Paparan Paling Seksi Sakti | Skrin 1280 x 800 | Browser Mozilla Firefox | OS Ubuntu Linux

FIDE WOMENS WORLD CHESS CHAMPIONSHIP 2017 (TEHRAN)

Sunday, December 27, 2009

Cetusan Idea: Mari 'mengumpat' (0)

MUKADDIMAH/PENGENALAN


Oh, 'retorik' sungguh tajuk pos kali ini. Mungkin ada di awal2 tadi mula mengerutkan dahi, berdebar2 di hati. Apa kes MSS kali ni? Publisiti murahan kah?

Muahua5! ;D

Pos dengan tajuk ini saya rancang ianya bersiri. Ini himpunan idea2 spontan yang 'selamat' saya panggil semula (recall) diingatan. Sebab tu ada no.0 dalam kurungan (0), dan seterusnya..

Saya sengaja meletak perkataan 'mengumpat' kerana saya fikir ianya suatu bentuk kritikan yang 'cakap2 sahaja'. BENAR, ianya cakap2 sahaja buat masa sekarang. Namun perlu diingat, bukan tugas saya secara mutlak untuk melaksana idea2 tersebut seorang2. Saya berniat untuk 'huha huha' di sini sebab saya ingin berkongsi. Secara mudah, kita berkongsi idea, mencambah ilmu (brain storm dsb), dan terpulang kepada yang berkemampuan dan subjek target untuk berbuat sesuatu mengenainya (mula langkah pertama dan seterusnya..).

Contohnya begini; YAB PM kita mengutarakan idea gagasan 1Malaysia (maklumat lanjut, klik sini). Secara (pemahaman) mudah, ianya ditujukan kepada rakyat (rakyat = subjek target). Buktinya, slogan "Rakyat Didahulukan, Pencapaian Diutamakan". Kemudian, muncul 'soalan2 nakal' yang mempersoalkan penglibatan pemimpin (secara umum) di dalam konsep ini. Mereka mempersoalkan kerana tindak-tanduk pemimpin ini ada yang bercanggah dengan konsep yang mereka sendiri dendangkan di sana sini supaya merealisasi dan menerapkannya dalam amalan seharian (tuju kepada rakyat).

Maka kesimpulan untuk contoh ini ialah, untuk menjayakan idea ini bukanlah tugas mutlak pengkritik tadi. Ianya tugas golongan pemimpin (golongan berkemampuan) bersama2 rakyat (subjek target). Jika pengkritik tadi termasuk sama ada dikelompok pimpinan atau rakyat, maka 'berbuat sesuatu mengenainya' itu tetap jatuh keatasnya.

Baik buruk idea 1Malaysia ini, perlukan penilaian yang kritikal. CUMA, bila seseorang sudah 'berijtihad' mengenai pendirian dan pendekatannya, maka yang lain perlu mengormatinya (jika berbeza pendapat) selagimana ianya tidak ke arah penyelewengan, kerakusan, kebinasaan dan lain2 bahana kejahatan. Hormat, hormat juga. Tegur tetap tegur.

Sampai di sini dahulu, kita jumpa lagi di edisi yang seterusnya.. ;)

Wassalam.

No comments:

Post a Comment

Saya mengalu-alukan komentar anda semua. Terima Kasih!