Paparan Paling Seksi Sakti | Skrin 1280 x 800 | Browser Mozilla Firefox | OS Ubuntu Linux

FIDE WOMENS WORLD CHESS CHAMPIONSHIP 2017 (TEHRAN)

Monday, August 03, 2009

LI: Minggu Ketujuh

06 Julai - 10 Julai 2009

Sepanjang minggu ni, cuma ada tiga perkara utama yang berlaku. Pertama, Pn. Rosna maklumkan (06 Julai) kepada kami akan kehadiran seorang pensyarah pelawat 07 Julai nanti. Masa Pn. Rosna cakap tu, aku masih belum sampai pejabat lagi. Faham2 jelah.. Trafik sesak. Muaha3.

Tunggu punya tunggu selasa tu, tiada juga pensyarah tu sampai. Rabu, barulah dia datang. Masa dia datang tu, aku tengah ikut mesyuarat mingguan Bahagian Kesihatan Umum. Ni la mesyuarat paling lama dan 'tegang' aku rasa. Kertas minit mesyuaratnya adalah setebal tiga helai dan menggunakan muka depan dan belakang.

Cik Audrey, pensyarah 'muda' dari program Sains Marin datang menziarahi kami. Hari tu, kami semua berkumpul sekali. Yun yang ada tugasan di luar ditangguh sementara sehingga habis pertemuan dengan pensyarah tersebut. Cik Audrey pada mulanya berjumpa dengan Penyelia kami dahulu. Agak lama juga perbincangan mereka. Setelah selesai, barulah cik Audrey berjumpa dengan kami. Adalah dalam kurang 30 minit gitu. Mula2, dia tanya pasal keadaan kami sana, apa perkembangan, aktiviti, pengalaman, dan komen kami sepanjang menjalani LI di sini.

Aku tahu soalan2nya yang begini membawa pengaruh kepada markah yang akan diberi. Secara tidak langsung, kerjasama dan toleransi (tiada dominasi) semasa menceritakan pandangan masing2 adalah penting. Semua orang perlu diberi peluang untuk bercakap dan sebaiknya mulakan bercakap bila orang sudah habis bercakap.

Komen aku masa tu, memang lain sikit dari kebiasaan. Aku komen pasal 'komunikasi' antara penyelaras LI di Sekolah kepada DBKK (amnya). Sebabnya, masa kami berempat datang melapor diri mula2 dulu, nama aku, Dawn dan Yunani dikatakan menarik diri untuk mengikuti LI di DBKK. DBKK (JPSM) menyangka, hanya Tracy ja yang tidak tarik diri. Walhal, Khairul seorang yang sebenarnya menarik diri. Suspen juga kami masa tu. Uhu..

Komen yang lain, mengenai laporan LI yang dibuat secara detail hanya setakat minggu yang ke-7 sahaja. Tiga minggu yang lain, hanya ditulis secara ringkas di dalam borang. Aku kurang puas hati sebab laporan yang dibuat itu tidak menyeluruh. Secara ringkas, kalau banyak perkara yang ingin dikongsikan dalam tiga minggu yang terakhir itu, sayanglah tidak dapat dimuatkan di dalam laporan.

Seusai bab yang itu, kami bertukar topik. Cik Audrey kemudiannya berkongsikan sedikit mengenai pengalamannya. Beliau memberitahu yang inilah kali pertama beliau membuat lawatan untuk pelajar LI. Perkara lain, beliau berkongsikan mengenai hal dunia kerja. Lagi, sempat juga beliau menanyakan mengenai perancangan masa depan kami setelah tamat LI di DBKK.

Di sebelah petang (rabu), En. Yaman kemudiannya mengajak aku untuk keluar membuat pemantauan semula di sebuah Restoran di Sadong Jaya (dekat Bangunan KWSP / Sembulan). Restoran ini mendapat markah penilaian yang rendah (bawah 40%) selasa lalu. Hal ini ada dibangkitkan dalam mesyuarat pagi tadi dan Tuan Danny mahu semua restoran sekurang2nya mencapai 60% dan ke atas markah penilaian.

Kalau restoran tu dapat markah bawah 60% lagi, restoran tersebut akan diarahkan tutup serta merta. Bila kami datang, dan setelah lama meneliti dan mendengar balik penjelasan bos premis, restoran tu dapat 63%.

Sepanjang minggu ni, aku selalu tertinggal oleh IK2 sebab diorang pun sibuk juga keluar ke sana ke mari. Jadi, aku mengambil inisiatif untuk mencari sendiri bahan bacaan mengenai skop tugas mereka. Cara mudah, aku cari di internet dan muat turun peraturan2 atau akta2 yang berkenaan. Antaranya, Akta Makanan 1983, Akta Pencegahan dan Kawalan Penyakit Berjangkit 1988, Akta Kemudahan dan Perkhidmatan Jagaan Kesihatan Swasta 1998 (Akta 586), Undang2 Kecil Perlesenan Anjing, dan Undang2 Kecil bagi daerah Kota Kinabalu. Undang2 tersebut boleh dilihat di Sabah LawNet (lihat menu di atas sekali).

Kerja aku yang lain, bantu rakan2 siapkan tugas mereka sikit2, proses kad pengendali makanan, dan sambung buat laporan penuh LI tu.

No comments:

Post a Comment

Saya mengalu-alukan komentar anda semua. Terima Kasih!