Paparan Paling Seksi Sakti | Skrin 1280 x 800 | Browser Mozilla Firefox | OS Ubuntu Linux

FIDE WOMENS WORLD CHESS CHAMPIONSHIP 2017 (TEHRAN)

Friday, December 31, 2010

Penutup Yang Indah [01]

Tirai 2010 bakal dilabuhkan. Tabir 2011 bakal disingkapkan, kurang sejam lagi.

Alhamdulillah, di kala sejumlah besar insan sedang berhimpun dan beramai2 mengira detik untuk menyambut tahun baru yang bakal menjelma dengan pelbagai cara keriangan dan sukaria, aku di sini menyambutnya biasa2 ja. Tapi uniknya, ada dua perkara yang menjadikan sambutan biasa2 itu sesuatu yang bersejarah.

Pertama, mama dan sepupuku [sebelah mama] datang dari KK ke kediaman tumpangku di SK. Pagukon. Pertama kali datang, di kala hari yang sebelumnya kontrakku dijadualkan tamat. Mereka bermalam di sini satu malam dan esok akan balik ke KK. Aku akan ikut serta untuk menjadi jurupandu [bukan pemandu kereta ya, ehe]. Dan aku akan kembali ke SKPT untuk menyambung beberapa hal yang tertunggak.

Kedua, aku dapat menyertai majlis kenduri kesyukuran sempena program berkhatan [bersunat, budak lelaki] beramai2 yang bermula Maghrib tadi. Program berkhatan tu lebih kurang dua minggu yang lalu. Dalam majlis ni juga ada bacaan doa selamat, kesyukuran dan arwah. Jam 9 malam lebih barulah aku kembali ke rumah.

Seperti biasa, aku akan lewat tidur malam ini.

Mesti ramai yang sudah mempersiapkan azam dan semangat sempena tahun baru 2011.

Aku berdoa moga kita semua mendapat hidayah dan petunjuk yang berterusan dari Yang Maha Esa. Semoga perjalanan hidup kita terus diberkati dan mendapat rahmat.

Selamat Maju Jaya kepada semua bagi niat dan usaha yang baik lagi murni.

Meminjam kata2 seorang rakanku di SMATS dahulu, "Apa yang penting dalam hidup ialah jangan gagal dalam hidup. Kalau gagal dalam peperiksaan ok lagi, ehe3.."

Selamat Tahun Baru 2011! ;D

Thursday, December 30, 2010

ESOK Cuti Umum!

Alhamdulillah, ini pengumuman yang menggembirakan. Ini contoh penghargaan buat para pemain dan penyokong Harimau Malaysia yang baharu sahaja bergelar Johan dan Juara buat pertama kali dalam sejarah 14 tahun kejohanan Piala Suzuki AFF yang dahulunya dikenali sebagai Piala Tiger.

Pengumuman cuti umum ini dibuat oleh YAB PM DS Najib Tun Abdul Razak lewat semalam, sebaik sahaja "pesta" meraikan kemenangan bermula.

Bila esok cuti umum, maka hari ini adalah hari terakhir aku bergelar Fasilitator SchoolNet. Ini hari terakhir aku memegang jawatan dan amanah ini di SK. Paguokon, Tenom.

Perasaanku, bercampur-baur. Ada gembira, ada juga hiba. Sedih, adalah juga sikit sebab lepas ni akan bergelandangan lagi mencari pekerjaan dan seterusnya membina kerjaya semula.

Tirai 2010 bakal diturunkan. Tabir 2011, bakal disingkapkan...


Nota: Malaysia Cuti Umum esok, 31.12.2010. Baca sini.

Ciri-ciri fahaman Wahabi

Assalamualaikum Warahmatullah.

PENGENALAN

Fahaman Wahabi ini terlalu kerap ditimbulkan oleh pelbagai pihak samaada dari golongan muda ataupun golongan tua. Sejak sekian lama juga saya sering kali ditanyakan isu-isu berkaitan fahaman Wahabi. Pelbagai persoalan diajukan kepada saya samada melalui Email dan YM ataupun melalui PM di iLuvislam. Di antara mereka ini ada yang meminta saya untuk menyediakan sedikit sebanyak info dan maklumat berkaitan dengan fahaman Wahabi ini. Di samping itu, saya juga tidak terlepas dari menerima kritikan dan cemuhan dari golongan Wahabi setiap kali saya berhujjah dan berbincang dengan mereka.

Di sini saya cuba memberikan beberapa maklumat untuk dijadikan panduan untuk sahabat-sahabat semua bagi mengenali fahaman Wahabi. Tujuan utama saya menulis dan menyediakan artikel ini bukanlah bertujuan untuk mencari gaduh dengan golongan Wahabi akan tetapi penyediaan artikel ini adalah perbincangan yang sempat ditulis semula. Artikel ini juga saya sediakan secara ringkas dan ia masih memerlukan beberapa penerangan dan penjelasan lebih lanjut lagi. Ini bukanlah suatu tuduhan melulu tanpa periksa namun inilah cerita sebenarnya. Bagi mengukuhkan lagi kepercayaan peribadi, pembaca bolehlah menyemak sendiri kitab-kitab yang telah dikarang oleh para ulama muktabar bagi membincangkan fahaman Wahabi ini.

Antara cara-cara mudah mengenali mereka samada berfahaman Wahabi ataupun tidak ataupun terkena sedikit tempias dari fahaman Wahabi adalah:

Dari Sudut AQIDAH:
01. Gemar membahagikan-bahagikan tauhid kepada tiga bahagian iaitu Tauhid Rububiyah, Uluhiyah dan al-Asma Wa al-Sifat lantas menyamakan umat Islam kini dengan musyrikin Mekah.

02. Menyesatkan manhaj Asyairah dan Maturidiyah yang merupakan dua komponen utama dalam Ahli Sunnah Wal Jamaah.

03. Kritikal terhadap sisitem pengajian Sifat 20.

04. Gemar membahaskan ayat-ayat mutasyabihat dan membahaskan perihal istiwa Allah Taala, tangan Allah Taala, di mana Allah Taala dan lain-lain ayat mutasyabihat lagi lantas memahami ayat-ayat itu dengan zahir ayat dan mencerca mereka yang mantakwil ayat-ayat ini. Akhirnya mereka secara tidak sedar termasuk di dalam golongan Mujassimah dan Musyabbihat.

05. Sering meletakkan isu-isu fiqh dalam bab aqidah, seperti tawasul dan istighatsah lantas mensyirikkan dan mengkafirkan amalan-amalan yang tidak sehaluan dengan mereka. Juga mensyirikkan amalan yang tidak dipersetujui contohnya mambaca salawat syifa dan tafrijiah dll.

06. Mudah melafazkan kalimah syirik dan kufur terhadap amalan yang mereka tidak persetujui (Khawarij Moden).

07. Amat kritikal terhadap tasawuf serta tarikat dan mengatakan bahawa tasawuf dan tarikat diambil daripada ajaran falsafah Yunan, agama Buddha dan dll.

Dari Sudut FIQH:
01. Kritikal terhadap mazhab-mazhab fiqh dan menganggap sesiapa yang berpegang kepada satu mazhab adalah taksub dan jumud. Mereka akan menyarankan mengikut fiqh campuran atas corak pemahaman mereka dan menamakannya sebagai Fiqh Sunnah.

02. Membahagikan manusia kepada tiga golongan iaitu mujtahid, muttabi dan muqallid dan mencerca golongan muqallid. Bagi mereka hanya menyeru kepada mengikut seorang alim atau imam itu hanyalah dengan dalil walaupun pada hakikatnya mereka tidak memahami dalil tersebut.

03. Gemar membangkitkan isu-isu furuk yang sudah lama diperbahaskan oleh para ulama terdahulu seperti isu tahlil, talqin, qunut subuh, zikir berjamaah, zikir dengan bilangan tertentu, lafaz niat solat, ziarah makam para nabi dan ulama, sambutan maulidur rasul dll.

04. Perkataan bidaah sentiasa diulang-ulang pada perbuatan yang mereka tidak setuju. Bidaah di dalam agama bagi mereka hanyalah sesat dan akan menjerumuskan pembuatnya ke dalam neraka. Kata-kata Imam Syatibi pada pembahagian bidaah akan mereka ulang-ulangi. Menurut fahaman mereka pembahagian ulama lain pada bidaah hanyalah bidaah dari sudut bahasa.

05. Wahabi secara umumnya mengaitkan amalan-amalan tertentu kononnya sebagai rekaan dengan hawa nafsu atau kejahilan para ulama terdahulu manakala Wahabi di Malaysia cuba mengaitkan amalan yang mereka tidak persetujui hanyalah rekaan para ulama Nusantara.

06. Hanya berpegang kepada suatu pendapat dalam hukum hakam fiqh jika mempunyai dalil yang zahir dan amat gemar meminta dalil dari al-Quran dan al-Hadis seolah-olah mereka dapat membuat perbandingan sendiri kuat lemahnya sesuatu pendapat berdasarka dalil yang dijumpai.

Dari Sudut MANHAJ:
01. Berlebih-lebihan pada mengkritik mereka yang tidak sehaluan dengan mereka baik ulama terdahulu mahupun sekarang.

02. Menganggap bahawa hanya mereka sahajalah yang benar dan merekalah sahajalah pembawa manhaj salaf yang sebenar.

03. Bersikap keras kepala dan enggan menerima kebenaran walaupun dibentangkan beribu-ribu hujjah. Bagi golongan Wahabi dalil mereka yang menentang mereka semuanya lemah atau telah dijawab.

04. Amat gemar berdebat walau di kalangan masyarakat awam.

05. Terlalu fanatik kepada fahaman dan tokoh-tokoh yang mereka diiktiraf mereka seperti Muhammad Abdul Wahab, Abdul Aziz bin Baz, Nasir al-Albani, Muhammad Soleh al-Utsaimin, Soleh Fauzan dll.

06. Mudah mengatakan bahawa ulama terdahulu sebagai silap ataupun sesat dll.

07. Mendakwa mereka mengikut manhaj salafi pada urusan aqidah dan fiqh walaupun hakikatnya mereka amat jauh sekali dan tidak memahaminya.

08. Cuba untuk menyatukan semua pihak atas fahaman mereka lantas menyebabkan perpecahan umat.

09. Sebahagian mereka juga bersikap lemah lembut pada kuffar dan berkeras pada umat Islam.

10. Menyesatkan dan memfasiqkan sesiapa yang bercanggah dengan mereka serta melebelkan dengan pelbagai gelaran.

11. Seolah-olah menyamatarafkan hadis dhoif dengan hadis maudhuk lantas mendakwa mereka hanya mengikut hadis yang sahih selain kritikal terhadap penerimaan riwayat dan taasub dengan penerimaan atau penolakan Nasir al-Albani semata-mata.

12. Membuat khianat ilmiah samada pada penulisan atau pada pantahqiqan kitab-kitab lama terutamanya.

PENUTUP

Hampir keseluruhan artikel ini saya ambil dari kertas kerja yang pernah disediakan dan dibentang sendiri oleh sahabat saya iaitu Ustaz Syed Abdul Kadir bin Syed Hussin Aljoofre. Cuma beberapa perkara sahaja saya buang dan tambah agar lebih natural untuk dibaca. Semoga penulisan ini menjawab pelbagai persoalan mengenai fahaman Wahabi ini dan ia boleh membawa manfaat kepada umat Islam sejagat. Saya doakan agar semua pihak mendapat hidayah dari Allah Taala. Aminnn.

‘Memberi dan Berbakti’

Sekian. Wallahualam.

Sumber: klik

Wednesday, December 29, 2010

TAHNIAH Harimau Malaysia!

SYABAS dan TAHNIAH setinggi2nya buat pasukan Harimau Malaysia yang baharu sahaja dinobatkan menjadi JOHAN dalam perlawanan akhir Piala Suzuki AFF edisi 2010. Syabas dan Tahniah juga buat para pengurus dan mereka yang mendoakan kemenangan demi maruah negara.

Tanah Airku Malaysia mencipta sejarah manis sebab tidak pernah menjuarai pertandingan ini. Sebelum ini, hanya bergelar Naib Juara.

Banyak suka-duka sepanjang kempen Piala Suzuki AFF ini. Paling menonjol ialah isu pancaran laser. Tidak ketinggalan, hajat aktress separa lucah Sang Garuda [mungkin ada lagi yang lain] untuk 'melaserkan' pemain Harimau Malaysia dengan lurahan aset berkembarnya. Mudah2an, mereka naik stim. Ini sememangnya hangat lagi memanaskan jiwa raga. Dia berfikir, mungkin dia berada di atas padang untuk memudahkan misinya. Poorahh! XD

Lucu pun terasa juga. Simpati pun ada juga. Sukan sepatutnya menjadi medium pemupuk ikatan persahabatan dan semangat positif. Bukan menjadi medium menelanjangkan maruah diri dan orang lain.

Apapun, bidang sukan Malaysia mempunyai penutup yang memberangsangkan bagi tahun 2010, untuk dibawa ke tahun baru 2011 dua hari lagi. Selamat Maju Jaya diucapkan..

Bab sukan aku pun begitu juga. Setelah kembali aktif dengan badminton, aku dapat rasakan permainanku semakin bertambah mutunya. Itu baru main 2x seminggu. Kalau hari2? ;D

Dalam badminton, falsafahku mudah. Apa yang penting ketika bermain, bulu tangkis masuk dan mendapat mata. Tidak perlu tunggu smash jadi tajam menjunam, libasan backhand jadi padu, dan boroi hilang diperut. Tingkatkan skil dan kuatkan stamina. Pasti berjaya.

Malam ini Harimau Malaysia menjatuhkan Sang Garuda. Petang esok, MSS LaWLiET akan membenam harapan regu yang memasang angan untuk mengambil gelaran selaku Juara Bertahan dan service yang paling banyak mengutip mata dari MSS LaWLiET.

Kompleks Sukan Tenom menanti untuk digegarkan, esok dan lusa ini..! ;D

BLOGWALKING SOFTWARE: NEW VERSION

Ini ada satu perisian [asalnya] untuk memudahkan para Blogger membuat Blogwalking. Blogwalking merupakan aktiviti ziarah dan merayau2 ke blog2 Follower dan rakan2 yang lain. Blogwalking adalah rutin wajib yang mesti didisiplinkan mengikut kadar yang termampu. Jangan pula bila dah popular dan terkenal, hanya tahu buat entri ja 50 kali sehari tapi malas tahap koala untuk blogwalking para Follower dan meninggalkan komen di blog mereka.

Ketika aku blogwalking di laman jiwakacau, aku nampak perisian ini bukan apa yang aku bayangkan. Perisian, semestinya ada pemasangan [installation]. Tapi masa aku ziarah tu, ianya sebuah weblog yang menghimpunkan bloggers yang sudah berdaftar dengan jiwakacau.com.

Apapun, yang menariknya weblog ini memaparkan sehingga lima bloggers dalam satu halaman [page]. Ini bermaksud, kita telah melawat lima weblog dalam satu masa dan menambah nilai trafik mereka. Hebat bukan?

Jadi, bagi yang berminat untuk maklumat lebih lanjut, bolehlah klik banner di sebelah tu ya.. ^^,
 

PROGRAM PENINGKATAN KEMAHIRAN 2011


Pra-Pendaftaran Program Peningkatan Kemahiran 2011-Industri Berasaskan Herba

Monday, January 3, 2011 at 8:30am - Thursday, March 31, 2011 at 11:30am


1) Formulasi Produk Herba - 2 Hari

2) Industri Pemprosesan Herba dan Fitokimia - 2 Hari

3) Cara Penanaman & Penggunaan Tumbuhan Herba - 2 Hari

4) Aromaterapi Untuk Kesejahteraan dan Produktiviti - 2 Hari

5) Formulasi Produk Harian dan Produk Penjagaan Diri - 2 Hari

6) Pengenalan Kepada Pembangunan Produk Penjagaan Kulit - 2 Hari

Pendaftaran dan Pertanyaan, sila hubungi:
UTM International Campus, Kuala Lumpur
T: 03. 2615 4406
F: 03. 2693 7921
E: fadzly@ic.utm.my 

T: 03. 2615 4358
F: 03. 2693 7921
E: nikyati@lojipandu.utm.my

UTM Johor Bahru Campus, Johor
T: 07. 553 6484
F: 07. 554 9293
E: liyana@lojipandu.utm.my

T: 07. 553 6485
F: 07. 554 9293
E: adibah@lojipandu.utm.my

www.cepp.utm.my
www.livingactive.net.my

Living Active Wellness Centre
Chemical Engineering Pilot Plant (CEPP)
Universiti Teknologi Malaysia (UTM)

Kredit: Ita Z.
Ruj: [FB EVENT]

KENAPA TIADA RUANG SEMBANG?

Ruang Sembang atau ChatBox merupakan antara gadget terpenting dalam suatu blog.

Ya, inilah yang aku baca ketika merentasi blog2 oldtai dalam dunia blog, lama dahulu.

Tidak dapat dinafikan, ChatBox sudah menghuni weblog aku selama tiga tahun lebih. Banyak jasa dan kenangan ChatBox terhadap perkembangan msslawliet.blogspot.com. ChatBox pilihanku ialah ShoutMix.

Cuma ketika ada 'rombakan' kabinet besar2an terhadap weblog aku dari msslawliet.blogspot.com ke www.samizul.net, aku membuang dan tidak lagi menggunakan beberapa gadget yang aku fikir tidak diperlukan sangat lagi. Antaranya, ChatBox dan sistem komen Blogger/Blogspot.

Baru2 ni, aku ada ditanya oleh seorang pengunjung pasal ketiadaan ChatBox di weblog ini.

Kredit: www.samizul.net


Hah, kamu boleh nampak apa jawapan ringkasku pasal ni. Terima kasih buat sdra Haw atas pertanyaan tu ya. Tanpa pertanyaan ni, tidaklah aku terawal menulis pasal ChatBox ni, muahua3. XD

Sistem komen yang aku pakai di weblog ini ialah Intense Debate [ID]. Antara pesaing DisQus. ID lebih kepada platform Wordpress dan sememangnya keunggulan platform ini dalam bab plugin memang payah mahu disangkal, ehe. Cuma aku tidak menggunakan Wordpress sebab aku rasa payah dulu2. Boleh baca sini.

Kalau cerita pasal kebaikan dan keburukan ChatBox ni, ni terpulang dengan individu atau blogger itu sendiri. Selagi mana dia merasakan nikmat dan bahagia dengan kehadiran ChatBox yang digunakan, maka teruskanlah meletak gadget ini di blog. Jika tidak, dan rasa semak dan mual semacam ja, maka buatlah tindakan berani seperti aku ini.. Muahua3!

Aku juga dapat merasakan, dengan intuisi bakat detektif, isu ChatBox seperti yang ini bakal meletus dan hangat kembali di dada2 blog.

Bagi aku, seorang blogger yang mantap ialah - antaranya - mempunyai pengunjung dan pengomen setia. Tidak kisah sama ada pengunjung atau pengomen itu seorang Follower kita atau tidak. Lagi bagus, jadi Follower-lah.

Sebab itu aku tidak ambil pusing angka Follower aku tidak pernah genap dan melepasi angka 100 sejak penghujung tahun 2007 lagi.

Dan sebab itu jugalah, aku memberanikan diri menggunakan sistem ID supaya pengomen sebenar dihargai selayaknya.. Bagaimana? Terokailah ciri yang ada pada ID! ;D

AFF SUZUKI CUP FINAL n FINAL WEEK [02]

Cerita Dua

Aku baru ja melalui "klimaks" bagi agenda tiga-minggu keluar daerah berturut2.

Klimaks itu ialah Mini Gathering ExSMATS. 25 - 26.12.2010 yang lalu.

Seperti biasa, aku mempunyai banyak perkara yang mahu dibebelkan. Bukan sembarangan membebel tetapi aku dapat merasakan yang kebanyakan bebelan atau ngomelan aku di sini mempunyai nilai ilmiah dan bukan hanya setakat untuk nilai atau tujuan komersial. Muahua3!

Sejak tiga minggu yang lepas, aktiviti hujung mingguku padat. Tidak banyak masa yang dapat diluang dirumah. Sudahlah air tiada di bahagian dapur, air tangki pun terpaksa minta jiran sebelah. Hujan pula jarang2 turun dan cuaca pula hanya sekali-sekala panas terik. Maka misi membasuh baju perlukan masa kadang-kala sehingga tiga hari baru betul2 kering. Mantop!

Aku akan menyambung bebelan mengenai Mini Gathering di lain masa.

Minggu ni adalah "Final Week" aku bagi dua perkara.

Pertama; Minggu terakhir bekerja selaku Fasilitator SchoolNet [FS].

Kedua; Minggu terakhir bagi tahun masihi 2010.



Kontrak aku [kami] akan tamat pada 31.12.2010 ini. Tinggal dua hari ja lagi. Tentu banyak perasaan bercampur-baur. Macam2. Tengok di Group FB pun kadang rasa lucu juga. Begitu banyak ayat2 dan kata2 yang disurahkan sebagai perangsang dan penyejuk hati yang masih dilanda 1001 macam perasaan.

Alangkah bagusnya kalau sajak, puisi, dan surah2 itu dideklamasikan lama sebelum kontrak tamat. Mungkin ramai sudah yang tidak ambil pot mengenai tugasan FS sebab tidak bersemangat sudah, sibuk cari kerja yang lain, dan macam2. Ada yang down sebab mereka dapat menghidu yang tugas atau segala hasil titik peluh mereka untuk meningkatkan kualiti atau perkembangan TMK [ICT] di tempat masing2 bakal punah.

Macam di Sabah, orangnya sudah datang dan mahu habis sudah kontrak. Sedang makmal dan prasarana TMK yang lain terus menjadi "mini muzium". Lainlah kalau kontrak disambung atau ada penyerapan status jawatan, kata seorang guru.

Aku tidak tahu apa yang tepat untuk dikatakan pada saat2 yang genting ini. Pada aku, tugasan sebagai FS akan terus dilaksana sehingga ke saat terakhir. Kelas TMK kedua aku yang bermula 06 Dis. akan tamat pada 31 Dis. Masih banyak kerja yang perlu dibuat. Syukur aku masih diterima untuk berada dan menumpang di sekolah walaupun kontrak sudah tamat. Dari ayat yang mudah ni ja aku faham yang aku masih diperlukan di sekolah. Dan sememangnya aku perlu berada di sini buat beberapa waktu untuk membuat sentuhan akhir projek2 yang tertangguh akibat kekangan masa.



Apapun, aku gembira dan bahagia dengan kerjaya selaku FS. Kerjaya dalam bidang TMK memang mencabar tetapi menarik sebab dapat meneroka pelbagai juzuk ilmu sains dan teknologi masa kini. Dahulu, mereka yang berlatar belakangkan TMK dikatakan tidak laku kerana suasana masih tidak meletus dengan komputer dan internet. Ianya sudah ada tapi tidaklah sehangat waktu ini. Keadaan berubah, berputar 180 darjah. Mereka yang latar belakang TMK lah yang paling laku sekarang.

Sebab itu kenapa aku gembira sangat2. Aku bukan latar belakang TMK secara khusus. Hanya mempunyai sedikit kelebihan dan kemahiran sahaja yang dipupuk sejak sekolah rendah dalam serba-serbi.

Semoga FS mempunyai kesinambungan dan semoga sekolah2 serta masyarakat sekitar terus mendapat manfaat besar dari agenda membudayakan TMK. Terus berjalan lancar dan berkembang maju.

Kita sudah jauh ketinggalan, dan cukup2lah jauh ketinggalan..

Monday, December 27, 2010

AFF SUZUKI CUP FINAL n FINAL WEEK [01]

Cerita Satu

Pusingan pertama pertandingan bola sepak Piala Suzuki AFF peringkat akhir sudah berlangsung semalam. Keputusan; Malaysia menewaskan Indonesia, 3 - 0.

Aku antara jutaan rakyat Malaysia yang memberikan sokongan moral kepada pasukan "Harimau Malaysia" dengan menonton dan mendoakan kejayaan buat pasukan negara. Ada juga yang menggelarkannya sebagai 'Harimau Malaya" tetapi aku lebih gemar memanggilnya sebagai Harimau Malaysia. Semangat SeMalaysia gitu, muahua3..

Aku menontonnya sehingga tamat di kaca i-Mobile 520 dalam suasana gelap. Bukan sengaja bergelap untuk naik feel tapi bekalan elektrik terputus ketika permainan di babak separuh masa pertama. Bekalan elektrik terputus selama hampir 12 jam. Ianya bersambung semula pada jam 9 pagi tadi. Habis terbantut rancangan aku untuk menyiapkan laporan aktiviti dan masalah bagi bulan yang terakhir selaku Fasilitator SchoolNet dan juga melengkapkan nota untuk edaran Kelas TMK. Laporan tu kena hantar hari ini. Dalam kelam-kabut tu, aku terlupa pula menghantar sama Laporan Kehadiran ke-2 bagi bulan Disember. Aku pun pelik kenapa perlu terbahagi laporan kehadiran ni tapi aku malas bertanya. Sebab jawapannya mesti "Itu ialah arahan". Maka kita pun, "Saya yang menurut perintah".

Ihsan: beritasemasa.com


Berbalik ke ngomelan pasal perlawanan semalam, pastinya isu pancaran laser menenggelami bual-bicara tajuk yang lain seperti kehandalan barisan penyerang Harimau Malaysia yang menunjukkan penyudah yang baik lagi menarik dalam masa kurang 20 minit. Kesemua gol yang diperolehi bukan semasa tendangan sudut atau percuma di mana penjaga gol Indonesia  sebelum itu mengadu terkena pancaran laser berwarna hijau pada masa sepakan tersebut diperolehi Malaysia.

Aku tidak ingin mengulas panjang mengenai siapa dalang dan jembalang disebalik insiden "Rekod Baru" ini. Sama ada ianya dilakukan oleh penyokong suatu pihak atau pihak lain yang "tereksploitasi", itu tugas penganjur bersama pihak berkuasa.

Aku cuma ingin mencadangkan, kalau inilah fenomena yang bakal menggugat keharmonian sukan bola sepak untuk menjadi medium pemupuk perpaduan dan persahabatan, maka suatu tindakan tegas perlu dilaksana segera.

Contohnya, meningkatkan lagi kualiti mesin pengimbas di pintu masuk, tempat duduk dan mana2 kawasan strategik di stadium. Lagi canggih, lagi bagus. Biar tiket mahal asalkan keselamatan terjamin. Untuk meningkatkan lagi keberkesanannya, kamera litar tertutup dan juga alat radar pengesan [sensor] perlu dipasang.

Cadangan kedua pula, jika pasukan yang bertanding dilabel sebagai "Musuh Tradisi", maka gelanggang perlawanan wajar bukan di tempat sendiri. Contohnya, jika Indonesia bertemu Malaysia dalam perlawanan akhir, maka gelanggang perlawanan ialah di Thailand atau Singapura contohnya. Namun, cadangan kedua ini tidaklah utama sangat. Ini bergantung dengan sikap dan mentaliti para penyokong yang hadir bagi pasukan "Musuh Tradisi" itu tadi.


MSS: Aku ada banyak cerita yang mahu disampaikan tapi ngomelan yang ni macam panjang betul sudah, ehe..

Saturday, December 25, 2010

CHRISTMAS DAY!

Happy Celebrating Christmas!

May God shower you and your family with happiness and prosper.

Not to forget, Happy New Year..!

Have a blast!

Mizul n His Beloveds ;D

MENJELANG MINI GATHERING [04]

Bebelanku sempena Mini Gathering ExSMATS 2010

Baca siri yang sebelumnya : [Siri 03]

SIRI 04

Gerak kerja serius Mini Gathering bermula seawal Disember. Mesyuarat pertama pada 11hb dan diikuti 18hb. Mesyuarat pertama mencatatkan kehadiran hanya seramai 6 orang dan mesyuarat kedua pula dalam 20 orang. Semua mesyuarat dibuat di Restoran Kota Raya, KB.

Dalam mesyuarat pertama, peserta yang berkumpul memfokuskan perbincangan mengenai tapak program iaitu di Pulau Mantanani.

Setelah selesai perbincangan awal diadakan, iklan atau hebahan mengenai program ini mula diwar2kan.

Setelah beberapa hari, beberapa isu timbul di kalangan peserta. Yang utama, faktor keizinan untuk datang ke Pulau Mantanani. Sebabnya, aspek keselamatan memandangkan keadaan cuaca yang tidak menentu.

Faktor lain, adalah bersifat peribadi.

Oleh itu, agenda utama dalam mesyuarat yang kedua ialah membuat semakan mengenai cadangan tapak program. Setelah berbincang dan 'berhujah', para peserta membuat keputusan untuk menukar tapak program. Pulau Mantanani ke Sulaman Eco Resort.

Dalam mesyuarat itu juga, telah ditetapkan beberapa perkara penting lain seperti yuran, kehadiran, pembahagian tugasan dan pengangkutan. Semua perbincangan dan isu telah didokumenkan di Group Himpunan AJK n Peserta Mini Gathering. Group ini bersifat tertutup dan hanya membenarkan individu yang berkenaan sahaja masuk berbincang.

Setelah semuanya ditetapkan, gerak kerja serius digandakan usahanya. Penyebaran maklumat dikemas kini sentiasa dan mengikut jadual. Segala isu tambahan cuba untuk dibangkitkan lalu dicari satu keputusan mengenainya. Segala masalah yang boleh mengganggu kelancaran program cuba diatasi sebaik mungkin. Contohnya, perhubungan melalui telefon dan isu pengangkutan.

Saat aku menulis ini, boleh dikatakan 80% perancangan sudah selesai. Ini boleh dianggap bersedia. Malam tadi, kami sudah membeli barang untuk bab makanan. Harap bahagian aktiviti dan teknikal dapat menyediakan keperluan mereka sebaik mungkin.

Apa yang tinggal dan 'dinantikan aksinya' esok sama ada lancar atau tidak ialah pengangkutan. Perjalanan setiap peserta dari destinasi masing2. Ada yang dari KM, KB, dan KK. Semuanya menuju dan berhimpun di Tuaran.

 Tinggal beberapa jam lagi, tirai Mini Gathering dibuka. Aku doakan moga semuanya selamat dalam perjalanan masing2. Utamakan keselamatan. Aku berharap, aktiviti kita semuanya baik dan lancar, mencapai matlamatnya dan menghasilkan output yang positif.

Selamat Beraktiviti, Mini Gathering! ;D

Friday, December 24, 2010

MENJELANG MINI GATHERING [03]

Bebelanku sempena Mini Gathering ExSMATS 2010

Baca siri yang sebelumnya: [Siri 02]


SIRI 03

Aktiviti Mini Gathering ini merupakan penutup bagi aktiviti alumni SMATS. Perlu diingatkan semula, walaupun aku menggunakan perkataan "Alumni SMATS", jangan tersilap fikir bahawa ianya dianjurkan oleh sebuah badan persatuan atau sebelum ini dikenali sebagai PASMATS.

Di sini, tidak wujud "persatuan". Apa yang wujud ialah sebuah "kesatuan".

Kesatuan membentuk sebuah organisasi untuk memudahkan urus-tadbir.

Aktiviti ini tidak perlu nama dan jenama sebuah persatuan. Sekurang2nya buat masa sekarang.

Lagipun, ianya hanyalah aktiviti santai. Ia peluang untuk sesama warga SMATS berkumpul. Warga SMATS adalah mereka yang masih berada di SMATS, dan juga mereka yang sudah bergelar alumni. 

Target peserta untuk Mini Gathering ini bersifat separa terbuka. Maksudnya, penganjur ingin melihat maklum balas dan reaksi dari kelompok pelajar dahulu. Sama ada masih bergelar pelajar SMATS atau bekas pelajar SMATS. Namun, setahu aku aktiviti kali ini macam 100% alumni atau bekas pelajar SMATS. Majoriti dari Generasi Pertama.

Aktiviti ini sudah lama dibuka untuk perbincangan. Gerak kerja yang serius hanya bermula Disember ini. Awal bulan. Sebabnya, tarikh perancangan. Pulau Mantanani menjadi 'pilihan destinasi'. Namun, atas beberapa faktor ianya diganti kepada Sulaman Eco Resort.

Aku akan bercerita lanjut mengenai gerak kerja serius ini di siri yang seterusnya. Bebelan ini akan terus ditulis walaupun aktiviti sudah tamat pada ahad nanti.

Masa aku terhad. Sekarang ni pun ambil kesempatan untuk berehat sekejap di KFC Kg. Air, Kota Kinabalu. Persinggahan seterusnya ialah di UA.

Jumpa lagi!

Thursday, December 23, 2010

MENJELANG MINI GATHERING [02]

Bebelanku sempena Mini Gathering ExSMATS 2010

Siri 01 boleh dibaca di sini [KLIK]

SIRI 02

Medan perbincangan sudah dibuka. Adabnya, kita menilai pendapat dan mengambil isi yang disampaikan di medan tersebut. Selainnya, tidak perlu diambil kira melainkan ada justifikasi tertentu. Contohnya, pandangan atau pendapat yang dikemukakan diruang perbincangan tidak menepati kehendak yang ingin dicapai.

Medan perbincangan bagi aktiviti@SMATS yang aku buka mengetengahkan aktiviti di SMATS, untuk junior yang masih berada di SMATS.

Mungkin timbul persoalan, mengapa tidak aktiviti untuk bekas pelajar alias alumni?

Jawapanku, ringkas sahaja. Aktiviti untuk junior di SMATS, itulah juga aktiviti untuk alumni.

Ketika alumni merancang untuk mengadakan suatu aktiviti untuk junior yang masih bersekolah di SMATS, maka adatnya alumni menjadi perancang dan penggerak utama dengan dibantu oleh pentadbiran sekolah. Alumni dan junior sama2 beraktiviti. 'Fokus tema'-nya sahaja yang berbeza.

Ativiti untuk junior di SMATS, adalah perancangan jangka masa panjang. Mungkin 5, 10, 20 tahun akan datang, bergantung dengan pelbagai faktor terutamanya 'tahap keprihatinan' mereka yang sudah menjadi alumni.

Antara Mini Gathering dan Reunion

Aku tidak pasti apa beza utama antara dua nama ini. Sekilas pandang, ianya sama sahaja. 

Cuma apa yang aku yakin, nama 'Mini Gathering' dipilih sebab nama 'Reunion' sudah lama dipakai.

Lagipun, Reunion biasanya dibuat dalam 'skala' yang lebih besar.

KREDIT: Facebook & www.samizul.net


Mini Gathering ExSMATS 2010

Mini Gathering kali pertama ini masih mengambil tema reunion. Apa yang lebih menarik, ianya bakal diadakan selama dua hari satu malam.

Aktiviti alumni SMATS sebelum ini biasanya program sehari atau setengah hari sahaja. Yang paling popular ialah berbuka puasa.

Aktiviti kali ini membuka lembaran baharu. Jika semuanya berjalan lancar, kalau aku tidak silap, inilah aktiviti yang ada bermalam. Ini cabaran. Apa yang mencabarnya? Cabaran utama ialah 'kehadiran'. Faktor kehadiran menjadi kayu ukur utama bagi isu penganjuran aktiviti ExSMATS. Kehadiran berkait rapat dengan tarikh, masa, dan tempat.

Sebab itu Mini Gathering ini dihadkan kepada 40 orang sahaja. Dalam jumlah itu pula, bukan semuanya bermalam.

Tidak mengapa. Yang penting mereka ada datang memeriahkan walaupun mempunyai pelbagai komitmen dan urusan yang lain.

Wednesday, December 22, 2010

MENJELANG MINI GATHERING [01]

BEBELANKU SEMPENA MINI GATHERING ExSMATS 2010

Tulisan ini pernah disiarkan di ruangan AKTIVITI@SMATS, Group SMATS bagi membincangkan aktiviti atau program warga SMATS terutamanya alumni.


Assalamua'laikum w.b.t

Ok, sebagai pembuka bicara, biarlah sy yang mulakan dulu, ehe..

Buat pengetahuan warga SMATS khasnya yg masih berada di SMATS, kami - yang sudah menjadi alumni - telah lama menyatakan hasrat untuk mengadakan suatu program khas untuk SMATS. Perbincangan tu ada yang rasmi, ada yang tidak rasmi.. 

Antara program sedemikian ialah, program yang bertemakan Sahsiah & Kerohanian anjuran Persatuan Siswazah Sabah [PSS] & Kelab Remaja Ukhuwwah [KRU] masing2 cawangan Kota Belud sekitar tahun 2007/2008 dahulu yang melibatkan beberapa orang alumni SMATS terutamanya dari generasi pertama & kedua. 

PSS & KRU merupakan organisasi yang aktif membuat aktiviti / program yang selalu melibatkan warga SMATS sama ada yang masih belajar, atau yang sudah menjadi alumni. 

Di kalangan alumni pula, antara aktiviti yang semakin popular sekarang ni ialah ber-reunion. Ada yang secara rasmi, ada yang tidak rasmi. Ada yang besar2an, ada yang kecil2an. Ada yang khusus, ada yang terbuka. Tujuan utama, berjumpa dengan kenalan lama, mengenang nostalgia lalu, bertukar2 khabar semasa di samping slot2 pengisian yang menjadikan reunion tu lebih menarik & bermakna.

Kita mengalu2kan aktiviti sedemikian. Kita positif bahawa melalui aktiviti itu tadi, hubungan sesama kita kembali segar & erat. Tidak sedikit yang merindui suasana semasa di SMATS dahulu. Sy antara mereka yang meletakkan pengalaman hidup belajar di SMATS adalah 'No.1' berbanding suasana belajar di sekolah, malah di universiti sendiri. 

Bila semakin ramai kengkawan semasa di SMATS dahulu 'ditemui' semula, ramai yg bertanyakan khabar SMATS selepas bertukar khabar terkini masing2. Mendengar adanya alumni mengadakan aktiviti, idea untuk membuat suatu aktiviti khas untuk junior2 di SMATS timbul di sebalik himpunan idea ber-reunion...

Alhamdulillah, idea aktiviti khas tu sudah ada 'pemulanya'. Bermula dari inisiatif individu, ianya perlahan2 berkembang menjadi inisiatif suatu perkumpulan. Buktinya, program Sahsiah & Kerohanian yg sy sebutkan awal2 tadi.

Sekarang, kita mengorak langkah ke hadapan lagi. Apa kata aktiviti khas untuk junior2 di SMATS ini dirancang, dibentuk & dilaksana SEPENUHNYA oleh Alumni SMATS? Tidak sedikit alumni yg berada & tinggal di sekitar Kota Belud. Kita ada potensi untuk menggerakkannya.

Ada yang ingin tahu, apakah aktiviti2 yg sesuai dilaksana oleh Alumni? Jawapannya, ada banyak. Apa yang tinggal sekarang ialah, apa aktiviti yg ingin kita fokuskan. Apa temanya, apa rasional & keperluan aktiviti itu ingin dijalankan di SMATS..

Kerohanian & Sahsiah? Motivasi? Promosi Jom Masuk U? Pengurusan Kewangan? Kebajikan? Ilmiah & Akademik? Celik ICT?

Banyak bukan? Sy katakan banyak sebab contoh di atas hanyalah tema. Belum dicerakinkan. Malah, BELUM LAGI dicampur dengan idea2 dari warga SMATS yg lain di sini... Sebab itu diwujudkan perbincangan ini bagi meraih maklumat, menyuluh hasil dapatan [isi2] & seterusnya membuat keputusan secara kolektif ;-)

Sy optimis yg kita - walau sudah menjadi alumni - masih punya ruang & peluang yang luas untuk menyumbang sesuatu untuk SMATS yg telah mengisi episod hidup kita dengan nilai2 pengalaman. Tepuk minda, tanyakan idea...

Akhir kata, semoga perbincangan ini hangat dengan sentuhan kritis dan kreatif dari semua warga SMATS. Mudah2an apa yg diimpi, menjadi realiti.

Selamat berbincang! ;D

Tuesday, December 21, 2010

Kelas TMK SKPT: Monolog Skema iii

Usia Kelas TMK SKPT kali kedua sudah menginjak minggu yang ketiga. Kelas 'tambahan' sempena musim cut sekolah ini merupakan program yang julung2 kali diadakan. 'Tambahan' di sini bermaksud, PnP yang tidak diperolehi semasa PnP biasa yang dilalui oleh peserta semasa musim persekolahan.

Sepanjang dua minggu yang lalu, minggu pertama menunjukkan kehadiran yang ramai. Itu biasa. Cuma kelas untuk tahap 1 dan kumpulan 2 tahap 2 dibatalkan sebab kena pada cuti Tahun Baru Hijrah. Kumpulan lain, bermula seperti biasa.

Minggu pertama, sekadar sesi pengenalan diri dan program SchoolNet yang mendapat tempat di SK. Paguokon. Tayangan dokumentari Program Pemberian Sejagat Merapatkan Jurang Digital. Edaran khas dari Kementerian Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan [KPKK].

Pengisian untuk tahap 1 dan 2 berbeza. Tahap 1 lebih fokus kepada matlamat 'membiasakan diri menyentuh komputer'. Tahap 2 lebih kehadapan dengan penambahan dua aspek penting iaitu penggunaan aplikasi pejabat dan internet.

Minggu kedua, tahap 2 menjalani ujian. Dua ujian dalam satu sesi ujian. Ujian 1 untuk PnP minggu pertama dan Ujian 2 untuk PnP minggu kedua.

Aku masih dalam peringkat mengemaskini soalan ujian tersebut untuk dimuat naik di weblog ku ini. Untuk perkongsian bersama dan berharap moga2 ada input yang baik dikongsi oleh para pengunjung weblog ini.

Untuk minggu ni pula, aku terpaksa membatalkan kelas pada hari Rabu dan Khamis sebab ada perancangan untuk menanda aset harta modal sekolah, lengkapkan nota kelas TMK dan juaga persiapan untuk Mini Gathering ExSMATS hujung minggu ini. Masuk hujung minggu ni, sudah tiga minggu berturut2 aku ulang-alik KK-Tenom.

Minggu depan pula, minggu terakhir untuk kelas TMK dan juga minggu terakhir aku bertugas selaku Pegawai Fasilitator SchoolNet Gred 41 di SK. Pagukon, Lagud Sebrang, Tenom..

Lembaran episod baharu bakal dinaikkan tirainya. Serentak itu, episod yang sekarang ini dilabuhkan tirainya.. ^^,

Monday, December 20, 2010

APALAH MAKNANYA PEMBANGUNAN

Ayah selalu bertanya kepadaku

apa maknanya pembangunan

kalau bukan dia dan anak cucunya

yang berhak memilikinya


Emak juga selalu bertanya kepadaku

apakah maknanya kemakmuran

kalau bukan dia dan anak cucunya

yang mampu menikmatinya


Selama puluhan tahun ayah dan emak

tidur di atas ranjang kemiskinan

dalam mimpi pembangunan dan kemajuan

yang berlegar dalam menara yang tinggi mencakar awan


Selama puluhan tahun ayah dan emak menjadi petani

yang setia menyembah pokok-pokok padi

yang tidak pernah pun memberi pulangan yang setimpal

dengan keringat yang dicurah

sama seperti adik-adik ayah dan emak

yang setia mendakap pokok kelapa sawit tua

yang sudah hilang harganya

sama juga seperti kakak dan abang-abang mereka

yang menyabung nyawa di tengah samudera

cuma untuk mendapat sedikit ikan

sebagai bekalan makanan dan harapan

yang tidak pernah pun memberi apa-apa makna

kepada pak-pak menteri yang saban waktu

bercerita kepada emak dan ayah

tentang kemiskinan bangsanya yang semakin tinggi.


Apalah maknanya pembangunan

kepada emak dan ayah

kalau mereka terus digelodak gundah

kalau mereka terus dimamah resah

hanya kerana mereka tidak pandai bermain saham

dan tidak pandai melabur

yang harganya begitu mahal tetapi masih kabur.


Ayah dan emak tidak perlu kemajuan yang melimpah-ruah

kerana pada mereka kemajuan itu paling bermakna

bila anak bangsanya tidak lagi hidup terhina.


Hassan Baseri Budiman
Sg. Petani, Kedah

Di petik dari: Air Mata Kerpan, terbitan Persatuan Pengguna Pulau Pinang
Petikan asal: Utusan Pengguna, Januari 2002


Nota: Dapatkan buku "Air Mata Kerpan" di kedai buku berhampiran anda. Harga sekitar RM10 ke bawah. Aku beli RM7 di Eaton's, Centre Point, Kota Kinabalu.

Sunday, December 19, 2010

GEISHA: TAK KAN PERNAH ADA

Nota: Dedikasi pada sesiapa yang berkenaan ya.. Manfaatkan karya sastera ini.. d(^^,)




Dia memang hanya dia
Ku s’lalu memikirkannya
Tak pernah ada habisnya

Benar dia, benar hanya dia

Ku s’lalu menginginkannya
Belaian dari tangannya

Mungkin hanya dia

Harta yang paling terindah
Di perjalanan hidupku
Sejak derap denyut nadiku


Mungkin hanya dia
Indahnya sangat berbeda
Ku haus merindukannya


Reff:

Ku ingin kau tahu isi hatiku

Kaulah yang terakhir dalam hidupku
Tak ada yang lain hanya kamu
Tak pernah ada
Takkan pernah ada


Benar dia, benar hanya dia
Ku s’lalu menginginkannya
Belaian dari tangannya

Mungkin hanya dia

Indahnya sangat berbeda
Ku haus merindukannya


Back to Reff:


Ku ingin kau selalu di pikiranku
Kau yang selalu larut dalam darahku
Tak ada yang lain
Hanya kamu
Tak pernah ada

Takkan pernah ada


Lirik Lagu Geisha – Tak Kan Pernah Ada dipersembahkan oleh Lirik Lagu Indonesia Terbaru

MINI GATHERING ExSMATS 2010


Lencana SMATS KB [2000 - 2008] yang bakal menjadi logo rasmi Alumni SMATS.


BAHARU!

KEMAS KINI BUTIRAN ASAS PROGRAM MINI GATHERING


Kemasan terkini ini merupakan gerak kerja Plan B. Plan A [Pulau Mantanani] ditangguhkan kerana atas sebab2 yang mustahak.

PLAN B

Nama Program
Program Mini Gathering Alumni SMATS

Objektif
01. Mengeratkan silaturrahim dan kemesraan antara bekas pelajar SMK Agama Tun Said, Kota Belud tanpa batasan generasi

02. Merancang dan mengatur gerak kerja program alumni yang seterusnya

Penganjur
Bekas Pelajar [Alumni] SMK Agama Tun Said, Kota Belud  

Tempat
Sulaman Eco Resort, Tuaran

Tarikh Aktiviti
-25 - 26 Disember 2010
-2 Hari 1 Malam [maksudnya bermalam satu malam]

Yuran
-RM30 [Tidak termasuk pengangkutan]

Penyertaan
-Terhad kepada 40 orang sahaja
-Terbuka kepada SEMUA generasi di SMATS [Super Senior, Senior, Junior, Super Junior]


Jika anda berminat dan tiada masalah untuk menyertai aktiviti ini [pasti dapat datang], anda dialu2kan untuk menyertai kumpulan perbincangan yang khusus kepada AJK PELAKSANA n PESERTA PROGRAM SAHAJA. Di sana, kemasan dan perkembangan terkini program ini akan diumumkan dari masa ke semasa.

Kumpulan perbincangan khusus:
Sila hebahkan hal ini kepada semua warga SMATS.

Sekian, terima kasih atas perhatian dan kerjasama anda.


MOHD. SAMIZUL SAMAD
Setiausaha
Program Mini Gathering
Alumni SMATS KB
2010

Nota: Sebarang kemusykilan atau permasalahan boleh dibincangkan diruangan Discussion AKTIVITI@SMATS


Friday, December 17, 2010

MEMBANGKIT GHAIRAH DI EATON'S

Oups, tulisan ni bukan pasal "Teknik Asmara" mahupun promosi produk ehem2 yang menjurus kepada "pengalaman luar biasa".

Ghairah aku di sini bermaksud, tahap kecintaan aku kepada suatu benda yang bernama buku. Aku seorang yang suka membaca. Aku bukan insan genius yang tak perlu membaca untuk lulus 5.00 [5 Bintang] dalam sebarang bentuk peperiksaan. Tapi sebenarnya, antara salah satu ciri yang ada pada orang yang genius / bijak ialah cintakan buku. Cintakan buku pula bermaksud, suka membaca buku. Bukan selepas membeli-belah secara Dalam-Talian berguni2 buku di Amazon.com atau ebay.com, maka ianya menjadi perhiasan di rak tanpa langsung menghabiskan sekurang2nya lima muka surat yang pertama.  Membaca jambatan ilmu bukan? Iqra

Hobi nombor satu aku ialah membaca. Dalam mana2 resume atau CV yang aku isi walaupun sekadar tugasan "English for Occupational / Academic Purpose", aku tetap 'serius' mengisi butiran hobi. Telus dan mulus, tanpa 'fulus', Ha2. 

Aku suka membaca apa yang menarik perhatian aku pada masa2 tertentu. Kalau masa tu mengidam untuk mendapatkan maklumat khusus mengenai "Di balik Tabir" seorang pemimpin yang ingin dikenali dengan nilai positif-negatifnya, maka mungkin Malaysian Maverick oleh Barry Wain ada justifikasinya bagi seorang penganalisis profesional. 

Apa pula Eaton's? Nama lorong? Nama jalan? Bukan. Eaton's ialah sebuah kedai buku yang boleh kira popular di pusat bandaraya Kota Kinabalu. Eaton's mungkin nama pemilik atau pengasas kedai tu. Aku tiada butiran lanjut pasal latar belakang kedai ni. Aku masih tidak berminat untuk tahu, ha2.

Di Eaton's, aku meterluangkan masa hampir dua jam lebih. Dalam masa tu, lebih kurang sejam ja aku mundar-mandir di ruang Komputer dan Sosial. Habis satu persatu buku di rak tu aku belek2. Yang berplastik, habis dibuka. Ha2. Pelik kan kenapa buku dibungkus plastik. Macam mana kita mau baca sinopsisnya, biodata penulisnya, bab kandungannya.. Kurang2, sediakan satu set yang "Viewing Purpose" kalau takut sangat buku tu kena cap jari peluh atau minyak muka atau kerodot [kedut]. Kalau aku jumpa satu manuskrip yang hampir hancur tapi bertulisan jawi klasik, mesti Dinarnya tinggi bukan. Ha2.

Banyak buku di rak itu yang berkenan di hati. Contohnya, Tapai tulisan Hishamuddin Rais. Buku ni tajuk Bahasa Melayu tapi kandungannya dalam Bahasa Inggeris. Malaysian Maverick oleh Barry Wain dengan harga RM99.80. Kaw2 punya. Ingin Jadi Nasrallah oleh Faisal Tehrani dll bagi Sosial. Bagi Komputer pula, pasal Virtualisasi OS utama di dunia, Aplikasi Hebat di Google, OpenOffice.org Calc, Abi Word ganti Microsoft Word, Blog, Telecommunication dll. 

Bajet, RM100. Jadi, kalau angkut Malaysian Maverick, baki duit tinggal RM0.20. Beli yang lain, ada pula buku cambest yang lain tak dapat angkut sama. Akhirnya, aku berpindah ke rak sebelah setelah memilih satu buku yang dihasilkan oleh Persatuan Pengguna Pulau Pinang.

Di rak itu, rasanya bahagian Motivasi. Memang mengghairahkan bila tengok tajuk2nya. Apa lagi bila membaca sinopsinya, Fuhh, rasa mahu angkut semua. Naseb dah set bajet RM100 ja, hua2.

Akhirnya, aku pun mengambil beberapa buah buku yang boleh masuk bajet. Tak ingat ni buku yang ke berapa aku beli tahun ni selain majalah2. Ini penting supaya aku dapat memastikan diri aku tidak termasuk dalam senarai rakyat Malaysia yang hanya membaca beberapa kerat buku [fokus: ilmiah] dalam masa setahun.


01. Air Mata Kerpan - Persatuan Pengguna Pulau Pinang
02. Kenapa Saya Tidak Berfikir Begitu? - Ainon Mohd. dan Abdullah Hassan
03. Cabaran Dengan IQ Siri 1 - Tee Ping
04. Cabaran Dengan IQ Siri 2 - Tee Ping
05. A-Z Blog: Tip untuk Blogger Wanita* - Ani Nadila Yusof

*Untuk seseorang, ehe..


Kesemuanya berjumlah RM83.30 dalam satu resit.

Ini melayakkan aku untuk menerima satu buah Beg Plastik Mesra Alam dari Eaton's yang boleh tahan besarnya berwarna hitam. Ada juga beg untuk sarung lappy aku bawa ke mesyuarat alumni esok. Yeah! ;D

Thursday, December 16, 2010

SASA SUKA MSS?

HANGAT! TAPI BELUM SAMPAI KE TAHAP HANGIIITT! XD

Apa kes ni SASA main L.O.V.E ni kat MSS?

Kamu kenal kah SASA ni sapa? MSS?

Loo, kalau MSS pun tak kenal, sedih lah wey.. Kalau SASA tu kamu tak kenal sini, tak pa lah juga.. Muahua3!

Ceritanya begini. SASA dapat satu 'Kad Cinta' dari seorang gadis yang belum aku ketahui sama ada benar-benar gadis yang cun atau tidak. Gurau ya..

Tapi yang buat aku menjerit [secara senyap] ni, hensem sangat kah aku sampai di Tag untuk menerima L.O.V.E Award ni dari Encik SASA?

Eh sekejap2, jangan fikir blue ok. SASA bukan gay, lebih2 lagi MSS. SASA dan MSS geng karas. Tapi jiwa santun. Bukan lembut ya, muahua3.

Buat kejutan tapi tidak mengejutkan. Apalah MSS ni. L.O.V.E ni bukan maksudnya c.i.n.t.a. Apatah lagi bawa maksud c.i.n.t.a nyanyian kumpulan XPDC. L.O.V.E di sini membawa maksud "sayang".



Oleh kerana ianya bab "sayang", maka soalan2 wajib-jawab pun diselit juga dalam cubaan untuk mengkantoikan siapakah "Sayang" mereka yang di-tag. WAJIB jawab tuu..! Kununlah, hua2..

01. SIAPA ORANG YANG PALING KORANG SAYANG?

Hah kan dah aku kata tadi. Soalan pertama awal2 sudah tiada tapis2 lagi. Direct to the point. Tapi aku masih boleh mengolah soalan supaya jadi umum.. Muahua3.

Ni SASA, kau mahu tahu satu orang kah atau ramai2? Kalau aku terus2 sebut ramai, nanti kau set aku ni Lelaki Pemain pula. LOL.

Serius2. Semua orang yang ada di sekeliling dan yang aku kenal, aku ada rasa sayang atau kasih. Apa beza antara kasih dan sayang? Hah, ni kena lawat lagi weblog aku ni di masa akan datang. Aku mau tulis pasal perbezaan ni, ehe.

Yang aku ada rasa sayang, ramai. Yang paling aku sayang pun, masih ramai.

No.1: Penegak cahaya Islam yang diketuai oleh penghulu segala Nabi iaitu manusia teragung di alam dunia ini; Nabi Muhammad S.A.W. Aku rock, rock juga. Tapi aku tak tinggal kirimkan selawat bila nama insan mulia ini disebut.

No.2: Kaum Keluarga. Tanpa Ibu Bapa, dapatkah kita menikmati hidup di dunia ini lalu berbahagia dan sentiasa angaukan si dia "buah hati pengarang perasaan"..?

No.3: Orang yang menyayangi aku sesayang-sayangnya sayang.. Err, boleh faham kah ayat tu? Ehe..


02. KENAPA KORANG SAYANG ORANG YANG KORANG SAYANG TUE?

Sebab mereka membuatkan aku menyayangi mereka..


03. Berikan satu kata-kata sayang yang terbaik yang korang nak lafazkan kepada orang yang korang sayang, tapi masih tak mampu lagi untuk dilafazkan.

"Boleh kau/kamu terus sayang sama aku..?"


04. Lepas tue,korang tag kat 15 orang blogger untuk sampaikan salam kasih sayang korang tue =)

15 orang ni cuma aku ingin sampaikan salam kasih sayang yang diwakili oleh L.O.V.E Award ni. Bukan ayat di soalan no.3 tu a, muahua3! XD

















Demikianlah penama2 yang telah menerima anugerah Nobel L.O.V.E Award dari samizul.net.   Aku harap, kamu semua sudi menerima Award ini. Tayang kat blog [+sapa yang kirim k] dan jangan lupa jawab semua soalan yang aku sudah kena wajib jawab di atas tu ok..1 =D

Aku tahu ada yang jarang dapat atau belum lagi aktif balik berblog tapi rasa sayang sepatutnya tidak pudar dek mamahan usia, masa bukan..? ;D


Nota: Misi menyampaikan pengumuman akan dibuat bila line BB ok. Jutaan kalungan terima kasih buat SASA atas ingatan dan "sayang" yang diberikan.. Miaha3..! XD 

Wednesday, December 15, 2010

DARABIF BURGER

Get this unbelievable RM2 deal from Darabif instead of RM15.Get to choose from 11 types of Darabif burgers!

Choose any one burger from 11 types of Darabif burgers + complimentary 1 year Darabif membership. Only RM2 instead of RM15. Redeemable at Damansara Utama and IOI Mall.

For details, you can click the link below. Hurry! ;D

DARABIF BURGER PROMOTION

MENYERTAI YOUTHSAYS.COM

Assalamua'laikum w.b.t dan Salam sejahtera...

Hari ini, dengan rasminya aku kembali mennyertai YouthSays.com [YS]. Terima kasih buat adik Ika Dora yang sudi mempelawa aku ke rumahnya YS ini semula.. ;-)



Aku sudah lama berkenalan dengan program ni. Macam kenal lebih dahulu YS dari Nuffnang. ChurpChurp atau Churp2 kemudian. Cuma bezanya, selama aku kenal tu, aku nda aktif sampailah akaun aku yang pertama sudah dilupus di dalam sistem, ha2.

YS ni macam 'adik-baradik' juga dengan Nuffnang dan Churp2. Apa persamaan utama ketiga-tiga program ni? Jawapannya = MENJANA DUIT. Bonus = MERAIH POPULARITI. Itu ja yang aku nampak. Kadang2, ada juga yang jadi tamak dan inginkan pendapatan dengan cara yang tidak sepatutnya. Cara salah, boleh sampai tarafnya menjadi haram. Maka sebab itulah hidup tak bahagia walaupun kaya-raya... XD

Buat masa ni, yang aku faham dengan YS ialah ahli kena jawap soalan tertentu [ala2 kaji selidik] atau mempromosikan sesuatu yang ditawarkan di dalam YS. Hasilnya, ada yang mendapat RM [Ringgit Malaysia] dan ada juga yang mendapat CP. CP bukan maksudnya Center Point ya, ehe. CP bermaksud Contribution Point.

Aku tengok, RM yang paling rendah dalam iklan promosi tu ialah RM0.20 bagi setiap unik klik. Samalah macam iklan di Nuffnang dan terbaharu di Churp2.

CP pula biasanya dari 'interaksi' dengan ahli yang lain dengan macam2 soalan yang mereka buat. Soalan [ala2 kaji selidik] yang menarik perhatian, juga menarik pendapatan ke saku, ehe3.. Setakat ini, aku nda jelas aktiviti yang ini.. Mungkin ada income yang nyumm2 juga. Kalau tidak, masakan orang berabis mereka soalan..

Ini ja lah mini review untuk kali ni. Siapa2 geng blogger atau pengunjung yang berminat untuk menjadi ahli YS, bolehlah klik link di bawah ni ya.. [Tip: Untuk dapatkan untung maksimum dengan bisnes topup, bukan jual banyak topup. Buka banyak tempat untuk jual topup...] ^^,



Nota: Mini Review ke-2 akan menyusul beberapa hari lagi. Nantikan..

Monday, December 13, 2010

TIP UNTUK MUAT NAIK GAMBAR DENGAN PANTAS KAEDAH MSS

Assalamua'laikum w.b.t dan Salam Sejahtera..!

Lama rasanya tidak berkongsi tip di sini secara santai2.. Ada juga tip yang lain tapi bukan dari hasil karya sendiri. Yang lain, yang tidak ditulis dalam mood santai2 punya. Blogger kalau tulis dengan ayat skema, tu jadi akhbar dalam talian sudah kan..? Gurau bah.. Aku pun suka tulis dengan ayat skema sebab memudahkan. Bukan dengan ayat rojakhq atau ayat SMS. Muahua3! XD

Tip kali ni mudah dan ringkas ja.

Mungkin ini sudah diketahui umum. Tapi, aku tetap mahu juga kongsikan pengalaman peribadi aku, ehe..

Maksud "Muat Naik gambar dengan pantas.." tu, bukanlah cara untuk meringkaskan atau "Shortcut" untuk muat naik [upload] gambar. Contoh, dengan satu klik anda menjadi jutawan gambar kamu orang sudah terpapar di Picasa, Flickr, Yahoo!, MSN, mahupun album Friendster. Tidak, bukan ini tip yang aku maksudkan.

Tip ini bermaksud, supaya saiz gambar kamu orang tu dapat dikecilkan, dan diedit dengan mudah dan pantas. Edit ikut rupa gambar asal. Yang beza, saiz dimensi-nya [xxx bytes]. 

Ada cara edit saiz dan rupa - dengan "crop" atau perisian editor yang lain - tapi itu masih memakan lebih masa. 

  
Ikuti dan amati dengan baik langkah2 di bawah ni berserta gambar rujukan..

01. Pilih dan "Copy" gambar yang kamu orang mahu muat naik.. Biar terpampang macam gambar di bawah ni.. Jangan edit gambar yang asal [kalau masih mahu simpan..]. Edit yang sudah kita "Copy"..

Contoh: Gambar yang ingin dimuat naik.. Saiz asal dimensi sebelum diedit = 2.7MB


02. Tekan butang "Print-Screen" di Papan Kekunci [Keyboard]



03. "Crop" gambar tadi ikut rupa yang diinginkan.. 



04. Sesudah "Crop", jangan lupa "Save"..

05. Tadaa! Gambar baru yang kita mahu muat naik sudah sedia.. 

Gambar yang kita mahu muat naik. Saiz dimensi setelah diedit = 300KB


Bila saiz dimensi gambar tu dah jadi kecil, cepatlah masa kita muat naik nanti. Jimat masa, jimat bandwith, ehe..

Selamat Mencuba! Semoga bermanfaat.. Kalau ada tip atau pandangan yang lain, jangan malu2 untuk kongsi di komen ya.. ;D


Nota: Gambar asal 'Uji Kaji' tu di 'PrtSc' masa menggunakan Lucid Lynx [Codename untuk OS Linux Ubuntu]. Kemudian, diedit untuk tip ini menggunakan Maverick Meerkat [Codename OS Linux Ubuntu yang terkini..], Namun, prinsip ini terpakai untuk semua jenis Operating System [OS].

MARI MAIN BADMINTON

Assalamua'laikum w.b.t dan Salam Sejahtera..!

Hampir mahu bersawang weblog ku ini, ehe. 

Bukan apa, aku bertambah sibuk bermula minggu lepas sehingga ke hujung tahun ini..

Sambil2 mengadakan Kelas TMK [Teknologi Maklumat dan Komunikasi] buat murid2 sempena cuti sekolah ini, aku juga ada komitmen untuk menjayakan program alumni SMATS.

Ini semua medan untuk meraih dan menimba ilmu dan pengalaman sebanyak mungkin demi bekalan masa hadapan.

Sambil2 itu juga, aku melibatkan diri dalam arena sukan. Walaupun nama ku langsung tidak dikenali sebagai 'bintang' semasa dibangku sekolah, tapi kini aku sedang menjadi 'bintang' sukan. Sukan Badminton. Uniknya, 'kebangkitan' ini muncul di sekolah, tempat aku bertugas selaku Fasilitator SchoolNet ~ Agen Pembudaya TMK.


"Agen Pembudaya Badminton" di SK. Paguokon. Sampai sanggup buat gelanggang di atas padang untuk buat latihan..


Balik cerita asal, aku ingin mengajak semua kenalan yang ada di Tenom untuk turut serta bermain Badminton dengan aku dan cikgu Ahmad. 

Mana tahan main Single sepanjang dua jam. Chong Wei atau Lin Dan pun sudah tentu tidak tahan bermain dua jam terus.

Jadi, kami ajak yang lain supaya sekali-sekala, ada juga untuk Double.

Ni jadual dan masanya...

LEMBAGA SUKAN NEGERI SABAH
Resit Am Kompleks Sukan [B No. 077588]

Tarikh: 07 Disember 2010

Kawasan: Kompleks Sukan Tenom

Tempat Permainan: Gelanggang Tiga [3]

Tarikh: [Sepanjang Disember]

07hb [Selasa]
14hb [Selasa]
17hb [Jumaat]
21hb [Selasa]
24hb [Jumaat]
28hb [Selasa]
31hb [Jumaat]

Masa: 4:00pm - 6:00pm

Bayaran sewa untuk gelanggang telah dijelaskan sepenuhnya. Jadi, marilah datang memeriahkan! ;D

Ni lah gelanggang di Kompleks Sukan Tenom. Ni masa Perlawanan Persahabatan antara SK. Pekan dan SK. Paguokon.


Nota: Memandangkan aku sibuk dalam dua minggu ni masa hujung minggu, jadi jadual hari Jumaat akan diganti pada hari yang lain yang ada kekosongan..




Saturday, December 11, 2010

MESYUARAT AKTIVITI ALUMNI

Oh tulisan ini tidak bermaksud untuk membocorkan minit mesyuarat.

Aku cuma mahu kongsi pasal diari hari ini.

Pagi tadi, aku ke KB bersama kawan yang jadi orang kuat untuk rancangan ini.

Rancangan untuk melaksanakan satu lagi aktiviti rasmi alumni SMATSKB. Ini adalah yang terakhir untuk tahun ini..

Kali ini, ianya di panggil 'Mini-Gathering'. Gathering ini akan dibuat bermalam.

Seperti biasa, semua alumni atau bekas pelajar atau warga SMATSKB dijemput untuk menjayakan dan memeriahkan lagi majlis ini.

Maklumat lanjut, boleh layari FB Group SMATS untuk makluman umum.

Bagi mereka yang sukarela untuk menjadi AJK atau berminat untuk turut serta, kamu orang dialu-alukan ke FB Group "Himpunan AJK n PESERTA AKTIVITI ALUMNI SMATS KB".

Group ini khas untuk mereka yang jadi AJK dan menjadi peserta program.

Maklumat Am setakat ini akan diumumkan di pos yang seterusnya..

Friday, December 10, 2010

TABIAT KENTUT DAN KEPERIBADIAN ANDA


Apakah tabiat kentut anda?

Teruskan membaca...! XD

ORANG TIDAK JUJUR 
orang yang kalau kentut menyalahkan orang lain. 

ORANG BANGANG 
orang yang menahan kentutnya sampai berjam-jam. 

ORANG BERWAWASAN LUAS 
orang yang tahu bila harus kentut. 

ORANG SENGSARA 
orang yang ingin kentut tapi tak boleh kentut. 

ORANG MISTERIOUS 
orang yang kalau kentut, orang lain tidak ada yang tahu. 

ORANG GUGUP 
orang yang tiba-tiba nak menahan kentutnya bila tiba masa nak kentut. 

ORANG YANG PERCAYA DIRI SENDIRI 
orang yang selalu mengira kalau kentutnya berbau harum. 

ORANG SADIS 
orang yang kentut di ranjang terus dikibaskan baunya ke ranjang orang lain. 

ORANG PEMALU 
orang yang kalau kentutnya tidak bunyi lalu merasa malu sendiri. 

ORANG YANG STRATEGIK 
orang yang menyembunyikan kentutnya dengan ketawa terbahak-bahak biar orang lain tidak dengar. 

ORANG BODOH 
orang yang kalau habis kentut menghirup nafas untuk mengantikan kentutnya yang keluar. 

ORANG PELIK 
orang kalau bunyi kentut dikeluarkan sikit-sikit, sampai bunyi "tit-tit-tit". 

ORANG SOMBONG 
orang yang sering mencium kentutnya sendiri. 

ORANG RAMAH 
orang yang senang mencium kentut orang lain. 

ORANG YANG TIDAK SENANG BERGAUL 
orang yang kalau kentut sembunyi. 

ORANG AKUATIK 
orang kalau kentut di dalam air sampai bunyi "blekuthuk-blekhutuk". 

ORANG ATLETIK 
orang kalau kentut sambil mengeluarkan tenaga dalam. 

ORANG JUJUR 
orang yang mengaku habis kentut. 

ORANG PINTAR 
orang yang boleh menandai bau kentut orang lain. 

ORANG MALANG 
orang yang nak kentut tapi terkeluar tahi...


Thursday, December 09, 2010

JALUR LEBAR: KETAHUI n FAHAMI [SIRI 2]

Fokus: Celcom Broadband

Siri 1 boleh dibaca di sini.

Tip MSS No.02: Memahami Pakej

Dalam Siri 1 yang lalu, saya telah menyentuh mengenai perkara paling asas untuk membuat pilihan yang terbaik semasa anda ingin membeli Broadband.

Dalam Siri 2 ini pula, kita akan mendalami lagi perkara asas yang kedua [Tahap ii] semasa mengguna pakai Broadband iaitu 'Memahami Pakej'.

Bagi Celcom Broadband, umumnya terdapat dua kategori perkhidmatan Jalur Lebar [Broadband] yang ditawarkan oleh Celcom.

01. Non-Mobile Broadband [internet di komputer]
02. Mobile Broadband [internet di telefon bimbit]

Bagi Non-Mobile Broadband [saya kelaskan sendiri], ada tiga bentuk pakej cara pembayaran iaitu sama ada secara Prepaid [Harian/Mingguan], Postpaid [Bulanan], Pay-per-use.

Bentuk pakej mengikut cara pembayaran:-


Bagi setiap kategori/pakej Broadband, terdapat plan [pengelasan] masing-masing yang mengikut kesesuaian untuk pengguna. Maksudnya, jika tahap penggunaan internet anda hanya biasa-biasa sahaja, maka plan Lite sesuai untuk anda.

Perbezaan utama antara setiap plan ini ialah Kuota Data, Kelajuan, dan seterusnya Harga.

Kuota Data

Kuota Data ialah had jumlah bagi muatan aktiviti anda semasa menggunakan internet.

1GB bermaksud, segala aktiviti melayari [Surfing], Muat turun [Download] dan Muat naik [Upload] pengguna hanyalah sebesar 1GB sahaja. Bila had ini melebihi, Kelajuan plan pengguna akan dikurangkan maksimum sehingga separuh daripada kelajuan 'teori'.

Sebab itu ramai yang merasakan aktiviti surfing menjadi lembap, terutamanya Download dan Upload yang lama / lambat.

Kelajuan

Kelajuan plan menunjukkan berapa banyak data yang dikirimkan ke sambungan internet pengguna. Sebagai contoh, 384 kbps menunjukkan "sebanyak 384 kilo bytes data telah dihantar bagi setiap satu saat". 384 kilobytes per second.

Kelajuan yang ditawarkan akan bertambah nilainya bila pengguna memilih plan yang lebih mahal seperti plan Advance.

Kelajuan ini sebenarnya hanyalah angka kelajuan ideal sahaja. Memandangkan Broadband ini berkongsi rangkaian yang sama, maka angka kelajuan ini menghampiri mustahil untuk dicapai oleh satu pengguna pada masa yang sama. Sebab itu saya menyebutnya sebagai kelajuan 'teori'.

Harga

Harga yang ditawarkan bergantung dengan tiga faktor utama iaitu Kuota Data, Kelajuan, dan Promosi. Promosi di sini bermaksud, kelebihan semasa melanggan pakej Broadband. Sebagai contoh, dengan bayaran RM100 bagi plan Entry [plan promosi Celcom sekarang], pengguna hanya membayar sebanyak RM48 sebulan sahaja dan memiliki usb modem [alat untuk menerima data internet].

Secara mudah, semakin harga pembelian atau langganan bulanan sesuatu pakej Broadband itu MURAH, semakin KURANG nilai Kuota Data dan Kelajuan yang dibekalkan oleh syarikat pembekal Broadband.


Bersambung...

Siri akan datang = Siri 3: Fair Usage Policy dan Celcom Online Customer Service...
Nota: Sebarang pertanyaan atau pandangan mengenai tajuk ini amatlah dialu-alukan..

Pelangi, Bulan, dan Laut

Nota: Ditujukan kepada sesiapa yang berkenaan..


Pelangi itu indah
Tapi hadirnya cuma sementara
Itupun setelah di undang gerimis

Bulan juga indah
Tapi sayang
Hanya menumpang cahaya si matahari

Semoga percintaan dan perhubungan kita
Tidak seperti pelangi
Bukan seperti bulan

Mungkin seperti laut
Luasnya tak dapat diukur
Dalamnya tak dapat disukat

Nampak tenang sentiasa
Walaupun sesekali dilanda gelora

Ada pasang dan surutnya
Tapi tak pernah kering..

Salam Awal Muharram sayang
Ikhlas dari yang mencintaimu selamanya..


Wednesday, December 08, 2010

Quote: The Internet is watching you

Quote and Credit: Chip Malaysia magazine, November 2010

"Identity thieves and hackers target home computers because they know families often do not maintain adequate security protection on their PCs. This make these family users easy, lucrative targets. Many hackers access your personal information in order to steal your money and your identity. Others might want to use your home computer as a shield to mask their identity as they steal from others."


Vinoo Thomas
Technical Product Manager, McAfee Labs


MSS: Secara ringkas, petikan di atas ni sentuh pasal 'keghairahan' para pencopet, penceroboh atau penyamar untuk melaksanakan 'rutin / hobi' mereka ke atas sistem komputer di rumah-rumah berbanding di Syarikat-syarikat atau Institusi.

Ini kerana, pengguna* komputer di rumah umumnya kurang pendedahan mengenai cara penjagaan dan perlindungan keselamatan sistem dan operasi komputer yang wajar dan terkini. Lebih2 lagi bila jarang kemasan terkini [update] dibuat terutamanya perisian anti-X [X mewakili virus-virus komputer dan segala jenis -ware seperti spyware, malware dll] dibuat.

*Yang kurang pengetahuan atau pendedahan mengenainya..

Sebagai panduan, jika ingin membeli perisian anti-X, silalah membeli edisi yang tulen atau original. Ini kerana, perisian anti-X yang biasa didapati dengan harga yang terlalu murah atau 'cracked version' sebenarnya mempunyai kelompangan yang lebih berisiko. Lagipun, harga bagi yang tulen adalah berbaloi dan memuaskan. Lagi baik bila ada promosi seperti Avira+TuneUp Utilities dalam satu pakej harga.

Tiada guna komputer canggih secanggih MacBook, tapi tidak terpasang anti-X atau ada anti-X tapi jarang dikemas kini atau membuat imbasan.

Senang2, berjinak2lah mengenali dunia Linux atau Ubuntu yang jarang sekali mempunyai ledakan isu dengan segala macam virus dan 'bakteria' yang mengganggu dan membuat saraf sistem komputer berantakan..

Tuesday, December 07, 2010

MAKLUMAN BUAT AHLI PERSATUAN BLOGGER SABAH

TERTAKLUK kepada yuran yang akan dipungut sedikit masa lagi Persatuan Blogger Sabah mengesahkan telah menerima permohonan 238 blogger yang mendaftar secara online untuk menjadi Ahli Seumur Hidup. Selepas ini sesiapa sahaja yang mendaftar sebagai ahli hanya akan menjadi AHLI BERSEKUTU.


PBS memberi satu bulan notis mulai 1 Disember 2010 untuk membuat bantahan terutama bagi Blogger yang dikhuatiri menggunakan blog atau laman web orang lain untuk mendaftar dan bukan pemastautin tetap atau rakyat tulen Sabah.


Selepas tempoh tersebut, yuran akan dipungut dan jadual mesyuarat agung akan diputuskan.


HARAP MAKLUM


Kemas kini: 04 Disember 2010

Monday, December 06, 2010

Program Mengubah Destini Anak Bangsa [MDAB] UiTM Sabah

TEMUDUGA TERBUKA kemasukan ke UiTM Sabah di bawah program Mengubah Destini Anak Bangsa [MDAB]. Ada dua Program Pengajian [Kursus] iaitu Pra-Diploma Sains dan Pra-Diploma Perdagangan.

Syarat Am Kemasukan ialah:
01. Bumiputera
02. Lulus SPM dengan 4 kredit termasuk BM
03. Pendapatan Ibu Bapa kurang RM2,000 sebulan

Maklumat Lanjut: UiTM Sabah

CEPAT, SEBELUM TERLAMBAT! ;D


Nota: Alamak, di Kudat 10hb ni pula, uhu3.. Jauh ni sekarang.. Ohya. Di web UiTM ada iklan kerja kosong bagi Disember 2010.. Boleh klik terus di sini