Paparan Paling Seksi Sakti | Skrin 1280 x 800 | Browser Mozilla Firefox | OS Ubuntu Linux

FIDE WOMENS WORLD CHESS CHAMPIONSHIP 2017 (TEHRAN)

Thursday, July 02, 2009

LI: Minggu 2 (1)


01-05 Jun 2009

Minggu ini boleh dikatakan minggu yang LI benar2 bermula. Aku bersiap sedia untuk ikut keluar membuat pemantauan (inspection) seperti yang Pn. Liza maklumkan sebelum ini. Namun sebelum itu, ada baiknya aku telahpun menghabiskan bacaan laporan yang diberi minggu lalu.

Isnin (o1 Jun) adalah cuti umum. Selasa, kami ada jamuan khas (perpisahan) sempena kenaikan pangkat seorang staf JKPB (perempuan. Lupa namanya..). Pengalamannya banyak di Bahagian Kesihatan Umum dan sekarang beliau naik pangkat menjadi Ketua Inspektor Kesihatan (IK) seluruh Sabah. Dalam majlis yang sama, warga JKPB juga mengalu2kan kedatangan ketua bahagian yang baru iaitu En. Benedict yang dilantik sebagai Ketua Bahagian Pelupusan Sampah dan Pendidikan Awam.

Kami masih baru di JKPB. Namun, kami menjadi cepat mesra selepas jamuan. Mungkin disebabkan dapat makan bersama2. Dah lah juadah yang dihidang, fuhh. Siap mau tapau lagi tau. Sedap... ;)

Minggu ni, tiada aktiviti besar melainkan 05 Jun nanti. Ada gotong-royong dan kempen kesedaran mengenai wabak denggi dan selesema babi (H1N1) di Pekan Menggatal.

Aktiviti menarik yang lain, aku ikut bersama keluar membuat pemantauan mengenai hal-ehwal penjaja selain membuat kutipan yuran. Aku sungguh berterima kasih dengan En. Mitin kerana beliau begitu bersungguh2 memberikan banyak input berguna. Tanya sikit, panjang dijawab. Senang faham tetapi belum tentu dapat lama diingat. Aha..

Staf yang lain begitu juga. Mereka memang sangat berpengalaman menguruskan hal penjaja. Walaupun kalau diikutkan skop tugasan kerja mereka berbeza mengikut jawatan masing2, mereka tetap dapat saling menampung antara satu dengan yang lain. Cuma, keputusan akhir tetaplah juga ditangan En. Mitin, atau kalau yang lagi besar akan dibawa ke pengetahuan Pn. Liza. En. Mitin merupakan Penolong kepada Pn. Liza. Beliau telah berkhidmat lebih lebih kurang 20 tahun sebelum MPKK dinaik taraf menjadi DBKK lagi. Sebut ja zon mana, beliau boleh ingat kawasan gerai itu di mana, berapa lot, apa yang dijual, atau kalau yang penjaja yang lama beliau dapat ingat juga siapa orangnya.

Pemantauan dibuat pada hari khamis, di Tamu Mingguan dan Pasar Harian Pekan Telipok. Setiap minggu mereka akan keluar membuat pemantauan.

Sepanjang minggu ini juga, aku didedahkan dengan kerja2 pentadbiran. Antaranya, pemprosesan kad pekerja yang mengendalikan makanan, membuat minit mesyuarat fail (lain dari minit mesyuarat), dan penyusunan fail2 mengikut rujukan yang dibina. Ianya diasingkan untuk tujuan simpanan DBKK dan Arkib Negara.

Yang terakhir, En. Jaraiman berjumpa dengan kami untuk memaklumkan adanya suatu projek mini buat kami berempat. Tugasan ini adalah tugasan bersama walaupun mempunyai kerja di bahagian masing2. Uhu..

Ianya lebih kepada aspek pengurusan persekitaran secara umum di Pulau Gaya dan sekitarnya (pulau2 kecil). Kajian ringkas (simple study) dilakukan di awal perancangan bagi mendapatkan gambaran secara mudah suasana dan permasalahan yang berkaitan dengan manusia dan persekitaran di kawasan tersebut.

No comments:

Post a Comment

Saya mengalu-alukan komentar anda semua. Terima Kasih!