Paparan Paling Seksi Sakti | Skrin 1280 x 800 | Browser Mozilla Firefox | OS Ubuntu Linux

FIDE WOMENS WORLD CHESS CHAMPIONSHIP 2017 (TEHRAN)

Friday, July 03, 2009

Michael Jackson @ Mikaeel

Hari ini genap seminggu penyanyi terkenal yang digelar 'Raja Pop', Michael Jackson meninggal dunia. Michael atau nama Islamnya, Mikaeel, disahkan meninggal dunia disebabkan komplikasi jantung yang kemungkinan besar berpunca dari pengambilan ubat2an tertentu yang berlebihan.

Namun, isu punca kematian beliau masih belum lengkap. Masih ada beberapa ujian makmal seperti ujian toksikologi untuk menguatkan lagi 'hipotesis' bedah siasat sebelumnya.

Kita tinggalkan hal ini buat sementara waktu. Kita pulangkan kepada pihak yang bertanggungjawab di sana. Moga siasatan mengenainya terus berjalan bebas dan tidak dicemari dengan perilaku2 yang menjengkelkan dari pihak yang terlibat. Yang dikemudian hari akan mengaibkan orang yang telah pergi.

Apa yang menarik seketika perhatian saya untuk menulis isu ini ialah kerana beberapa faktor.

Yang pertama dan yang utama ialah, kerana kebimbangan saya akan hal urusan jenazah beliau. Yang kedua, mengenai pengamal media yang acapkali membuat laporan semasa mengenai Mikaeel. Asyik2 lapor isi yang sama sahaja. Bagi isi yang kedua ini, saya fikir ia akan dibuka pada perbincangan yang lain.

Umum di seluruh dunia telah maklum sejak November lalu, Michael telah memeluk agama Islam lalu memilih Mikaeel sebagai nama Islamnya. Hal ini mendapat reaksi hangat dari peminat2 beliau dan lainnya mengenai tindakannya itu. Mereka terkejut. Namun, bagi abang Mikaeel, Jermaine, ia tidak mengejutkan tetapi ia sesuatu yang sungguh mengharukan lagi bermakna dalam hidupnya.

Masakan tidak, beliau (abang Mikaeel) memberitahu yang Mikaeel sejak tahun 1989 lagi sudah mula menunjukkan minat untuk mendalami agama Islam.

Dan setelah hampir 20 tahun berlalu, barulah adiknya itu mengucap dua kalimah syahadah yang menjadi kunci pintu Syurga.

Itulah yang dilaporkan oleh media.

Saya berasa lega apabila TV3 dalam siaran hari ini melaporkan yang Mikaeel akan dikebumikan menurut cara Islam. Saya berasa bimbang juga jika jenazah beliau tidak diuruskan menurut Islam kerana campurtangan pihak lain. Seperti kes2 yang pernah berlaku di Malaysia.

Ada juga laporan berita (NTV7 jika tidak silap saya) melaporkan yang arwah akan dikebumikan dengan sebuah keranda yang berharga RM100,000.00.

Sepengetahuan saya, jika seorang Muslim itu meninggal dunia, maka hendaklah disegerakan urusan jenazahnya melainkan disebabkan faktor mendesak (hujan lebat/suasana 'darurat') dan penting (bedah siasat). Namun, penangguhan ini juga perlu mendapat persetujuan dari waris/keluarga si mati. Apapun, ianya mesti dikebumikan juga.

Menyentuh hal pengebumian, pengurusan jenazah bagi seorang muslim bermula dari memandikannya. Kemudian dikafankan, disolatkan, dan barulah dikebumikan.

Dan setahu saya juga, mayat seorang muslim tidak dikuburkan bersama keranda.

Saya berdoa, moga semua turutan ini dapat dipenuhi sebaik2nya oleh saudara2 kita di sana. Hal pengurusan jenazah merupakan Fardhu Kifayah (terlepas kewajipan jika ada orang lain yang melakukannya). Ada hikmah besar disebalik sebuah kematian. Mesej dakwah/kesedaran kepada semua yang mengetahuinya. Insya-Allah, amin..



Moga roh beliau mendapat ampunan dan rahmat dari-Nya

No comments:

Post a Comment

Saya mengalu-alukan komentar anda semua. Terima Kasih!