Paparan Paling Seksi Sakti | Skrin 1280 x 800 | Browser Mozilla Firefox | OS Ubuntu Linux

FIDE WOMENS WORLD CHESS CHAMPIONSHIP 2017 (TEHRAN)

Thursday, May 21, 2009

Monolog Misteri

Lama rasanya tidak menari-narikan gerak jari di sini.

Mungkin disebabkan terlalu sibuk membuat persiapan bagi tujuan yang lain.

Hinggakan gerak tarinya yang rancak itu membuatkan mata mampu bertahan selama hampir dua malam tidak terpejam.

Persiapan antara 'Grad atau tidak' katakan. Ada juga yang melihatnya sebagai antara 'burn atau tidak' helaian tiket penerbangan untuk balik ke laman yang dirindui.

Hal ini, sudah aku nukilkan sedikit di pos 'kurang vs lebih' yang lalu. Kali ni, bicaranya tidak sama. Mungkin serupa.

Kehangatan musim cuti (panjang) semester sudahpun berlalu lebih seminggu.

Dan aku masih lagi menempatkan diri di sini, bagai tidak mempunyai cuti.

Hakikatnya, aku bercuti juga sebenarnya. Bersama-sama dengan rakan-rakan yang lain. Cuma bezanya, perancangan masing-masing.

Bercuti panjang dari suasana kuliah, ya itu benar. Tapi, urusan akademik tetap 'semeriah' melalui Minggu Suai-Mesra Mahasiswa.

Cuma kali ni, terasa lebih 'privasi'. Tidak terkinja-kinja, terkejar-kejar dan sebagainya ke sana sini.

Cukup aman suasana Kolej Kediamanku sekarang.

Tiada tekanan yang membosankan. Tekanan yang wujud hasil pengesanan deria akan kesibukan dan 'kekompleksan' (kompleksnya) urusan manusia sehari-hari.

Itulah cabaran di 'dunia luar'.

'Dunia luar' itu memang sudah lama ku perhati. Ianya 'menggerunkan'.

Mungkin sudah sampai masanya aku menghadam ayat (Kaedah Usul fiqh atau Hadis?) berikut..

"Pabila bertemu dua kejahatan (ketika tiada pilihan lain), ambillah kejahatan yang paling kurang mudaratnya.."

Tidak lama lagi, pentas baru untukku (dan mereka yang berkenaan) akan dirasmikan sempena 'kepulangan' kami semua.

Ahh, tulisan aku perlukan banyak pembaikan daripada terus kekal sebegini misteri.

Mungkin ini boleh dikategorikan sebagai 'kecelaruan idea minda aktif' yang mana idea seseorang yang banyak terhasil itu bercampur-baur, ingin sangat diluahkan tetapi masih berahsia-rahsia. Sedaya upaya menjaga sopan santun dan sensitiviti suasana.

^_^

No comments:

Post a Comment

Saya mengalu-alukan komentar anda semua. Terima Kasih!