Paparan Paling Seksi Sakti | Skrin 1280 x 800 | Browser Mozilla Firefox | OS Ubuntu Linux

FIDE WOMENS WORLD CHESS CHAMPIONSHIP 2017 (TEHRAN)

Friday, November 06, 2009

Konvokesyenku: Sebelum, Semasa & Selepas (ii)

III

2. Masa konvo bakal menjelang, saya sedikit kalut bila memikirkan macam mana mahu mengucapkan selamat berkonvokesyen dan setinggi-tinggi tahniah buat semua rakan2 yang berkonvokesyen.

Ada yang konvo awal, ada yang lewat sedikit, dan ramai yang sama2 berkonvokesyen. Ucap bukan sekadar ucap, malah ada yang 'bermanja2' supaya dihadiahkan Teddy Bear sebesar dirinya lagi kalau boleh..! Adei, sedikit 'menyeramkan'. xD

Di Facebook, ada gifts yang berkait dengan ucapan selamat graduasi. Ada gambar bunga, ada gambar teddy bear. Saya pun ikut menghantar gifts tu pada semua yang sempat dihantar (sebab kadang2 lupa). Selalunya, saya kirim pada orang yang ada mengirim gifts tu.


3. Masa konvo, rakan2 satu program sahaja hampir 100 orang. Yang dapat kepujian Kelas Pertama, seorang ja. Belum campur kenalan dari program lain. Masa konvo memang kalut. Tak sempat bersua dan mengucapkan tahniah secara berdepan. Lebih2 lagi bila majoriti rakan2 bersama keluarga. Tambah memburukkan keadaan, talian telefon tidak berfungsi dengan baik. Mungkin masalah trafik dan terlalu sibuk. Bayangkan berapa ribu orang pada tempat yang sama menggunakan telefon bimbit.

Ini cukup menyedihkan saya masa tu sebab tidak dapat berkomunikasi dengan baik dengan rakan2 untuk berjumpa, bergambar bersama2 dan yang paling penting, mengucapkan tahniah dan menzahirkan rasa gembira atas kejayaan mereka. Tambah sedih bila saya tidak mampu untuk memberi sebarang hadiah walaupun setangkai bunga kertas.


IV

1. Saya tidak sempat menghadiri majlis raptai konvokesyen walaupun berada di tempat yang sama sebab masih mengurus pendaftaran dan pengambilan jubah. Tambahan pula, saya lewat sampai ke Dewan Canselor.

Saya tidak berapa kisah pasal susun-atur majlis. Yang saya bimbangkan, tatacara pemakaian jubah. Bila sampai ke rumah Fendi, baru kami mencuba2 memakai jubah (terima kasih Fendi. Nanti aku muat-naik gambar2 kita tu, hua2). Fendi ada masuk ikut raptai. Dia lah (+ Alvin) yang tunjuk macam mana pakai jubah, hud dan topi. Yang rumit ialah hud. Perlu pakai pin yang banyak supaya lebih kemas.

Sebelum menerima sijil di atas pentas, tali di topi diuntaikan di sebelah kiri. Setelah menerima sijil, ianya dipusing ke sebelah kanan pula. Bagi yang memakai tali leher, tali leher akan diunjur keluar sebelum menerima sijil. Setelah menerima, ianya diselit-masukkan semula di bawah unjuran hadapan hud.


2. Saya tahu pasal ni semua lepas selesai sesi fotografi bersama keluarga di studio. Masa bergambar tu barulah nampak pemakaian jubah yang sebenar. Saya terfikir, kenapa pihak UMS tidak melantik sebarang pihak untuk mengurus mengenai kekemasan dari segi 'protokol' pemakaian jubah ini sebelum para graduan berarak masuk ke dalam Dewan Canselor. Saya nampak diri saya tidak kemas semasa menghadap Datuk Naib Canselor menerima sijil.

Tapi saya gembira sebab gambar dan gaya (pose) saya masa bersalam dan mengambil sijil Ijazah dengan Datuk Naib Canselor kelihatan 'neutral'. Saya tidak senyum menghadap para jurugambar untuk bergambar.

Lagi mengembirakan, saya dapat bersalaman dengan Dekan Sekolah, Prof. Dr. Mohd. Harun Abdullah. Sempat saya mengucapkan terima kasih atas dedikasi beliau bersama2 pensyarah dan warga SST yang lain. Kejayaan saya adalah kejayaan mereka juga. Bukan mudah untuk bergraduan 'mengikut masa yang dijadualkan'.

No comments:

Post a Comment

Saya mengalu-alukan komentar anda semua. Terima Kasih!