Paparan Paling Seksi Sakti | Skrin 1280 x 800 | Browser Mozilla Firefox | OS Ubuntu Linux

FIDE WOMENS WORLD CHESS CHAMPIONSHIP 2017 (TEHRAN)

Saturday, January 02, 2010

Program 'Kampungku' di Kg. Indarason Laut, Kudat


Kampung Indarason. Kawasan yang berhampiran pantai


Seusai menghadiri Mesyuarat Agung Persatuan Belia Muslim Daerah Kudat (PBMK) pada 19 Disember yang lalu, saya dijemput sama untuk menjayakan program kawasan yang pertama iaitu program 'Kampungku' di Kg. Indarason Laut, Kudat.

Program ini merupakan program lanjutan (follow-up) yang dirancang atas permintaan penduduk kampung sendiri. Tidak lama sebelum idea ini timbul, penduduk kampung mula 'berkenalan' dengan Pengerusi PBMK (Cikgu Samat) yang berziarah sempena Ramadhan tahun lalu bersama rakan2 beliau.



Rombongan PBMK (Ajk diluar...)


Program yang pertama seumpamanya di kampung ini memfokuskan kepada golongan pelajar (Menengah dan Rendah) muslim di sana. Aktiviti yang dijalankan agak sederhana (simple) dan santai. Program ini juga dibantu oleh para Ajk surau dan orang perseorangan yang tertarik akan adanya pendekatan sebegini. Bukan apa, aktiviti surau/masjid/rohani atau yang bersifat islamik agak jarang diadakann di sana ekoran kedudukan kampung ini yang jauh dari bandar Kudat dan pekan Sikuati sendiri. Malah, simpang masuk (simpang Kg. Tinangol) ke kampung ini sahaja memakan masa hampir 20 minit perjalanan menaiki kenderaan.

Kekuatan Ajk bagi pihak PBMK hanyalah seramai 14 orang. Enam lelaki (termasuk Cikgu Samat) dan selebihnya perempuan (termasuk isteri Cikgu Samat). Peserta program yang berdaftar pula seramai 32 orang.



Antara peserta program


Aktiviti dimulakan dengan ceramah Santapan Minda yang disampaikan oleh Cikgu Samat. Kemudian, sesi bersama Fasilitator. Antara aktiviti berkumpulan yang dijalankan ialah; Taa'ruf, Teka Gambar, Segitiga, Silangkata dan Tali Kertas.



Sesi bersama Fasi (1) diketuai YDP PBMK, Saudara Azman Madusin (sebelah kiri sekali)



Sesi bersama Fasi (2)



Sesi bersama Fasi (3): Aktiviti Tali Kertas



Sesi bersama Fasi (4): Kira jumlah segitiga



Sesi bersama Fasi (5): Teka Silangkata



Sesi Rehatkan Minda (feedback session): Antara peserta termuda


Seusai solat Zohor berjemaah, rehat dan makan tengahari, aktiviti diteruskan dengan sesi Kembara (Explorace). Modul yang digunapakai ialah 'Pengetahuan Am Islam'.



Sesi Kembara (1)




Sesi Kembara (2): Denda diikat di tiang



Sesi Kembara (3): Denda kerana gagal menyempurnakan tugasan Fasi



Slot terakhir: Lambaian Ukhuwwah. Bersalam2an dengan semua hadirin



Kawasan pantai yang menarik di kampung tersebut. Di sini baru ada talian telefon (phone line)



Kawasan pantai yang menarik dan indah


Syukur Alhamdulillah, program 'sehari' ini berjaya dilaksanakan seperti yang dirancang. Walaupun ringkas dan nampak kecil2an sahaja, namun ia dapat meraih perhatian dan sokongan dari penduduk kampung yang terlibat dengan aktiviti keagamaan di sana. PBMK dan barisan kepimpinan Ajk Surau Kg. Indarason Laut masing2 menaruh harapan dan merencana program2 seterusnya yang bakal memberi manfaat kepada kedua belah pihak.

Terima kasih diucapkan buat Pengerusi Surau, ahli2 dan para peserta kerana sama2 meluangkan masa, bertungkus lumus dan memberi kerjasama yang baik demi menjayakan program ini.

Kepada para peserta, moga program ini mampu memberi dan mencetus input baharu yang mungkin sebelumnya tidak pernah dibayangkan. Pengalaman menyertai program sebegini bakal menjana para remaja dan belia akan pengalaman dan pengetahuan baru, mencabar dan motivasi diri.

Tidak lupa juga syabas diucapkan kepada para penggerak PBMK yang hadir. Moga peluang ini dapat mempertingkatkan lagi kemahiran, pengalaman, mengeratkan silaturrahim dan menyuburkan komitmen kita untuk terus menabur bakti dan berkongsi ilmu yang bukan sahaja dikalangan sesama kita tetapi juga kepada semua lapisan masyarakat di sekeliling kita.

Moga bertemu lagi diruang dan peluang yang akan datang, mudah2an dengan izin-Nya.


Nota: 02/01/10. Akan dikemaskini semula nanti...

No comments:

Post a Comment

Saya mengalu-alukan komentar anda semua. Terima Kasih!