Paparan Paling Seksi Sakti | Skrin 1280 x 800 | Browser Mozilla Firefox | OS Ubuntu Linux

FIDE WOMENS WORLD CHESS CHAMPIONSHIP 2017 (TEHRAN)

Saturday, April 04, 2009

KENYATAAN RASMI BERHUBUNG PROGRAM PEMANTAPAN ALUMNI SMATS 2009

04 April 2009


Assalamua'laikum w.b.t

Bismillahi Walhamdulillah. Pertama sekali, saya mengucapkan ribuan terima kasih kepada semua yang telah memberikan maklumbalas yang baik ketika dimaklumkan akan adanya program alumni baru-baru ini. 


Program Pemantapan ALUMNI ini adalah bertujuan untuk mengeratkan lagi ikatan yang wujud dikalangan kita semua, khasnya dari junior, senior dan mereka yang telah bergelar alumni. 


Secara langungnya juga, ia bertujuan untuk menunjukkan komited kita kepada pihak sekolah untuk terus mengadakan mana-mana aktiviti alumni yang menjurus kepada kebaikan dan manfaat kepada semua yang terlibat. Dari individu yang sudah bergelar alumni itu sendiri sehinggalah pembabitan pihak sekolah. 


Untuk makluman semua, program ini dirancang oleh beberapa individu yang baru sahaja menjadi alumni SMATS iaitu mereka (majoriti) yang sedang menunggu keputusan SPM dan dibantu oleh beberapa orang individu (Ajk) dari PASMATS & ahli-ahli KRU KB. Target peserta pula adalah dikalangan junior tingkatan 1, 2, & 4. 


Pada asalnya, program ini dijadual akan diadakan pada 13-15hb Mac yang lalu. Namun, Pengetua SMATS menundanya kepada 21-23hb Mac. Saya dimaklumkan, penundaan ini adalah kerana rasa kurang yakin Pengetua Sekolah terhadap kemampuan Saudara Munir (generasi ke-5) selaku Pengarah program dan juga ahli-ahli gerakerja beliau yang lain. 


Malangnya, program tersebut dibatalkan kemudiannya oleh Pengetua Sekolah atas beberapa alasan yang dianggap munasabah, menurut Saudara Munir. Antaranya:-

1) Cuba fikir kalau tiba-tiba semasa program dilangsungkan ada tawaran yang hebat dan bagus, tapi kamu tidak tahu apa yang perlu dilakukan...

2) Masuklah Universiti ambil pengalaman lagi dan apabila dah ada (pengalaman), pergi balik (buat semula aktiviti alumni) dan Ustazah (Puan Pengetua) akan buat & laksanakan..


Saya dan Ajk PASMATS yang lain cuba untuk memahami rasional di atas situasi yang berlaku ini. Saya secara peribadi, kurang faham akan alasan yang pertama tetapi boleh memahami sedikit alasan yang kedua.


Tidak dinafikan, Ajk program (majoriti) untuk aktiviti alumni kali ini adalah mereka yang sedang menunggu keputusan SPM. Tetapi apakah kaitan di antara mengadakan program dan datangnya tawaran yang baik & bagus itu kepada mereka? Adakah terbatal tawaran itu jika mereka tengah bertungkus-lumus mengadakan program..?


Bagi alasan yang kedua, secara literalnya, setiap lepasan SMATS perlulah telah menimba pengalaman di tempat pengajian yang seterusnya dan kemudian barulah kembali datang menjalankan aktiviti alumni.


Persoalan mengikut situasinya sekarang, SMATS setelah lima tahun generasi sulungnya keluar ke dunia luar, bilangan mereka yang masih jelas akan keprihatinannya kepada hal-ehwal SMATS, adalah tersangat sedikit jumlahnya.


Lihat, berapa ramai yang telah habis melanjutkan pelajaran diperingkat Diploma atau STPM. Rata-ratanya sudah bekerja tetap ataupun sebaliknya. Adakah mereka ini yang datang ke SMATS bertanyakan khabar atau mengusahakan sesuatu untuk mengadakan aktiviti/perkembangan alumni?


Setelah habis melanjutkan pelajaran, bekerja merupakan 'buruan' selepasnya. Ada bekerja yang tidak sibuk? Semasa belajar juga sibuk. Setelah sibuk bekerja, melangkah lagi ke alam yang baru iaitu berumahtangga. Sudah tentu kesibukan akan bertambah.


Punyakah lagi kita waktu itu untuk aktif berprogram khas untuk SMATS?


Alah bisa, tegal biasa. Tepuk kepala, tanyalah minda.


Itu hujah saya secara peribadi dan saya percaya, ramai dikalangan alumni bersetuju dengan saya kerana kami melaluinya sendiri.


Namun, kita yang dalam usaha untuk menubuhkan PASMATS ini yakin dan percaya, ini semua tentu ada hikmahnya.


Kita tidak akan lemah semangat untuk terus mencari ruang & peluang yang baru dikesempatan yang lain.


Justeru, diharap agar semua alumni atau yang berkenaan mendapat sedikit pencerahan berhubung isu ini dan tidak timbul sebarang salahfaham. 


Diharap juga kita semua masih lagi dan terus memberikan sokongan dan sumbangan bagi aktiviti-aktiviti alumni kita di masa yang akan datang. Dari jauh, mahupun dekat.


Syabas dan tahniah saya ucapkan kepada semua yang telah memerah tenaga & minda dalam merancang & pelaksanannya samada yang terlibat langsung, mahupun tidak langsung. Terima kasih juga diucapkan khasnya kepada pihak SMATS dan Ajk Pelaksana atas daya usaha, tumpuan yang diberikan. Semoga ianya beroleh rahmat & balasan baik dari-Nya, insya-Allah.

Selamat Maju Jaya.

Wassalam.


Mohd. Samizul bin Samad
Pengerusi AJK Penubuhan Persatuan Alumni SMK Agama Tun Said (PASMATS)
Kota Belud, Sabah.

Kampus Kota Kinabalu, Universiti Malaysia Sabah

No comments:

Post a Comment

Saya mengalu-alukan komentar anda semua. Terima Kasih!