Paparan Paling Seksi Sakti | Skrin 1280 x 800 | Browser Mozilla Firefox | OS Ubuntu Linux

FIDE WOMENS WORLD CHESS CHAMPIONSHIP 2017 (TEHRAN)

Wednesday, December 30, 2009

Cetusan Idea: Mari 'mengumpat' (1)

U/P: Sila baca edisi no.0 di sini bagi mengelak timbulnya sebarang salah faham. :D

Syukur kerana kita dipertemukan lagi di edisi no.1 bagi koleksi Cetusan Idea: Mari 'mengumpat' ini. Sejauh mana penting atau remehnya isu ini pada penilaian anda, ianya terpulang kepada anda untuk menentukan. Mana yang baik, ambil. Mana yang buruk, sama2 kita perbaiki.

Baiklah, mari kita terus kepada isu2 'terpilih'-spontan tersebut..

Mempersembahkan...

ISU 1: BAS BANDARAYA (KOTA KINABALU CITY BUS) DAN SIARAN RADIO

Bas Bandaraya merupakan salah satu kumpulan pengusaha bas awam di Kota Kinabalu (KK). Masyarakat setempat memanggilnya 'Bas Bandaraya' atau 'City Bus'. Kumpulan pengusaha bas awam di KK yang lain ialah OMO/TUT/PUT (Penampang Union Transport), Mustika Enterprise dan lain2 lagi yang diusahakan oleh golongan Bumiputera.

Bas Bandaraya - jika saya tidak silap - mula beroperasi pada tahun 2007 sehingga sekarang. Pada mulanya, bas ini hanya lalu dari; Pusat Bandaraya (PB) <-> Likas Jalan Baru <-> Yayasan Sabah <-> UMS <-> Sepanggar <-> Politeknik sahaja.

Kemudian pada pertengahan tahun ini, Bas Bandaraya mula beroperasi secara khusus di sekitar laluan PB sahaja bagi mengelakkan kesesakan lalu lintas. Jika ada lebihan bas, barulah bas bandaraya yang lain mengambil penumpang seperti laluan tersebut tadi. Tambahan pula, bilangan bas untuk beroperasi di laluan tersebut sangat diperlukan kerana ianya melibatkan laluan Jalan Lama dan Jalan Baru (pantai).

Bas Bandaraya merupakan model bas awam yang baharu dan moden di sekitar Bandaraya KK. Ianya selesa. Berhawa dingin, fungsi audio yang baik, dan ada tempat pemegang bagi penumpang yang berdiri. Maklumlah, bas baru, ehe.

Saya selalu menaiki bas ini terutamanya bila praktikal pertengahan tahun ini. Malah, saya berpeluang merasa pengalaman ketika operasi bas di laluan Sepanggar berubah laluannya. Semua penumpang yang menuju ke PB akan diturunkan di Terminal Wawasan dan kemudianya menaiki Bas Bandaraya mengikut laluan sektor ke tempat yang dituju. Sebagai contoh, jika ingin ke Pasar Besar, naik Sektor 1. Jika ke Perpustakaan, naik Sektor 2.

Apa yang menarik perhatian saya mengenai bas ini ialah - selain kelebihan yang saya sebut tadi - mereka sentiasa memasang radio dan memutarkan lagu2 buat hiburan penumpang.

Ini hanya dapat dilakukan oleh bas yang fungsi audionya baik. Tentu membosankan jika menaiki bas hanya mendengar deru enjin, angin dan hingar di luar sana. Sekurang2nya, telinga kita dapat disantaikan dengan input tertentu yang mampu menghilangkan rasa penat dan letih berurusan.

Inilah asas kepada cadangan saya, khususnya buat pengusaha Bas Bandaraya dan pengusaha bas yang berkenaan amnya.

Saya mencadangkan, jika pemandu ingin memasang radio atau muzik, maka pilihlah siaran radio setempat dan lagu2 yang santai dan tidak terlalu 'keras'.

Apa yang saya alami selalu, sebahagian besar pengusaha Bas Bandaraya ini memasang siaran radio Hot.fm dan Suria.fm. Ramai yang meminati Suria.fm terutamanya pada waktu pagi kerana ada slot bersama 'Ohto', deejay Suria.fm bagi siaran kawasan KK.

Saya merasa ok jika siaran 'Ohto' itu dipasang. Pada masa yang lain, saya mencadangkan agar pengusaha bas memasang siaran Sabah.fm atau SabahV.fm (V = Variety).


Sumber: SabahBah

Mengapa Sabah.fm atau SabahV.fm?

a. Popular tidak bermakna kualiti penyiaran adalah baik dari sudut dan aspek maklumat yang disampaikan. Popular mungkin kerana 2 3 orang deejay yang petah bercakap, dan medium pengiklanan yang hebat (di sini 'pusat' keuntungan stesen radio). Apa yang saya maksudkan ialah, jenis2 maklumat yang disampaikan, slot2 program rancangan dan 'rasional' (kerelevanan) yang ada pada suatu siaran radio.

b. Abaikan seketika lagu2 yang didendangkan dari corong2 stesen radio tersebut. Itu memang menjadi 'tugas wajib' radio memutarkan lagu2 sebagai publisiti dan daya penarik. Radio tanpa lagu ibarat berseluar tetapi tidak berseluar dalam. Jenis radio bergantung dengan tujuan ia beroperasi. Tidak hairan jika Muzik.fm lebih banyak memutarkan lagu2 dari pelbagai rentak dan slot daripada menyampaikan berita2 terkini.

c. Saya rasa Sabah.fm atau SabahV.fm lebih sesuai disiarkan semasa bas beroperasi. Kedua2 stesen ini padat dengan maklumat2 semasa, berguna, mendidik dan mampu meningkatkan pengetahuan semasa pendengar. Malah bagi yang muslim, stesen ini 'tepat pada masanya' menyiarkan waktu2 solat dan azan, bacaan Al-Quran dan Bicara Agama.

d. Sabah.fm selalu menyiarkan slot peribahasa, drama radio yang bersifat (isu) semasa-setempat, slot bersama 'Pemimpin & Masyarakat' yang menarik, kuiz2 pengetahuan am, iklan yang sedikit, info trafik yang kena tempatnya, lagu2 yang santai dan banyak lagi. SabahV.fm pula memberi peluang menarik perhatian untuk mempelajari antara bahasa2 utama kaum di Sabah.


Kesimpulannya, Sabah.fm dan SabahV.fm lebih sesuai menjadi siaran utama pengusaha bas di sekitar Kota Kinabalu ataupun di luar. Ini memberi peluang kepada penumpang mengetahui isu2 semasa setempat, mendapat input2 yang berguna dan yang lagi penting tidak terlalu 'asyik' dan 'terlalai' bila mendengar siaran2 radio.

Ini seterusnya dapat mempromosikan keunikan dan kelebihan yang ada pada stesen radio negeri.

Apa perlunya kita terlalu disajikan dengan iklan2 yang 'terlalu memujuk', info trafik di tempat orang, kuiz2 yang selalunya dimenangi oleh orang di sana, dan padat dengan lagu hiburan semata2 tanpa mengambil peluang untuk meningkatkan pengetahuan dan pendedahan ilmu maklumat yang lebih bermanfaat kepada semua lapisan pendengar.


Klik sini untuk terus mendengar Sabah.fm Bagus Bah! atau sini untuk Sabah V.fm ;D


MSS LaWLiET
Kudat, Sabah
29 Disember 2009

No comments:

Post a Comment

Saya mengalu-alukan komentar anda semua. Terima Kasih!