Paparan Paling Seksi Sakti | Skrin 1280 x 800 | Browser Mozilla Firefox | OS Ubuntu Linux

FIDE WOMENS WORLD CHESS CHAMPIONSHIP 2017 (TEHRAN)

Sunday, May 31, 2009

Latihan Industri (LI): Minggu Pertama (2)

...sambungan..

"Selamat pagi tuan, saya perkenalkan empat orang pelajar dari UMS yang akan membuat praktikal di Jabatan kita..."

"Oh silakan masuk semuanya.. Sila duduk.."

Hanya tiga kerusi yang berdepan dengan meja Pengarah JKPB itu. Selebihnya, diruangan tetamu di hadapan mejanya.

Malu2 kami dipersilakan duduk. Akhirnya, aku mengambil kerusi di sebelah kanan sekali dari sebelah En. Robert, di sebelah Dawn dan Yun. Tracey, duduk diruangan tetamu di belakang kami.

Kami memperkenalkan diri (melapor diri) dan mengajukan surat tawaran dari DBKK yang diterima awal tahun ini dan juga surat perjanjian yang kami terima tadi.

En. Robert kemudiannya mengalu2kan kedatangan kami semua. Beliau memberitahu, yang pihak mereka memang sudah maklum akan hal kedatangan kami untuk praktikal ini. Cuma, mungkin disebabkan ada miscommunication dari pihak JPSM akan kemasan terkini (follow-up) dan kesibukan yang amat dari JKPB, menjadikan persiapan awal ada sedikit kurang lancar. Namun, ianya tidak menjadi masalah utama kepada kami. Siapa tahu, ada 'penilaian tersirat' dari situasi itu?

En. Robert kemudiannya memberikan taklimat ringkas yang menyambung apa yang ditaklimatkan oleh Pn. Dygku Anita sebelumnya.

Sebahagian besar ceritanya itu, sudah aku maklumi fakta2nya. Aku cuma menunggu sesi 'Ada soalan..?'

Setelah selesai perkenalan ringkas mengenai Jabatan tersebut dari Pengarahnya sendiri, kami kemudian di bawa oleh En. Jaraiman untuk bertemu sendiri dengan staf2 Jabatan tersebut.

Penyelia sebenar kami ialah Pn. Rosnah Ujum. Beliau tidak ada sehingga rabu nanti (27 Mei) kerana berkursus. Maknanya, tiada tugasan khusus yang diterima buat masa ini.

Kami di bawa berkenalan dari satu bahagian, ke bahagian yang lain. Bermula dari Unit Pentadbiran, kemudian beralih ke Bahagian Pasar dan Peniaga kecil, Bahagian Pengutipan Sampah dan Pembersihan Bandaraya, Bahagian Pelupusan Sampah dan Pendidikan Alam Sekitar, dan akhir sekali di Bahagian Kesihatan Umum. Semua staf di setiap Bahagian sempat kami berkenal2an kecuali di Bahagian Kesihatan kerana semua stafnya (Inspektor Kesihatan-IK terutamanya) keluar membuat pemantauan (inspection).

Setelah selesai, kami akhirnya duduk diruangan yang disediakan untuk kami. Sebuah meja besar, berkongsi. Itu memang ok. Kami bukannya perlu meja seorang satu sebab memang akan selalu keluar inspection.

Buktinya? Seawal jam 11 pagi di hari pertama, kami sudah di bawa keluar untuk meninjau lokasi-lokasi yang berkaitan dengan JKPB. En. Jaraiman selaku Penyelia sementara kami, membawa kami berjalan2 di sekitar Pantai Tg. Aru di mana disitulah bermulanya aktiviti pembersihan pantai hingga ke Teluk Sepanggar. Lokasi lain, di DEPOH Inanam di mana terletaknya Unit Khas, Unit Kejuruteraan, Lori2, peralatan2, dan sudah tentu sekali, Lori2 sampah yang tersusun kemas. Bau2 di Kayu Madang 'terkenang semula'..

Kami seterusnya di bawa berkenalan ke setiap unit yang ada. Rata2 yang bertugas di sini ialah Pengawas/Penyelia Zon dan Pekerja Rendah Am (PRA). Lebih 90% mereka sudah berumur 35 tahun ke atas. Dan ramai lelaki.

Setelah selesai, sekitar tengahari, kami kemudiannya kembali ke Pejabat di CP. Semasa perjalanan, aku sempat terlelap sebab terasa penat meninjau2 dan berfikir. Mungkin juga disebabkan cuaca di luar yang memang panas.

Semasa rehat tengahari, aku dan Yun keluar ke tingkat paling bawah untuk berjumpa dengan kengkawan lain yang juga LI di CP. Sempatlah kami berjumpa Amy, Gavin, Lieyun, Sin Pei dan pelajar UMS yang lain yang nda aku kenal (hua3).

Kami bertukar2 cerita. Sebab kami tahu, peluang untuk bersua bersama camtu akan bertambah kurang. Payahlah mau jumpa lagi. Hanya Facebook tempat bersua... (hi3)

Waktu petang sehingga habis waktu pejabat 5 petang, kami masih duduk di meja berborak2 menunggu tugasan datang (ehe2). Malah, sambil menunggu kebosanan yang ada, kami sempat bermain 'Binggo' lagi..!

Terdengar alunan muzik yang mencuit hati. Senyum terukir.. Masa untuk pulang..! Sukanyaa.. ;-p

Kami mendaftar keluar (punch-out) untuk yang pertama kalinya dan keluar peluang bersama2 sambil menduga cabaran dan suasana yang bagaimana untuk yang seterusnya..

Saturday, May 30, 2009

Latihan Industri (LI): Minggu Pertama (1)

25 Mei 09

Hari ini, hari pertama bermulanya LI bagi kebanyakan warga SST. Minda sejak hari sabtu lagi (selepas selesai urusan penjilidan tesis dan pindah kediaman), di set yang fokus selepas ini ialah urusan LI.

Urusan LI bermula sejak cuti sem 5 lagi. Sekarang, hari sebenarnya bermula.

Rasa gemuruh bermula selepas keluar rumah. Bukan sebab nda ada sarapan, tapi sebab masa tinggal kurang sejam sebelum jam 8 pagi. Trafik sesak lagi, belum kira tu.

Alhamdulillah, dalam 30 minit selepas mendapat bas aku sampai awal juga di Center Point (CP). Berpeluh2 berjalan pantas mengejar masa naik ke tingkat 7 bangunan. Jumpa dengan Yun, yang se-Li juga dengan aku. Kami di sana ada 4 orang. 3 perempuan dan aku sorang lelaki (ehe).

10 minit sebelum 8 pagi, aku dengan Yun menunggu Dawn dan Tracey untuk masuk bersama2. Tunggu punya tunggu, Dawn dan Tracey guna lif yang depan lagi pula. Loo, uhu.

Kami kemudiannya masuk ke pintu menuju Jabatan Kesihatan dan Perkhidmatan Bandar (JKPB) Dewan Bandaraya Kota Kinabalu (DBKK), dengan gaya sedikit control. Ya, Jabatan inilah tempat kami membuat praktikal selama 10 minggu berturut2 sehingga Ogos nanti.

Kami menunggu di ruangan menunggu. Berdepan dengan kaunter pertanyaan. Nda lama kemudian, ada sorang akak tu menyapa,

"Kamu pelajar praktikal..?"

Dengan semangatnya kami menjawap, "Ya, kami 4 orang.."

Aku nampak, ada seorang lagi perempuan yang nda dikenali mengiyakan juga soalan tadi. Aik, sapa a awek ni. Uhu

Akak tadi tu ialah Puan Dayangku Anita. Bertugas di Jabatan Pembangunan Sumber Manusia (JPSM), DBKK.

Semasa di sana, aku berjumpa Henry, Ketua Exco Sukan & Kebudayaan semasa JAKMAS CD 07/08 dulu. Rupanya ramai juga pelajar UMS membuat praktikal di sini. Henry ditempatkan di JPSM. Dia sudah masuk minggu kedua masa kami mula datang.

Kami seterusnya lapor diri terlebih dahulu dengan Pn. Anita. Kami duduk di bilik rujukan (perpustakaan) sementara menunggu beliau menyiapkan fail2 kami. Kami berkenal2an dengan pelajar UMS yang sorang2 ja tu. Rupanya dia pelajar SST juga. Program Matematik & Komputer Grafik. Tua setahun dari aku..

Di atas meja kami tu, ada beberapa timbunan buku yang semuanya berkaitan dengan Undang2 yang bersangkut-paut dengan bidang kuasa DBKK dan untuk rujukan pekerja & orang awam.

Tengok tajuk macam best tapi nda bila tengok tebalnya, uhu3. Maw hujung minggu dibaca barulah best..

Kami kemudiannya diberi taklimat ringkas mengenai DBKK, Jabatan yang bakal kami ditempatkan, melengkapkan surat dan borang perjanjian praktikal.

Borang perjanjiannya ringkas dan jelas. Tiada ayat2 bunga yang berjela2. Mudah difahami, senang diingati. Kami diberi pelepasan sementara untuk melengkapkan borang perjanjian tu dan bagi salinan untuk Penyelaras LI program masing2

Setelah selesai, kami berempat dibawa masuk ke JKPB. Ini kali kedua aku masuk di sini. Kali pertama semasa hari jumaat, datang untuk meminta maklumat dan data mengenai pengurusan sisa pepejal perbandaran dan kayu madang untuk tugasan kursus (assignment).

Aku brtemu kembali dengan En. Jaraimin, penolong pegawai bagi Bahagian Maklumat dan Pendidikan Alam Sekitar. Dialah orangnya yang banyak membantu memberi maklumat mengenai tugasan tadi. Dan dia masih cam juga aku pula. Ehe..

Kami di bawa masuk ke ruang pejabat JKPB dan terus menuju ke bilik Pengarah JKPB, En. Robert Lipon..


Bersambung...

Tuesday, May 26, 2009

Kitar Semula: Lokasi pengumpulan

Di mana anda boleh hantarkan bahan kitar semula?

1) Pusat Pengumpulan Kitar Semula
Taman Kinanty Foh Sang
Setiap hari = 8:00 pagi - 6:30 petang
2) SMK Kolombong
Isnin - Jumaat = 9 - 10 pagi
3) SM. La Salle, Tanjung Aru
Isnin - Jumaat = 9:35 - 10:00 pagi
Sabtu = 9 - 11 pagi
4) Maktab Sabah
Isnin - Jumaat = 9:00 - 10:10 pagi
5) Tempat letak kereta di SMK Kota Kinabalu High School
Cawangan Tzu Chi Kota Kinabalu
Dewan Serbaguna Kingfisher
Dewan Masyarakat Damai
Setiap Ahad pada minggu ke-2 = 9 - 11 pagi
*Dikelola oleh Buddhist Tzu Chi Merit Society
6) Tempat pengumpulan kitar semula Damai
Isnin - Sabtu = 8 pagi - 5 petang
7) Pejabat Rukun Tetangga Sembulan Lama
Setiap Ahad = 9 pagi - 12 tengahari
Siapa yang boleh dihubungi tentang maklumat kitar semula? Mereka ialah:-
Urusetia Program Kitar Semula Bandaraya Kota Kinabalu
Jabatan Kesihatan & Perkhidmatan Bandar (JKPB) Dewan Bandaraya Kota Kinabalu (DBKK)Tingkat 7, Center Point Sabah

^_^

Saturday, May 23, 2009

New accomodition, experience, and challenge (1)

Mula2, terfikir mau tulis dalam BI. Tapi, aku berasa sungguh penat. Penat sebab hari ni kami (aku, Helmi dan Mat Nor) 'bermigrasi' ke kediaman baru kami sepanjang cuti semester ini (cuti apa, Latihan Praktikal pun sebenarnya. Hua3). Jadi, dengan sisa-sisa upaya yang ada sekarang ni, maka BM lah aku guna sebab tulis BM ni macam selaju aku bercakap. Sikit2lah.

Mau tau ke mana kami pindah? Tunggu, nanti aku ceritakan kemudian.

Urusan hari ini bermula semalam. Semalam, satu rekod lagi dicipta (entah pecah rekod sebelum ni atau tidak) bila selepas 'bengang' dengan perlawanan akhir Kazuya vs Kenpaichi yang nda pandai2 kami menangi. Dekat dua jam juga pertarungan dalam Tekken 5 PS2 tu. Uhu.

Lepas tu, aku bagi Helmi sambung main. Daripada buang masa lagi lama, aku pun menghadaplah Laptop Mat untuk print tesis aku. Tengok jam, hampir 2:00 pagi. Oh, awal lagi. Masih lagi di awal pagi. Print tu, nda lah lama sangat sebab bukan banyak juga muka surat tesis aku. Sekitar 80 ja. Tapi, kena buat lima set la. Lagi bikin fed-up tu, bila siuk2 ja mencetak tu, tetiba nampak pula beberapa kesilapan yang nda ditemui sebelumnya.

Fuhh, mau meraung juga semalam. Aku baru juga menghabiskan kursus untuk 'Pengurusan Sisa Pepejal dan Toksik' di mana langkah pertama dalam menjayakan pelan pengurusan sisa ialah dengan mengurangkan penjanaan sisa dari sumber.

Dan semalam, berbelas-belas helai kertas 'menjadi korban'.

Selesai mencetak, aku balik bilik sekitar 5 pagi. Subuh dah. Lepas tu, aku mula menyusun tesis aku dan setelah selesai, aku mengemas semua barang2 dalam bilik aku tu untuk di bawa ke rumah baru kami dan yang aku tinggalkan kat bilik tu ja dengan nota2 makluman supaya tidak menyentuh langsung barang2 kenangan+berharga aku tu.

Dengar khabarnya di KKCD, sesi kali ini tiada PKS (Pekerja Khidmat Sementara). Urusan itu dibahukan kepada staf HEP KKCD yang baru.

Aku selesai mengemas dalam 90% barang2 aku sekitar 8:30 pagi. Kemudian, aku hemat diri dan naik bilik Helmi menganggu diorang tidur. Hua3.

Aku nak ingatkan diorang supaya packing dan pergi KF binding tesis aku dengan Mat.

Dalam pos yang sebelum ni, aku ada cerita pasal idea mantap punya pasal bajet binding tesis kan?

Ok, sekarang aku ceritalah ni apa idea aku tu. Ehe.

Begini, aku perlu jilidkan lima set tesis. Tiga untuk simpanan Universiti, satu untuk aku, dan satu lagi untuk BKNS.

Masalah aku sekarang ialah, kedudukan kewangan. Aku ada duit yag cukup untuk jilidkan kelima2 set tesis tu tapi isunya, tambah keringlah duit poket aku untuk bertahan dalam minggu2 awal LI bermula isnin ni.

Jadi, fikir punya fikir, terbitlah satu idea hasil cerapan suasana dan fakta sedia ada.

Caranya, aku susun ikut keutamaan. Pada sapa yang lebih penting untuk bagi tesis tu? Ada dua pihak. Pertama, pihak U dan kedua, pihak BKNS.

Tapi duit poket makin menyusut, Jadi, untuk mampu bertahan, maka aku jilid dahulu empat set tesis untuk U dan BKNS.

Setelah ada salinan tesis untuk BKNS, barulah permohonan elaun aku menjadi sempurna dengan adanya surat makluman dan sokongan dari SST yang mengesahkan aku buat tesis.

Ia menjadi sedikit kalut bila SST tidak akan keluarkan surat tu selagi tesis yang dah dijilidkan belum diserahkan kepada Pejabat. Walhal, BKNS tidak mewajibkan perlunya ada salinan tesis yang sudah siap bagi melengkapkan permohonan sebab salinan tu boleh diberi berasingan, kemudian.

Nah mahu tidak mahu, aku kena jilid empat set lah juga supaya aku dapat surat sokongan tu. Kemudian, cepat2 hantar kat BKNS sebab BKNS akan bagi segera untuk bayaran elaun yang ini.

Setelah berbincang dengan bos Megajaya, aku boleh jilid semua tesis sekaligus dan tesis yang satu tu (simpanan aku) boleh diambil kemudian bila ada duit da mau bayar. Fuhh, lega yang amat rasanya. Selega semalam, bila mendapat tandatangan dari pemeriksa dan penyelia tesis aku. Aaahhhh..

Alamak, aku dah rasa mengantuk betul ni. Pedih da mata ni menahan ngantuk dan tidak cukup tidur dari semalam. Hari ni, aku hanya sempat tidur selama dua jam masa sahaja tengahari tadi. Tu pun mula terjaga sebab Helmi datang 'mengacau' dengan sengaja menghempas buku Environmental Geology aku tu.. Waa, 'membalas' a.. Uhu3.

Ok lah, aku sambung cerita seterusnya dalam pos yang akan datang. Sambung cerita pasal migrasi kami. Ehe3.

Selamat berhujung minggu. Manfaatkan masa yang ada dengan sebaiknya.

Jumpa lagi.

^_^



Friday, May 22, 2009

Finally, but not the end..

Alhamdulillah, Thanks God..

Finally, my Final Year Project (Thesis) is 'done'. 'Done' means, i got the signs. You know, it was not easy for this particular of time. Why? I were late to submit the correction. Why late? Keep it secret.. ;p

Tomorrow, i will go to bind my thesis. RM25 for each book at Kedai Megajaya in KingFisher area. Before this, i planned to bind it for 5 sets. 3 for University, 1 for my own, and 1 more is for BKNS.

Then, it cost RM25 x 5 = RM125. Wauw, uhu3. Its quite expensive. My 'paper of money' is running low now. I re-think. Then, i got the better way. I laughed to myself. Why not i thought that idea before?

I will share it later. Perhaps, in next post.

Back to line, a super-big-smile gifted to myself firstly (of course lah), my Supervisor (Cik Kamsia Budin) and my Examiner (Cik Farrah Anis Fazliatul Adnan), and no-to-forget to all my friends (especially Mohd Helmi Mohd Akhair xp) who spent their great times, ideas, and helps for me during the 'worst' time.

At the moment (while writing this post), my head stucked. I do not know how good to start story all experiences while finishing this task. Too many of stories to tell about. Joyful, low (unhappy), and many types of experiences and feelings.

Oh pause this for a while. I need to go now to print my sets of thesis, before i do packing of my belongings.

Until then, see you all again..

Have a nice day.

^_^

Thursday, May 21, 2009

Monolog Misteri

Lama rasanya tidak menari-narikan gerak jari di sini.

Mungkin disebabkan terlalu sibuk membuat persiapan bagi tujuan yang lain.

Hinggakan gerak tarinya yang rancak itu membuatkan mata mampu bertahan selama hampir dua malam tidak terpejam.

Persiapan antara 'Grad atau tidak' katakan. Ada juga yang melihatnya sebagai antara 'burn atau tidak' helaian tiket penerbangan untuk balik ke laman yang dirindui.

Hal ini, sudah aku nukilkan sedikit di pos 'kurang vs lebih' yang lalu. Kali ni, bicaranya tidak sama. Mungkin serupa.

Kehangatan musim cuti (panjang) semester sudahpun berlalu lebih seminggu.

Dan aku masih lagi menempatkan diri di sini, bagai tidak mempunyai cuti.

Hakikatnya, aku bercuti juga sebenarnya. Bersama-sama dengan rakan-rakan yang lain. Cuma bezanya, perancangan masing-masing.

Bercuti panjang dari suasana kuliah, ya itu benar. Tapi, urusan akademik tetap 'semeriah' melalui Minggu Suai-Mesra Mahasiswa.

Cuma kali ni, terasa lebih 'privasi'. Tidak terkinja-kinja, terkejar-kejar dan sebagainya ke sana sini.

Cukup aman suasana Kolej Kediamanku sekarang.

Tiada tekanan yang membosankan. Tekanan yang wujud hasil pengesanan deria akan kesibukan dan 'kekompleksan' (kompleksnya) urusan manusia sehari-hari.

Itulah cabaran di 'dunia luar'.

'Dunia luar' itu memang sudah lama ku perhati. Ianya 'menggerunkan'.

Mungkin sudah sampai masanya aku menghadam ayat (Kaedah Usul fiqh atau Hadis?) berikut..

"Pabila bertemu dua kejahatan (ketika tiada pilihan lain), ambillah kejahatan yang paling kurang mudaratnya.."

Tidak lama lagi, pentas baru untukku (dan mereka yang berkenaan) akan dirasmikan sempena 'kepulangan' kami semua.

Ahh, tulisan aku perlukan banyak pembaikan daripada terus kekal sebegini misteri.

Mungkin ini boleh dikategorikan sebagai 'kecelaruan idea minda aktif' yang mana idea seseorang yang banyak terhasil itu bercampur-baur, ingin sangat diluahkan tetapi masih berahsia-rahsia. Sedaya upaya menjaga sopan santun dan sensitiviti suasana.

^_^

Sunday, May 17, 2009

'Guru Oh Guru'




Berburu ke padang datar
Dapat rusa belang kaki

Berguru kepala ajar
Ibarat bunga kembang tak jadi
(Dedikasi kepada para Guru)

Dialah pemberi paling setia
Tiap akar ilmu miliknya
Pelita dan lampu segala
Untuk manusia sebelum jadi dewasa.
Dialah ibu dialah bapa juga sahabat
Alur kesetiaan mengalirkan nasihat
Pemimpin yang ditauliahkan segala umat
Seribu tahun katanya menjadi hikmat.
Jika hari ini seorang Perdana Menteri berkuasa
Jika hari ini seorang Raja menaiki takhta
Jika hari ini seorang Presiden sebuah negara
Jika hari ini seorang ulama yang mulia
Jika hari ini seorang peguam menang bicara
Jika hari ini seorang penulis terkemuka
Jika hari ini siapa sahaja menjadi dewasa;
Sejarahnya dimulakan oleh seorang guru biasa
Dengan lembut sabarnya mengajar tulis-baca.
Di mana-mana dia berdiri di muka muridnya
Di sebuah sekolah mewah di Ibu Kota
Di bangunan tua sekolah Hulu Terengganu
Dia adalah guru mewakili seribu buku;
Semakin terpencil duduknya di ceruk desa
Semakin bererti tugasnya kepada negara.
Jadilah apa pun pada akhir kehidupanmu, guruku
Budi yang diapungkan di dulangi ilmu
Panggilan keramat 'cikgu' kekal terpahat
Menjadi kenangan ke akhir hayat.

*Nukilan SN Usman Awang (kini allahyarham, semoga Allah SWT memberkatinya).

Friday, May 15, 2009

Diari: 15/05/09 (1) - Kurang vs Lebih

Bismillahi walhamdulillah,

Hari ni, agenda yang diatur telah tercapai. Pelik juga sebab kalau urusan yang macam ni memang lancar ja aku mengurus/melaluinya. Tapi kalau buat assignment, pergh. Bagi sebulan pun belum tentu da siap awal. Dasar sonod. Hua2.

Agenda dalam 2 3 hari ni, urus tuntutan elaun BKNS bagi LI & Tesis + urus pembetulan tesis.

Untuk pembetulan tesis, 'giliran' ku = Isnin nanti (18 Mei). Nda pa lah. Aku ok juga. Nda juga kelam kabut. Aku tumpang simpati ngan kengkawan atau mereka yang urusan untuk pembetulan tesis diorang menghadapi banyak cabaran. Buat mereka, sekuntum senyuman ku hadiahkan.

Aku senyum ngan diorang bukan bermaksud menguju' (mengejek). Tapi senyuman itu sebenarnya sebagai suatu suntikan buat mereka supaya terus tabah. Mereka perlu masa untuk tenang dan bertindak rasional mengikut keadaan.

Bagaimana pula dengan aku? Aku sememangnya punya kelebihan. Aku tinggal sini2 ja. nda perlu risau tiket penerbangan dan lain2 hal seperti yang kengkawan lain alami.

Jadi, malangkah mereka jika itu menimpa mereka? Jawapanku, TIDAK. Aku & mereka sama2 beruntung. Sama2 punya kelebihan.

Kelebihan mereka; Pengalaman yang mereka lalui itu tentunya menghasilkan asam garam kehidupan. Apa yang penting, pengajarannya perlu segera disemat difikiran. Buat bekalan masa hadapan.

Ada bijak pandai menyebut, "Pengalaman adalah guru yang luar biasa. Ia memberikan latihan dahulu, barulah pengajaran..".

Belajar dari pengalaman berkait rapat dengan sejarah atau masa yang berlalu.

Ketika pembaca habis membaca ngomelan aku ni, bacaan itu sudah menjadi suatu bahan yang 'bersejarah'.

Berbalik kepada kelebihan dan kekurangan tadi, 'kelebihan' mereka adalah 'kekurangan' padaku pada masa yang sama. Logiknya, dah namanya ' mereka 'lebih', akulah yang 'kurang'...!

Thursday, May 07, 2009

Anda pemegang BKNS (Perjanjian Lama) ?

Assalamua'laikum w.b.t & Salam sejahtera..

Anda pemegang Biasiswa Kerajaan Negeri Sabah (BKNS) bagi kelompok 'perjanjian lama'?

Adakah anda akan menjalani Latihan Industri/Praktikal dalam sedikit masa lagi?

Adakah anda sedang dalam proses penyempurnaan Projek Ilmiah Tahun Akhir (Tesis/Disertasi)?

Adakah program/kursus anda mewajibkan penggunaan alat-alat kelengkapan/perkakasan tertentu? Jika ya, maka, andalah orang yang amat saya kehendaki untuk maklumkan bahawa; Anda semua layak untuk memohon TIGA jenis ELAUN TAMBAHAN seperti yang termaktub jelas di Lampiran C, Syarat-syarat Biasiswa Kerajaan Negeri Sabah.


11. ELAUN ALAT PERKAKAS

11.1 Pelajar boleh menuntut elaun ini dengan cara mengemukakan surat sokongan daripada Dekan atau Penasihat Fakulti mengesahkan pelajar wajib menggunakan alat-alat kelengkapan/perkakas bagi kursusnya.

11.2 Elaun Alat Perkakas dibayar seperti kadar yang berikut:

Malaysia (sekali sepanjang kursus)

Kursus: Sains Tulin, Sains Gunaan, Teknologi Senibina. Diploma = RM180.00. Sarjana Muda = RM250. Perubatan (Tahun 2 = RM500.00, Tahun 4 = RM200.00 )


12. ELAUN PRAKTIKAL/LATIHAN AMALI

12.1 Semua pelajar dikehendaki memohon dengan lebih awal untuk mengikuti latihan amali dan surat sokongan daripada Dekan atau Penasihat Fakulti mesti disertakan dengan permohonan tersebut. Dan juga surat pengesahan dari Ketua Jabatan / Agensi tempat pelajar membuat latihan amali yang mengesahkan tiada pembayaran gaji atau saguhati yang dibayar kepada pelajar semasa membuat latihan. Tuntutan tidak dibayar, sekiranya kelulusan tidak diperolehi lebih dahulu untuk maksud ini.

12.2 Tambang kapal terbang tidak ditanggung oleh Kerajaan meskipun latihan amali dijalankan di antara Semenanjung dan Sabah atau Sarawak

Sektor Tempatan

12.3 Pembayaran elaun praktikal/latihan amali adalah tertakluk kepada syarat-syarat berikut:-

a) Tidak layak jika latihan dikendalikan di dalam kampus universiti itu sendiri


b) Jika > dari tiga bulan, bayaran hanya untuk tiga bulan pertama sahaja (sepanjang kursus)


c) Latihan yang berperingkat-peringkat tidak melebihi tiga bulan layak dibayar elaun


d) Kadar sehari: Sektor = Malaysia, Diploma & Sarjana Muda = RM10.00 Ijazah lanjutan = RM11.00


13. ELAUN TESIS (Sekali sepanjang kursus)

13.1 Pelajar layak dibayar elaun tesis sekali sepanjang kursus dengan syarat tesis tersebut merupakan syarat wajib, dan surat pengesahan daripada pihak Universiti mestilah disertakan. Satu salinan tesis hendaklah dikemukakan sebelum atau semasa melapor diri ke Bahagian Biasiswa dan Latihan. Kadar tesis adalah seperti berikut:-

Pringkat = Kadar: Diploma = RM150.00, Sarjana Muda = RM250.00, Diploma lanjutan = RM500.00, Sarjana = RM1,000.00, dan Ph.D = RM1,200.00

13.2 Elaun tesis dibayar sekurang-kurangnya 6 jam kredit dan disediakan secara individu.

~Ini antara ringkasannya. Maklumat lanjut, layari laman Jabatan Perkhidmatan Awam Negeri Sabah di http://www.sabah.gov.my/jpan/



*Alhamdulillah! Murah rezeki di tahun akhir ni. 'Terubat' juga bebanan yang sedang ditanggung ni. Ehe.. ^_^