Paparan Paling Seksi Sakti | Skrin 1280 x 800 | Browser Mozilla Firefox | OS Ubuntu Linux

FIDE WOMENS WORLD CHESS CHAMPIONSHIP 2017 (TEHRAN)

Tuesday, July 14, 2009

LI: Minggu Kelima (1)

MINGGU KELIMA
22-26 Jun 2009


Aku masih bertugas di Bahagian Pengutipan Sampah dan Pembersihan Bandar. Oleh kerana isi kali ni ada banyak gambar dan video, maka aku ringkaskan coretan ni. Ikut macam yang aku buat di Laporan Akhir LI tu. Waktu yang lain, aku sambung buat kerja pemetaan tu. Ehe..


ISNIN: Menyambung tugasan pemetaan jalan. Kemudian, dijemput sama untuk menghadiri mesyuarat bahagian. Antara perkara yang dibangkitkan ialah 1) Peruntukkan pembinaan rumah sampah, 2) OPS 3K (Kompaun, Kesedaran, Kebersihan), 3) Masalah tong sampah dan sampah bertaburan, dan 4) Penetapan penggunaan lori kompaktor. Kepastian mengenai jadual bertugas saya (trip mengutip sampah) ditentukan dalam mesyuarat ini. Ia bermula 23hb hingga 24hb Jun, sekitar 8:00 pagi hingga tengahari bergantung kepada pergerakan berkerja. Saya tidak perlu lagi ke pejabat selepas waktu itu.


SELASA: Ikut trip mengutip sampah bagi zon 6 yang diketuai oleh En. Marcellus Libasa. Kawasan pengutipan mereka ialah perumahan (pangkalan) TLDM (Tentera Laut Diraja Malaysia), Rumah sampah Damai, Juta Plaza, City Mall, Iramanis, Kilang Gardenia Inanam, dan Kilang besi aktif Inanam. Kawasan utama mereka sebenarnya hanyalah di perumahan pangkalan TLDM. Kawasan-kawasan lain merupakan trip pengutipan susulan. Mereka bertugas pada setiap hari. Trip yang saya ikuti ini bermula dari lokasi sampah dikutip (sumber sisa), semasa sampah dilupuskan di Tapak Pelupusan Sampah Kayu Madang, dan seterusnya balik ke bengkel.


Jadual bertugas... Ini termasuk 'Motion Study' (Kajian penggunaan masa yang diguna masa buat suatu kerja)



Ok, ni namanya pengangkut sampah.. Muahua3! Maaf, aku lupa 'nama betul' mesin tu. Uhu.. Benda ni manual ja. Tengok tangan bro (brother) tu.. Atlit angkat berat belum tentu dapat buat (angkut) camni tau. Ehe.. Ni kutip sampah kat Kilang Gardenia (Roti) di Inanam.



Ok, ni pula keadaan dalam lori. Dekan dengan stereng tu. Kita tumpu yang ada pelekat kuning tu. Yang atas sekali, butang untuk tambah tenaga mesin pengangkut tong di belakang tadi, mudah beroperasi. Begitu juga butang di kanan-bawah tu. Yang lain pula, lampu berkerja. Ianya tidak dipasang waktu siang untuk penjimatan (tenaga dan wang).


video

Ni masa kutip sampah dengan kawasan komersial. Sekali lagi, aku lupa tempatnya. Uhu3..



video

Ni, rumah sampah. Cuba teka kenapa selalunya kita nampak ada bisnes cuci kereta (car wash) dekat2 dengan rumah sampah ni? Hah, jawap, jangan tak jawap. Aha




Ok, ni kat Pangkalan TLDM di Teluk Sepanggar. Tak aktif ambil gambar kat sini sebab kawalan yang ketat. Sebelum masuk, kena serah I.C dulu.. Berbaris.. Gambar2 kat bawah ni yang curi2 ni. Di pangkalan, tempat kapal2 tu berlabuh. Campur lah kapal Maritim dan Navy punya.. Oups, ada SB (spy) ka sini? Hua2..








Ok, ni pula masa turun dari kawasan kediaman tentera2 tu. Turun bukit. Nampak bangunan tu? Tu lah workshop (bakal) untuk kapal selam. Depannya, tempat kapal selam 'lepak2'. Seberang laut tu pula, Kilang Simen, Gas, dan sebelahnya pula pelabuhan kontena.



Malunya amik gambar sendiri.. Muahua3.. Yola, lain bah pula kalau suruh2 diorang ambilkan gambar kita kan.. xD


Dan sekarang, tibalah saat yang dinanti2kan, anda semua dipelawa untuk menyaksikan sesuatu yang sangat2 jarang sekali kita dapat lihat. Apalagi untuk masuk..

Rakaman di bawah ni dibuat di tapak pelupusan sisa/sampah Kayu Madang, Kota Kinabalu. Trip kali ni, agak bertuah sebab dapat rakam bagaimana pelupusan (buang ja sebenarnya) sisa dibuat di sini setelah selesai dikutip.

Kerja2 melupus yang seterusnya dibuat samada secara 'sepenuhnya semulajadi' (buang-dan-timbus) atau melalui proses pengasingan terlebih dahulu sebelum sisa yang tidak boleh diguna pakai lagi dilupus secara semulajadi..

Saksikan...




video

Sisa perbandaran dilupus di Tapak Pelupusan Kayu Madang, Kota Kinabalu

No comments:

Post a Comment

Saya mengalu-alukan komentar anda semua. Terima Kasih!