Paparan Paling Seksi Sakti | Skrin 1280 x 800 | Browser Mozilla Firefox | OS Ubuntu Linux

FIDE WOMENS WORLD CHESS CHAMPIONSHIP 2017 (TEHRAN)

Monday, December 28, 2009

Petua/Tips: Petua Penjagaan Mata


Petua ni sesuai diamalkan sesiapa sahaja terutama pelajar atau individu yang bekerja dalam bidang berkaitan komputer & internet. Tak kiralah anda seorang programer, pereka laman web, pereka grafik, usahawan internet, penulis blog dan sebagainya. Ataupun saja suka-suka menghabiskan masa berjam-jam di depan komputer misalnya main games, chatting, baca artikel di blog, cari info dan sebagainya.


Justify FullPetua Menjaga Kesihatan Mata


1. Setiap kali mandi atau berwudhu (bagi muslim), pastikan jangan pejamkan mata semasa air melalui mata anda, sebaliknya kelip-kelipkan mata anda beberapa kali, biar air mandian itu mencuci mata anda. Memang mata kita akan terasa pedih sikit. Walaupun tiada kajian saintifik mengenai petua ni, tapi setelah mengamalkannya beberapa lama, alhamdulillah setakat ni mata saya belum rabun lagi biarpun berjam-jam di depan komputer.


2. Untuk menyegarkan mata yang letih atau rasa gatal-gatal akibat sakit mata, ambil beberapa helai daun sirih muda, basuh bersih-bersih. Ramas-ramaskan sampai lumat dan didihkan seketika. Tapis airnya dgn kain bersih ke dalam mangkuk dan biar hingga suam-suam kuku. Lepas tu rendamkan atau jiruskan terus pun boleh, pada mata anda sambil kelip-kelipkan mata berulang kali. Insya Allah mujarab, tapi yang ni leceh sikit sebab sekarang ni susah nak cari daun sirih.


3. Amalkan senaman untuk mata anda. Bukan badan je perlukan senaman, mata pun perlu bersenam juga, caranya:-

a. Pergi ke luar rumah, lihat satu objek berdekatan anda, kemudian beransur-ansur lihat pula objek yg lebih jauh, dan jauh, jauh lagi, sejauh-jauhnya la. Lepas tu balik semula beransur-ansur lihat objek yang berdekatan anda. Ulang proses ini beberapa kali sampai anda naik bosan atau naik menyampah. Dalam proses tadi sekiranya anda ternampak satu objek menarik bolehlah fokuskan sekejap pada objek tu ;>

b. Gerakkan mata anda ke kanan semaksimum mungkin, berhenti sekejap, kemudian ke kiri, berhenti sekejap, seterusnya ke atas, bawah dan tengah (sampai mata 'pening'). Kemudian, lajukan proses ini beransur-ansur.

c. Setelah 1-2 jam di depan komputer, berhenti sekejap, lihatlah objek-objek berwarna hijau di luar rumah anda, seperti pokok-pokok dsb, sesungguhnya warna hijau itu menenangkan & merehatkan mata anda.


4. Amalkan makan makanan yang kaya dgn vitamin A & C seperti susu, sayur (terutama lobak & brokoli) dan buah2an (terutama aprikot & anggur) dan lain2.


5. Elakkan melihat benda-benda yang tak sepatutnya dilihat terutamanya di nternet ni. Macam-macam bahan yang boleh merosakkan mata & minda.


MSS: Kredit -> abdomen_6pax (Disunting oleh abdomen_6pax@syok.org dari permatahijrah.com.my)

No comments:

Post a Comment

Saya mengalu-alukan komentar anda semua. Terima Kasih!