Paparan Paling Seksi Sakti | Skrin 1280 x 800 | Browser Mozilla Firefox | OS Ubuntu Linux

FIDE WOMENS WORLD CHESS CHAMPIONSHIP 2017 (TEHRAN)

Thursday, May 07, 2009

Anda pemegang BKNS (Perjanjian Lama) ?

Assalamua'laikum w.b.t & Salam sejahtera..

Anda pemegang Biasiswa Kerajaan Negeri Sabah (BKNS) bagi kelompok 'perjanjian lama'?

Adakah anda akan menjalani Latihan Industri/Praktikal dalam sedikit masa lagi?

Adakah anda sedang dalam proses penyempurnaan Projek Ilmiah Tahun Akhir (Tesis/Disertasi)?

Adakah program/kursus anda mewajibkan penggunaan alat-alat kelengkapan/perkakasan tertentu? Jika ya, maka, andalah orang yang amat saya kehendaki untuk maklumkan bahawa; Anda semua layak untuk memohon TIGA jenis ELAUN TAMBAHAN seperti yang termaktub jelas di Lampiran C, Syarat-syarat Biasiswa Kerajaan Negeri Sabah.


11. ELAUN ALAT PERKAKAS

11.1 Pelajar boleh menuntut elaun ini dengan cara mengemukakan surat sokongan daripada Dekan atau Penasihat Fakulti mengesahkan pelajar wajib menggunakan alat-alat kelengkapan/perkakas bagi kursusnya.

11.2 Elaun Alat Perkakas dibayar seperti kadar yang berikut:

Malaysia (sekali sepanjang kursus)

Kursus: Sains Tulin, Sains Gunaan, Teknologi Senibina. Diploma = RM180.00. Sarjana Muda = RM250. Perubatan (Tahun 2 = RM500.00, Tahun 4 = RM200.00 )


12. ELAUN PRAKTIKAL/LATIHAN AMALI

12.1 Semua pelajar dikehendaki memohon dengan lebih awal untuk mengikuti latihan amali dan surat sokongan daripada Dekan atau Penasihat Fakulti mesti disertakan dengan permohonan tersebut. Dan juga surat pengesahan dari Ketua Jabatan / Agensi tempat pelajar membuat latihan amali yang mengesahkan tiada pembayaran gaji atau saguhati yang dibayar kepada pelajar semasa membuat latihan. Tuntutan tidak dibayar, sekiranya kelulusan tidak diperolehi lebih dahulu untuk maksud ini.

12.2 Tambang kapal terbang tidak ditanggung oleh Kerajaan meskipun latihan amali dijalankan di antara Semenanjung dan Sabah atau Sarawak

Sektor Tempatan

12.3 Pembayaran elaun praktikal/latihan amali adalah tertakluk kepada syarat-syarat berikut:-

a) Tidak layak jika latihan dikendalikan di dalam kampus universiti itu sendiri


b) Jika > dari tiga bulan, bayaran hanya untuk tiga bulan pertama sahaja (sepanjang kursus)


c) Latihan yang berperingkat-peringkat tidak melebihi tiga bulan layak dibayar elaun


d) Kadar sehari: Sektor = Malaysia, Diploma & Sarjana Muda = RM10.00 Ijazah lanjutan = RM11.00


13. ELAUN TESIS (Sekali sepanjang kursus)

13.1 Pelajar layak dibayar elaun tesis sekali sepanjang kursus dengan syarat tesis tersebut merupakan syarat wajib, dan surat pengesahan daripada pihak Universiti mestilah disertakan. Satu salinan tesis hendaklah dikemukakan sebelum atau semasa melapor diri ke Bahagian Biasiswa dan Latihan. Kadar tesis adalah seperti berikut:-

Pringkat = Kadar: Diploma = RM150.00, Sarjana Muda = RM250.00, Diploma lanjutan = RM500.00, Sarjana = RM1,000.00, dan Ph.D = RM1,200.00

13.2 Elaun tesis dibayar sekurang-kurangnya 6 jam kredit dan disediakan secara individu.

~Ini antara ringkasannya. Maklumat lanjut, layari laman Jabatan Perkhidmatan Awam Negeri Sabah di http://www.sabah.gov.my/jpan/



*Alhamdulillah! Murah rezeki di tahun akhir ni. 'Terubat' juga bebanan yang sedang ditanggung ni. Ehe.. ^_^

4 comments:

  1. Hai sy mau tnya pasal elaun thesis tu..sy sdh habis buat thesis tu semua. mcmna mau claim elaun thesis tu?? (irwincy1504@gmail.com)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hai Irwin! Maaf sebab lambat balas.. Boleh ke pejabat BKNS di Wisma Perindustrian dan tanya mengenai tuntutan.. Macam ada borang tertentu yang perlu diisi dan cepat2 hantar.. :)

      Delete
  2. assalamualaikum..salinan tesis tu dalam bentuk cd atau softcopy

    ReplyDelete
    Replies
    1. Wa'alaikumussalam.. Masa saya hantar dulu, ianya dalam bentuk Hardcopy.. Maksudnya, 'fizikal' sama seperti untuk pensyarah/kampus.. :)

      Delete

Saya mengalu-alukan komentar anda semua. Terima Kasih!