Paparan Paling Seksi Sakti | Skrin 1280 x 800 | Browser Mozilla Firefox | OS Ubuntu Linux

FIDE WOMENS WORLD CHESS CHAMPIONSHIP 2017 (TEHRAN)

Saturday, June 13, 2009

LI: Minggu Pertama (4)

27 Mei 2009

Ini hari ketiga kami berpraktikal di sini. Hari ni, seperti yang dimaklumkan sebelum ni, Staf yang akan menyelia kami akan datang bertugas.

Ketika kami masih duduk2 lagi menunggu arahan dari En. Jaraiman, kami berbual kosong. Tidak lama kemudian, ada suara yang menegur..

"Selamat pagi, saya Puan Rosnah Penyelia Latihan Industri kamu.. Maaf tidak dapat hadir dihari pertama kamu lapor diri sebab berkursus.."

"Kamu semua dari UMS kan? Ok, kamu dah jumpa Pengarah Jabatan kita?"

Kami menjawap ya.

"Ok, apa2 yang dah kamu maklum mengenai Jabatan ini, dan apa yang dah Pengarah maklumkan kamu mengenai Jabatan ini dan praktikal kamu..."

Kami kemudiannya memberitahu isi pertemuan kami dengan Pengarah dihari pertama lapor diri dan juga apa2 dah yang kami lalui dalam dua hari kebelakangan ini.

Antaranya, cadangan Pengarah supaya kami digilir2kan menjalani latihan disetiap Bahagian JKPB. Ada empat Bahagian di dalam JKPB dan kami masing2 menjalani latihan di bawah Bahagian terbabit masing2, pada masa yang sama.

Setelah selesai berkenalan, Pn. Rosnah kemudiannya memberitahu yang beliau akan menyiapkan suatu jadual tugasan mengikut pecahan Bahagian masing2. Beliau akan menyerahkannya kepada kami setelah mendapat persetujuan Pengarah JKPB.

Kemudian, ketika kami ditugaskan mengikut Bahagian masing2, terpulang lah kepada Ketua Bahagian tersebut menentukan jadual/tugasan/kerja yang akan kami lalui.

Kami berseloroh siapa yang akan ditempatkan di Bahagian Pengutipan Sampah dan Pembersihan Bandaraya kerana dia akan ditempatkan di DEPOH! Malah mungkin akan ikut jalan2 'makan angin' dengan lori pengutip sampah dan seterusnya ke Kayu Madang! ;P

Di sebelah petang, tiada tugasan bersama yang diberikan. Aku cuma membantu Pn. Cathe memproses permohonan kad pekerja bagi pekerja yang mengendalikan makanan.

Kemudian, untuk tugasan bersama, kami membuat jadual untuk laporan timbangan berat sisa pepejal setiap hari bagi bulan Mei.


28 Mei 2009

Seawal masa masuk bertugas, Pn. Rosnah datang menyapa dan kemudiannya memberikan jadual latihan masing2. Aku menelitinya. Emm, jadual ni ada sedikit perubahan pula. Seingat aku kelmarin, Bahagian Kesihatan Umum adalah bahagian terakhir yang aku ditempatkan. Tapi dijadual terbaru ni, aku ditempatkan di Bahagian Pelupusan Sampah dan Pendidikan Sekitaran.

Apa ya maksudnya tu? Emm..

Kami kemudian masing2 dibawa oleh Pn. Rosnah menemui Ketua Bahagian masing2 untuk Lapor diri.

Aku datang melapor diri dan berkenalan dengan Pn. Lizawati, Ketua bagi Bahagian Pengurusan Pasar dan Peniaga Kecil.

Setelah selesai memperkenalkan diri, memberikan gambaran tentang LI kami dan penggiliran bahagian, Pn. Liza kemudiannya menerangkan serba sedikit mengenai Bahagian Penjaja (ringkasannya) ini.

Beliau memberitahu, bahagian ini lebih terarah kepada individu atau pihak yang berniaga secara kecil2an di suatu kawasan tertentu. Mereka perlu memohon dan permohonan inilah yang diproses oleh Bahagian penjaja dan seterusnya dipantau, dan dikawal selia setiap masa. Bahagian ini juga diberi kuasa untuk mengutip bayaran (yuran) dari setiap peniaga kecil ini. Bahagian ini tidak terlibat dengan peniaga yang memiliki lot khusus seperti Restoran dan kedai makan/makanan yang lain.

Pn. kemudian bertanya, setelah digambarkan sedikit mengenai Bahagian ini, apa perkaitan yang aku nampak/dapat di antara major aku (Sains Sekitaran) dengan fungsi2 Bahagian penjaja...

Fuhh, terkelu juga aku. Payah mau menjawap ni. Uhu.

Aku kemudiannya menerangkan secara ringkasa bahawa aspek yang mempunyai perkaitan dengan bidang yang aku ambil dan fungsi bahagian ini ialah aspek kebersihan, keteraturan (pelesenan dsb), dan peluang2 bagi Bahagian penjaja untuk menyampaikan mesej2 dari DBKK disamping meningkat dan memantapkan lagi kesedaran para peniaga akan kepentingan menjaga dan menguruskan dengan baik persekitaran mereka.

Mereka berniaga. Sudah tentu sampah sarap/sisa akan mereka hasilkan. Kalau bukan mereka, mungkin datangnya (sisa tersebut) dari pelanggan mereka. Jadi di sini, pentingnya staf Bahagian penjaja, disamping memproses+meluluskan dan mengutip duit daripada mereka, para peniaga dapat diberikan pendedahan mengenai input2 yang aku nyatakan tadi.

Aspek kesihatan juga boleh dikaitkan bersama. Pengendalian makanan secara bersih dan teratur bermula dari pengendali, bahan/barang niaga mereka, dan juga prosedurnya.

Pn. Liza berpuas hati, walaupun aku rasa mungkin ada sesuatu yang tidak dapat ditangkap oleh kami masing2.

Samada aku 'lari' dari menepati soalan, atau dia belum dapat faham secara mudah jawapan yang aku beri. Masih terlalu awal. Ha2

Pn. Liza kemudiannya bersuara, "Ok Samizul, sebagai tugasan pertama kamu, saya mahu kamu baca nota2 ini.. Emm, mana ya yang sesuai.."

Pn. kemudian meberikan dua bahan bacaan. Satu, Laporan Akhir Praktikal seorang pelajar dari PTPL Sabah pada 05/06 dan yang satu lagi, yang 'mengejutkan' aku ialah Nota Serah Tugas Pengarah JKPB yang lama kepada yang baru, pada tahun 2003.

Pn. Liza menyambung kembali, "Ni bacaan kamu untuk awal2 ini. Lepas ni, kamu juga boleh ikut staf yang lain keluar membuat pemantauan dan tengok macamana diorang bertugas, kutip yuran, pergi ke Tamu2 dan Pasar2, dan satu lagi, memandangkan kamu di sini hanya sehingga 12 Jun nanti, jadi saya mahu kamu buat satu tugasan, kira macam assignment lah masa kamu belajar, mengenai pengalaman kamu di sepanjang membuat latihan di Bahagian ini, pandangan/cadangan kamu untuk Bahagian ini, dan jangan lupa kaitkan ia antara bidang kamu (Sains Sekitaran) dengan Bahagian ini, macam soalan saya yang mula2 tadi. Boleh?"

"Em, boleh Puan.." sambil aku tersenyum. Dalam hati, "Ahh, ada pula assignment macam ni?? Muahua3!"

Aku ketawa dalam hati. Tergambar cabaran & pengalaman yang bakal aku lalui.. MENARIK! ;>

Saturday, June 06, 2009

LI: Minggu Pertama (3)

26 Mei 09
Hari baru bermula. Lembaran semalam masih dibuka untuk mengingat kembali apa2 yang berlaku kelmarin. Luaran dan dalaman.

Semalam, aku tidur agak awal juga berbanding Helmi dan Mat (11 malam > sebenarnya juga). Aku bangun awal antara mereka berdua. Tapi, lambat juga bersiap dan keluar rumah. 7 pagi juga masanya. Uhu3.

Rekod punch-card hari ni, ialah jam 7:57 pagi. 3 minit sebelum alunan muzik berbunyi menandakan jam 8:00 pagi. Jika tidak punch-card sebelum habis alunan muzik tu, alamat merahlah rekod kehadiran. 8:01 pagi pun, merah sudah.

Aku masuk ke dalam dengan segera. Selepas menyapa perkerja lain yang ada di sekitar, aku terus mengambil tempat ku. Fikirkan aku yang terakhir. Tracey belum sampai pula. Keretanya ada masalah.

Kami masih duduk berborak2 sambil menunggu arahan dari penyelia sementara kami, En. Jaraiman. Penyelia sebenar kami, Pn. Rosna masih lagi berkursus.

Sekitar 11 pagi, En. Jaraiman memanggil kami dan bergerak dengan agak tergesa2. Tidak lama kemudian Tuan Robert keluar dan bercakap, "Jaraiman, bawa diorang ni sekali..". Kami nampak Tuan Robert memakai baju kod. Kami menduga, ada mesyuarat utama yang dijalankan dan beruntungnya, kami di bawa bersama.

Mesyuarat itu dijalankan di Pejabat Utama DBKK (HQ) yang bersebelahan dengan Mahkamah Kota Kinabalu. Yun dan Tracey pergi bersama Tuan Robert, aku dan Dawn pergi bersama dengan En. Jaraiman.

Ketika masuk kereta yang dinaiki semalam itu (Isuzu 4WD), aku teringat soalan En. Jaraiman semalam pasal isu roda tong sampah communial yang selalu dicuri orang..

"Samizul, apa pendapat kau pasal masalah kita ni.. Walaupun tong tu tong sampah, orang tetap berminat mencuri rodanya.. Apa idea kau supaya perkara ini berkurangan..?"

Aku terdiam. Aku ada idea tapi idea tu rasanya mudah saja 'dipatahkan'.

"Jangan pakai roda lah..", Aku menjawap perlahan.. Ehe

Kami kemudiannya tiba di HQ. Dan bergerak terus ke bilik Mesyuarat Utama sementara sebab aras tu masih dalam pembaikan.

Mesyuarat tu berhubung dengan penundaan majlis pengisytiharaan pekan Tg. Aru sebagai 'Pekan Tanpa Sampah', 5 Jun 09 sempena sambutan Hari Alam Sekitar Sedunia pada tarikh tersebut. Majlis itu ditunda kerana ada beberapa aspek yang Tuan Mayor masih belum berpuas hati lagi.

Rasanya, inilah mesyuarat kali pertama dalam suasana orang bekerja yang aku ikut selain di Universiti. Nampak mesyuarat mereka memang biasa2 ja malah siap minum2 teh lagi semasa perbincangan dijalankan. Tapi yang bagusnya, semua ahli mesyuarat (kecuali kami berempat) bersikap responsif terhadap isu atau permasalahan yang diutarakan oleh Pengerusi Mesyuarat, Tuan Robert.

Terkenang semula semasa menghadiri mesyuarat2 yang diikuti sewaktu di UMS dahulu..(Ceh, macam dah lama sangat. Ehe..). Memang ada yang jauh bezanya.

Kami balik sekitar 11:30 pagi. Kali ni, kami berempat ikut En. Jaraiman balik. Tapi, hanya kami berempat dihantar sebab diorang buat rondaan lagi untuk hari ini.

Kami balik ke pejabat, berehat, dan bersiap sedia untuk ke UMS sebab mau hantar borang LI.05a tu. Kali ni, pergi bersama Mary dan dia yang memandu kereta.

Aku mengambil kesempatan tu untuk menghantar tesis aku dan mengurus sekali surat2 pasal elaun BKNS tu.

Sekembalinya ke pejabat, aku diberi tugasan baru. Menolong Pn. Catherine (Kak Cath) memproses borang2 permohonan Kad Pekerja terutamanya yang berkaitan dengan pengendalian makanan. Mudah saja.

Tidak lama kemudian, terdengar irama yang menyenangkan hati beralun. Masa untuk balik!!

Seperti biasa, aku keluar pejabat dalam 5 suku petang dan sampai di rumah juga sekitar 6 suku petang.

Dalam perjalanan, sempat lagi tidur dan yang membosankan bila melintas jalan dari bahagian Kingfisher Sulaman ke bahagian Universiti Apartment (UA) sebab kereta nda pandai putus2. Payah mau melintas dan kawasan tersebut memang benar2 memerlukan laluan khas pejalan kaki atau jejantas.

Jangan sampai ada kes orang terpelanting di jalan raya, kemalangan dan lain yang membawa malang, baru sibuk2 mo buat itu semua.

Seperti kes orang jatuh longkang dan meninggal, baru lah mula buat penghadang ditepi laluan yang tidak pun tinggi bukitnya. Lucu sungguh..

Thursday, June 04, 2009

Majlis Rumah Terbuka Tadau Kaamatan 2009

Nah, kamurang datang p sini a.. Makan besar kita.. Hua2.. XP


Klik perkataan Rujukan di atas. Maklumat seterusnya akan menyusul kemudian jika ada..

Info penting:

1) Diadakan di Padang Merdeka, Kota Kinabalu (berdekatan dengan Terminal balik ke Kudat.. ;p)

2) Waktu majlis tersebut bermula, masih belum dapat MSS pastikan lagi masanya.. ;p

3) MSS dijadualkan bertugas sempena majlis tersebut bagi mengurus & memantau susun-atur gerai2 & penggerai yang ada di sekitar lokasi majlis. Ini termasuklah kebenaran dan penjagaan kebersihan kawasan gerai jajaan.. ;D

Sempena Hari Alam Sekitar Sedunia

Sempena sambutan Hari Alam Sekitar Sedunia pada 05 Jun 2009 nanti, Dewan Bandaraya Kota Kinabalu (DBKK) dengan kerjasama Jabatan Kesihatan Negeri Sabah (JKNS) akan menganjurkan satu aturcara seperti berikut:

Gotong-royong: Kawalan Penyakit Demam Denggi dan Anti Kutu Sampah
Sempena Hari Alam Sekitar Sedunia
Dewan Masyarakat Menggatal
05 Jun 2009 (Jumaat)
8:00 pagi

Tentatif:-

8:00 pagi - Ketibaan Jawatankuasa Penganjur

8:15 pagi - Ketibaan Peserta

8:30 pagi - Taklimat oleh Kementerian Kesihatan Malaysia;
1) Kawalan Penyakit Demam Denggi,
2) H1N1

9:15 pagi - Ketibaan Ybhg. Datuk Mayor
- Ucapan Ybhg. Datuk Mayor

9:30 pagi - Bacaan Ikrar Kebersihan. Dipimpin oleh En. Ivan Singh

9:35 pagi - Pemberian Sijil Pengisytiharaan Pejabat Tanpa Sampah kepada:-
1) Jabatan Alam Sekitar (JAS)
2) Jabatan Perlindungan Alam Sekitar

9:45 pagi - Pembahagian kumpulan gotong-royong secara rawak

10:00 pagi - Aktiviti gotong-royong bermula

11:00 pagi - Acara dijangka selesai

*12:30 t/hari - Solat Fardhu Jumaat bagi yang Muslim ;>


Diharap dapat dimaklumkan kepada yang lain dan orang ramai dijemput hadir bagi sama2 memeriahkannya..! ^_^

*Ditambah oleh MSS.. Hi3 XD