Paparan Paling Seksi Sakti | Skrin 1280 x 800 | Browser Mozilla Firefox | OS Ubuntu Linux

FIDE WOMENS WORLD CHESS CHAMPIONSHIP 2017 (TEHRAN)

Saturday, April 18, 2009

Dari mantan, kepada bakal mantan...(4)

Sambungan...

Setiapkali bahagian ini ingin dilengkapkan, ianya tertangguh semula bila ada isi-isi bicara yang ingin 'diwasiatkan' perlu dikemaskini semula.

Namun, beberapa peristiwa penting yang telah berlaku wajar dan tepat masanya sekarang untuk dimuatkan dalam tulisan ini. Ya, ianya menjadi pelengkap kepada 'wasiat' yang telah lama ingin saya lengkapkan.

JAKMAS KKCD 08/09 sekalian,

Kalian sekarang berada di 'kemuncak' masa dalam kepimpinan JAKMAS ini.  Ini kerana selepas semester ini, ada sesuatu yang akan dirasa menurun, atau tidak sabar-sabar menantinya.

Itulah dia perasaan untuk melepaskan beban amanah yang ditanggung dalam JAKMAS. 

Selepas sem kedua ini juga, bolehlah dianggap satu sesi telah berlalu. 

Dan satu sesi yang berlalu itu, boleh juga dianggap sebagai 'masa sebenar pengalaman' di dalam JAKMAS.

Dan masa sebenar ini akan lengkap sepenuhnya bila anda terlibat lagi dengan suasana pembukaan sesi baru nanti.

Pada masa itu, perasaan yang saya maksudkan tadi semakin kuat terasa dan 'kemuncak' masa itu semakin menurun.

Ini situasi yang normal. Tiada apa-apa yang dirisaukan padanya. 

CUMA, apa yang perlu anda letakkan kerisauan ialah 'corak' yang telah dibentuk dan kombinasi 'warna' yang digunakan. 

Adakah 'corak' dan 'warna' itu serasi dan selari?  

Sesi baru, mungkin 'mengembangkan' bentuk 'corak' lama ataupun menggunakan 'corak' yang baru. Itu, terpulang.

Isunya ialah, 'warna' yang digunakan.

Apa yang dapat dibayangkan bila kita punya corak yang cantik, tetapi warna yang mewarnai adalah tidak padan dengan corak tersebut? Lebih 'menakutkan' bila warna tersebut menjadikan corak tersebut dipandang hodoh dan tiada kualiti langsung.

Namun, corak yang tidak berapa cantik/menarik boleh diubah 'penangannya' bila warna yang diguna dan penggunaannya adalah bersifat kreatif dan bijak.

Sentuhan mantap 'warna' ini akan menghasilkan corak kepimpinan dan hasilnya baik dan (mudah-mudahan) terus bertambah baik. Kekurangan/kelemahan yang wujud pada 'corak' sedikit sebanyak tertampung juga oleh 'warna' tersebut. 

'Pelanggan' akan terus mengakui kelebihan dan memandang baik kepada apa yang kita lakukan walaupun mereka tidak 'membeli/melihat' langsung 'produk' kita.

Mari kita lanjutkan lagi sedikit perbincangan kita dalam label 'warna' ini. 

Suatu organisasi sememangnya terdiri dari beberapa individu, dan kemudian dikalangannya akan diangkat seorang ketua untuk memimpin/mewakili organisasi. Namun, masing-masing punya peranan sendiri bagi memastikan organ-organ organisasi berfungsi dengan baik.

'keserasian' halatuju, kata putus dan pendekatan yang terhasil melalui pelbagai cabang pemikiran individu perlu seboleh-bolehnya dirapatkan. Ini kerana, 'ketidak-serasian' akan mempengaruhi 'selari' dalam organisasi menjadi 'tidak selari'.

Dan 'ketidak-selarian' inilah yang (sangat) mampu mengundang kerencatan agenda yang dicanangkan, objektif dan matlamat yang ingin dicapai. Dan jangan hairan jika terpacul di hati atau mulut, ayat sebegini.."entah apa2lah masa jadi xxx dulu..". Sah dan rasmilah yang sepanjang menjadi xxx dulu, peluang yang ada tidak dimanfaat sebaiknya. Pendek kata, 'ikhlas kelas kedua'.

JAKMAS KKCD 08/09,

Dalam tulisan-tulisan yang lalu, saya telah sentuh beberapa isu yang penting yang saya betul-betul ingin kongsikan. Kiranya, itu antara isu-isu dalaman yang berbangkit yang kadangkala sukar untuk kita terfikirkan tentangnya atau fikirkan lanjut mengenainya.

Itu antara pengalaman yang saya janjikan untuk dikongsi sebagaimana yang telah saya beritahu semasa diperjumpaan antara JAKMAS baru dan mantan tahun lalu.

Ada pengalaman yang boleh dan senang untuk diceritakan, ada juga (isi) pengalaman itu difahami selepas melaluinya sendiri. 
 
Dan sudah tentu ketika saya menulis ini, anda melaluinya sudah sedikit demi sedikit. Terpulang kepada anda semua untuk 'menganalisisnya'.

Ketika berada di suasana sekarang, elok juga dimuhasabah semula apa-apa yang telah diakukan dan dilalui selama ini, sepanjang satu sesi ini. Malah, sampai saat ini saya masih lagi melakukannya. 

Makan Malam HEP 2008 yang lalu mempunyai mesej-mesej yang penting buat KKCD amnya, dan JAKMAS KKCD khususnya.

Apalah mesej-mesej penting itu? Ada baiknya jika kalian sendiri memikirkannya. 

Yang pasti, mesej itu mesej yang besar dan menjadi sejarah manis buat JAKMAS KKCD dan KKCD. 

Masa masih ada, peluang masih terbuka. Masih ada ruang lagi untuk melakukan apa yang perlu, atau melakukan sesuatu kepada apa yang tidak sepatutnya (diingini) berlaku.

Buatlah sehabis baik, optimumkan kemampuan terbaik anda.

Ada pepatah menyebut, setiap orang mempunyai satu peluang. Dan jarang sekali peluang yang satu itu, menjadi peluang yang kedua, ketiga dan seterusnya.

Teruskan berjuang di dalam perjuangan ini. Doa dan harapan saya, semoga kalian semua dipermudahkan dan berjaya mendapat ilmu+manfaat yang berguna dalam menimba pengalaman (peluang) ini. 

Selamat Maju Jaya.

Ikhlas, 


^_^  
   


  

2 comments:

  1. gambar bsr sgt.....
    klu hensem tak pa juga...
    dota bah....
    haaa...haaa

    ReplyDelete
  2. Dah tak boleh kecikkan, amacam juga..

    Ceh DOTA kono. Bawa lawan bejuta alasan... :p

    ReplyDelete

Saya mengalu-alukan komentar anda semua. Terima Kasih!