Paparan Paling Seksi Sakti | Skrin 1280 x 800 | Browser Mozilla Firefox | OS Ubuntu Linux

FIDE WOMENS WORLD CHESS CHAMPIONSHIP 2017 (TEHRAN)

Thursday, January 07, 2010

Fasilitator SchoolNet: Ceritaku (1)

Iklan Fasi SchoolNet


PENGENALAN

Perkataan 'Fasilitator' itu memang biasa saya mendengarnya. Malah, pernah terlibat dengan perkara tersebut. SchoolNet pula? Saya mengetahuinya 'secara rasmi' bila seorang rakan baik saya Mohd Azizul Abdullah menghantar mesej (SMS) memberitahu adanya iklan pengambilan sebagai Fasilitator SchoolNet seawal November 2009 yang lalu. Sejak itu, saya aktif 'menziarahi' laman sesawang Kementerian Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan (KPKK) yang sebelumnya asing pada saya.

Untuk mengetahui dengan lebih lanjut mengenai Fasilitator SchoolNet ini, silalah layari FasiSN.

Iklan jawatan sebegini memang sekejap sahaja disiarkan. Saya tahu akan iklan ini pada minggu akhir untuk menghantar resume permohonan. Saya menghantarnya melalui e-mail pada tarikh tutup permohonan, 11 November (iklan pdf).

Dan keputusan untuk layak temuduga boleh disemak seawal2nya (selewat2nya pada iklan) 12 November. Syukur alhamdulillah, saya lulus untuk layak temuduga tersebut.


Calon layak temuduga


PENANTIAN SUATU PENYEKSAAN?

Ada benarnya ungkapan di atas. Namun, ada juga yang tidak tepat pada ungkapan tersebut pada satu2 masa. Bergantung dengan situasi dan peribadi seseorang. Yang pasti, membuat orang terus ternanti2 memang suatu penderaan emosi yang mampu membuatkan jiwa terseksa, jasmani merana.

Saya bertolak awal ke pejabat Suruhanjaya Komunikasi & Multimedia Malaysia (SKMM) di bangunan Menara MAA, Api-Api Center. Temuduga dijadual bermula seawal 8 pagi, 17 November. Di sana saya berjumpa dengan dua orang rakan seuniversiti dahulu. Idham dan Zainuddin. Idham rakan seprogram (coursemate) saya. Sepannjang menunggu giliran ditemuduga, kami berborak panjang sambil2 membuat lawak supaya tidak terlalu merasa tertekan. Yang datang temuduga bukan setakat lepasan universiti yang baru menamatkan pengajian, malah yang lebih dewasa juga turut hadir sama.

Saya optimis dengan persembahan temuduga saya. Saya cuma rasa kureng bila memberitahu yang saya tidak mahir menformat semula cakera keras (hard disk) komputer. Lucu dan saya merasa tidak patut saya memberitahu sedemikian dengan sukarela. Kalau ditanya lanjut, itu jadi cerita lain. Rasa kureng juga ada pada resume saya kerana saya belum mengambil transkrip Akademik dan Ijazah. Hanya surat tawaran konvokesyen dan slip keputusan peperiksaan semester terakhir yang saya lampirkan. Saya bimbang ianya menjadi isu teknikal yang menjejaskan penilaian dari panel penemuduga (tiga orang).

Temuduga berjalan ringkas dan memang santai. Panel memberi kebebasan penuh kepada calon untuk mengekspresikan diri (self-expression) di samping soalan2 mudah panel seperti "Tahu menggunakan komputer?", "Apa2 perisian yang boleh kamu kendali/gunakan?" & lain2 yang berkaitan dengan asas2 IT & Komputer. Jika tidak silap, tidak sampai 10 minit temuduga saya selesai. Menunggu giliran lebih tiga jam untuk temuduga yang tidak pun sampai 15 minit. Memang syok..

Selesai temuduga 17 November, saya ada satu temuduga lagi untuk program INSEP, SSTC. Namun, saya melepaskan peluang tersebut atas sebab2 peribadi.

Sejak dari tarikh itu, bermulalah episod "Penantian suatu penyiksaan".. Ketika rakan2 lain sudah mula seronok bekerja, sibuk menjalani program insentif atau skills enhancement, saya hanya membuang masa duduk di rumah sambil menambah rabun menghadap laptop hari demi hari. Kalau bukan online, DotA. Kalau bukan DotA, online..

Sehinggalah pada hari kelmarin (6 Jan.), berita yang amat dinanti2 dan sudah ditunggu2 sejak tahun lalu lagi (;p) akan jawapannya..

Ya, semakan keputusan temuduga Fasi yang seterusnya membawa maksud calon2 yang berjaya melepasi tapisan temuduga dan ditawarkan jawatan menjadi Fasilitator SchoolNet gred 41 di bawah Skim Perkhidmatan Singkat (SPS), KPKK..



Semakan keputusan bermula 6 Jan.


Bersambung...

No comments:

Post a Comment

Saya mengalu-alukan komentar anda semua. Terima Kasih!