Paparan Paling Seksi Sakti | Skrin 1280 x 800 | Browser Mozilla Firefox | OS Ubuntu Linux

FIDE WOMENS WORLD CHESS CHAMPIONSHIP 2017 (TEHRAN)

Friday, July 10, 2009

LI: Minggu Keempat

MINGGU KEEMPAT
15-19 Jun 2009

Minggu ni, aku ditempatkan di Bahagian Pengutipan Sampah dan Pembersihan Bandar. Ganti dengan Dawn. Waa, masuk DEPOH (Bengkel DBKK) la ni jawabnya..! (xp)

Seperti sebelum ini, Pn. Rosna membawa aku berjumpa dengan En. Leong Tze Fui. Beliau (En Leong) merupakan Ketua Bahagian Pengutipan Sampah dan Pembersihan Bandar. Setelah memperkenalkan diri masing2 secara ringkas, kami kemudiannya sama2 membincangkan perancangan tugas/kerja yang bersesuaian.

En. Leong sekarang masih lagi menyambung pelajaran diperingkat Sarjana (Master) di SST, UMS. Antara pensyarah utama beliau ialah Prof. Madya Dr. Piakong. 'Sealiran' lah pula kami ni. Aliran 'Environmentalist'. ;p

Bahagian ini terbahagi kepada dua unit iaitu Unit Penyapuan dan Unit Pengutipan. Kedua2 'markas' bagi unit2 ini terletak di DEPOH. Kedua2 unit ini dibahagi pula kepada dua zon iaitu Zon Bandar dan Zon Luar Bandar. Zon Bandar adalah dilingkungan Central Business Distrcit (CBD. Zon1) di mana kawasan ini mempunyai kepadatan aktiviti yang tinggi setiap hari. Secara kasar, kawasan ini meliputi Wisma Pelabuhan, Pusat Bandaraya, Wisma AAM hingga ke kawasan Karamunsing. Zon Luar Bandar, adalah selebihnya yang meliputi kawasan seperti Tanjung Aru+Kepayan (Zon 2), Damai+Luyang (Zon 3), Likas (Zon 4), Kolombong+Inanam (Zon 5), dan Menggatal+Telipok (Zon 6).

Pembahagian zon2 ini adalah terpakai ('sah') bagi urusan Bahagian Pengutipan Sampah dan Pembersihan Bandar sahaja. Bahagian/Jabatan yang lain seperti Jabatan Kejuruteraan dan Jabatan Landskap menggunakan pembahagian zon yang berlainan mengikut tujuan, keutamaan, dan 'kefahaman' mereka sendiri.

Setelah berbincang, akhirnya En. Leong bersetuju agar pada minggu ini, aku perlu menyiapkan (menyambung) tugas Dawn sebelum ini iaitu membuat jadual pengutipan sampah. Semuanya telah Dawn selesaikan. Cuma yang tinggal, penamaan jalan. Dan itulah yang aku perlu lengkapkan. Tugas ini di beri nama 'Tugasan Pemetaan Jalan'. Dengan kecanggihan teknologi masa kini seperti Google Earth dan Google Map, mudah2an tugasan ini dapat disiapkan mengikut jadual.

Selepas minggu ini, aku akan ditugaskan di Unit Pengutipan pula. Beberapa trip di atur supaya dapat aku sertai. Setelah itu, jika sempat, barulah aku dimasukkan di Unit Penyapuan pula.

Sepanjang minggu ini, itu sahajalah kerja utama aku. Duduk pejabat, bila bosan2 cari nama jalan/jalan raya, main Facebook la jawabnya. Hua2 ;p

Rabu minggu ni juga, ada latihan kebakaran (Fire Drill) dijalankan di Centre Point. Syukur suasana adalah terkawal. Tiada kejadian yang tidak diingini (yang tidak dirancang) berlaku melainkan situasi (latihan) yang telah dirancang.

Keesokannya, aku di bawa melawat di DEPOH untuk melawat2. Di bawah ada beberapa gambar yang dapat aku ambil. Jarang2 ambil gambar sebab macam lain pula sikit2, bergambar/ambil gambar. Macam wartawan. Ehe..



Pejabat DEPOH, JKPB DBKK



Himpunan tong2 sampah hijau. Sayangnya, tidak banyak tong2 sampah untuk kempen kitar semula. (Biru, Coklat, dan Jingga)



Berpeluang menyaksikan lori kompaktor/Pemampat (Compactor) 'dimandikan' (dibersihkan). Bau2 sabun dah ni masa ni. Ehe3..



Hah, yang ni bila ruang pemampatnya dibuka. Di dalam tu lah sampah2 tu dimampatkan. Sebab tu ada beberapa jenis sampah/sisa yang tidak boleh dikutip dengan lori jenis ini. Contohnya, sisa berjadual dan sisa binaan.


No comments:

Post a Comment

Saya mengalu-alukan komentar anda semua. Terima Kasih!