Paparan Paling Seksi Sakti | Skrin 1280 x 800 | Browser Mozilla Firefox | OS Ubuntu Linux

FIDE WOMENS WORLD CHESS CHAMPIONSHIP 2017 (TEHRAN)

Sunday, August 09, 2009

LI: Minggu Kesembilan (2)

Aku datang ke bilik Tuan Ben sekitar 8:30 pagi.

Beliau sedang membaca senaskah akhbar. Aku lupa akhbar apa. Oleh kerana pintu telah diketuk, aku tidak sempat 'menarik balik' niat untuk berjumpa dengannya sedang dia membaca akhbar. Risau kalau2 ianya menganggu.

"Selamat pagi Tuan.", aku memulakan sapaan selepas mengetuk pintu dan memunculkan muka di balik cermin biliknya.

"Ya, silakan masuk..", sahut beliau sambil mengemas2 akhbar yang sedang dibacanya.

Aku masuk dan mengambil tempat selepas dipersilakannya.

"Maaf jika saya menganggu tuan.. Saya pelajar praktikal di sini dan sekarang saya lapor diri kepada tuan menggantikan rakan saya sebelum ini, Tracy.."

"Oo, ok.."

Tuan Ben memulakan perbualan dengan bertanyakan banyak perkara kepada aku. Mula2, dia bertanya akan tarikh sebenar aku masuk ke bahagian ini, Bahagian Pelupusan Sampah dan Pendidikan.

Aku kalut sedikit. Sebabnya, aku lambat melapor diri masuk ke bahagian ni. Aku berjumpa dengan beliau hari Khamis, tiga hari selepas tarikh rasmi pertukaran terakhir kami bermula.

:Maaf, alasan dirahsiakan atas sebab2 peribadi: ;p

Kemudian, beliau bertanya akan subjek2 atau pengkhususan yang aku ambil semasa kuliah dahulu..

Uhu3, boleh kira soalan bonus ni tau.. Jujurnya, aku masa tu tidak ingat semua kuliah2 yang aku ambil. Aku hanya ingat sikit ja (semester tahun akhir punya.. ;p) dan aku hanya bagitahu beberapa kuliah yang berkait rapat dengan fungsi2 JKPB.

Contohnya, kuliah Pengurusan Sisa Pepejal dan Toksik, Pengurusan Sumber Sekitaran, GIS dan beberapa subjek lain.

Subjek seperti Hubungan Etnik, TITAS, Asas Keusahawanan dan seumpama dengannya tidaklah pula aku sebut.

Aku kemudiannya faham kenapa beliau tanya awal2 soalan ini. Beliau sebenarnya berusaha untuk menyediakan (secara segera) apa latihan atau tugasan sepanjang berada di bahagian ini, yang bersesuaian dengan subjek yang pernah dipelajari.

Aku kemudian memulakan 'sesi bercerita'. Cerita pasal perkaitan bidang Sains Sekitaran dengan fungsi2 yang dijalankan oleh JKPB amnya, dan bahagian ini khususnya. Agak mudah kali ini sebab bahagian ini berkait dengan isu pelupusan sampah dan isu pendidikan. Sudah tentu alam sekitar menjadi subjeknya.

"Ok, selama kamu menjalani praktikal di sini, apa2 sudah yang kamu pelajari atau mungkin ada sesuatu yang kamu berasa perlu di komen.. pandangan kamu mengenai bahagian2 di jabatan ini .."

Waah, bunyi ini macam soalan pensyarah pelawat yang datang membuat penilaian ke atas kami dua minggu yang lalu.. ehe

*"Banyak benda baru dari sekecil2nya hingga sebesar2nya dapat saya lihat, timba dan pelajari selama berada di tiga bahagian JKPB.

Bermula dari bahagian penjaja (Bahagian Pengurusan Pasar & Peniaga Kecil), saya berpeluang untuk mengetahui bagaimana situasi atau keadaan sebenar aktiviti perniagaan setempat secara kecil2an ini. Tamu, Pasar/Gerai mingguan mahupun harian masing2 menjadi identiti di sesuatu tempat. Di sini, banyak aspek yang boleh difahami akan perkaitannya antara satu dengan lain.

Misalannya, semasa aktiviti Tamu dijalankan, kita boleh mengambil peluang untuk 'berkempen' dengan penduduk yang datang dari serata tempat di Sabah ini akan 'slogan2', misi & objektif, serta harapan kita (selaku Pihak Berkuasa Tempatan) ke atas mereka.

Kita ingin membantu mereka dan dalam masa yang sama kita juga mahukan 'bantuan' (kerjasama) mereka. Mereka (masyarakat) perlu dibantu dengan cara memberikan tunjuk ajar, peluang2, dan pendedahan lain yang bertujuan untuk memenuhi hasrat mereka, dan mencapai cita2 kita (PBT).

Kita tidak mahu dilabel sebagai 'tahu ambil duit sahaja', atau "ambil duit 'tetap', urus masaalah (penduduk) 'lembap' ".

Di bahagian pengutipan pula, (Bahagian Pengutipan Sampah & Pembersihan Bandar) saya hanya sempat berpeluang untuk bertugas di Unit Pengutipan. Walau bagaimanapun, fokus yang lebih terarah kepada unit ini menjadikan pengalaman yang dilalui sangat2 berharga.

Antaranya, saya berpeluang untuk menyertai sendiri trip pengutipan sampah. Inilah pertama kali dalam hidup ini, menaiki lori pengutip sampah. Malah, ikut bertugas bersama mereka walaupun kadangkala lebih dilihat sebagai 'wartawan'. Tugas yang amat penting ini - walaupun selalu dipandang rendah oleh mentaliti masyarakat - merupakan kayu ukur akan prestasi PBT.

Aduan (contohnya sampah lama tidak dikutip) yang berlarutan sedikit sebanyak menjejaskan imej PBT.

Kalau (ramai) orang awam 'bertuah' seperti saya dapat ikut masuk ke Kayu Madang, saya yakin kesedaran akan pentingnya agenda 'kitar semula' (Agenda 21, DBKK jika aku nda silap), masaalah sampah dan menjaga alam sekitar akan melonjak naik. Jangan terkejut jika mereka memulakan 'perhimpunan aman' untuk menyedarkan masyarakat.

Di bahagian kesihatan pula (Bahagian Kesihatan Umum), saya lebih terdedah akan 'penyiasatan aduan alam sekitar'. Unit lain seperti Kawalan Mutu Makanan dan Kawalan Vektor kurang mendapat pendedahan di luar. Sebagai ganti, saya banyakkan membaca akan fungsi kedua2 unit ini.

Setiap bahagian ini mempunyai kelemahan masing2. Secara umum, kekurangan tenaga kerja dan yang mahir terutamanya di bahagian kesihatan. Saya selalu mendengar dari kakitangan di bahagian itu mengenai kerja mereka yang terlalu banyak tetapi orang kurang (lihat contoh isu anjing liar di kampus UMS).

Kalau di bahagian penjaja pula, saya fikir masaalah pengangkutan staf untuk keluar bertugas. Bahagian ini hanya mempunyai sebuah Van yang digunakan sehari2 untuk keluar memantau Tamu, Pasar2 dan Gerai2. Kalau 'N/A' (not available), macam manalah?

Kalau di bahagian pengutipan pula, saya fikir sistem yang mereka guna pakai sekarang memang baik. Keberkesanannya tinggi. Bahagian ini mempunyai PRA yang ramai. Cuma mungkin, saya fikir bahagian ini ada kekurangan sesuatu. Adakah fungsi bahagian ini berterusan MENGUTIP sampah sahaja? Kutip dan buang. Begitu sahaja?

Sebab itu lah bila tuan bertanyakan mengenai pandangan terhadap bahagian ini, saya terfikir akan nama bahagian ini, Bahagian Pelupusan Sampah dan Pendidikan.

Pada fikiran saya, skop pendidikan itu agak luas. Tetapi tidak bagi skop pelupusan. Saya rasa, aspek pelupusan wajar digabungkan sekali dengan Bahagian Pengutipan Sampah dan Pembersihan Bandar. Secara mudah (bilang orang Sabah), 'cerita, jalan satu kali'.. Maksudnya, bahagian pengutipan sesuai diberikan peranan untuk menjalankan fungsi2 pelupusan sampah ini. Fikirkan sampah: terhasil -> dikutip -> dilupus.

Bahagian pendidikan boleh mengambil alih gerak kerja Agenda 21 yang kini (seingat aku) di bawah Jabatan Koordinasi dan Penyelidikan, DBKK.."

Aku berhenti 'membebel' setelah melihat Tuan Ben mengeluarkan kertas dan menulis2 sesuatu diatasnya...

(Bersambung...)

*Kelolaan semula. Namun, maksud asal isi kandungan tidak berubah.. ;>

No comments:

Post a Comment

Saya mengalu-alukan komentar anda semua. Terima Kasih!