Paparan Paling Seksi Sakti | Skrin 1280 x 800 | Browser Mozilla Firefox | OS Ubuntu Linux

FIDE WOMENS WORLD CHESS CHAMPIONSHIP 2017 (TEHRAN)

Saturday, December 05, 2009

Cadangan rekabentuk Lambang/Logo PASMATS

Kepada semua warga SMATS...

Sekarang saya ingin menghimpunkan seberapa banyak idea (pandangan, cadangan, atau kritikan) mengenai rekabentuk lambang/logo yang bakal diguna pakai untuk PASMATS.

Saya secara peribadi, mencadangkan lencana SMATS yang lama (2000-2008) dengan sedikit ubahsuai digunakan oleh PASMATS. KEBETULAN, lencana SMATS ditukar kepada yang baharu pada tahun 2008.

Di sini saya sertakan lakaran lambang/logo PASMATS menurut input peribadi saya. Ianya diadaptasi 90% dari rekabentuk lencana SMATS beserta maksud/makna lukisan dan warna yang digunakan dalam rekabentuk tersebut. Saya merujuknya dari majalah Memori SMATS, Edisi Ke-5/2004.

Justeru, saya berharap sesiapa yang berkemahiran untuk merekabentuk lakaran ini dengan lebih kemas lagi supaya dapat membantu menghasilkan lambang/logo baharu bagi PASMATS selepas mengambil kira idea dari rakan2 / warga SMATS yang lain.

Di harap juga, agar perkara ini diwar-warkan pada yang berkenaan.

(Klik imej untuk besarkan)


Untuk tujuan imej yang lebih jelas dan juga image editing menggunakan sebarang perisian seperti Adobe Photoshop*, saya sertakan pautan untuk anda muat turun (download) fail tersebut. Sila klik:

Cadangan Logo PASMATS

*Saya ada installer Adobe Photoshop CS3 dan CS8 sama PhotoScape 3.4 tapi nda pandai guna ~_~


Semua maklumbalas (idea) bolehlah dihantar di ruangan komen.

Terima kasih atas perhatian dan kerjasama semua ^_^


Jawatankuasa Penubuhan Persatuan Alumni SMK Agama Tun Said, Kota Belud


Akan datang: Perbincangan mengenai Draf Undang-Undang bagi PASMATS. Sekarang dalam semakan terakhir sebelum masuk ke dalam perbincangan.. :)

No comments:

Post a Comment

Saya mengalu-alukan komentar anda semua. Terima Kasih!