Paparan Paling Seksi Sakti | Skrin 1280 x 800 | Browser Mozilla Firefox | OS Ubuntu Linux

FIDE WOMENS WORLD CHESS CHAMPIONSHIP 2017 (TEHRAN)

Thursday, December 31, 2009

Terima kasih 2009, Selamat datang 2010!

Tinggal beberapa jam sahaja lagi tahun 2009 Masihi melabuhkan tirainya. Hampir dua minggu yang lalu, tahun 1431 Hijrah mendahului. Masing2 punya maksud, ciri dan sejarah tersendiri. Ketibaan perkiraan tahun yang baru adalah persandaran manusia terhadap konsep waktu dan ruang masa.

Bagi yang mengamalkan penulisan diari, sudah tiba masanya buku baharu disedia. Sudah sampai masa, lembaran akhir kita noktahkan. Begitu juga dengan sesiapa yang mengamalkan 'perekodan' kendiri atau umum. Golongan ini beruntung kerana mereka mampu bermuhasabah dengan catitan pengalaman lalu dengan lebih 'profesional'.

Saya juga tidak ketinggalan untuk mengabadikan peristiwa lalu sebagai pedoman di masa yang mendatang. Tidak semua mampu saya catatkan kerana memori saya tidaklah sebagus memori huffaz dan mereka yang hebat dalam 'memory calling' atau memiliki (gifted) Daya Peringatan Sejenak.

NO.1: Tahun baru 2009 yang lalu dibuka dengan 'tirai merah' dipersada antarabangsa bilamana pihak pengganas rejim Zionis menyerang Palestin. Jika saya tidak silap, sambutan Maal Hijrah juga berhampiran tarikhnya dengan tahun baru Masihi. Dalam urusan kehidupan saya pula, saya 'selamat' melangkah masuk semester ke-6 bagi tempoh pengajian saya di UMS dalam bidang Sains Sekitaran. Sudah tentu antara azam baru yang ingin tercapai di tahun 2009 ini ialah dapat mengharungi semester akhir ini dengan baik dan seterusnya berjaya bergraduan 'mengikut jadualnya'.

Itu jugalah azam saya ketika mula2 melangkah masuk di gerbang pintu UMS untuk menyambung pengajian diperingkat Sarjana Muda. Extend merupakan 'taboo' kepada saya.

NO.2: Kesibukan di tahun akhir pada semester akhir memang sangat2 menguji dan mencabar. Ditengah2 semangat untuk menyelesaikan tugasan akademik sebaik mungkin, saya 'tersangkut' dengan masaalah kewangan. Belanja tesis sahaja mencapai ratusan ringgit (>RM500). Semuanya Sdn. Bhd. Namun, syukur penyelia yang merangkap pengetua kolej kediaman saya memahami dan banyak bertimbang rasa. Walau saya selalu dimarah, kena sound depan rumahnya yang menjadi laluan pelajar perempuan semasa semakan tesis, syukur saya dapat bertahan dengan rungutan emosi yang timbul. Pengalaman, mendewasakan.

NO.3 Ketika diambang peperiksaan akhir semester, saya dikejutkan dengan panggilan emak (mama) memaklumkan yang datuk (sebelah mama) meninggal dunia secara mengejut. Arwah memang pernah sakit tenat sebelum itu tetapi kemudiannya sembuh sedia kala. Arwah sempat bergurau ('bersilat') dengan sepupu (Janggi) saya sebelum keesokkannya arwah tiba2 kesakitan perut. Malam itu juga saya bergegas pulang bersama sepupu (Anang) di KK ke Pitas. Suasana sungguh menghibakan. Saya berusaha 'neutral' menghadapi keadaan. Namun, air mata jantan tetap jatuh juga semasa ikut sama memandikan arwah. Saya mungkin 'terjangkit' oleh sepupu saya (Ono' terutamanya) yang menangis sampai merah mata dan muka. Masakan tidak, Ono' merupakan cucu kesayangan arwah dan majlis perkahwinannya lah (Ogos 2008) yang terakhir dapat arwah bersama. Terima kasih kepada Nadzilah, Helmi, ahli kumpulan pembentangan tugasan Dr. Phua dan rakan2 yang lain kerana memahami keadaan saya. Terima kasih juga buat jiran depan bilik saya, En. Sathissan (Felo Blok F) yang meminjamkan saya duit belanja balik ke kampung.

No.4: Peperiksaan sem. 6 dan penyiapan tesis, cuba dimasukkan dalam situasi 'menang-menang' (win-win situation). Saya merasa lebih yakin dan bersedia (tidak tertekan, stress & lain2) untuk peperiksaan akhir ini tetapi tidak bagi tesis. Menyiapkan tesis betul2 membuatkan tidur malam tidak cukup dan tidak lena. Ketika yang lain sibuk mengulangkaji bagi peperiksaan, saya bertungkus-lumus 'bermain' dengan hampir 100 borang soal-selidik, perisian SPSS, dan menaip. Sungguh meletihkan. Lagi letih dari berjalan ke tempat kajian. Akhirnya, setelah berhempas pulas bersama2 rakan seperjuangan yang lain, kami akhirnya dapat juga menyiapkan dan menghantar tesis kami pada masanya. Fuhh, terasa 'hidup semula'. Maka, sedikit masa untuk enjoy dimanfaatkan sebelum Latihan Industri bermula.. DotA..!

NO.5: 25 Mei, saya, Dawn, Tracey dan Yunani (coursemate) datang melapor diri di JKPB, DBKK untuk memulakan latihan industri atau praktikal. Sungguh bersemangat kami semua. Kami sempat berkenalan Mary Anne, senior dari program Matematik & Ekonomi, SST UMS yang juga sama2 memulakan LI. Cuma dia berpindah ke Jabatan Koordinasi selepas itu. Pengalaman LI ini sangat2 berharga. Dalam blog ini ada saya kongsikan. Melaluinya, saya tambah semangat untuk memajukan diri dan seterusnya 'terjun' ke bidang2 yang rapat secara langsung memberi khidmat kepada masyarakat setempat demi sebuah kemajuan. Terima kasih buat Koordinator, Cik Aishah, Penyelia LI, Puan Rosnah Manjum, Pengarah JKPB dan seluruh warga JKPB, serta rakan2 LI semuanya. Moga bersua lagi dan selamat maju jaya!

NO.6: 12 Oktober yang lalu, saya selamat berkonvokesyen selepas bergembira menyambut hari raya Aidilfitri. Hari Bergraduan merupakan saat paling manis sepanjang menjadi Mahasiswa dan menimba ilmu di alam Universiti. Syukur alhamdulillah, saya dapat menghabiskan pengajian saya tanpa ada sebarang masaalah seperti repeat, gagal, dan extend. Sekarang, saya masuk ke alam baru yang semakin mendekatkan diri kepada alam masyarakat yang menjadi teras kehidupan. Mudah2an dengan azam saya untuk memajukan diri dan berbakti kepada masyarakat ke arah kehidupan yang lebih baik dapat mendekatkan diri saya kepada-Nya, insya Allah.

NO.7: Tahun ini, banyak peristiwa penting jatuh pada hari Jumaat. Ulangtahun Hari Lahir saya yang ke-22 jatuh pada hari Jumaat sekali dengan Hari Raya Aidiladha, Krismas, dan esok Tahun Baru. Sungguh dalam Islam, Jumaat merupakan penghulu segala hari dan pada hari tersebut terkandung banyak2 kelebihan dan mengangkat darjat hari tersebut. Waktu di asrama dahulu, hari jumaat yang ditunggu2 dan senang hati sebab dapat makan sedap2, dan esoknya cuti, ehe. Saya rindukan SMATS.. Kenangan2 di sana banyak mengajar saya pengalaman yang mendewasakan..


Maaf kerana pengalaman2 yang lain tidak dapat saya muatkan di sini. Pendek kata, tahun 2009 menyimpan banyak suka-duka pengalaman hidup yang cukup berharga. Ada juga yang agak peribadi, ehe (;p) Syukur pada-Mu ya Allah kerana mengizinkan ku terus hidup di alam dunia yang sementara ini. Tahun 2009 banyak membawa pengajaran. Moga tahun baru 2010 kita dapat usahakan dan lakukan yang lagi baik dari tahun 2009 ini. Azam mana yang belum tertunai, jangan bersedih. Teruskan berusaha menuju kejayaan. Semoga kita semua berazam agar tahun 2010 yang bakal tiba ini, kita terus menabur bakti, meraih amal2 kebajikan, dan menempah kejayaan demi kesenangan dunia, kebahagiaan di akhirat sana.

Salam Maal Hijrah 1431, Salam Tahun Baru 2010 saya ucapkan kepada semua.

Selamat maju jaya dan teruskan perjuangan..!!!

Alam yang luas dan indah untuk kehidupan, tanda keagungan Maha Pencipta

No comments:

Post a Comment

Saya mengalu-alukan komentar anda semua. Terima Kasih!