Paparan Paling Seksi Sakti | Skrin 1280 x 800 | Browser Mozilla Firefox | OS Ubuntu Linux

FIDE WOMENS WORLD CHESS CHAMPIONSHIP 2017 (TEHRAN)

Monday, August 03, 2009

LI: Minggu Kelapan


13 - 17 Julai 2009

Sepanjang minggu ni, aku ditempatkan di Bahagian Kesihatan Umum. Walaupun pada mulanya aku bercadang untuk ikut menimba pengalaman di semua unit yang ada di bahagian ini, ianya tidak dapat direalisasikan sebab masalah komunikasi. Tambahan pula, bahagian ini memang sentiasa sibuk dan keluar pejabat.

Jadi, aku memang sedikit 'slow' di bahagian ni. Paling banyak relaks sampai kengkawan tegur. Online ja kerja. Tunggu dipanggil baru datang. Hua2.

Adakah sepanjang minggu ni aku dok relaks ja?

O tidak. Ada beberapa kerja luar yang aku ikut serta. Semuanya bersama dengan Kak Morin, mantan senior program Sains Sekitaran. Dia konvo masa tahun 2000. Dia hampir 9 tahun bekerja di JKPB.

Aku terkejut juga sebab Kak Morin telefon bawa keluar. Keluar membuat pemantauan k. Ada beberapa pemantauan yang aku ikut serta.

Ohya lupa untuk perkenalkan sedikit tugas Kak Morin. Dia bertugas di Unit Alam Sekitar di mana hanya dia seorang sahaja yang bertugas dalam unit ini. Kadangkala, ia dibantu oleh Kak Fenny. Kak Fenny bertugas di Unit Kawalan Haiwan. Dua2 unit ni adalah di bawah Bahagian Kesihatan Umum.

Tugas Kak Morin agak senang sikit. Dia bertugas untuk menyiasat apa2 aduan yang dikirimkan ke laman khas untuk tindakan Bahagian Kesihatan. Maaf, aku lupa nama sistem tu. Setiap hari laman tu perlu disemak dan urus mana2 aduan yang diterima.

Untuk pemantauan yang pertama, kami berdua ke sebuah taman perumahan dekat Pekan Menggatal, menyiasat aduan mengenai pemeliharaan ayam di taman tersebut.

Pengadu mahu berjumpa sendiri dengan kami dan membawa ke lokasi berkaitan. Tetapi yang peliknya, dia tidak ikut bersama2 kami masa menyiasat dari rumah ke rumah tu. Ketuk2, tanya orang rumah kalau ada pelihara ayam atau tahu siapa yang pelihara ayam di belakang rumah.

Mengikut peraturan sedia ada, penghuni sebuah taman perumahan TIDAK dibenarkan memelihara haiwan ternakan seperti ayam, itik, angsa, kambing atau lembu. Lebih2 lagi, babi. Namun, ada pengecualian bagi ayam di mana bilangan ayam yang dipelihara tidak melebihi 10 ekor, dan mempunyai reban khas yang sentiasa dijaga bersih. Di bawah reban tu mesti ada kertas surat khabar atau apa2 pembalut yang bersesuaian supaya najis ayam mudah diuruskan.

Itik dan angsa pula adalah dilarang sebab haiwan ni berbunyi lagi bising dari ayam. Kambing dan lembu pula, faham2 jelah ya kenapa tak boleh. Ehe..

Jika ada aduan, barulah penyiasatan dijalankan. Seperti biasa, amaran awal (notis) dikeluarkan selepas yang di adu (pesalah) dimaklumkan.

Berbalik ke situasi kami tadi, setelah bersusah payah mengesan siapa sebenarnya pemelihara ayam tu, akhirnya kami berjaya juga. Bila kami masuk dan terus ke belakang rumah, memang ada beberapa reban ayam dibuat. Memang banyak ayam pakcik ni. Dalam 20 ekor gitu. Ada arnab lagi jalan2 sana. Tapi ni arnab jiran la. Kawasan tu jadi berbau sebab reban tu dibuat atas longkang belakang rumah menyebabkan ianya sukar untuk dibersihkan. Sumbat.

Bila jumpa, Kak Morin terus tangkap gambar sebagai bukti.

Pakcik seterusnya diberi amaran awal dan diharap tidak mengulanginya lagi. Selesai yang itu, Kak Morin telefon balik pengadu (Kapitan Cina di kawasan berkenaan) untuk memaklumkan apa yang dah berlaku.

Balik nanti, satu surat (notis makluman) akan dikeluarkan kepada setiap rumah yang tidak berpenghuni masa kami datang.

Sepanjang minggu ni, ada 4 juga trip yang aku ikut. Semuanya dengan Kak Morin. 3 dari trip tu pasal penternakan (aduan) dan satu lagi pasal penggredan tandas restoran2 makanan.

Aku nak cerita banyak pasal penggredan tandas tu tapi aku lupa apa2 kriteria pemarkahan (penilaian) yang digunakan. Tak sempat ambil borang tu. Uhu..

Masa membuat penggredan ni, lesen perniagaan hendaklah dikeluarkan untuk disemak. Aku berpeluang untuk merekod sendiri maklumat2 restoran tu kecuali markah sebab tu Kak Morin yang bagi.

Umumnya, ada 6 gred yang diberi mengikut tahap kualiti (standard) sesebuah tandas. Dari gred 'tiada bintang', 'satu bintang' hinggalah ke 'lima bintang'.

Setakat ni, tiada lagi tandas2 yang dapat lima bintang. Ohya, penilaian ni hanya untuk restoran yang menyediakan makanan di sekitar KK. Tandas2 di Hotel2, Motel2, tempat penginapan atau tempat yang lainnya adalah tidak termasuk.

Dari pemantauan yang kami buat tu, hanya satu tandas dapat 'tiga bintang', tiga 'satu bintang', dan lainnya 'tiada bintang'.

Restoran yang dapat 'tiga bintang' tu ada di Taman Austral, sekitar Zon Nountun.

Penggredan tandas ni tiada kaitan dengan penggredan (A, B, & C) sesebuah restoran secara am. Maksudnya, kalau restoran tu dapat Gred B untuk penilaian am tapi dapat gred 'tiada bintang' untuk tandasnya, ianya tidak menjatuhkan Gred B restoran tu.

Terpulang kepada pengguna untuk membuat pilihan yang bijak.

No comments:

Post a Comment

Saya mengalu-alukan komentar anda semua. Terima Kasih!