.


* Sekali gagal, tidak bermakna anda telah tewas,.....anda hanya tewas apabila anda telah berputus-asa.


* Hanya orang yang berani GAGAL DENGAN TERUK mempunyai harapan untuk BERJAYA DENGAN HEBAT sekiranya dia mempelajari sesuatu daripada kegagalannya itu.


* Kesilapan adalah sebahagian daripada hutang yang perlu dilangsaikan sepanjang hayat.


* Hadiah paling berharga hanya diberikan kepada orang yang menemui kegagalan tetapi dia tidak pernah berundur atau merungut atau berputus-asa.


* Setiap orang mempunyai keazaman yang kukuh untuk mencapai matlamat sehingga mampu mengenepikan kegagalan dalam usaha tersebut.


* Orang yang kalah membayangkan hukuman bagi kegagalan. Orang yang menang membayangkan ganjaran bagi setiap kejayaan.


* Terseradung bukannya terjatuh.


* Sekiranya anak-anak diasuh untuk takut mencuba sesuatu yang baru kerana takutkan kegagalan, mereka tidak akan menjadi orang berani kelak.


* Dalam percubaan-percubaan yang hebat, adalah dianggap cemerlang meskipun gagal.


* Jika pada awalnya anda tidak berjaya, cubalah cari kembali arah haluan yang pernah anda lemparkan ke dalam tong sampah.


* Apabila anda kaya,f ikirkanlah saat-saat anda pernah miskin dahulu.


* Kita memerlukan kegelapan untuk melihat bintang.


* Hidup adalah satu kesilapan yang berterusan di mana kita belajar untuk menjadi sempurna.


* Salah satu kesilapan besar yang boleh kita lakukan dalam hidup ini adalah sentiasa takut untuk melakukan kesilapan.


* Jangan berputus-asa kerana biasanya anak kunci terakhirlah yang dapat membuka kumci.


* Sekiranya anda mengalami kegagalan lebih awal, kegagalan berikutnya kurang terasa pedih.


* Kesilapan demi kesilapan membawa seseoarang menemui kebenaran hakiki.


* Perkara paling penting apabila berhadapan dengan keadaan yang kurang menyenangkan adalah dengan memberikan perhatian terhadap apa yang perlu dibuat selepas ini, bukannya mencari-cari-apa silapnya.


* Kesulitan menyerlahkan sifat sebenar manusia.

* Pada pendangan saya, sekiranya anda mahukan pelangi, kenalah hujan dahulu.

* Saya boleh menerima kegagalan kerana setiap orang gagal dalam sesetengah perkara. Tetapi saya tidak boleh menerima orang yang tidak berani mencuba.

* Anda bukannya gagal. Anda hanya tidak tahu beberapa perkara lagi.

* Satu kesalahan tidak akan menjadi kesilapan sehinggalah anda membetulkannya.

* Kegagalan tidak menjadikan anda seorang yang gagal sekiranya anda tidak berputus-asa untuk mencuba lagi.

* Saya tidak membahagikan dunia kepada yang lemah dan gagah, atau yang berjaya dan gagal, juga bukan di antara yang boleh melakukan sesuatu atau sebaliknya. Saya membahagikan dunia kepada mereka yang belajar dan tidak belajar.

* Perasaan takut untuk melakukan kesilapan menghalang seseorang daripada mengesani potensi diri atau merasakan kehebatan dalam diri sendiri.

* Setiap kegagalan adalah suatu pengajaran yang mendorong seseorang untuk mencuba pendekatan baru yang tidak pernah dicuba sebelum ini.

* Jangan katakan kegagalan itu kesilapan. Katakan kegagalan itu adalah pengajaran.

* Anda tidak akan mengetahu tentang diri sendiri menerusi kejayaan. Anda mengetahuinya menerusi kegagalan dan kesilapan.

* Janganlah takut untuk mengakui kesilapan. Ia samalah seperti mengatakan bahawa anda lebih bijak pada hari ini berbanding dengan semalam.

* Kegagalan bukan bermakna anda seorang yang bodoh mencuba. Ia bermakna anda mempunyai keberanian untuk melihat apa yang tidak boleh dilakukan.

PERINGATAN!!!

INI ADALAH SEBAHAGIAN DARIPADA KATA-KATA PEMBANGKIT SEMANGAT SAHAJA DAN BUKANNYA FALSAFAH ATAU HADIS ATAU AYAT AL-QURAN. ANDA DINASIHATKAN SUPAYA MEMBACA KATA-KATA INI SEBAGAI PENGETAHUAN SAHAJA.ASASNYA, APA-APAPUN PEKERJAAN YANG ANDA LAKUKAN HENDAKLAH DILAKUKAN BERSUNGGUH-SUNGGUH DAN TIDAK BERPUTUS-ASA DAN BERSERAH KEPADA ALLAH S.W.T APABILA ANDA TELAH BERUSAHA.INSYA-ALLAH ANDA AKAN BERJAYA!!.

selamat membaca!!

Tuesday, March 10, 2009

Bila diri begini...

Pernah anda mendapat khabar dari seseorang bahawa dirinya sudah tidak berguna atau bermakna di dunia ini lagi?

Samada mengetahuinya ditulisan, percakapan atau mungkin mesej2 seperti yang saya terima.

Maaf, saya bukan seorang pakar psikologi/motivasi/halusinasi/terapi/hipnotis/doktor sakit jiwa/agama yang 'bertauliah merawat pesakit2' tersebut.

Tapi, saya sedikit sebanyak meminati bidang2 tersebut kerana ianya berkait rapat dengan diri manusia itu sendiri. Maklum sajalah, hidup semakin kompleks disebalik maju & lajunya perkembangan teknologi dan pelbagai urusan kehidupan manusia.

Sudah tentu kehidupan tidak akan lenggang dari masalah. Walaupun kelihatan 'sunyi'. Masalah bukan untuk dikesal, disesalkan & berterusan dibuat lagak 'bebal' sahaja. Masalah perlu dihadapi & diatasi. Mungkin selesai mungkin tidak. Perlu dibuat pelan. Bukan main 'bedal' ja. Silap2 membawa padah sampai bila dah masuk di dalam tanah. Menyesal tak sudah2.

Selain tidak berguna dan bermakna lagi hidupnya itu, dia juga merasakan bahawa dirinya sudah tidak memiliki sesiapa lagi di dunia yang fana dan penuh tipu-helah ini. Makhluk yang terbaik dan diangkat darjat kemuliaannya dikalangan ciptaan-Nya dianggapnya hipokrit dan macam2 lagi persepsinya.

Apakah yang boleh anda nilai dari ayat2 sebegini...? :-

"I have no one in my life anymore. Only God that i believe since i was created by Him. Only God knows why and everything..."

"Who needs friends, partners, anyone in this life if they all are hypocrite, bias, liar, stool... In this life creature named human are the most hypocrite creature. God bless you all. Insya Allah.."

"Hi my friends. I hope you all still admit i am your friend for all bad things that i have done in my life. I just wanna apologize for my wrong doing to you all especially to her, dearest person. Ain't perfect person but at least as a human, i need 2nd chance..."

Uhu5. Ya, begitulah jadinya bila seseorang punah harapan, putus rasa kebergantungan. Saya fikirlah.

Rasanya, anda semua tahu masalah ini dalam skop apa.

Masalah yang boleh dikatakan paling biasa & lumrah dalam kehidupan remaja, orang dewasa, malahan orang tua2. Disebabkan masalah perasaan yang inilah juga terjadinya pertumpahan darah sesama manusia yang pertama di dunia.

MSS, any ideas to share or comments?


Monday, March 09, 2009

Antara Dua Bahasa: Suatu Kemelut

Assalamua'laikum w.b.t & Salam sejahtera buat semua.

Maaf atas kelewatan penulisan yang ini. Kalau dikatakan sibuk, nda lah juga sibuk tahap gaban. Cuma, masalah broadband yang sudah tidak ok dibilik. Mahu ke tempat lain baru ok.

Hari ni, 09 Mac 2009. Bersamaan 12 Rabiul Awal Tahun 1430 Hijrah. Bersamaan juga, setahun satu hari hilangnya majoriti 2/3 Parlimen parti Barisan Nasional buat kali pertama dalam sejarah Pilihanraya Malaysia.

Dan sebelum menjelangnya kedua-dua tarikh yang penuh makna dan sejarah itu, tercipta satu lagi sejarah yang penuh makna, isi dan mesej buat semua di Malaysia.

Perhimpunan Raksasa (100 000 orang) Anti-PPSMI (Pengajaran & Pembelajaran Sains dan Matematik dalam Bahasa Inggeris) telah berlangsung pada 07 Mac yang lalu.

Terlalu banyak fakta menarik yang ingin dikongsikan. Tetapi, ada baiknya jika anda semua membacanya melalui HarakahDaily, MalaysiaKini, Berita Harian & Utusan Melayu bagi menimbang2 apakah sebenarnya yang berlaku. Kenapa saya letak HarakahDaily dahulu? Sebab setahu saya, laman/akhbar maya ini tidak pernah saya dengar di saman atas penulisan2 oleh wartawannya. Setahu sayalah..

Petang tadi, saya baru membaca akhbar maya bagi hari ini. Nah tidak dijangka, slot (antara) yang paling saya minati dalam B. Harian memaparkan bahan yang menarik. Saya copy-paste lah ya di sini. Jom layan..


Pelajar jadi mangsa isu bahasa Inggeris

SAYA adalah pelajar Tingkatan Enam di Kuching. Saya amat tidak bersetuju sekiranya pengajaran Matematik dan Sains dilaksanakan dalam bahasa Melayu. Hal ini kerana saya sudah mempelajari Matematik dan Sains dalam bahasa Inggeris sejak Tingkatan Satu lagi.

Orang ramai tentu ingat, 2003 adalah tahun pertama PPSMI dilaksanakan. Pada pendapat saya, pemahaman terhadap sesuatu subjek bukannya bergantung kepada penggunaan bahasa, sebaliknya bergantung kepada diri pelajar terbabit.

Penggunaan bahasa Inggeris dalam PPSMI tidak bermakna bahasa Melayu dipinggirkan. Ingatlah cendekiawan Melayu, Malaysia negara berbilang kaum, bukan terdiri daripada kaum Melayu saja.

Ingatlah, kami sebagai pelajar ini bukan tikus makmal yang boleh diperlakukan sesuka hati saja.

STANLEY ALFRED,
Kuching.


Bahan di atas, dari pihak yang membantah (tidak menyokong) anti-PPSMI. Di bawah ni pula, saya sertakan pandangan dari pihak yang menyokong anti-PPSMI..(di ambil dari HarakahDaily)


Sasterawan Negara kesal ahli politik agungkan "bahasa pembunuh"
Atriza Umar
Sat | Mar 07, 09 | 12:38:26 pm MYT

KUALA LUMPUR, 7 Feb (Hrkh) - Seorang lagi Sasterawan Negara, Profesor Muhammad Haji Salleh tampil dengan kenyataan terbuka menentang dasar Pengajaran dan Pembelajaran Sains dan Matematik dalam bahasa Inggeris (PPSMI).

Beliau turut menyifatkan perarakan raksasa ke Istana Negara petang 7 Mac ini bagi menyerahkan memorandum kepada Yang di-Pertuan Agong sebagai usaha murni yang perlu dijalankan dengan baik, sambil mengharapkan pihak istana dapat memberi restu untuk mengembalikan hak bahasa Melayu dalam pembelajaran Sains dan Matematik.

Muhammad yang mempunyai latar belakang sastera Inggeris yang kuat berkata PPSMI merupakan satu tindakan yang membelakangkan martabat bahasa yang diusahakan Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) serta pejuang bahasa sejak dahulu lagi.

Dalam temubual eksklusif yang disiarkan oleh akhbar Harakah keluaran terbaru itu, beliau mengkritik pihak tertentu yang bukan sahaja memandang rendah bahasa Melayu tetapi begitu mengagungkan bahasa Inggeris, yang disifatkannya sebagai bahasa pembunuh kepada bahasa ibunda.

"Bagi saya," tambah pensyarah sastera bandingan di Universiti Sains Malaysia dengan rasa kecewa, "ia amat memalukan dan menjijikkan jika bahasa ibunda kita sendiri diperlekehkan, malah ada kalanya diketepikan langsung, kononnya bergaya atau ada ketokohan jika menggunakan bahasa kolonial."

Sedangkan, menurut Muhammad, bahasa Inggeris adalah bahasa pembunuh di beberapa buah negara seperti Afrika, Kenya dan banyak lagi di mana dalam masa dua generasi bahasa ibunda tinggal kenangan.

Beliau turut berkongsi kekecewaan dengan Sasterawan Negara, A Samad Said dengan tindak-tanduk pemerintah dan orang politik yang tidak menyanjung bahasa ibunda.

Dalam temubual tersebut, beliau juga menyatakan, walaupun sekali pandang hanya dua mata pelajaran terbabit dengan PPSM tetapi sebenarnya ia membabitkan lebih daripada itu, misalnya Biologi, Fizik, Kimia, Kejuruteraan dan lain-lain.

"Banyak negara berjaya di dunia ini menggunakan bahasa ibunda masing-masing. Oleh yang demikian, bahasa Melayu harus diberikan peluang untuk bangkit menjadi bahasa utama disamping mengejar pembangunan," kata Muhammad.


Bahan yang seterusnya ni pula, macam 'atas pagar' pula. rasanyalah sebab saya tak tahu dengan jelas beliau dipihak yang mana. Yang jelasnya, dia mahukan agar SUBJEK Bahasa Inggeris itu diperkasa. Jom baca..


Pembelajaran BI patut dinilai semula

HARI ini hampir semua pihak bersuara mengenai isu Pengajaran dan Pembelajaran Sains dan Matematik dalam bahasa Inggeris (PPSMI) dan pelaksanaannya. Ada yang menyokong dan ada yang melihat ia bakal menggugat keutuhan bahasa Melayu pada masa akan datang jika diteruskan.

Kekhuatiran pihak berkenaan ada asasnya. Antaranya ialah seperti terjadi kepada tulisan jawi pada awal 1970-an. Memperkenalkan bahasa Inggeris sebagai bahasa ilmu sehingga berkiblatkan bahasa ilmu terbabit, akhirnya jelas tulisan jawi hampir berkubur.

Siapa yang mahu bertanggungjawab? Sehingga kini ia seperti berkubur tanpa batu nesan, walau pun sekarang usaha Kementerian Pelajaran memperkenalkan j-Qaf wajar dipuji, berapa ramai pelajar yang boleh membaca tulisan jawi?

Apakah lagi yang hendak ditonjolkan jika setiap hari kita disogokkan dengan budaya dan ilmu dari Barat. Berbahasa Inggeris sebagai bahasa ilmu tidak seharusnya menidakkan kepentingan bahasa Melayu itu sendiri.

Kementerian Pelajaran seolah-olah berlumba-lumba mengatur program pengajaran bahasa Inggeris untuk mata pelajaran Sains dan Matematik dengan memberikan elaun kepada guru yang mengajar subjek berkenaan.

Kesan yang ketara diabaikan apabila ada sekolah yang sudah pun kebanjiran guru subjek berkenaan, sehingga sekarang guru bahasa Melayu semakin berkurangan. Ia dapat dibuktikan di kebanyakan sekolah menengah, iaitu pihak sekolah kini berdepan masalah kekurangan guru Bahasa Melayu pula.

Apa langkah kementerian? Perlu diingat bahasa Melayu menjadi ancaman jika pelajar sendiri menghadapi masalah kecelaruan berbahasa. Tidak mustahil bahasa ini akan terpinggir, jika ada pihak yang 'nakal' di luar sana mencadangkan pula subjek Geografi dan Sejarah kalau boleh diajar juga dalam bahasa Inggeris.

Universiti di China dan Russia, ada pelajar mengambil jurusan bahasa Melayu, fasih berbahasa Melayu sekali pun mereka belum pernah menjejakkan kaki ke negara ini, mudahnya mereka bertutur bahasa Melayu, dan mengagumi bahasa ilmu ini.

Malah boleh berpidato dalam bahasa Melayu ketika pertembungan pertandingan pidato antarabangsa Piala Perdana Menteri di PWTC beberapa tahun kebelakangan ini. Yang salahnya kita, kerana tidak nampak kehebatan bahasa Melayu, malah secara tidak langsung semakin meminggirkan bahasa ini.

Tidak seperti bahasa Perancis, Jepun dan Korea. Mereka tidak mengagungkan bahasa Inggeris melebihi bahasa mereka sendiri. Mereka juga kalah berbanding negara Barat dari segi pengembangan ilmu.

Jadikanlah kekuatan dan kemantapan bahasa Melayu itu sebagai bahasa ilmu. Jangan esok bila ia benar-benar terpinggir, mula menyalahkan badan bahasa di negara ini pula. Banyak istilah bahasa Inggeris atau bahasa lain diMelayukan. Saya tidak nampak bahasa Melayu memundurkan pelajar Melayu.

Malah, silapnya ialah subjek Bahasa Inggeris itulah yang wajar diperkasakan pengajarannya sehingga pelajar kita jika boleh mampu fasih bertutur. Kementerian Pelajaran wajar mengatur semula program bahasa Inggeris dengan kepakaran teknologi yang ada. Ia dapat melonjakkan penutur bahasa Inggeris di kalangan pelajar dan guru.

Apa yang jelas semua bahasa adalah bahasa ilmu. Bahasa Arab, juga bahasa pilihan yang Allah SWT angkat menjadi bahasa al-Quran. Malah, Barat sendiri mengkaji al-Quran, kitab ilmuan Arab dan Nusantara zaman lampau. Mereka mengambil ilmu al-Quran saja, tetapi tidak juga mengamalkannya.

Saranan saya, pihak Kementerian Pelajaran supaya memperkasa subjek Bahasa Inggeris agar pelajar sama ada di sekolah rendah atau menegah apabila keluar dari alam persekolahan boleh bertutur bahasa Inggeris.

DAMHA,
Sandakan, Sabah.


Apa pula pandangan saya? Ianya mudah. Saya MENYOKONG agar PPSMI dimansuhkan dan perkasakan pengajaran & pembelajaran Subjek Bahasa Inggeris. Cukuplah Bahasa Inggeris digunakan di Institusi Pengajian Tinggi seperti sekarang.