Paparan Paling Seksi Sakti | Skrin 1280 x 800 | Browser Mozilla Firefox | OS Ubuntu Linux

FIDE WOMENS WORLD CHESS CHAMPIONSHIP 2017 (TEHRAN)

Saturday, August 22, 2009

Kita Akan Dijemput

Kita Akan Dijemput (UK's)

Di dalam hidup kita seharian
Ada persamaan inginan
Mencari harta sebanyak mana
Masa terdaya

Bila mentari menyuluh bumi
Kita pun bangkit dari mimpi
Menyambung semula pencarian
Yang terhenti semalam

Kepuasan terpancar jelas
Bila yang dimimpi terbukti
Dengan kekayaan yang dimiliki
Masih tidak lagi mencukupi

Memang begitu sikap manusia
Tidak puas dengan yang ada
Seolah harta di dunia
Bisa bawa ke sana

( korus )
Kita terlupa harta yang nak di bawa
Amalan seharian itu yang mesti harus di hati
Sudah terlewat bila tubuh terbujur kaku
Tidak berfungsi... di saat itulah
Terlihat semua di mana
Tempat kita...

( ulang korus & 1 )

( 1 )
Harus diingat... kita hanya musafir
Yang didatangkan... hanya sementara
Menghunikan alam
Dan pasti akan dijemput... untuk pulang
Di jemput pulang


Sumber lirik: http://liriklagu-yat218.blogspot.com/2009/03/kita-akan-dijemput-uks.html

Dengar lagu:
1. http://www.4shared.com/file/113567087/2a3bed51/Ukays_-_Kita_Akan_Dijemput.html
2. http://msslawliet.blogspot.com/

Sunday, August 09, 2009

LI: Minggu Kesembilan (2)

Aku datang ke bilik Tuan Ben sekitar 8:30 pagi.

Beliau sedang membaca senaskah akhbar. Aku lupa akhbar apa. Oleh kerana pintu telah diketuk, aku tidak sempat 'menarik balik' niat untuk berjumpa dengannya sedang dia membaca akhbar. Risau kalau2 ianya menganggu.

"Selamat pagi Tuan.", aku memulakan sapaan selepas mengetuk pintu dan memunculkan muka di balik cermin biliknya.

"Ya, silakan masuk..", sahut beliau sambil mengemas2 akhbar yang sedang dibacanya.

Aku masuk dan mengambil tempat selepas dipersilakannya.

"Maaf jika saya menganggu tuan.. Saya pelajar praktikal di sini dan sekarang saya lapor diri kepada tuan menggantikan rakan saya sebelum ini, Tracy.."

"Oo, ok.."

Tuan Ben memulakan perbualan dengan bertanyakan banyak perkara kepada aku. Mula2, dia bertanya akan tarikh sebenar aku masuk ke bahagian ini, Bahagian Pelupusan Sampah dan Pendidikan.

Aku kalut sedikit. Sebabnya, aku lambat melapor diri masuk ke bahagian ni. Aku berjumpa dengan beliau hari Khamis, tiga hari selepas tarikh rasmi pertukaran terakhir kami bermula.

:Maaf, alasan dirahsiakan atas sebab2 peribadi: ;p

Kemudian, beliau bertanya akan subjek2 atau pengkhususan yang aku ambil semasa kuliah dahulu..

Uhu3, boleh kira soalan bonus ni tau.. Jujurnya, aku masa tu tidak ingat semua kuliah2 yang aku ambil. Aku hanya ingat sikit ja (semester tahun akhir punya.. ;p) dan aku hanya bagitahu beberapa kuliah yang berkait rapat dengan fungsi2 JKPB.

Contohnya, kuliah Pengurusan Sisa Pepejal dan Toksik, Pengurusan Sumber Sekitaran, GIS dan beberapa subjek lain.

Subjek seperti Hubungan Etnik, TITAS, Asas Keusahawanan dan seumpama dengannya tidaklah pula aku sebut.

Aku kemudiannya faham kenapa beliau tanya awal2 soalan ini. Beliau sebenarnya berusaha untuk menyediakan (secara segera) apa latihan atau tugasan sepanjang berada di bahagian ini, yang bersesuaian dengan subjek yang pernah dipelajari.

Aku kemudian memulakan 'sesi bercerita'. Cerita pasal perkaitan bidang Sains Sekitaran dengan fungsi2 yang dijalankan oleh JKPB amnya, dan bahagian ini khususnya. Agak mudah kali ini sebab bahagian ini berkait dengan isu pelupusan sampah dan isu pendidikan. Sudah tentu alam sekitar menjadi subjeknya.

"Ok, selama kamu menjalani praktikal di sini, apa2 sudah yang kamu pelajari atau mungkin ada sesuatu yang kamu berasa perlu di komen.. pandangan kamu mengenai bahagian2 di jabatan ini .."

Waah, bunyi ini macam soalan pensyarah pelawat yang datang membuat penilaian ke atas kami dua minggu yang lalu.. ehe

*"Banyak benda baru dari sekecil2nya hingga sebesar2nya dapat saya lihat, timba dan pelajari selama berada di tiga bahagian JKPB.

Bermula dari bahagian penjaja (Bahagian Pengurusan Pasar & Peniaga Kecil), saya berpeluang untuk mengetahui bagaimana situasi atau keadaan sebenar aktiviti perniagaan setempat secara kecil2an ini. Tamu, Pasar/Gerai mingguan mahupun harian masing2 menjadi identiti di sesuatu tempat. Di sini, banyak aspek yang boleh difahami akan perkaitannya antara satu dengan lain.

Misalannya, semasa aktiviti Tamu dijalankan, kita boleh mengambil peluang untuk 'berkempen' dengan penduduk yang datang dari serata tempat di Sabah ini akan 'slogan2', misi & objektif, serta harapan kita (selaku Pihak Berkuasa Tempatan) ke atas mereka.

Kita ingin membantu mereka dan dalam masa yang sama kita juga mahukan 'bantuan' (kerjasama) mereka. Mereka (masyarakat) perlu dibantu dengan cara memberikan tunjuk ajar, peluang2, dan pendedahan lain yang bertujuan untuk memenuhi hasrat mereka, dan mencapai cita2 kita (PBT).

Kita tidak mahu dilabel sebagai 'tahu ambil duit sahaja', atau "ambil duit 'tetap', urus masaalah (penduduk) 'lembap' ".

Di bahagian pengutipan pula, (Bahagian Pengutipan Sampah & Pembersihan Bandar) saya hanya sempat berpeluang untuk bertugas di Unit Pengutipan. Walau bagaimanapun, fokus yang lebih terarah kepada unit ini menjadikan pengalaman yang dilalui sangat2 berharga.

Antaranya, saya berpeluang untuk menyertai sendiri trip pengutipan sampah. Inilah pertama kali dalam hidup ini, menaiki lori pengutip sampah. Malah, ikut bertugas bersama mereka walaupun kadangkala lebih dilihat sebagai 'wartawan'. Tugas yang amat penting ini - walaupun selalu dipandang rendah oleh mentaliti masyarakat - merupakan kayu ukur akan prestasi PBT.

Aduan (contohnya sampah lama tidak dikutip) yang berlarutan sedikit sebanyak menjejaskan imej PBT.

Kalau (ramai) orang awam 'bertuah' seperti saya dapat ikut masuk ke Kayu Madang, saya yakin kesedaran akan pentingnya agenda 'kitar semula' (Agenda 21, DBKK jika aku nda silap), masaalah sampah dan menjaga alam sekitar akan melonjak naik. Jangan terkejut jika mereka memulakan 'perhimpunan aman' untuk menyedarkan masyarakat.

Di bahagian kesihatan pula (Bahagian Kesihatan Umum), saya lebih terdedah akan 'penyiasatan aduan alam sekitar'. Unit lain seperti Kawalan Mutu Makanan dan Kawalan Vektor kurang mendapat pendedahan di luar. Sebagai ganti, saya banyakkan membaca akan fungsi kedua2 unit ini.

Setiap bahagian ini mempunyai kelemahan masing2. Secara umum, kekurangan tenaga kerja dan yang mahir terutamanya di bahagian kesihatan. Saya selalu mendengar dari kakitangan di bahagian itu mengenai kerja mereka yang terlalu banyak tetapi orang kurang (lihat contoh isu anjing liar di kampus UMS).

Kalau di bahagian penjaja pula, saya fikir masaalah pengangkutan staf untuk keluar bertugas. Bahagian ini hanya mempunyai sebuah Van yang digunakan sehari2 untuk keluar memantau Tamu, Pasar2 dan Gerai2. Kalau 'N/A' (not available), macam manalah?

Kalau di bahagian pengutipan pula, saya fikir sistem yang mereka guna pakai sekarang memang baik. Keberkesanannya tinggi. Bahagian ini mempunyai PRA yang ramai. Cuma mungkin, saya fikir bahagian ini ada kekurangan sesuatu. Adakah fungsi bahagian ini berterusan MENGUTIP sampah sahaja? Kutip dan buang. Begitu sahaja?

Sebab itu lah bila tuan bertanyakan mengenai pandangan terhadap bahagian ini, saya terfikir akan nama bahagian ini, Bahagian Pelupusan Sampah dan Pendidikan.

Pada fikiran saya, skop pendidikan itu agak luas. Tetapi tidak bagi skop pelupusan. Saya rasa, aspek pelupusan wajar digabungkan sekali dengan Bahagian Pengutipan Sampah dan Pembersihan Bandar. Secara mudah (bilang orang Sabah), 'cerita, jalan satu kali'.. Maksudnya, bahagian pengutipan sesuai diberikan peranan untuk menjalankan fungsi2 pelupusan sampah ini. Fikirkan sampah: terhasil -> dikutip -> dilupus.

Bahagian pendidikan boleh mengambil alih gerak kerja Agenda 21 yang kini (seingat aku) di bawah Jabatan Koordinasi dan Penyelidikan, DBKK.."

Aku berhenti 'membebel' setelah melihat Tuan Ben mengeluarkan kertas dan menulis2 sesuatu diatasnya...

(Bersambung...)

*Kelolaan semula. Namun, maksud asal isi kandungan tidak berubah.. ;>

LI: Minggu Kesembilan (1)

20 - 24 Julai 2009

Minggu ni merupakan minggu kedua terakhir praktikal aku di JKPB DBKK. Alhamdulillah, Laporan Latihan Industri telahpun 'selamat' disiapkan dan dihantar, tepat jam 4 petang 17 Julai yang lalu (hari terakhir). Hua3.

Aku bercuti 17 Julai tu. Cuti dengan kebenaran ya. Masa tu, tengah edit2 isi kandungan. Tu lambat hantar. Tapi bila da siap, ada juga kesilapan. Uhu..


Ni muka depan buku laporan aku tu.. Cuba teka apa kesilapan yang ada di sini?



Hah, ni kesilapan yang kedua. Sepatutnya lepas muka depan warna hijau muda tu, Penghargaan dan kemudian Borang LI.05c (clearance form). Bukan Borang LI.05b (weekly report)



Muka belakang. Dilampirkan bersama sebuah CD yang mengandungi gambar2 terpilih dan rakaman visual sepanjang tujuh (7) pertama menjalani LI.


Minggu ni, kami bertukar bahagian. Ni pertukaran yang terakhir. Aku bertukar dari Bahagian Kesihatan Umum ke Bahagian Pelupusan Sampah dan Pendidikan Awam. Bahagian yang terakhir ni lah yang terpendek tempohnya dalam penggiliran bahagian kami. Apapun, bebanan terasa sangat makin kurang sebab laporan da hantar, pensyarah pelawat da datang, kerja jadi kurang2 da sikit. Tinggal markah akhir dari Pn. Rosna lagi. Bilangnya, "Jangan kamu risau, tinggi2 juga ni semua..". Ehe..

Kami bertukar bahagian pada 20 Julai. Tapi, aku tangguh2 lagi sebab En. Jaraiman (Pen. Ketua Bahagian) dan Tuan Benedict (Ketua Bahagian) bercuti. Pa lagi, online jelah kerja. Muaha3!

Sebelum 22 Julai, aku di pejabat ja. Sambil2 membantu mana2 kerja2 pentadbiran. Macam biasalah, proses kad pengendali makanan. 22 Julai, baru lah aku keluar membuat penyiasatan. Tu pun lepas Kak Morin ajak. Bosan2 juga di pejabat ja. Penyiasatan kali ni pasal aduan ayam dan anjing di taman perumahan juga.

Pada 23 Julai, barulah aku datang berjumpa dengan Tuan Ben. Agak lama juga pertemuan empat mata kami tu (aku buka cermin mata k) sampai aku menguap2 ni. Mau 3 jam. Memang banyak isi perbualan kami bermula dari kursus2 (courses) yang aku ambil masa di UMS, sehingga lah berkisar dunia pekerjaan. Banyak juga yang dikongsikannya terutama mengenai situasi penjawat dan perkhidmatan awam di DBKK amnya, dan di JKPB khususnya.

Siri 2 nanti aku cerita sikit pasal perkongsian bual bicara kami tu.. :-)

Monday, August 03, 2009

LI: Minggu Kelapan


13 - 17 Julai 2009

Sepanjang minggu ni, aku ditempatkan di Bahagian Kesihatan Umum. Walaupun pada mulanya aku bercadang untuk ikut menimba pengalaman di semua unit yang ada di bahagian ini, ianya tidak dapat direalisasikan sebab masalah komunikasi. Tambahan pula, bahagian ini memang sentiasa sibuk dan keluar pejabat.

Jadi, aku memang sedikit 'slow' di bahagian ni. Paling banyak relaks sampai kengkawan tegur. Online ja kerja. Tunggu dipanggil baru datang. Hua2.

Adakah sepanjang minggu ni aku dok relaks ja?

O tidak. Ada beberapa kerja luar yang aku ikut serta. Semuanya bersama dengan Kak Morin, mantan senior program Sains Sekitaran. Dia konvo masa tahun 2000. Dia hampir 9 tahun bekerja di JKPB.

Aku terkejut juga sebab Kak Morin telefon bawa keluar. Keluar membuat pemantauan k. Ada beberapa pemantauan yang aku ikut serta.

Ohya lupa untuk perkenalkan sedikit tugas Kak Morin. Dia bertugas di Unit Alam Sekitar di mana hanya dia seorang sahaja yang bertugas dalam unit ini. Kadangkala, ia dibantu oleh Kak Fenny. Kak Fenny bertugas di Unit Kawalan Haiwan. Dua2 unit ni adalah di bawah Bahagian Kesihatan Umum.

Tugas Kak Morin agak senang sikit. Dia bertugas untuk menyiasat apa2 aduan yang dikirimkan ke laman khas untuk tindakan Bahagian Kesihatan. Maaf, aku lupa nama sistem tu. Setiap hari laman tu perlu disemak dan urus mana2 aduan yang diterima.

Untuk pemantauan yang pertama, kami berdua ke sebuah taman perumahan dekat Pekan Menggatal, menyiasat aduan mengenai pemeliharaan ayam di taman tersebut.

Pengadu mahu berjumpa sendiri dengan kami dan membawa ke lokasi berkaitan. Tetapi yang peliknya, dia tidak ikut bersama2 kami masa menyiasat dari rumah ke rumah tu. Ketuk2, tanya orang rumah kalau ada pelihara ayam atau tahu siapa yang pelihara ayam di belakang rumah.

Mengikut peraturan sedia ada, penghuni sebuah taman perumahan TIDAK dibenarkan memelihara haiwan ternakan seperti ayam, itik, angsa, kambing atau lembu. Lebih2 lagi, babi. Namun, ada pengecualian bagi ayam di mana bilangan ayam yang dipelihara tidak melebihi 10 ekor, dan mempunyai reban khas yang sentiasa dijaga bersih. Di bawah reban tu mesti ada kertas surat khabar atau apa2 pembalut yang bersesuaian supaya najis ayam mudah diuruskan.

Itik dan angsa pula adalah dilarang sebab haiwan ni berbunyi lagi bising dari ayam. Kambing dan lembu pula, faham2 jelah ya kenapa tak boleh. Ehe..

Jika ada aduan, barulah penyiasatan dijalankan. Seperti biasa, amaran awal (notis) dikeluarkan selepas yang di adu (pesalah) dimaklumkan.

Berbalik ke situasi kami tadi, setelah bersusah payah mengesan siapa sebenarnya pemelihara ayam tu, akhirnya kami berjaya juga. Bila kami masuk dan terus ke belakang rumah, memang ada beberapa reban ayam dibuat. Memang banyak ayam pakcik ni. Dalam 20 ekor gitu. Ada arnab lagi jalan2 sana. Tapi ni arnab jiran la. Kawasan tu jadi berbau sebab reban tu dibuat atas longkang belakang rumah menyebabkan ianya sukar untuk dibersihkan. Sumbat.

Bila jumpa, Kak Morin terus tangkap gambar sebagai bukti.

Pakcik seterusnya diberi amaran awal dan diharap tidak mengulanginya lagi. Selesai yang itu, Kak Morin telefon balik pengadu (Kapitan Cina di kawasan berkenaan) untuk memaklumkan apa yang dah berlaku.

Balik nanti, satu surat (notis makluman) akan dikeluarkan kepada setiap rumah yang tidak berpenghuni masa kami datang.

Sepanjang minggu ni, ada 4 juga trip yang aku ikut. Semuanya dengan Kak Morin. 3 dari trip tu pasal penternakan (aduan) dan satu lagi pasal penggredan tandas restoran2 makanan.

Aku nak cerita banyak pasal penggredan tandas tu tapi aku lupa apa2 kriteria pemarkahan (penilaian) yang digunakan. Tak sempat ambil borang tu. Uhu..

Masa membuat penggredan ni, lesen perniagaan hendaklah dikeluarkan untuk disemak. Aku berpeluang untuk merekod sendiri maklumat2 restoran tu kecuali markah sebab tu Kak Morin yang bagi.

Umumnya, ada 6 gred yang diberi mengikut tahap kualiti (standard) sesebuah tandas. Dari gred 'tiada bintang', 'satu bintang' hinggalah ke 'lima bintang'.

Setakat ni, tiada lagi tandas2 yang dapat lima bintang. Ohya, penilaian ni hanya untuk restoran yang menyediakan makanan di sekitar KK. Tandas2 di Hotel2, Motel2, tempat penginapan atau tempat yang lainnya adalah tidak termasuk.

Dari pemantauan yang kami buat tu, hanya satu tandas dapat 'tiga bintang', tiga 'satu bintang', dan lainnya 'tiada bintang'.

Restoran yang dapat 'tiga bintang' tu ada di Taman Austral, sekitar Zon Nountun.

Penggredan tandas ni tiada kaitan dengan penggredan (A, B, & C) sesebuah restoran secara am. Maksudnya, kalau restoran tu dapat Gred B untuk penilaian am tapi dapat gred 'tiada bintang' untuk tandasnya, ianya tidak menjatuhkan Gred B restoran tu.

Terpulang kepada pengguna untuk membuat pilihan yang bijak.

LI: Minggu Ketujuh

06 Julai - 10 Julai 2009

Sepanjang minggu ni, cuma ada tiga perkara utama yang berlaku. Pertama, Pn. Rosna maklumkan (06 Julai) kepada kami akan kehadiran seorang pensyarah pelawat 07 Julai nanti. Masa Pn. Rosna cakap tu, aku masih belum sampai pejabat lagi. Faham2 jelah.. Trafik sesak. Muaha3.

Tunggu punya tunggu selasa tu, tiada juga pensyarah tu sampai. Rabu, barulah dia datang. Masa dia datang tu, aku tengah ikut mesyuarat mingguan Bahagian Kesihatan Umum. Ni la mesyuarat paling lama dan 'tegang' aku rasa. Kertas minit mesyuaratnya adalah setebal tiga helai dan menggunakan muka depan dan belakang.

Cik Audrey, pensyarah 'muda' dari program Sains Marin datang menziarahi kami. Hari tu, kami semua berkumpul sekali. Yun yang ada tugasan di luar ditangguh sementara sehingga habis pertemuan dengan pensyarah tersebut. Cik Audrey pada mulanya berjumpa dengan Penyelia kami dahulu. Agak lama juga perbincangan mereka. Setelah selesai, barulah cik Audrey berjumpa dengan kami. Adalah dalam kurang 30 minit gitu. Mula2, dia tanya pasal keadaan kami sana, apa perkembangan, aktiviti, pengalaman, dan komen kami sepanjang menjalani LI di sini.

Aku tahu soalan2nya yang begini membawa pengaruh kepada markah yang akan diberi. Secara tidak langsung, kerjasama dan toleransi (tiada dominasi) semasa menceritakan pandangan masing2 adalah penting. Semua orang perlu diberi peluang untuk bercakap dan sebaiknya mulakan bercakap bila orang sudah habis bercakap.

Komen aku masa tu, memang lain sikit dari kebiasaan. Aku komen pasal 'komunikasi' antara penyelaras LI di Sekolah kepada DBKK (amnya). Sebabnya, masa kami berempat datang melapor diri mula2 dulu, nama aku, Dawn dan Yunani dikatakan menarik diri untuk mengikuti LI di DBKK. DBKK (JPSM) menyangka, hanya Tracy ja yang tidak tarik diri. Walhal, Khairul seorang yang sebenarnya menarik diri. Suspen juga kami masa tu. Uhu..

Komen yang lain, mengenai laporan LI yang dibuat secara detail hanya setakat minggu yang ke-7 sahaja. Tiga minggu yang lain, hanya ditulis secara ringkas di dalam borang. Aku kurang puas hati sebab laporan yang dibuat itu tidak menyeluruh. Secara ringkas, kalau banyak perkara yang ingin dikongsikan dalam tiga minggu yang terakhir itu, sayanglah tidak dapat dimuatkan di dalam laporan.

Seusai bab yang itu, kami bertukar topik. Cik Audrey kemudiannya berkongsikan sedikit mengenai pengalamannya. Beliau memberitahu yang inilah kali pertama beliau membuat lawatan untuk pelajar LI. Perkara lain, beliau berkongsikan mengenai hal dunia kerja. Lagi, sempat juga beliau menanyakan mengenai perancangan masa depan kami setelah tamat LI di DBKK.

Di sebelah petang (rabu), En. Yaman kemudiannya mengajak aku untuk keluar membuat pemantauan semula di sebuah Restoran di Sadong Jaya (dekat Bangunan KWSP / Sembulan). Restoran ini mendapat markah penilaian yang rendah (bawah 40%) selasa lalu. Hal ini ada dibangkitkan dalam mesyuarat pagi tadi dan Tuan Danny mahu semua restoran sekurang2nya mencapai 60% dan ke atas markah penilaian.

Kalau restoran tu dapat markah bawah 60% lagi, restoran tersebut akan diarahkan tutup serta merta. Bila kami datang, dan setelah lama meneliti dan mendengar balik penjelasan bos premis, restoran tu dapat 63%.

Sepanjang minggu ni, aku selalu tertinggal oleh IK2 sebab diorang pun sibuk juga keluar ke sana ke mari. Jadi, aku mengambil inisiatif untuk mencari sendiri bahan bacaan mengenai skop tugas mereka. Cara mudah, aku cari di internet dan muat turun peraturan2 atau akta2 yang berkenaan. Antaranya, Akta Makanan 1983, Akta Pencegahan dan Kawalan Penyakit Berjangkit 1988, Akta Kemudahan dan Perkhidmatan Jagaan Kesihatan Swasta 1998 (Akta 586), Undang2 Kecil Perlesenan Anjing, dan Undang2 Kecil bagi daerah Kota Kinabalu. Undang2 tersebut boleh dilihat di Sabah LawNet (lihat menu di atas sekali).

Kerja aku yang lain, bantu rakan2 siapkan tugas mereka sikit2, proses kad pengendali makanan, dan sambung buat laporan penuh LI tu.

Sunday, August 02, 2009

LI: Minggu Keenam

29 Jun - 03 Julai 2009

Minggu ni, aku masih ditempatkan di Bahagian Pengutipan Sampah dan Pembersihan Bandar. Tapi, minggu ni juga aku berpindah ke bahagian kedua terakhir dalam jadual aku, Bahagian Kesihatan Umum.

29 Jun, aku ikut mesyuarat bahagian pengutipan. Tapi sekejap ja sebab untuk memaklumkan yang aku mahu ikut satu trip tambahan lagi untuk pengutipan sampah sebab masa trip yang terakhir tu, kamera ku kehabisan bateri masa merekod video geng2 En. Marcellus. Segala kandungan dalam kad memori tu hilang dan aku tak tahu camna mo dapatkan semula (recover deleted files software).

Trip tambahan pada 30 Jun tu merupakan aktiviti terakhir aku semasa berada di Bahagian Pengutipan.. Memang suatu kenangan yang indah dan berharga..

01 Julai, aku bertukar ke Bahagian Kesihatan Umum. Kami berempat bertukar serentak. Tapi aku bertangguh sebab tak sempat jumpa En. Yaman untuk lapor diri. Tracey dan Yun yang sebelum ini biasanya melapor diri dengan dia. Tiada yang berani jumpa Tuan Danny. Hua2.

Pada 03 Julai, barulah aku dapat berjumpa dengan En. Yaman untuk lapor diri dan bertukar2 cerita. Beliau memberitahu yang dia akan membawa saya hadir sama ke mesyuarat mingguan bahagian selasa depan.

Sepanjang minggu ni tidak banyak tugas baru yang dibuat melainkan menyiapkan laporan akhir LI, membantu rakan2 dan membantu kerja2 pentadbiran. Macam biasa, proses kad pengendali makanan. Ehe..


-Nota-

Bahagian Kesihatan Umum, JKPB DBKK berfungsi secara amnya seperti yang berikut:-

1. Mengawal kebersihan dan kesihatan persekitaran

2. Mengawal kualiti mutu makanan, premis makanan dan premis2 awam


3. Mengawal penyakit2 berjangkit yang dibawa oleh vektor dan binatang peliharaan


Terdapat empat (4) unit utama di dalam bahagian ini iaitu:-

1. Unit Kawalan Vektor dan Haiwan (Utama)

2. Unit Kawalan Mutu Makanan (Utama)


3. Unit Kawalan Alam Sekitar

4. Unit Penguat kuasaan Anti-Litter By-Law

Disamping itu, satu unit kecil juga wujud di Bahagian ini iaitu Unit Pentadbiran. Gambarajah di bawah menunjukkan piagam pelanggan bagi bahagian ini.



Ni belum kemasan terkini (update) punya. Masih dalam proses pembaharuan baru2 ni. Ehe..