Paparan Paling Seksi Sakti | Skrin 1280 x 800 | Browser Mozilla Firefox | OS Ubuntu Linux

FIDE WOMENS WORLD CHESS CHAMPIONSHIP 2017 (TEHRAN)

Thursday, July 16, 2009

LI: Minggu Kelima (2)

Penulisan yang lalu menceritakan/menggambarkan sebahagian besar aktiviti bagi trip pengutipan sampah (atau mungkin sedikit tepat disebut sebagai 'Pengurusan Sisa Perbandaran').

Dan cerita untuk dibahagian kali ini pula ialah mengenai aktiviti Ops 3K Bahagian Pengutipan Sampah dan Pembersihan Bandar. 3K merujuk kepada 'Kompaun, Kesedaran, dan Kebersihan'. Emm, macam 'terbalik' bunyinya.. Ini pendekatan yang tegas dari permulaan langkah tindakan.

Seperti biasa, kurangkan panjang-lebar cerita dan paparkan sahaja isi2 utama. Ruang yang lain pula akan diisi dengan gambar2 yang berkaitan. Maaf, kali ni tiada rakaman visual sebab aku tiada bawa kamera BenQ aku tu.. Uhu5..


Khamis/24 Jun: Operasi Ops 3k di Industri Hong Tiong di Jalan Tuaran Lama. Operasi ini dilakukan terhadap bengkel2 kenderaan dan buatan bahan di sekitar lokasi tersebut. Sebanyak 10 kompaun dikenakan mengikut Undang-undang Kecil Anti Sampah-Sarap 1984 (Anti Litter By-Laws 1984) dan satu kompaun mengikut Undang-undang Premis Makanan 1966 (Food and Eating Premises By-Laws 1966), Kota Kinabalu.



Bos sebuah kedai bahan buatan sedang dikompaun. Cuba teka apa kesalahannya ni..?



Yang ni, kat seberang kedai dalam gambar di atas. Blok sebelah bah ni...



Hah, ni lah kedai tadi tu.. Pekerja dia buat2 'fokus' berkerja pula.. Citt..



Oh, mungkinkah bahan2 dan alatan2 makmal2 kami dari sini (supplied)? Kat sini ada kejadian lucu. Ha3..


Ni antara kesalahan yang dilakukan oleh Kinabalu Scientific Supplier (KSS) tu..



Hah, ni lah yang melucukan tu. Perkerja ni (baju t-shirt belang2) menunjukkan ketidak-puasan hatinya dengan bersungguh2 bak seorang peguam bela. Dia kata, kayu2 (rujuk gambar di atas ni) tu belum jadi bahan buangan dan kalaupun tidak boleh diletak situ, senang ja bah angkut-pindah tu.. Sekarang pun boleh dia kata. Tu, katanya lah. Dia lupa yang sikap mematuhi peraturan tu perlu diamalkan setiap masa. Dah tak boleh letak situ, janganlah letak bila2 masa pun.. Walaupun tiada spot-check.. Eh kejap. Jadi, pa yang lucu tu a? Oho3..



Hah, kat sini yang bikin lucu ni. Yang baju hijau take-in tu, tu lah bos KSS. Bila Tuan Leong (Baju Korporat warna oren) memberitau perkara sebenarnya, bos tu diam ja. Angguk2 tanda faham apa dan mengapa kedainya dikompaun. Dia akui, benda2 tu memang selalu kena letak dilaluan tu. Haa.. Yang melucukan, sepatutnya bos tu yang berabisan marah2/tinggikan suara tunjuk tak puas hati. Ni, perkerjanya pula (dibelakang bro penguatkuasa baju biru terang tu) lebey2. Pok2 naik gaji @ anugerah perkerja cemerlang/contoh ka? Bos dia cool ja. Tak bising2 pun..



Lupalah kedai apa ni. Nampak kosong ja.



Ni lah kedai yang dimaksudkan tadi. Seorang perempuan/gadis sedikit cun (imej dirahsiakan untuk simpanan peribadi XP) menyambut kedatangan kami bersama kompaun RM100.00



Ni kat kedai buat cermin. Ni pun sama, banyak songeh juga bila dikompaun.



Ni sisa yang dibiar2 ja. Kata, diambil dan di bawa masuk juga tiap hari. Tapi rekod menunjukkan, itu adalah temberang pemilik kedai saja. Dia tak pernah pun masukkan kaca2 + kayu2 tu.. Ada bekas tong cat lagi..



Baju merah pudar tu, tu isteri bos kedai cermin tadi. Malaslah ambil gambar bos kedai tu. 'Bikin takut'.. Hua2.. Untuk kompaun yang ini, aku tandatangan jadi saksi.. ;D



Ni, kat bengkel kenderaan. Cuba teka apa kesalahan pemilik bengkel tu? Siapa dapat jawap, aku bagi hadiah.. ;D



Ni kat kedai sebelah pula. Bengkel kereta.. Kurang2, ada lima jenis kesalahan yang dilakukan. Fuhh, beratus fulus 'terbang'..



Jadi begini pun boleh dikompaun tau. Gambar ni menunjukkan dua kesalahan utama pemilik bengkel berkenaan..



MSS: Maaf jika imej kurang jelas. Ia ditangkap menggunakan kamera handphone format VGA ja bah tu..

No comments:

Post a Comment

Saya mengalu-alukan komentar anda semua. Terima Kasih!