Paparan Paling Seksi Sakti | Skrin 1280 x 800 | Browser Mozilla Firefox | OS Ubuntu Linux

FIDE WOMENS WORLD CHESS CHAMPIONSHIP 2017 (TEHRAN)

Sunday, January 31, 2010

Tips ringkas membeli Laptop

Komputer Riba atau lebih dikenali sebagai laptop kini sudah bukan lagi menjadi satu lambang kemewahan. Seseorang yang sentiasa bergerak ke sana ke mari, pasti memilih laptop sebagai ‘teman sejati’ yang akan menemani setiap pekerjaan mereka kemanapun mereka pergi.

Namun apabila tiba sahaja saat ingin membeli laptop, pasti ramai yang kebingungan kerana takut tersalah beli atau spesifikasi tak power atau apa sahaja yang mungkin tak kena memandangkan laptop bukanlah suatu barang yang murah.

Lebih-labih lagi di zaman yang serba moden ini, cepat sahaja muncul pelbagai jenis laptop dengan beragam spesifikasi dan jenama serta harganya. Syarikat-syarikat pengeluar komputer dan perisian berlumba-lumba memperkenalkan model terbaru selang hanya beberapa bulan.

Mungkin terdapat ramai pengguna yang membeli laptop dengan spesifikasi yang paling canggih tanpa memikirkan kegunaannya. Penggunaan laptop hanya untuk memeriksa email dan membaca suratkhabar online sahaja, tetapi specifikasi laptopnya mencapai sehingga 3GHz, C2D, Quad Core processor dll , 1GB RAM hingga 4GB Ram, 120 GB – 1Tb Harddisk. Pasti harga bagi laptop begini begitu mahal.

Bagaimana memilih laptop yang sesuai dengan keperluan? Saya kongsikan beberapa tips singkat seperti berikut:

Kegunaan

Tentukan duhulu kegunaannya, apakah laptop akan dipakai untuk kegunaan pejabat, kegunaan biasa dirumah (Email, News, Microsoft Office), design, gaming, blogging, pembangunan sistem, download movies dan mp3, mobile atau kesemua yang dinyatakan.

Jika laptop hanya dipakai untuk kegunaan biasa dirumah seperti email, membaca berita, melayari internet, menaip surat dsbnya, kelajuan processor, Kapasiti RAM (Random Access Memory), Harddisk dan Graphic Card (VGA Card – Video Graphics Array) tidak perlu tinggi. Spesifikasi yang sederhana sudah lebih dari mencukupi. Jika membeli laptop dengan spesifikasi yang sederhana boleh menjimatkan wang anda.

Jika laptop anda dipakai untuk tujuan design dan gaming, sebaiknya anda memilih spesifikasi laptop dengan menitikberatkan pada VGA Card dan memori yang tinggi. Jika anda ingin laptop dengan kemampuan lebih tinggi, memilih teknologi multi-core dan processor 64-bit sangat disarankan.

Laptop dengan VGA yang tinggi kekuatannya dan memori yang besar akan membuatkan design serta permainan game anda terasa lebih ‘ringan’. Card VGA sendiri berguna untuk menterjemahkan output komputer ke monitor. Sedangkan memori (RAM) merupakan satu alat penyimpan data digital sementara yang biasanya mempunyai ukuran kapasiti berdasarkan standard bit digital seperti 16MB, 32MB,64MB, 128MB, 256MB, 520MB, 1064MBĂ‚ dan seterusnya.

Untuk system developing, anda boleh memilih laptop dengan mempertimbangkan prosesor dan memori yang mempunyai spesifikasi tinggi agar mampu mengimbangi perkembangan developing tools. Teknologi multi-core dan processor architecture 64-bit juga disarankan.

Bagi seseorang yang bergerak kemana-mana, anda boleh menekankan pilihan pada jangka hayat bateri, berat laptop, ukuran screen serta beberapa feature internal connectivity seperti wifi, bluetooth, IrDA, NetworkCard, Modem dsbnya.

Layout

Selepas anda menentukan kegunaan laptop bagi diri anda, perkara lain yang harus dipertimbangkan sebelum membeli laptop adalah tentang saiz screen, berat laptop dan jangka hayat bateri. Jika anda sering membawa laptop kemana-mana, sebaiknya pilih laptop yang ringan, dengan ukuran screen yang tidak terlalu besar agar tidak susah membawanya.

Jangka hayat bateri juga penting. Ada sesetengah bateri laptop tidak mampu bertahan 2 hingga 3 jam tanpa disambungkan ke soket. Jadi, titikberatkan jangka hanyat bateri jika anda seorang yang ‘mobile’. Jika anda ingin menjimatkan penggunaan bateri, matikan fungsi connectivity seperti Wifi atau Bluetooth kerana fungsi tersebut akan banyak menggunakan tenaga dari bateri.

Service yang disediakan dan alatganti

Ketika hendak membeli laptop, jangan lupa untuk mempertimbangkan service yang disediakan oleh syarikat pengeluar laptop tersebut seperti warranty dsbnya. Terdapat syarikat pengeluar yang menyediakan khidmat servis dan pembaiki dirumah. Mereka juga ada yang menyediakan khidmat home collection and home delivery sewaktu kita mahu membuat warranty claim. Dan satu perkara lagi, jangan memilih laptop yang alatganti-nya amat susah untuk dicari.


Kredit: Namzek@syok.org

Sumber dari http://www.amzanimokhtar.com

Thursday, January 21, 2010

Rumah baru di Tenom.. ;D

Housemate yang rajin menebas lalang dalam 'kebanjiran', hua2


Sebab tu kena pakai kasut but.. Keliling rumah camni bila hujan selalu


Kg. Makakumpai, Tenom.. Hari pertama berpindah..


Ada Astro beb.. Piring jelah, muahua3..



Gotong-royong bila baru sampai..



Alat dapur & peti sejuk yang disediakan.. Sayang sinki tu nda ada air naik..

Disediakan juga..

Berani menyahut cabaran sebegini? "Kesukaran membuatkan kita suatu kesenangan.."

Kena pakai but bila keluar..





Pakai masa bertugas di sekolah juga ni, ehe..


Nanti muat naik gambar2 di sekolah pula, ehe.. ;D

Monday, January 18, 2010

Selamat Datang ke Tenom!


Gambar2 kenangan di Tenom bila pertama kali menjejak kaki di sana..


Gambar2 ni tersusun terbalik dari turutan masa.. Tapi nda bah juga bikin bingung, ehe



Bilik sementara kami di Hotel Sri Perdana. Double-RM46/Malam


Bilik Double tapi katil Single. Ada juga Double katil Double (bukan double-decker). Harga sama.


Koridor Masjid


Antara sudut maklumat di Masjid


Suasana dalam Masjid


Bahagian pintu hadapan Masjid


Ada sesiapa dapat baca dengan fasih ni? Aku bagi hadiah..ehe


Masjid Ar-Rahman









Teringat pula nota2 dulu, ehe


Tamu (Pasar Mingguan)




Nda tau bangunan apa di bukit yang ada tanah runtuh tu..


Depan G-Mart. Memang jimat lah kedai G-Mart tu..


SK. Paguokon..! Ambil dari luar sekolah, ehe


Jalan utama dari pekan Tenom n ke Taman Pertanian Sabah


Pintu masuk SK. Paguokon.


Laluan ke Taman Pertanian Sabah. Kiri boleh, kanan pun boleh..


Selamat Datang Sigu MSS..! ;D


Pekan Tenom. Kawasan perhentian Bas ke Sebrang Lagud


Pekan Tenom. Kawasan padang Astaka Tenom


Pekan Keningau. Berhenti sekejap di Terminal.



Perjalanan jauh bermula..! Masuk awal2 nanti ditinggal bas lagi, muahua3! ;D

Thursday, January 14, 2010

Berapa tinggi IQ anda?

CUBA selesaikan teka-teki berikut berikut menggunakan apa sahaja kaedah yang anda fikirkan terbaik.

1. Terdapat lima rumah dengan warna yang berlainan.
2. Dalam setiap rumah, terdapat seorang penghuni yang berasal dari negeri yang berlainan dengan penghuni lain.
3. Kelima-lima penghuni ini, gemarkan minuman, menghisap rokok dan membela haiwan peliharaan yang berbeza.
4. Tiada satu pun antara kelima-lima penghuni ini, membela haiwan, menghisap rokok dan minum minuman yang sama.
5. Pembayangnya adalah

A: Lelaki dari England tinggal di rumah berwarna merah.
B: Lelaki dari Sweden membela anjing.
C: Lelaki dari Denmark minum teh.
D: Rumah hijau terletak di sebelah kiri rumah berwarna putih.
E: Pemilik rumah hijau minum kopi.
F: Lelaki yang menghisap rokok Pall Mall membela burung.
G: Pemilik rumah berwarna kuning menghisap Dunhill.
H: Pemilik rumah yang di tengah-tengah minum susu.
I: Lelaki dari Norway tinggal di rumah yang pertama.
J: Lelaki yang menghisap rokok Blend tinggal di sebelah lelaki yang memelihara kucing.
K: Lelaki yang memelihara kuda tinggal di sebelah lelaki yang menghisap rokok Dunhill.
L: Penghisap rokok Blue Master meminum beer.
M: Lelaki dari German menghisap rokok Prince.
N: Lelaki dari Norway tinggal di sebelah rumah berwarna biru.
O: Lelaki yang menghisap rokok Blend berjiran dengan lelaki yang gemar minum air kosong sahaja.

Soalannya: Siapa yang membela ikan?

Keliru? Tidak faham ? Pening? Pasti ada antara kita yang ketika ini mencongak dan membayang untuk mencari jawapan teka-teki berkenaan. Mungkin ada juga yang mula melakar dia atas kertas untuk mencari jawapannya ataupun berbincang dengan teman.

Sebenarnya, jawapan kepada persoalan ini tidak penting, tetapi cara dan kaedah penyelesaiannya adalah yang utama.

Teka-teki berkenaan dicipta oleh saintis terkenal Albert Einstein yang mendakwa, 98 peratus penduduk di dunia ini tidak dapat menjawabnya dengan tepat.

Einstein terkenal kerana mengemukakan teori “Kesetaraan jisim-tenaga” (mass–energy equivalence formula) iaitu atau e=mc ².

Pun begitu artikel ini bukan mahu mengajak pembaca mengagung-agungkan Einstein, atau menyentuh mengenai teorinya, tetapi sekadar memberi contoh semata-mata.

Ada yang beranggapan ia memerlukan seseorang yang mempunyai IQ (Intelligent Quotient) tinggi untuk menjawab teka teki tersebut. Justeru, berapa tinggikah IQ anda? 180, 170, 160 atau kurang daripada itu...

Umum beranggapan, sekiranya kita memiliki IQ tinggi, maka kita dikategorikan sebagai bijak pandai. Jadi, bijaksanakah Einstein? IQ lelaki kelahiran Jerman itu bagaimanapun tidak diketahui kerana dia tidak pernah mengambil ujian bagi menentukan jumlahnya, walaupun ada yang mendakwa ia hanya 140 sahaja.

Setiap manusia, apabila berdepan dengan permasalahan seperti teka-teki di atas, akan cuba menyelesaikannya menggunakan pelbagai kaedah, tidak kira sama ada akan berjaya ataupun tidak. Ia bergantung kepada bagaimana sesuatu permasalahan itu diselesaikan, kecerdasan minda, dan jumlah IQ mereka.

Sewaktu di sekolah dahulu, bagi mereka yang tidak gemar kepada matematik, pasti merungut jika belajar mengenai Algebra, Pengkamiran (Integration) atau Pembezaan (Differentiation).

"Buat apa belajar semua ini, bukan kita guna dalam hidup." Itu antara rungutan yang sering kedengaran semasa belajar topik berkenaan.

Benar, kita tidak akan menggunakannya untuk makan, bersiar-siar, membeli belah, menonton televisyen dan sebagainya. Namun tanpa kita sedar, pembelajaran dan aplikasi subjek-subjek tersebut sebenarnya menajamkan kecerdasan otak.

TEORI KECERDASAN PELBAGAI (MULTIPLE INTELLIGENCES THEORY)

Ujian IQ dan ujian-ujian berhubung kecerdasan manusia sebenarnya dibangunkan oleh seorang ahli psikologi dari Paris, Perancis, Alfred Binet pada tahun 1905.

Namun demikian, kajian yang memberi kesan mendalam terhadap pemahaman kita tentang tahap kecerdasan manusia ialah yang dijalankan oleh profesor di Universiti Harvard, Britain, Howard Gardner.

Menurut Gardner, ujian IQ hanya akan mengukur kemahiran berbahasa dan matematik seseorang, namun kemahiran lain seperti bermain muzik, pengamatan dan sebagainya tidak diambil kira.

Justeru, beliau mempersoalkan tindakan sekolah-sekolah dan institusi pengajian di Barat yang terlalu mementingkan ujian IQ pada pelajar mereka. Malah menurut Gardner, ia akan hanya membantutkan masa depan pelajar kerana nasihat dan pemilihan kerjaya pelajar juga dibuat berdasarkan IQ mereka.

Sementara itu, jelas Gardner, terdapat pelbagai kecerdasan lain yang patut diambil kira sebelum menyatakan seseorang itu cerdas ataupun bijak. Kemahiran yang dikenal pasti oleh beliau ialah lapan jenis kecerdasan manusia yang terdiri daripada:

(i) Linguistik / Bahasa

Berkait rapat dengan kemahiran penggunaan bahasa. Seseorang yang cerdas kemahiran linguistiknya kebiasaannya mahir membaca, menulis dan berkomunikasi dengan orang lain melalui pelbagai cara berkesan.

(ii) Logik/ Matematik

Melibatkan kemahiran menaakul, mengira, berfikir secara logik dan memproses sesuatu maklumat terutamanya statistik atau nombor.

(iii) Visual/ Spatial (Ruang)

Menyentuh tentang keupayaan berfikir dalam bentuk visual dan gambar atau rajah.

(iv) Pergerakan Badan / Kinestetik

Melibatkan keupayaan menyelesaikan sesuatu masalah menggunakan pergerakan badan.

(v) Muzikal / Irama

Keupayaan mencipta muzik, rentak atau irama tertentu.

(vi) Pemahaman Alam

Melibatkan keupayaan memerhati, memahami dan menghargai alam sekitar.

(vii) Emosional (Luaran)

Melibatkan kebolehan memahami emosi, perasaan, ciri-ciri dan keupayaan orang lain serta bagaimana berinteraksi dengan orang ramai.

(viii) Emosional (Dalaman)

Keupayaan memahami diri sendiri dan menggunakan pengetahuan tersebut bagi meningkatkan potensi diri. Justeru, setiap individu dinilai mengikut kebolehan dan keupayaan tertentu, dan bukannya berdasarkan IQ semata-mata.

Namun demikian, berbanding kajian Gardner ini, ujian IQ lebih banyak digunakan di seluruh dunia dan diterima ramai termasuk di negara ini.

Antara contoh aplikasinya ialah ketika menentukan calon yang diterima masuk ke sekolah berasrama atau sekolah sains.

Contoh skala IQ yang biasanya diguna pakai adalah seperti yang berikut:

MATA IQ:
173 dan ke atas
KEBOLEHAN:
IQ sangat tinggi, tumpuan sangat dalam mengenai sesuatu hal

MATA IQ:
160-175
KEBOLEHAN:
Mata IQ yang istimewa

MATA IQ:
145-159
KEBOLEHAN:
Individu yang sangat berkebolehan

MATA IQ:
130-144
KEBOLEHAN:
Minda individu yang lebih daripada orang kebanyakan

MATA IQ:
115-129
KEBOLEHAN:
Bijak

MATA IQ:
80-114
KEBOLEHAN:
Individu biasa, orang kebanyakan

MATA IQ:
79 dan ke bawah
KEBOLEHAN:
IQ di bawah paras kebanyakan


MENSA

Di Malaysia, mereka yang mempunyai IQ tinggi dijemput menganggotai Mensa. Ia merupakan sebuah pertubuhan bebas yang dianggotai oleh mereka yang mempunyai IQ tinggi. Ia terdapat di seluruh dunia dan bukan hanya di negara ini.

Oleh kerana syarat yang ketat, hanya dua peratus penduduk sahaja layak menjadi ahli Mensa.

Untuk menjadi ahli pertubuhan ini, mereka harus mengambil Ujian Kemasukan Mensa atau “Mensa Admission Test” (MAT), dengan markah lulus tidak kurang 148 mata.

Jangan bimbang kerana ujian tersebut tidak memerlukan anda mempunyai kemahiran matematik tinggi atau pengetahuan am yang luas, sebaliknya hanya logik pemikiran. Dalam MAT, anda akan diuji dengan Raven´s Advanced Progressive Matrices untuk menentukan tahap kemampuan IQ anda.

Soalan-soalannya tidak mengandungi bahasa yang berbelit-belit atau nombor-nombor kompleks, hanya gambar-gambar semata-mata.

Setiap soalan terdiri daripada lapan urutan gambar yang disusun dalam tiga baris dan lajur. Gambar terakhir (kanan, bawah) akan dibiarkan kosong untuk anda mencari jawapannya.

Hanya ada satu jawapan yang betul daripada pilihan jawapan yang diberi. Calon diberi masa 40 minit untuk menyelesaikan 36 soalan yang disediakan. Markah penuh bagi ujian ini ialah 180.

Calon dinasihatkan untuk menyelesaikan soalan secara berurutan, iaitu bermula daripada yang pertama dan berakhir di ke 36. Sebaiknya jangan bermula daripada yang ke 36 kerana soalan yang pertama adalah yang paling mudah dan ke 36 adalah paling sukar.

Apa yang perlu dibawa semasa mahu menduduki ujian ini ialah kad pengenalan dan wang tunai RM35.00 sebagai bayaran pemprosesan.

Ujian akan diadakan pada Sabtu kedua setiap bulan di Dataran Glomac, Jalan SS 6/20, 47301 Petaling Jaya.

Keputusan ujian akan diketahui dalam tempoh dua minggu apabila ia dihantar kepada calon.

Mensa membuka keahliannya kepada semua rakyat Malaysia berusia sekurang-kurangnya 14 tahun.

Di negara-negara maju, rekod usia paling muda menyertai Mensa ialah seawal usia dua tahun, manakala yang tertua ialah 104 tahun. Selamat mencuba...

Nota: Jawapan kepada teka-teki ialah lelaki Jerman.


MSS: Kredit kepada Apexx@Syok.org ;)

Wednesday, January 13, 2010

Fasilitator Schoolnet: Ceritaku (2)

Sambungan...

Saya dihubungi (telefon rumah) oleh FS SKMM cawangan Kota Kinabalu (KK) pada petang Rabu, 6 Jan. yang lalu.

Kedengaran suara seorang perempuan..

Beliau memperkenalkan diri sebagai pegawai di SKMM KK (masa ni belum kenal tahu lagi yang dia seorang Pegawai FS yang bertugas di SKMM..)

(Perbualan diringkaskan..)

Pegawai: Kamu En. Mohd. Samizul bin Samad..?

MSS: Ya saya..

Pegawai: Saya ingin memaklumkan bahawa kamu telah terpilih dan ditawarkan untuk menjadi Fasilitator Schoolnet, Kementerian Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan Malaysia. Maksudnya, kamu telah lulus temuduga hari itu lah.. Oleh itu, kamu dikehendaki untuk datang ke Bahagian Teknologi Pendidikan Negeri (BTPN) Sabah di Penampang pada 10 Jan. ini untuk menjalani kursus FS selama lima hari. Kos penginapan dan makan minum ditanggung oleh KPKK. Kamu cuma sediakan belanja perjalanan je lah.. Tempat bertugas kamu, di SK. Paguokon, Tenom. Kamu pernah dengar nama tu?

MSS:
SK. Paguokon? Tenom pernah lah saya dengar.. Tu pun tak pernah pergi.. (sambil tergelak kecil)


Pegawai:
(Ketawa kecil..) Nda apalah.. Tapi, kamu terima juga tawaran ni kan.. Kalau kamu rasa2 ingin bertukar/berpindah ke sekolah yang lain, nanti kamu usahakan lah masa kursus nanti. Tengok macam mana..


MSS:
Ya, saya memang terima tawaran tu. Kalau permohonan adalah dibenarkan atas sebab/alasan tertentu yang boleh diterima, saya akan buat permohonanlah.. Tapi sekarang ni, saya terima tawaran menjadi Fasilitator Schoolnet tu..


Pegawai:
Ok lah kalau begitu. Jadi, semasa datang lapor diri, kamu kena sediakan masing2 dua salinan Kad Pengenalan, Penyata Akaun Bank (Bank Islam, Maybank & CIMB sebaik2nya..), Gambar ukuran Passport dan setem duti bernilai RM20..


MSS:
Emm, yang penyata akaun bank tu, saya hanya guna kad bank sahaja. Maybank ada, CIMB pun ada.. Kad bank. Jadi camna tu?


Pegawai:
Kamu kena pergi ke bank lah untuk dapatkan pengesahan yang boleh diterima..


MSS:
Oo ok..

Pegawai: Kamu ada apa2 lagi?

MSS:
Emm, sekarang ini tiada lagi.. Terima kasih atas makluman ni dan alhamdulillah saya merasa amat bersyukur kerana terpilih untuk tawaran ini.. Terima kasih..


Pegawai:
Ya sama2.. Nanti ada apa2 kamu hubungi ja nombor yang saya beri tadi tu ya..


MSS:
Ok..



Perbualan tamat.

Saya terus memberitahu emak dan dua orang rakan yang lain yang sama2 menghadiri temuduga FS dulu.

Disebelah malamnya, saya melawat laman sesawang KPKK bagi menyemak jika pihak pengurusan telah memuat naik makluman mengenai semakan keputusan temuduga FS. Gambarnya ada saya muat naik di bahagian (1) cerita ini.

Dan di bawah ini gambar2 yang sempat saya ambil semasa semakan keputusan tersebut..


Semakan keputusan (1)


Semakan keputusan (2)


Ok, gambar2 berikut masa saya dah datang lapor diri di BTPN di Penampang.. Gambar2 lain, ada kat Facebook, ehe..


Surat tawaran kerja. Ni dapat masa datang lapor diri kursus.. Ahad 10 Jan..


Ni pemandangan sekitar BTPN dari balkoni luar bilik saya. Saya pernah tinggal di apartmen (sekitar kawasan kolam renang) depan tu sekitar Mei-Jun 2006 dulu. Kerja sementara sebagai Cikgu Pemasaran


Ni lah penginapan saya. Saya seorang ja sini. Bilik C315, paling atas, paling hujung (sebab lambat datang ;p). Selesa habiszzz..


Teringat pula masa kat UMS, Matriks & asrama dulu.. Sini ada TV dan pemanas air mandian (shower) woo.. ;D


Ni meja kecil antara dua katil tu. Majalah PC (pertama kali beli sempena tahun baru) & dua buku nota kecil berkenaan ICT tu (untuk penjawat awam) baru ja dibeli masa 'date' 9 Jan. yang bersejarah.. Ahaks.. ;D


Klik ja kat gambar2 tu untuk lebih jelas..

Rasanya sampai sini ja dulu.. Cerita seterusnya nanti disambung..ehe..

*Tahniah dan selamat berkhidmat MSS..! ;D

Thursday, January 07, 2010

Fasilitator SchoolNet: Ceritaku (1)

Iklan Fasi SchoolNet


PENGENALAN

Perkataan 'Fasilitator' itu memang biasa saya mendengarnya. Malah, pernah terlibat dengan perkara tersebut. SchoolNet pula? Saya mengetahuinya 'secara rasmi' bila seorang rakan baik saya Mohd Azizul Abdullah menghantar mesej (SMS) memberitahu adanya iklan pengambilan sebagai Fasilitator SchoolNet seawal November 2009 yang lalu. Sejak itu, saya aktif 'menziarahi' laman sesawang Kementerian Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan (KPKK) yang sebelumnya asing pada saya.

Untuk mengetahui dengan lebih lanjut mengenai Fasilitator SchoolNet ini, silalah layari FasiSN.

Iklan jawatan sebegini memang sekejap sahaja disiarkan. Saya tahu akan iklan ini pada minggu akhir untuk menghantar resume permohonan. Saya menghantarnya melalui e-mail pada tarikh tutup permohonan, 11 November (iklan pdf).

Dan keputusan untuk layak temuduga boleh disemak seawal2nya (selewat2nya pada iklan) 12 November. Syukur alhamdulillah, saya lulus untuk layak temuduga tersebut.


Calon layak temuduga


PENANTIAN SUATU PENYEKSAAN?

Ada benarnya ungkapan di atas. Namun, ada juga yang tidak tepat pada ungkapan tersebut pada satu2 masa. Bergantung dengan situasi dan peribadi seseorang. Yang pasti, membuat orang terus ternanti2 memang suatu penderaan emosi yang mampu membuatkan jiwa terseksa, jasmani merana.

Saya bertolak awal ke pejabat Suruhanjaya Komunikasi & Multimedia Malaysia (SKMM) di bangunan Menara MAA, Api-Api Center. Temuduga dijadual bermula seawal 8 pagi, 17 November. Di sana saya berjumpa dengan dua orang rakan seuniversiti dahulu. Idham dan Zainuddin. Idham rakan seprogram (coursemate) saya. Sepannjang menunggu giliran ditemuduga, kami berborak panjang sambil2 membuat lawak supaya tidak terlalu merasa tertekan. Yang datang temuduga bukan setakat lepasan universiti yang baru menamatkan pengajian, malah yang lebih dewasa juga turut hadir sama.

Saya optimis dengan persembahan temuduga saya. Saya cuma rasa kureng bila memberitahu yang saya tidak mahir menformat semula cakera keras (hard disk) komputer. Lucu dan saya merasa tidak patut saya memberitahu sedemikian dengan sukarela. Kalau ditanya lanjut, itu jadi cerita lain. Rasa kureng juga ada pada resume saya kerana saya belum mengambil transkrip Akademik dan Ijazah. Hanya surat tawaran konvokesyen dan slip keputusan peperiksaan semester terakhir yang saya lampirkan. Saya bimbang ianya menjadi isu teknikal yang menjejaskan penilaian dari panel penemuduga (tiga orang).

Temuduga berjalan ringkas dan memang santai. Panel memberi kebebasan penuh kepada calon untuk mengekspresikan diri (self-expression) di samping soalan2 mudah panel seperti "Tahu menggunakan komputer?", "Apa2 perisian yang boleh kamu kendali/gunakan?" & lain2 yang berkaitan dengan asas2 IT & Komputer. Jika tidak silap, tidak sampai 10 minit temuduga saya selesai. Menunggu giliran lebih tiga jam untuk temuduga yang tidak pun sampai 15 minit. Memang syok..

Selesai temuduga 17 November, saya ada satu temuduga lagi untuk program INSEP, SSTC. Namun, saya melepaskan peluang tersebut atas sebab2 peribadi.

Sejak dari tarikh itu, bermulalah episod "Penantian suatu penyiksaan".. Ketika rakan2 lain sudah mula seronok bekerja, sibuk menjalani program insentif atau skills enhancement, saya hanya membuang masa duduk di rumah sambil menambah rabun menghadap laptop hari demi hari. Kalau bukan online, DotA. Kalau bukan DotA, online..

Sehinggalah pada hari kelmarin (6 Jan.), berita yang amat dinanti2 dan sudah ditunggu2 sejak tahun lalu lagi (;p) akan jawapannya..

Ya, semakan keputusan temuduga Fasi yang seterusnya membawa maksud calon2 yang berjaya melepasi tapisan temuduga dan ditawarkan jawatan menjadi Fasilitator SchoolNet gred 41 di bawah Skim Perkhidmatan Singkat (SPS), KPKK..



Semakan keputusan bermula 6 Jan.


Bersambung...

Saturday, January 02, 2010

Program 'Kampungku' di Kg. Indarason Laut, Kudat


Kampung Indarason. Kawasan yang berhampiran pantai


Seusai menghadiri Mesyuarat Agung Persatuan Belia Muslim Daerah Kudat (PBMK) pada 19 Disember yang lalu, saya dijemput sama untuk menjayakan program kawasan yang pertama iaitu program 'Kampungku' di Kg. Indarason Laut, Kudat.

Program ini merupakan program lanjutan (follow-up) yang dirancang atas permintaan penduduk kampung sendiri. Tidak lama sebelum idea ini timbul, penduduk kampung mula 'berkenalan' dengan Pengerusi PBMK (Cikgu Samat) yang berziarah sempena Ramadhan tahun lalu bersama rakan2 beliau.



Rombongan PBMK (Ajk diluar...)


Program yang pertama seumpamanya di kampung ini memfokuskan kepada golongan pelajar (Menengah dan Rendah) muslim di sana. Aktiviti yang dijalankan agak sederhana (simple) dan santai. Program ini juga dibantu oleh para Ajk surau dan orang perseorangan yang tertarik akan adanya pendekatan sebegini. Bukan apa, aktiviti surau/masjid/rohani atau yang bersifat islamik agak jarang diadakann di sana ekoran kedudukan kampung ini yang jauh dari bandar Kudat dan pekan Sikuati sendiri. Malah, simpang masuk (simpang Kg. Tinangol) ke kampung ini sahaja memakan masa hampir 20 minit perjalanan menaiki kenderaan.

Kekuatan Ajk bagi pihak PBMK hanyalah seramai 14 orang. Enam lelaki (termasuk Cikgu Samat) dan selebihnya perempuan (termasuk isteri Cikgu Samat). Peserta program yang berdaftar pula seramai 32 orang.



Antara peserta program


Aktiviti dimulakan dengan ceramah Santapan Minda yang disampaikan oleh Cikgu Samat. Kemudian, sesi bersama Fasilitator. Antara aktiviti berkumpulan yang dijalankan ialah; Taa'ruf, Teka Gambar, Segitiga, Silangkata dan Tali Kertas.



Sesi bersama Fasi (1) diketuai YDP PBMK, Saudara Azman Madusin (sebelah kiri sekali)



Sesi bersama Fasi (2)



Sesi bersama Fasi (3): Aktiviti Tali Kertas



Sesi bersama Fasi (4): Kira jumlah segitiga



Sesi bersama Fasi (5): Teka Silangkata



Sesi Rehatkan Minda (feedback session): Antara peserta termuda


Seusai solat Zohor berjemaah, rehat dan makan tengahari, aktiviti diteruskan dengan sesi Kembara (Explorace). Modul yang digunapakai ialah 'Pengetahuan Am Islam'.



Sesi Kembara (1)




Sesi Kembara (2): Denda diikat di tiang



Sesi Kembara (3): Denda kerana gagal menyempurnakan tugasan Fasi



Slot terakhir: Lambaian Ukhuwwah. Bersalam2an dengan semua hadirin



Kawasan pantai yang menarik di kampung tersebut. Di sini baru ada talian telefon (phone line)



Kawasan pantai yang menarik dan indah


Syukur Alhamdulillah, program 'sehari' ini berjaya dilaksanakan seperti yang dirancang. Walaupun ringkas dan nampak kecil2an sahaja, namun ia dapat meraih perhatian dan sokongan dari penduduk kampung yang terlibat dengan aktiviti keagamaan di sana. PBMK dan barisan kepimpinan Ajk Surau Kg. Indarason Laut masing2 menaruh harapan dan merencana program2 seterusnya yang bakal memberi manfaat kepada kedua belah pihak.

Terima kasih diucapkan buat Pengerusi Surau, ahli2 dan para peserta kerana sama2 meluangkan masa, bertungkus lumus dan memberi kerjasama yang baik demi menjayakan program ini.

Kepada para peserta, moga program ini mampu memberi dan mencetus input baharu yang mungkin sebelumnya tidak pernah dibayangkan. Pengalaman menyertai program sebegini bakal menjana para remaja dan belia akan pengalaman dan pengetahuan baru, mencabar dan motivasi diri.

Tidak lupa juga syabas diucapkan kepada para penggerak PBMK yang hadir. Moga peluang ini dapat mempertingkatkan lagi kemahiran, pengalaman, mengeratkan silaturrahim dan menyuburkan komitmen kita untuk terus menabur bakti dan berkongsi ilmu yang bukan sahaja dikalangan sesama kita tetapi juga kepada semua lapisan masyarakat di sekeliling kita.

Moga bertemu lagi diruang dan peluang yang akan datang, mudah2an dengan izin-Nya.


Nota: 02/01/10. Akan dikemaskini semula nanti...