Paparan Paling Seksi Sakti | Skrin 1280 x 800 | Browser Mozilla Firefox | OS Ubuntu Linux

FIDE WOMENS WORLD CHESS CHAMPIONSHIP 2017 (TEHRAN)

Saturday, June 13, 2009

LI: Minggu Pertama (4)

27 Mei 2009

Ini hari ketiga kami berpraktikal di sini. Hari ni, seperti yang dimaklumkan sebelum ni, Staf yang akan menyelia kami akan datang bertugas.

Ketika kami masih duduk2 lagi menunggu arahan dari En. Jaraiman, kami berbual kosong. Tidak lama kemudian, ada suara yang menegur..

"Selamat pagi, saya Puan Rosnah Penyelia Latihan Industri kamu.. Maaf tidak dapat hadir dihari pertama kamu lapor diri sebab berkursus.."

"Kamu semua dari UMS kan? Ok, kamu dah jumpa Pengarah Jabatan kita?"

Kami menjawap ya.

"Ok, apa2 yang dah kamu maklum mengenai Jabatan ini, dan apa yang dah Pengarah maklumkan kamu mengenai Jabatan ini dan praktikal kamu..."

Kami kemudiannya memberitahu isi pertemuan kami dengan Pengarah dihari pertama lapor diri dan juga apa2 dah yang kami lalui dalam dua hari kebelakangan ini.

Antaranya, cadangan Pengarah supaya kami digilir2kan menjalani latihan disetiap Bahagian JKPB. Ada empat Bahagian di dalam JKPB dan kami masing2 menjalani latihan di bawah Bahagian terbabit masing2, pada masa yang sama.

Setelah selesai berkenalan, Pn. Rosnah kemudiannya memberitahu yang beliau akan menyiapkan suatu jadual tugasan mengikut pecahan Bahagian masing2. Beliau akan menyerahkannya kepada kami setelah mendapat persetujuan Pengarah JKPB.

Kemudian, ketika kami ditugaskan mengikut Bahagian masing2, terpulang lah kepada Ketua Bahagian tersebut menentukan jadual/tugasan/kerja yang akan kami lalui.

Kami berseloroh siapa yang akan ditempatkan di Bahagian Pengutipan Sampah dan Pembersihan Bandaraya kerana dia akan ditempatkan di DEPOH! Malah mungkin akan ikut jalan2 'makan angin' dengan lori pengutip sampah dan seterusnya ke Kayu Madang! ;P

Di sebelah petang, tiada tugasan bersama yang diberikan. Aku cuma membantu Pn. Cathe memproses permohonan kad pekerja bagi pekerja yang mengendalikan makanan.

Kemudian, untuk tugasan bersama, kami membuat jadual untuk laporan timbangan berat sisa pepejal setiap hari bagi bulan Mei.


28 Mei 2009

Seawal masa masuk bertugas, Pn. Rosnah datang menyapa dan kemudiannya memberikan jadual latihan masing2. Aku menelitinya. Emm, jadual ni ada sedikit perubahan pula. Seingat aku kelmarin, Bahagian Kesihatan Umum adalah bahagian terakhir yang aku ditempatkan. Tapi dijadual terbaru ni, aku ditempatkan di Bahagian Pelupusan Sampah dan Pendidikan Sekitaran.

Apa ya maksudnya tu? Emm..

Kami kemudian masing2 dibawa oleh Pn. Rosnah menemui Ketua Bahagian masing2 untuk Lapor diri.

Aku datang melapor diri dan berkenalan dengan Pn. Lizawati, Ketua bagi Bahagian Pengurusan Pasar dan Peniaga Kecil.

Setelah selesai memperkenalkan diri, memberikan gambaran tentang LI kami dan penggiliran bahagian, Pn. Liza kemudiannya menerangkan serba sedikit mengenai Bahagian Penjaja (ringkasannya) ini.

Beliau memberitahu, bahagian ini lebih terarah kepada individu atau pihak yang berniaga secara kecil2an di suatu kawasan tertentu. Mereka perlu memohon dan permohonan inilah yang diproses oleh Bahagian penjaja dan seterusnya dipantau, dan dikawal selia setiap masa. Bahagian ini juga diberi kuasa untuk mengutip bayaran (yuran) dari setiap peniaga kecil ini. Bahagian ini tidak terlibat dengan peniaga yang memiliki lot khusus seperti Restoran dan kedai makan/makanan yang lain.

Pn. kemudian bertanya, setelah digambarkan sedikit mengenai Bahagian ini, apa perkaitan yang aku nampak/dapat di antara major aku (Sains Sekitaran) dengan fungsi2 Bahagian penjaja...

Fuhh, terkelu juga aku. Payah mau menjawap ni. Uhu.

Aku kemudiannya menerangkan secara ringkasa bahawa aspek yang mempunyai perkaitan dengan bidang yang aku ambil dan fungsi bahagian ini ialah aspek kebersihan, keteraturan (pelesenan dsb), dan peluang2 bagi Bahagian penjaja untuk menyampaikan mesej2 dari DBKK disamping meningkat dan memantapkan lagi kesedaran para peniaga akan kepentingan menjaga dan menguruskan dengan baik persekitaran mereka.

Mereka berniaga. Sudah tentu sampah sarap/sisa akan mereka hasilkan. Kalau bukan mereka, mungkin datangnya (sisa tersebut) dari pelanggan mereka. Jadi di sini, pentingnya staf Bahagian penjaja, disamping memproses+meluluskan dan mengutip duit daripada mereka, para peniaga dapat diberikan pendedahan mengenai input2 yang aku nyatakan tadi.

Aspek kesihatan juga boleh dikaitkan bersama. Pengendalian makanan secara bersih dan teratur bermula dari pengendali, bahan/barang niaga mereka, dan juga prosedurnya.

Pn. Liza berpuas hati, walaupun aku rasa mungkin ada sesuatu yang tidak dapat ditangkap oleh kami masing2.

Samada aku 'lari' dari menepati soalan, atau dia belum dapat faham secara mudah jawapan yang aku beri. Masih terlalu awal. Ha2

Pn. Liza kemudiannya bersuara, "Ok Samizul, sebagai tugasan pertama kamu, saya mahu kamu baca nota2 ini.. Emm, mana ya yang sesuai.."

Pn. kemudian meberikan dua bahan bacaan. Satu, Laporan Akhir Praktikal seorang pelajar dari PTPL Sabah pada 05/06 dan yang satu lagi, yang 'mengejutkan' aku ialah Nota Serah Tugas Pengarah JKPB yang lama kepada yang baru, pada tahun 2003.

Pn. Liza menyambung kembali, "Ni bacaan kamu untuk awal2 ini. Lepas ni, kamu juga boleh ikut staf yang lain keluar membuat pemantauan dan tengok macamana diorang bertugas, kutip yuran, pergi ke Tamu2 dan Pasar2, dan satu lagi, memandangkan kamu di sini hanya sehingga 12 Jun nanti, jadi saya mahu kamu buat satu tugasan, kira macam assignment lah masa kamu belajar, mengenai pengalaman kamu di sepanjang membuat latihan di Bahagian ini, pandangan/cadangan kamu untuk Bahagian ini, dan jangan lupa kaitkan ia antara bidang kamu (Sains Sekitaran) dengan Bahagian ini, macam soalan saya yang mula2 tadi. Boleh?"

"Em, boleh Puan.." sambil aku tersenyum. Dalam hati, "Ahh, ada pula assignment macam ni?? Muahua3!"

Aku ketawa dalam hati. Tergambar cabaran & pengalaman yang bakal aku lalui.. MENARIK! ;>

No comments:

Post a Comment

Saya mengalu-alukan komentar anda semua. Terima Kasih!