Paparan Paling Seksi Sakti | Skrin 1280 x 800 | Browser Mozilla Firefox | OS Ubuntu Linux

FIDE WOMENS WORLD CHESS CHAMPIONSHIP 2017 (TEHRAN)

Saturday, May 30, 2009

Latihan Industri (LI): Minggu Pertama (1)

25 Mei 09

Hari ini, hari pertama bermulanya LI bagi kebanyakan warga SST. Minda sejak hari sabtu lagi (selepas selesai urusan penjilidan tesis dan pindah kediaman), di set yang fokus selepas ini ialah urusan LI.

Urusan LI bermula sejak cuti sem 5 lagi. Sekarang, hari sebenarnya bermula.

Rasa gemuruh bermula selepas keluar rumah. Bukan sebab nda ada sarapan, tapi sebab masa tinggal kurang sejam sebelum jam 8 pagi. Trafik sesak lagi, belum kira tu.

Alhamdulillah, dalam 30 minit selepas mendapat bas aku sampai awal juga di Center Point (CP). Berpeluh2 berjalan pantas mengejar masa naik ke tingkat 7 bangunan. Jumpa dengan Yun, yang se-Li juga dengan aku. Kami di sana ada 4 orang. 3 perempuan dan aku sorang lelaki (ehe).

10 minit sebelum 8 pagi, aku dengan Yun menunggu Dawn dan Tracey untuk masuk bersama2. Tunggu punya tunggu, Dawn dan Tracey guna lif yang depan lagi pula. Loo, uhu.

Kami kemudiannya masuk ke pintu menuju Jabatan Kesihatan dan Perkhidmatan Bandar (JKPB) Dewan Bandaraya Kota Kinabalu (DBKK), dengan gaya sedikit control. Ya, Jabatan inilah tempat kami membuat praktikal selama 10 minggu berturut2 sehingga Ogos nanti.

Kami menunggu di ruangan menunggu. Berdepan dengan kaunter pertanyaan. Nda lama kemudian, ada sorang akak tu menyapa,

"Kamu pelajar praktikal..?"

Dengan semangatnya kami menjawap, "Ya, kami 4 orang.."

Aku nampak, ada seorang lagi perempuan yang nda dikenali mengiyakan juga soalan tadi. Aik, sapa a awek ni. Uhu

Akak tadi tu ialah Puan Dayangku Anita. Bertugas di Jabatan Pembangunan Sumber Manusia (JPSM), DBKK.

Semasa di sana, aku berjumpa Henry, Ketua Exco Sukan & Kebudayaan semasa JAKMAS CD 07/08 dulu. Rupanya ramai juga pelajar UMS membuat praktikal di sini. Henry ditempatkan di JPSM. Dia sudah masuk minggu kedua masa kami mula datang.

Kami seterusnya lapor diri terlebih dahulu dengan Pn. Anita. Kami duduk di bilik rujukan (perpustakaan) sementara menunggu beliau menyiapkan fail2 kami. Kami berkenal2an dengan pelajar UMS yang sorang2 ja tu. Rupanya dia pelajar SST juga. Program Matematik & Komputer Grafik. Tua setahun dari aku..

Di atas meja kami tu, ada beberapa timbunan buku yang semuanya berkaitan dengan Undang2 yang bersangkut-paut dengan bidang kuasa DBKK dan untuk rujukan pekerja & orang awam.

Tengok tajuk macam best tapi nda bila tengok tebalnya, uhu3. Maw hujung minggu dibaca barulah best..

Kami kemudiannya diberi taklimat ringkas mengenai DBKK, Jabatan yang bakal kami ditempatkan, melengkapkan surat dan borang perjanjian praktikal.

Borang perjanjiannya ringkas dan jelas. Tiada ayat2 bunga yang berjela2. Mudah difahami, senang diingati. Kami diberi pelepasan sementara untuk melengkapkan borang perjanjian tu dan bagi salinan untuk Penyelaras LI program masing2

Setelah selesai, kami berempat dibawa masuk ke JKPB. Ini kali kedua aku masuk di sini. Kali pertama semasa hari jumaat, datang untuk meminta maklumat dan data mengenai pengurusan sisa pepejal perbandaran dan kayu madang untuk tugasan kursus (assignment).

Aku brtemu kembali dengan En. Jaraimin, penolong pegawai bagi Bahagian Maklumat dan Pendidikan Alam Sekitar. Dialah orangnya yang banyak membantu memberi maklumat mengenai tugasan tadi. Dan dia masih cam juga aku pula. Ehe..

Kami di bawa masuk ke ruang pejabat JKPB dan terus menuju ke bilik Pengarah JKPB, En. Robert Lipon..


Bersambung...

6 comments:

  1. salam bro.

    saya berminat nak masuk praktikal di dbkk, boleh bagitau mcm mana mau apply x?

    ReplyDelete
  2. @h3nshin_h3r03s

    Cuba berhubung dengan Penyelaras LI kamu sama ada DBKK tawarkan untuk program kamu atau tidak sebab penempatan tu bergantung dengan keselarasan antara apa program [course] yang diambil n jabatan yg bersangkut paut dengan program kamu.

    Kalau program kamu secara tradisinya memang tahun2 ada senior yg datang praktikal, nah kemungkinan peluang kamu tinggi. Apapun, berhubunglah dengan Penyelaras LI sebab maklumat2 tentang pilihan2 tempat LI ada dengan dia.

    ReplyDelete
  3. @samizul.net

    alamak, saya skrg belajar di melaka dan tak silap saya penyelaras LI kali ini mewajibkan stiap pelajar mencari sendiri tempat praktikal... (universiti tak tolong carikan langsung, dan tak juga menyediakan senarai syarikat2 rapat di sabah)

    Tak apa bro, thanks for the help - saya akan cuba berhubung dengan pihak uni utk pengesahan.

    ReplyDelete
  4. @h3nshin_h3r03s

    Alamak, biar nda betul ni, oho3. Kalau begitu, cara terbaik ialah cari senior yg pernah LI mana2. Macam aneh juga bila U biar pelajar untuk LI sebab LI kan ada penilaian. Bila kena biar2, nanti diorang payah datang / xberkenan, tembak pelajar pula, uhu.

    Apapun, tu lah yg the best; jumpa pensyarah n senior. Lepas tu, berhubung terus dengan tempat LI pilihan. Kalau DBKK rasanya memang tiap tahun ada pengambilan cuma kena selidik jabatan mana yg okay.. PBT yg lain pun okay juga selain DBKK macam MPS [Sandakan] n MPT [Tawau]..

    Good luck okay!

    ReplyDelete
  5. helo,pada tahun ni, sya telah memohon praktikal d DBKK.sya berpraktikal pada bulan NoVember, sya telah di tempatkan di bahagian jabatan kejuruteraan dbkk.Mahu tanya, Mcm mna praktikal dia yg akn sya jalani nanti?..Sbb sya takut la .kalau x tau apa yg mahu buat?.help me

    ReplyDelete
  6. helo,pada tahun ni, sya telah memohon praktikal d DBKK.sya berpraktikal pada bulan NoVember, sya telah di tempatkan di bahagian jabatan kejuruteraan dbkk.Mahu tanya, Mcm mna praktikal dia yg akn sya jalani nanti?..Sbb sya takut la .kalau x tau apa yg mahu buat?.help me

    ReplyDelete

Saya mengalu-alukan komentar anda semua. Terima Kasih!