Paparan Paling Seksi Sakti | Skrin 1280 x 800 | Browser Mozilla Firefox | OS Ubuntu Linux

FIDE WOMENS WORLD CHESS CHAMPIONSHIP 2017 (TEHRAN)

Sunday, December 13, 2009

Anti-Virus anda berfungsi?

Tulisan ini adalah panduan untuk memeriksa sekiranya Anti virus kita berfungsi dengan baik.

Salin kod di bawah di dalam Notepad.

X5O!P%@AP[4\PZX54(P^)7CC)7}$EICAR-STANDARD-ANTIVIRUS-TEST-FILE!$H+H*

Kemudian Save As fakevirus.exe atau eicar.com (kedua-duanya mempunyai fungsi yang sama)

Sekiranya anti-virus anda Updated atau berfungsi, ia akan memberi amaran segera kepada anda dengan arahan tertentu atau terus memadam fail tadi. Bagi mereka menggunakan Avira Anti Virus, seperti saya, PC anda akan berbunyi dan ada arahan untuk anda memadamnya. Jadi Anti virus saya berfungsi.

Kalau tiada detection atau Anti virus anda buat dek, bermakna Anti virus anda tidak updated atau 'tidur'. Mula updated Anti virus anda atau cari Anti virus baru.

Fail eicar.com diwujudkan untuk keselamatan. Ia bukan virus. Ia adalah satu ujian standard yang dibangunkan oleh Penyelidikan Anti Virus Komputer untuk Insitut Eropah (EICAR). Semua produk Anti-virus diprogram untuk mengesan fail ini supaya kelihatan seperti virus sebenar. Kerana itu, anda boleh dengan selamat mengujinya sama ada untuk menentukan Anti virus anda berfungsi, tanpa bimbang ia akan menjangkiti komputer anda.

Sekiranya Anti virus anda 'tidur' dan fail ini tidak dipadam (Delete), anda usah risau, ia tidak akan merosakkan PC anda dan sekiranya mahu memadam fail ini, anda boleh sama ada menggunakan cara manual, drag ke thrash bin atau open task manager (ctrl-alt-delete) dalam satu masa, klik pada bahagian processes (sebelah application kat atas tu) kemudian cari program atas nama tadi (fakevirus.exe), klik sekali (bold) pada program itu dan klik end process kat bawah tu. Klik Ya untuk alihkan dari aktif atau dalam English, yes this should remove it from being active.


MSS: Olahan semula. Kredit untuk aisma00@Syok.Org. Kaspersky Internet Security 2009 berfungsi dengan baik.. =)

No comments:

Post a Comment

Saya mengalu-alukan komentar anda semua. Terima Kasih!