Paparan Paling Seksi Sakti | Skrin 1280 x 800 | Browser Mozilla Firefox | OS Ubuntu Linux

FIDE WOMENS WORLD CHESS CHAMPIONSHIP 2017 (TEHRAN)

Wednesday, December 16, 2009

Program Siswazah Perantis PUNB

Taklimat dan Temuduga awal Program Siswazah Perantis Perbadanan Usahawan Nasional Berhad (PUNB)


Mulakan langkah pertama anda untuk menjadi usahawan melalui Program Siswazah Perantis PUNB. Perantis akan diberi elaun sara diri sebanyak RM800.00 sebulan pada 3 bulan pertama dan RM1000.00 pada bulan ke-4 dan seterusnya sehingga tamat tempoh latihan (6 bulan - 12 bulan) di dalam Program Siswazah Perantis bergantung kepada bidang perniagaan.

Syarat kelayakan:-

1. Graduan Bumiputera berkelulusan Ijazah, Diploma atau mempunyai Sijil Kemahiran (Tahap 2) daripada Institusi Pengajian yang diiktiraf Kerajaan

2. Berumur di bawah 30 tahun

3. Berminat untuk menjadi usahawan dan sedang mencari pekerjaan

PUNB menawarkan peluang kepada perantis yang berminat dan layak untuk memulakan perniagaan dengan modal awal melalui pinjaman sehingga RM50,000.00 selepas tamat tempoh latihan sangkut.

Sila berjumpa kami di taklimat dan temuduga awal terbuka pada:-

1. 16 Disember 2009

a. Pulau Pinang - MPC Kepala Batas, Jalan Bertam
b. Sarawak - Sarawak Industrial & Promotion Exhibition Centre (SIPEC), Jalan P. Ramlee, Kuching


2. 17 Disember 2009

a. Johor - Prime City Hotel, 20, Jalan Bakawali, 86000 Kluang
b. Kuala Lumpur - Dewan PUNB, Tingkat 9, Blok 1B Plaza Sentral, Kuala Lumpur Sentral


3. 22 Disember 2009

a. Sabah - Tang Dynasty Hotel, 1-1 Lorong Wawasan Plaza, Kota Kinabalu


4. 23 Disember 2009

a. Kelantan - Hotel Raudah, Jalan Maju, Kota Bharu


5. 24 Disember 2009

a. Kuala Lumpur - Dewan PUNB, Tingkat 9, Blok 1B Plaza Sentral, Kuala Lumpur Sentral


Pendaftaran: TEPAT 8:30 pagi

Kemasukan: PERCUMA

PENTING, sila bawa:-

1. Salinan sijil kelayakan
2. 2 keping gambar berukuran paspot
3. Salinan Kad Pengenalan
4. Bayaran RM20 akan dikenakan untuk mereka yang menduduki Ujian Kesesuaian Keusahawanan


MSS: Sumber (sila klik):-
1. Jobstreet
2. PUNB

No comments:

Post a Comment

Saya mengalu-alukan komentar anda semua. Terima Kasih!