Paparan Paling Seksi Sakti | Skrin 1280 x 800 | Browser Mozilla Firefox | OS Ubuntu Linux

FIDE WOMENS WORLD CHESS CHAMPIONSHIP 2017 (TEHRAN)

Saturday, July 04, 2009

LI: Minggu 3

08-12 Jun 2009


Sepanjang minggu ini, ada dua tugas/kerja utama yang aku lakukan. Pertama, keluar membuat pemantauan kawasan-kawasan penjaja seperti di Sinsuran, Segama, Gaya Street, dan Tamu Mingguan Telipok. Yang kedua, membuat lakaran tapak Bazar Ramadhan menggunakan komputer.

Kami keluar memantau disekitar Sinsuran dan kawasan yang dekat2 tu kalau tiada kenderaan yang dapat digunakan. Maksud kenderaan di sini, kenderaan rasmi/jabatan lah. Kalau kata kenderaan sendiri digunakan tu, faham2 jelah camna. Ehe.

Aku bertanya kepada En. Mitin mengenai penjual2 haram di kaki2 lima yang selalu menjual rokok seludup (tanpa cukai) dan VCD/DVD yang aktif berniaga di kawasan Sinsuran dan Segama. Adakah Bahagian Penjaja memantau mereka? Beliau menjawap, malangnya, itu tidak termasuk dalam kuasa Bahagian Penjaja untuk mengambil sebarang tindakan terhadap mereka seperti mendenda dan menahan/merampas aset individu terbabit.

Tugas itu diserahkan kepada Jabatan Kastam untuk memantau aktiviti mereka.

Kemudian, aku bertanya lagi mengenai penjual/pekedai yang selalu membuka jualan di tempat laluan awam di sana. Sedikit sebanyak, aktiviti mereka itu menganggu kelancaran laluan pejalan kaki hingga pejalan kaki kadangkala terpaksa di jalan raya untuk lalu. Beliau menjawap, itu dibenarkan tetapi bergantung dengan perayaan semasa. Ia tidak boleh hari2 dan mesti mematuhi peraturan yang ditetapkan seperti menyediakan tong sampah dan kawasan jualan tidak melebihi had.

Jika tidak keluar memantau, maka duduk pejabatlah jawapnya. Tapi duduk pejabat pun, sibuk juga. Uhu. Hari Rabu, Pn. Liza bagi lagi tugasan baru iaitu mengemaskini lakaran peta Bazar Ramadhan menggunakan komputer.

Kerja tu, senang juga cuma bila buat memang makan masa. Sehari, syukurlah kalau dapat buah empat peta sekaligus. Jumlah peta tu, ada 12 semuanya. Uhu..

Tugas lain pula, hah ini dia. En. Jaraiman sekali lagi memberikan tugas yang mencabar buat kami berempat. Kali ini, ianya mengenai perisian Microsoft Access. Beliau mahu kami buat satu persembahan data yang dibina dari pangkalan data tertentu yang digabungkan sekaligus, bergantung kepada data apa yang ingin ditunjukkan.

Fuhh, selama ni hanya tahu guna Microsoft Word, Power Point, Excel, Paint sahaja. Tu pun tahu gitu2 ja. Tetiba kali ni, berkait dengan Access pula.

Bagi memberikan pemahaman secara mudah bagaimana contoh persembahan data yang dimaksudkan, kamu boleh tengok kat web UMS, yang cek2 jadual kuliah tu. Macam tu lah lebih kurang.

Benda tu, mana kami arif. Kalau ada ambil subjek yang berkaitan dengan komputer dan perisian, ok lah juga. Pening2 lalat kami dibuatnya. Uhu5..

Minggu ni juga, aku minta pelepasan sementara sebab mengurus BKNS. Tuntut elaun tesis dan LI. Tapi, setengah hari jelah. Petang. Ehe..

Minggu ni juga merupakan minggu terakhir aku bertugas di Bahagian Pengurusan Pasar dan Peniaga Kecil. Terima kasih Pn. Liza, En. Mitin dan staf2 yang lain atas tunjuk ajar, perkongsian ilmu+pengalaman, dan tidak lupa juga makan minum yang dibelanja tiap kali keluar membuat pemantauan. Tu yang buat aku semangat ja keluar sebab dapat jimat belanja. Ehe3..




No comments:

Post a Comment

Saya mengalu-alukan komentar anda semua. Terima Kasih!