Paparan Paling Seksi Sakti | Skrin 1280 x 800 | Browser Mozilla Firefox | OS Ubuntu Linux

FIDE WOMENS WORLD CHESS CHAMPIONSHIP 2017 (TEHRAN)

Saturday, June 06, 2009

LI: Minggu Pertama (3)

26 Mei 09
Hari baru bermula. Lembaran semalam masih dibuka untuk mengingat kembali apa2 yang berlaku kelmarin. Luaran dan dalaman.

Semalam, aku tidur agak awal juga berbanding Helmi dan Mat (11 malam > sebenarnya juga). Aku bangun awal antara mereka berdua. Tapi, lambat juga bersiap dan keluar rumah. 7 pagi juga masanya. Uhu3.

Rekod punch-card hari ni, ialah jam 7:57 pagi. 3 minit sebelum alunan muzik berbunyi menandakan jam 8:00 pagi. Jika tidak punch-card sebelum habis alunan muzik tu, alamat merahlah rekod kehadiran. 8:01 pagi pun, merah sudah.

Aku masuk ke dalam dengan segera. Selepas menyapa perkerja lain yang ada di sekitar, aku terus mengambil tempat ku. Fikirkan aku yang terakhir. Tracey belum sampai pula. Keretanya ada masalah.

Kami masih duduk berborak2 sambil menunggu arahan dari penyelia sementara kami, En. Jaraiman. Penyelia sebenar kami, Pn. Rosna masih lagi berkursus.

Sekitar 11 pagi, En. Jaraiman memanggil kami dan bergerak dengan agak tergesa2. Tidak lama kemudian Tuan Robert keluar dan bercakap, "Jaraiman, bawa diorang ni sekali..". Kami nampak Tuan Robert memakai baju kod. Kami menduga, ada mesyuarat utama yang dijalankan dan beruntungnya, kami di bawa bersama.

Mesyuarat itu dijalankan di Pejabat Utama DBKK (HQ) yang bersebelahan dengan Mahkamah Kota Kinabalu. Yun dan Tracey pergi bersama Tuan Robert, aku dan Dawn pergi bersama dengan En. Jaraiman.

Ketika masuk kereta yang dinaiki semalam itu (Isuzu 4WD), aku teringat soalan En. Jaraiman semalam pasal isu roda tong sampah communial yang selalu dicuri orang..

"Samizul, apa pendapat kau pasal masalah kita ni.. Walaupun tong tu tong sampah, orang tetap berminat mencuri rodanya.. Apa idea kau supaya perkara ini berkurangan..?"

Aku terdiam. Aku ada idea tapi idea tu rasanya mudah saja 'dipatahkan'.

"Jangan pakai roda lah..", Aku menjawap perlahan.. Ehe

Kami kemudiannya tiba di HQ. Dan bergerak terus ke bilik Mesyuarat Utama sementara sebab aras tu masih dalam pembaikan.

Mesyuarat tu berhubung dengan penundaan majlis pengisytiharaan pekan Tg. Aru sebagai 'Pekan Tanpa Sampah', 5 Jun 09 sempena sambutan Hari Alam Sekitar Sedunia pada tarikh tersebut. Majlis itu ditunda kerana ada beberapa aspek yang Tuan Mayor masih belum berpuas hati lagi.

Rasanya, inilah mesyuarat kali pertama dalam suasana orang bekerja yang aku ikut selain di Universiti. Nampak mesyuarat mereka memang biasa2 ja malah siap minum2 teh lagi semasa perbincangan dijalankan. Tapi yang bagusnya, semua ahli mesyuarat (kecuali kami berempat) bersikap responsif terhadap isu atau permasalahan yang diutarakan oleh Pengerusi Mesyuarat, Tuan Robert.

Terkenang semula semasa menghadiri mesyuarat2 yang diikuti sewaktu di UMS dahulu..(Ceh, macam dah lama sangat. Ehe..). Memang ada yang jauh bezanya.

Kami balik sekitar 11:30 pagi. Kali ni, kami berempat ikut En. Jaraiman balik. Tapi, hanya kami berempat dihantar sebab diorang buat rondaan lagi untuk hari ini.

Kami balik ke pejabat, berehat, dan bersiap sedia untuk ke UMS sebab mau hantar borang LI.05a tu. Kali ni, pergi bersama Mary dan dia yang memandu kereta.

Aku mengambil kesempatan tu untuk menghantar tesis aku dan mengurus sekali surat2 pasal elaun BKNS tu.

Sekembalinya ke pejabat, aku diberi tugasan baru. Menolong Pn. Catherine (Kak Cath) memproses borang2 permohonan Kad Pekerja terutamanya yang berkaitan dengan pengendalian makanan. Mudah saja.

Tidak lama kemudian, terdengar irama yang menyenangkan hati beralun. Masa untuk balik!!

Seperti biasa, aku keluar pejabat dalam 5 suku petang dan sampai di rumah juga sekitar 6 suku petang.

Dalam perjalanan, sempat lagi tidur dan yang membosankan bila melintas jalan dari bahagian Kingfisher Sulaman ke bahagian Universiti Apartment (UA) sebab kereta nda pandai putus2. Payah mau melintas dan kawasan tersebut memang benar2 memerlukan laluan khas pejalan kaki atau jejantas.

Jangan sampai ada kes orang terpelanting di jalan raya, kemalangan dan lain yang membawa malang, baru sibuk2 mo buat itu semua.

Seperti kes orang jatuh longkang dan meninggal, baru lah mula buat penghadang ditepi laluan yang tidak pun tinggi bukitnya. Lucu sungguh..

No comments:

Post a Comment

Saya mengalu-alukan komentar anda semua. Terima Kasih!