Paparan Paling Seksi Sakti | Skrin 1280 x 800 | Browser Mozilla Firefox | OS Ubuntu Linux

FIDE WOMENS WORLD CHESS CHAMPIONSHIP 2017 (TEHRAN)

Wednesday, March 25, 2009

Tahniah buat mantan YDP KKCD 07/08

Ahad lalu, MAKMA (Malam Anugerah Kecemerlangan Mahasiswa) edisi 2008 merupakan kemuncak penghormatan tertinggi pihak Pengurusan Kolej Kediaman CD (KKCD) terhadap satu-satunya insan yang menjadi contoh terbaik dikalangan kepimpinan pelajar khususnya diperingkat Kolej, menikmati 'hasil' daya usaha dan penat lelah yang dicurahkannya selama ini.

Mohd Azizul bin Abdullah, mantan Yang Dipertua  KKCD bagi sesi 2007/2008, merangkap bos kami dalam kepimpinan platform Jawatankuasa Kebajikan Mahasiswa (JAKMAS), telah menerima Anugerah Kepimpinan sempena majlis makan malam tahunan tersebut. Senarai penglibatannya cukup untuk 'mengalahkan' individu-individu lain di dalam Kolej. Mungkin juga dikalangan pimpinan pelajar yang lainnya.

Saya mendapat berita mengenai kemenangannya itu melalui mantan Timb. YDP, saudari Aimi Hafizah beberapa minit sebelum dimaklumkan secara rasmi oleh pengacara majlis. Jadi, boleh kira kurang saspens lah sudah. Saya fikir sebelum ini, mungkin individu lain yang luar dari barisan Majlis Tertinggi JAKMAS yang akan memenanginya. Terutamanya junior yang aktif.

Apapun, itu adalah layak baginya. Anugerah yang diterimanya itu menjadi 'modal pertaruhan' sengit semasa penyampaian anugerah Makan Malam HEP. Siapa tahu dialah yang menggantikan dominasi pimpinan pelajar dari KKAB selepas ini?

Semasa melihat-lihat paparan visual yang ditayangkan oleh juruteknik majlis, ingatan saya terputar kembali ke masa-masa lalu yang semakin jauh ditinggalkan. Terasa sebak mengenangkannya di saat itu.

Boleh dikatakan, ianya bermula di Kolej Kediaman Kingfisher & Non-Residen (KF) semasa kami di Tahun satu dahulu. Masa itu, bakat kepimpinannya belum lagi terserlah. Penglibatannya biasa-biasa sahaja. Malah pada masa itu, saya dan Mohd. Razimi Hassan (EKSAH JAKMAS KKAB 07/08) agak jauh meninggalkannya dalam perjalanan menimba ilmu pengalaman melalui keaktifan berprogram. Razimi, semasa di sem satu, sudah memegang jawatan Ketua Surau KF merangkap timbalan kepada Exco EKSAH pada masa itu. Saya pula, di sem dua, sudah diberi kepercayaan untuk menjadi Pengarah program (Forum). Azizul, masih menjadi Ajk biasa.

Memori beralih ke hadapan lagi. Terkenang pula semasa kami 'disumbat' ke dalam KKCD. Bermula sesi 2007/2008, tiada pelajar pra-ijazah yang ditempatkan di KF. Semua kecuali yang menjadi Tahun akhir pada sesi itu dipindah-masuk ke KKAB / KKCD. Maka, jodoh keaktifan berprogram kami bermula di suasana baru. Razimi pula ditempatkan di KKAB. Saya dan Azizul pula di KKCD. 

Sepanjang sem satu 07/08, saya dan Azizul menjadi sedikit pasif. Almaklumlah, kami pada masa itu boleh dikira sebagai 'pendatang baru'. Tapi pendatang dengan izinlah. Kami 'mendiamkan' diri kerana majoriti residen tidak berpuas hati / bersetuju dengan kemasukan beramai-ramai itu atas faktor keselesaan. Bilik berempat menjadi berenam. Nasib bilik berdua tidak menjadi bilik berempat (double-decker). Ha2. 

Hampir dipenghujung semester satu 07/08, kami mendapat 'seruan' dari rakan-rakan lama sewaktu di KF dan juga senior2 yang mengenali kami (senior2 ni terlibat aktif dalam kepimpinan pelajar terutamanya menjadi MPP) membawa 'usul' agar kami meneruskan bajaan bagi menyuburkan bakat-pengalaman kami dalam aktiviti pelajar dengan masuk bertanding dalam mana-mana pemilihan yang diadakan. Samada bertanding untuk menjadi MPP, Kolej Kediaman ataupun diperingkat Sekolah.

Setelah lama berfikir, berdebat, dan berbincang, saya terlebih dahulu membuat suatu keputusan mengenainya. Malah, saya yang memberikan borang pencalonan kepadanya di saat-saat akhir. Setelah diyakinkan secara paksaan psikologi, akhirnya saya punya teman juga untuk masuk bertanding JAKMAS. Kenapa saya katakan teman? Sebab kami berdua sahajalah wakil dari bekas residen KF yang masuk mecalonkan diri untuk bertanding, memegang platform pimpinan pelajar diperingkat Kolej Kediaman CD. Kami berdua bukan asal KKCD. Dan setelah melaluinya sampailah di malam penganugerahan itu, hati saya betul2 berbangga dengan apa yang dicapainya. Secara tidak langsung, ada mesej besar di situ. Pembaca yang lain fikirlah apakah perkara tersebut..

Sekurang2nya, kami dapat berkhidmat dengan suasana yang baru itu, sebaik-baiknya. Mencantas rumput-lalang dikiri kanan bagi memudahkan semua dan generasi seterusnya dapat membentuk sebuah jalan bertar yang selesa di situ..

Dari ingatan semasa ingin masuk bertanding, terkenang pula saat2 ditemuduga oleh barisan Pengurusan Kolej yang diketuai oleh Pemangku Pengetua, Cik Kamsia Budin merangkap pensyarah program saya. Malam temuduga yang penuh tekanan psikologi (siap ambil ujian bertulis psikologi lagi) yang akhirnya mengecundangkan dua orang gadis secara psikologi, dan seorang jejaka secara 'teknikalnya'.

Ah, terlalu panjang buat semua jika saya nukilkan semuanya di sini satu persatu, kenangan demi kenangan. Apapun, suka-duka, pahit-maung dan segala macam ujian dan cabaran sebelum, semasa dan selepas menjadi salah seorang pimpinan pelajar telah kami nikmati bersama. Saya gembira kerana dapat terus kekal disampingnya sampailah di saat kami melepaskan amanah yang diberi. Saya bangga dapat mengusahakan sesuatu, berkongsikan idea dan bergerakerja bersama-sama dengannya diplatform yang ini, walaupun ada komitmen lain yang tidak mampu saya aksikan sebaik semasa berada di JAKMAS CD.

Akhir kata, sekalung penghargaan dan rakaman jutaan ucapan syabas dan tahniah buatmu Azizul. Mudah2an, nikmat mengecapi penghargaan itu terus dapat mengubat kepedihan, membayar penat-lelah semasa menjadi YDP yang akhirnya sekarang menjadi suatu kepuasan yang cukup2 bermakna. Tersenyum gembira kerana kita telah berusaha sebaik, sedaya dan seMAMPU yang mungkin buat semua pihak khususnya residen KKCD. Moga obor perjuangan yang dinyalakan, terus kekal membara dan menyala di mana jua kita semua berada. Insya-Allah..

Akhir kata, selamat bertanding dan menang dalam pencalonan anugerah kepimpinan pelajar, Malam Penganugerahan HEP 2008. Hidup KKCD! ;p

"Mahasiswa Memimpin Peradaban Ummah (MAMPU)" 

Ikhlas,

Mantan Naib Yang Dipertua III (yang terakhir)

JAKMAS KKCD 07/08

^_^

1 comment:

Saya mengalu-alukan komentar anda semua. Terima Kasih!