Paparan Paling Seksi Sakti | Skrin 1280 x 800 | Browser Mozilla Firefox | OS Ubuntu Linux

FIDE WOMENS WORLD CHESS CHAMPIONSHIP 2017 (TEHRAN)

Saturday, February 27, 2010

Kerja: Keperluan merancang

Sekarang ni masih dalam mood malas2. Yang rajinnya, online, DotA, dengar lagu, makan (masak sendiri k), basuh baju.. Eh, basuh baju? Hua2.

Kelmarin cuti, hari ni cuti, esok pun cuti. Isnin nanti kerja dah. Yang kureng tu, laporan bulan Feb. masih belum siap lagi. Mungkin rasa semuanya dah siap sedia kan. Tinggal taip ja kasi kemas & edit2. Sampai rasa puas hati, ehe.

Cerita kali ni masih belum pasal MSSD Tenom yang baru berlalu. Cerita kali ni sedikit pasal alam pekerjaan.

Sebelum konvo dulu, & lama sebelum tu aku dah lama set satu pendirian pasal kerja lepas habis belajar.

Selalu sangat kedengaran (masa tu) pasal graduan menganggur, kerja tak berpatutan, kerja ntah apa2 (pada mentaliti sesetengah orang) dan ada juga yang kurang elok didengar.

Kita fokus pada sisi yang positif dahulu..

Bagi aku, aku sangat bersetuju dengan kata2 ni; "Kalau tiada kerja, cari kerja.. Tidak jumpa, buatlah kerja..!". Setuju yang macam mana?

Kita, bila dah mahu masuk ke alam pekerjaan, mestilah berusaha sebaiknya untuk mendapatkan sebarang pekerjaan yang sesuai dan berpatutan. Kalaupun memilih, biarlah berpada2. Jangan sampai high demand yang akhirnya merugikan diri sendiri.

Kita mesti mempunyai perancangan atau percaturan ke atas setiap tindak tanduk dan 'bertanggugjawab' kepada setiap keputusan yang kita ambil. Pada aku, aku tidak kisah jika ada yang memulakan kerjaya sebagai seorang pengawal keselamatan di permulaan. Janji, kerja tu halal, 'bersih' dan orang tu punya perancangan masa depan yang baik. Biarlah dipandang rendah. Gaji rendah, elaun rendah, direndah2kan orang asal tinggi (banyak) pengalaman yang kita perolehi.

Pengalaman berkait dengan adaptasi ilmu. Pengalaman menguji ilmu yang kita miliki. Tidak kisahlah ilmu teori, ilmu fizikal, batin, rohani, interaksi, dan sebagainya. Situasi yang berlalu (dialami) meninggalkan dua kemungkinan samada ilmu kita 'diperbaharui' atau 'memandulkan' ilmu sedia ada kita.

Sebab itu selalu sangat ditekankan agar belajar dari pengalaman yang lepas. Barulah ianya menjadi "hari ini lebih baik dari kelmarin, dan hari esok lebih baik dari hari ini..".

Satu situasi lagi yang aku ingin ulas sedikit, ialah pasal kerjaya yang tidak/bukan 100% bidang yang dipelajarinya sewaktu belajar dahulu.

Pertama sekali, kita kena rujuk dan bersandar kepada apa dia perancangan orang tersebut. Jika dia tidak kisah dia kerja apa walau bukan bidangnya, janji dia gembira & puas hati, maka ianya tidak menjadi masaalah.

Kalau dia punya perancangan sendiri, maka perlulah ia rapikan persediaan2 tertentu untuk rancangan tadi. Kalau dia mahu berniaga sebenarnya, maka perlulah ada simpanan modal dari kerja yang sekarang.

Ia perlu bersabar, dan tidak terburu2.

Bekerja mestilah dengan bersungguh2. Jika tidak kena dengan jiwa, tiada masa depan, maka cepat2lah berhenti kerja. Beri peluang pada yang lain. Masih ramai yang tidak bekerja di luar sana.

Yang menyedihkan, bila aku nampak situasi ini menjadi 'penutup' kepada peluang orang lain yang juga layak untuk jawatan tersebut.

Apapun, aku enjoy, bahagia dan bersemangat dengan kerja aku sekarang walaupun ini bukanlah bidang aku di U. Alhamdulillah, kesusahan yang dilalui diawal2 dahulu kini satu persatu menjadi 'kesenangan'.

Motivasi yang hebat ialah bila ia lahir dari diri kita sendiri.

Thursday, February 25, 2010

Salam Maulidurrasul 1431 Hijrah

Alhamdulillah, syukur kerana masih diberi ruang & peluang untuk memberi pengisian di blog ini. Walaupun ringkas, aku yakin ada yang menanti2 khabar barunya, ehe..

Hari ni, selesailah sudah tugasan selaku ketua bahagian peralatan & logistik sempena MSSD Tenom 2010 yang bermula 22hb yang lalu, 4 hari berturut2. Terasa suatu nikmat kepuasan bila dapat laksana tugas dengan sebaiknya. Payah yang berlalu, menghadirkan butir2 pengalaman yang berguna buat bekalan mendatang. Tambahan lagi, Guru Besar dah maklum awal2 yang aku akan dipilihnya lagi untuk MSSB Pedalaman Bawah nanti. SK. Paguokon masih terlibat dalam jawatankuasa pengelola cuma terhad kepada bahagian peralatan & logistik sahaja. Tu sebab aku dipilihnya lagi sebab ada dah pengalaman di peringkat daerah.

Lagi nikmat, sambutan junjungan besar Nabi Muhammad s.a.w disambut esok hari, dan bersambung dengan cuti di hujung minggu. Terasa rindu, dengan kemeriahan sambutan yang diadakan terutamanya masa sekolah rendah dahulu..

Selamat menyambut Maulidurrasul diucapkan kepada seluruh muslimin dan muslimat.. ;)

Sebagai bacaan bersama, aku kongsikan satu cerita menarik sempena mengenang Hari Keputeraan Manusia Teragung seluruh semesta..


Insya Allah dipenulisan akan datang, akan aku kongsikan sedikit cerita yang dialami sepanjang minggu bertugas di MSSD Tenom.

Jumpa lagi, wassalam.. ;D

Sunday, February 21, 2010

Keperluan transformasi baharu

1. Saya tidak tahu jika banyak kelemahan dan kesilapan 'teknik' dalam cubaan menarik perhatian dan mood rakan2 lain untuk masuk bersama ke medan perbincangan, terutamanya bagi hal reunion SMATS.

2. Mungkin saya tidak sedar dan 'lembap' dalam mengurus segala kelemahan dan kesilapan tadi.

3. Telah dan selalu sampai kepada saya dalam beberapa bulan kebelakangan ini ura2 dan kehendak2 untuk ber-reunion, beraktiviti khas bersama. Ada yang berjaya dilaksanakan, ada yang bakal dilaksanakan.

4. Apa yang menyedihkan, bila seseorang membuka topik atau cadangan untuk buat itu ini, maka si pembuka bicara itulah ditanggapi sebagai 'Pengarah Projek' lantaran cadangannya tadi. Lagi menyedihkan, bila ada sudah orang yang sanggup dan bersedia untuk bergerakerja, mereka kekurangan dan ketandusan idea menyeluruh dari yang lain.

5. Sudahlah kurang orang, idea menyeluruh lagilah kurang. Yang sedia ada memang punya idea tapi bukankah lebih baik jika masing2 dapat menyuarakan sebarang bentuk buah fikiran, idea mereka. Ini supaya pihak penganjur tidak disalah tanggap tidak membawa yang lain berbincang.

6. Janganlah menjadi 'penunggu' sahaja.

7. Kalau kita di kampung mahu berkenduri, kita selaku tuan rumah atau orang rumah pasti bertungkus-lumus menyedia itu ini, buat itu ini, cakap itu ini bagi memastikan kelancaran majlis.

8. Tak kan lah kita tuan rumah, kita tunggu orang lain pula yang laksana dan jayakan kenduri kita. Kita hanya tahu tengok2 gitu sahaja. Itu pun kalau menengok..

9. Kalaupun jauh dan tiada harapan untuk turut serta, apa salahnya berikan mereka yang ingin beraktiviti tadi sedikit input yang berguna buat mereka apabila diajak. Masing2 punya pengalaman, pengetahuan yang unik dan berbeza antara satu sama lain.

10. Ini dilema bagi mereka yang 'bersemangat waja' untuk membuat apa2 aktiviti bersama sebaiknya.

11. Mungkin satu langkah baru bagi mentransformasikan suasana sekarang amat diperlukan.

12. Dan saya fikir, pihak yang telah diamanahkan secara langsung atau tidak menjadi 'pengemudi' perlu duduk semeja berbincang perkara2 berbangkit.

13. Saya berharap juga perbincangan tersebut tidak disalah faham sebagai, "Mereka2 sahaja yang berbincang", "Itu diorang2 ja tu"..

14. Kikiskan rasa malu untuk menyibuk sama agenda bersama ini.

15. Agenda besar memerlukan sumbangan pengorbanan yang lebih besar dari 'kebesaran' agenda tadi.

Saturday, February 20, 2010

CerPen: Cuti Tahun Baru Cina 2010

Aku baru ja menghabiskan cuti am sempena Tahun Baru Cina 2010 ni. Kepada semua yang meraikan Tahun Baru Cina bersama keluarga, rakan2 dan jemputan, semoga beroleh kegembiraan dan kebahagian kepada anda semua.

Cutiku mula hari sabtu lalu sampai rabu (17hb). Memang kira pendeklah cuti sebab ada kenalan lain yang cuti sampai seminggu. Aku mula kerja khamis (18hb). Jadi kena balik Tenom paling lewat hari selasa. Rabu sebagai backup manatau ada masaalah2 yang tidak diingini berlaku.

Dalam dua hari bekerja dalam minggu ni, memang memenatkan. Sibuk. Rasa penat berjalan jauh masih belum hilang. Minggu depan, mula sibuk dengan MSSSD Tenom. Aku jadi ketua bahagian peralatan dan logistik. Jadi dua hari kelmarin sibuk untuk urusan persediaan. Pagi isnin nanti buat pemeriksaan terakhir lagi di kompleks sukan. Payah bergerak ke sana ke sini bila pengangkutan menjadi isu. Melembapkan produktiviti, ehe.

Apapun, cuti yang singkat kali ni menghadirkan banyak pengalaman yang indah, berguna dan menarik. Ada episod pengalaman itu terasa singkat tapi banyak benda yang dapat dipelajari, ada juga yang singkat tapi rasa macam dah lama berlalu.

Semoga kita semua dapat memanfaatkan masa lapang yang ada dari tugasan2 rasmi. Bukan sahaja makan perlu sedap, dan tidur perlu lena; Hidup juga perlu nikmat, bahagia dan enjoyable dengan cara yang sebaiknya.

Selamat menikmati cuti2 Malaysia..

Monday, February 15, 2010

Panduan ringkas membeli Handphone

1. Kenalpasti tempat atau lokasi pembelian HP anda, Contohnya, kat KL ni, ada banyak tempat untuk kita membeli HP.. Seperti di Sungai Wang, Lowyat, Kotaraya dan Pertama Complex.. Korang kene la bijak memilih tempat2 jualan HP ditempat korang.. Kerana, berdasarkan pemerhatian aku, tempat2 yang lain menyajikan harga HP yang berlainan.. Tapi korang kene hati2 jugak, tempat yang murah tak semestinya bagus.. (Contoh di Pertama Complex, harga HP disitu memang murah, namun kebanyakkan rakan2 saya cerita yang disitu jual HP rekon, dan bile rosak diaorang xmau tanggung walau masih dalam warranty..) So, korang kene bijak dan banyak bertanya orang.. Jangan bodoh sombong dan berani tak bertempat..

Carilah tempat yang ada kedai HP yang banyak, kelebihan2 yang anda boleh perolehi ditempat seperti ini ialah:
a) Dapat harga yang murah dan berpatutan. Kerana persaingan banyak.
b) Dapat mensurvey HP dalam pelbagai jenama dan model.

Tips kedai yang “meyakinkan”:
a) Ramai pengunjung.
b) Tempat tetap:
- Pilih kedai yang shop-lot.
- Jika ingin membeli di tepi2 koridor shopping complex, pastikan anda betul2 yakin.
c) Penjual yang boleh berkerjasama (tak sombong bila bertanya)

2. Kenalpasti dan pilih HP baru anda.
Terdapat pelbagai cara untuk anda memilih model2 HP kesukaan anda.
a) Bertanya kepada kawan2 yang lebih arif @ yang selalu menukar HP.
b) Cuba dan lihat HP rakan2 anda yang sedia ada.
c) Survey HP dipelbagai pusat2 beli belah. (dapatkan pamphlet HP)
d) Pergi ke laman2 web perbandingan HP (Handphone compare).

3. Kenalpasti ciri HP yang anda ingin beli.
Sebelum memilih pelbagai jenis HP yang terdapat dipasaran, anda hendaklah menetapkan ciri2 pilihan yang anda inginkan seperti:
a) Jenama dan Model
b) Tahun / Market status
c) Set HP Original / set AP (Sila berhati2 dengan set HP recon)
d) Kos / Harga
e) Kelebihan HP
- Camera (Berapa megapixel)
- Screen Display (Colour atau x)
- Ciri Hiburan (Poliphonic, True tone, Radio, pemain video dan MP3)
- Memory (Build-in atau card)
- Design*
- System telefon
- Bluetooth, Infrared, JAVA, WIFI, EDGE, 3G, dan USB port

*Design lawa tak semestinya HP tu bagus.

Setelah anda mengetahui beberapa jenama dan model HP yang anda berkenan, anda perlulah memilih kedai yang anda rasa betul2 yakin. Dan, sekarang anda akan berinteraksi bersama tauke kedai tersebut. Ada beberapa tips / soalan yang perlu anda ajukan kepada penjual HP iaitu:

1. Harga yang ditawarkan.
- seelok2nya anda menawar harga terendah dan yang termampu oleh anda, jual mahal sikit!
- Jangan beritahu bulat2 budget anda. Ini kerana, apabila pihak penjual tahu budget anda, mereka akan susah nak kurangkan harga. Cuma beritahu dalam lingkungan harga (contoh: RM450-RM500)

2. Warranty yang diberi:
- Jenis warranty (Shop-warranty dan Factory-warranty)
- Tempoh warranty
- Warranty cover (LCD, Speaker, Software, Bateri atau Full-cover)

3. Eksesori yang disediakan (Headset, Charger, USB cable, CD installer)

4. Memory HP
- Jangan pentingkan harga sahaja, ada penjual yang menaikkan sedikit harga namun menawarkan memory card yang lebih besar kapasitinya. Lebih untung!

5. HP set: set original / set AP / 2nd hand / recon.

6. Kelebihan HP dan kekurangannya**

** Jangan percaya 100% apa yang diberitahu oleh pihak penjual.

Sebelum anda membawa pulang HP berkenaan, sila check sebanyak mana yang mungkin dalam dan luar HP anda seperti:

1. Keadaan HP (Calar, warna, mutu skrin, dan bunyi)

2. Test HP (SMS, in dan out-call, on button, keypad)

3. Pastikan dibahagian dalam HP, terdapat sticker “VOID”.
- Dikhuatiri jika tidak ada sticker ini, bila ada masalah, pihak penjual akan menuduh kita telah mengubah suai atau membuka HP tersebut secara tidak sah.

4. Cap SIRIM, Barcode, tarikh dikilangkan

5. Nombor E-MEI HP tersebut.
- Minta penjual menunjukkan nombor E-MEI melalui HP dan pastikan ianya sama seperti yang tercatit dibelakang HP anda.

6. Periksa perkakasan dan eksesori yang diberikan.
- Check charge berfungsi atau tidak.
- Check memory adakah betul.
- Check headset dan lain2.

Sebelum anda membeli, anda dinasihatkan supaya berjalan2 seketika. Buat lah apa2 alasan seperti ingin mengeluarkan wang di ATM dan sebagainya. Rational dari tindakan ini ialah:

1. Anda boleh mensurvey model HP yang sama di kedai lain.

2. Mungkin anda dapat melihat model yang lebih bagus dari pilihan anda tadi.
Jika ini berlaku, jangan datang semula ke kedai yang anda pergi tadi. (Pastikan anda tidak membayar deposit dahulu atau meninggalkan barangan anda)

Mungkin tips ini tidak lengkap, sebarang penambahan amatlah dialu2kan.. (”,).


Kredit: Namzek@SYok.org
sumber dari : http://www.doctor-phone.com

Saturday, February 13, 2010

Awasi urusniaga di Internet (2.4)


USAH TERTIPU DENGAN SKIM PELABURAN HARAM & SKIM CEPAT KAYA DI INTERNET

Bahagian 3 (Akhir)

3) Pelaburan Internet

HYIP (High Yield Investment Program)

Ini pula adalah kaedah yang paling-paling disukai dan digilai oleh ramai orang, terutamanya rakya Malaysia... . Campak duit!... Goyang Kaki! Cukup bulan.. duit berkepul-kepul masuk ke dalam akaun bank! Nak lagi banyak? Ajak kawan-kawan sekali, jemput semua sekali orang kampung masuk melabur!

Peduli apa pihak penganjur buat dengan duit tersebut?
Peduli apa mereka itu ada lesen ke tidak?
Peduli apa halal ke haram?

Yang penting..... cukup bulan.. CONFIRM dapat untung sekian-sekian peratus!

HYIP, Swisscash, E-Barrel, ABFund dan apa-apa sahaja website yang menjanjikan anda keuntungan tetap, adalah beberapa contoh website yang menawarkan skim PELABURAN INTERNET ini. Mereka tidak mempunyai lesen, dan mengambil deposit daripada masyarakat secara haram.

Inilah kaedah buat duit di internet yang di"HARAM"kan oleh majlis fatwa kebangsaan pada 12 April 2007 lepas. Suatu pelaburan yang dijalankan menerusi internet... atau nama sebenarnya, SKIM CEPAT KAYA ALAF BARU.

Duit yang dilaburkan sebenarnya hanya dipusing-pusingkan. Duit-duit dari pelabur X, Y, Z akan diberikan kepada pelabur-pelabur A, B, C yang merupakan orang-orang yang terawal melabur di dalam pelaburan haram ini. Dan, apabila pelabur-pelabur A, B, C ini mendapat wang keuntungan sepertimana yang dijanjikan oleh penganjur pelaburan haram ini (yang sebenarnya sengaja diberikan untuk menguatkan kepercayaan orang ramai). Maka, akan semakin riuhlah pelabur-pelabur A, B, dan C ini mengkhabarkan yang mereka kononnya telah memperolehi keuntungan yang berlipat ganda dari pelaburan mereka di dalam skim pelaburan haram tersebut.

"Tengoklah berapa banyak duit aku dah dapat hasil daripada pelaburan ini, mana ada tipu? Kalau tipu, takkan aku boleh dapat duit banyak begini?" kata pelabur A

"Sertailah kami, usah dengar kata-kata rakan-rakan anda itu, mereka itu semua melayu yang berfikiran rendah, busuk hati & pendengki! Tidak boleh tengok orang senang sikit! " kata pelabur B

"Haram konon.... boleh jalanlah dengan haram kau! Kalau nak haram.. haramkan semuanya!" kata pelabur C yang cuba menghalalkan perkara yang haram.

Saya tidak mahu bercerita panjang mengenai pelaburan haram ini disini, saya sudah letih, jika anda ingin membaca kupasan lebih lanjut mengenai pelaburan haram ini, anda boleh lawati website-website berikut :-

Apa yang pasti, kini dalang-dalang skim-skim pelaburan haram & cepat kaya ini sedang mencari-cari taktik yang baru untuk meneruskan lagi kegiatan penipuan mereka. Dengar kata, mereka kini sedang sibuk pula membuat website-website pelaburan yang baru, untuk website yang terbaru ini, mereka tidak lagi memberikan pulangan "tetap", tetapi pulangan diberikan, berdasarkan "prestasi" pelaburan pula!. Apabila ditanya, Dimana wang pelabur dilaburkan?.. Mana lesen pelaburan? Mana laporan pelaburan tahunan? "Oh! itu tidak boleh di dedahkan.. itu rahsia strategi pelaburan kami!" alasan ringkas yang mereka berikan untuk sekali lagi memperbodohkan masyarakat.

Nasihat saya kepada anda! Jika ada peluang-peluang buat duit yang ditawarkan kepada anda, lebih-lebih lagi jika mereka meminta wang dari anda (sama ada berbentuk yuran keahlian / wang pelaburan) dan kemudiannya, meminta anda MENCARI ORANG lain untuk membolehkan anda mendapatkan keuntungan yang besar dalam masa yang singkat. Berhati-hatilah...ops! maaf! Bukan berhati-hati.. tetapi larilah jauh-jauh sekuat-kuatnya.

Selidik terlebih dahulu dari mana asalnya wang keuntungan yang anda perolehi itu? Oh! yer... apabila saya menyuruh anda membuat "selidikan" , ia bukanlah bermaksud, membaca segala maklumat yang terdapat di website mereka dan kemudiannya mempercayainya 100%.

Tetapi apa yang saya maksudkan dengan perkataan "selidik" ialah , selidik terlebih dahulu modus operandi mereka, dari mana sumber duit tersebut datang, dan ke mana duit tersebut pergi. Apa yang menyebabkan mereka boleh memberikan anda keuntungan yang tinggi dalam masa yang singkat?. Tetapi jika anda terlalu daif untuk membuat selidikan, tanyalah dan rujuklah kepada rakan-rakan lain yang lebih arif. Dimana hendak mencari rakan-rakan yang lebih arif mengenai topik BUAT DUIT DI INTERNET? , wangcyber.com adalah salah satu tempat yang terbaik.

Pelaburan Forex

Satu lagi pelaburan yang menjadi kegilaan orang ramai pada waktu ini, (terutamanya bekas-bekas mangsa Autosurf & HYIP) ialah pelaburan forex menerusi internet. Untuk makluman anda, pelaburan forex adalah merupakan satu pelaburan yang sangat berisiko tinggi. Malahan, pihak kerajaan serta pihak Bank Negara Malaysia tidak membenarkan mana-mana individu serta syarikat di malaysia untuk menjalankan urusniaga forex ini. Hanya beberapa institusi perbankan sahaja yang dibenarkan dan mempunyai lesen untuk menjalankan urusniaga forex tersebut. Antaranya Bank Islam Malaysia Berhad, Bank Muamalat Malaysia Berhad, Pos Malaysia Berhad dan juga Bank Simpanan Nasional.

Oleh itu, apa yang dilakukan oleh individu-individu yang mempunyai "keghairahan" yang tinggi terhadap pelaburan forex ini , mereka mencari dan menggunakan website-website broker dari luar negara untuk menjalankan urusniaga forex mereka.

Namun begitu, apa yang mereka tidak sedar, kebanyakkan website-website broker tersebut adalah scam dan tidak berlesen.

Jadi, kepada mereka yang "keghairahan" sudah tidak boleh ditahan-tahan lagi daripada bermain forex, berhati-hatilah apabila anda ingin memilih website-website broker untuk melabur di dalam forex.

Pelaburan Saham di Bursa Malaysia menerusi Internet

Bank-bank di malaysia seperti Maybank, CIMB , RHB dan lain-lainnya telah melangkah setapak lagi di dalam mengoptimunkan penggunaan internet di dalam perniagaan mereka. Ini kerana, bank-bank tersebut, telah berjaya menyediakan kemudahan kepada pelanggan-pelanggannya melakukan urusan jual beli saham di Bursa Malaysia hanya melalui internet , menerusi laman web mereka.

Untuk menjalankan urusniaga (bermain) saham di Bursa Malaysia menerusi internet ini, anda perlu membuka akaun perdagangan (Trading & CDS Account) anda dimana-mana cawangan bank Maybank / CIMB / RHB berdekatan anda.

Namun begitu, perlu difahami, pelaburan saham di Bursa Malaysia mempunyai risiko yang agak tinggi juga. Jadi, pastikan anda mempunyai ilmu yang secukupnya sebelum melaburkan wang anda di pasaran saham tersebut.

Pelaburan saham ini tidak ada kaitannya dengan "PELABURAN INTERNET" yang telah saya nyataan di atas, ia adalah pelaburan saham yang biasa di Bursa Malaysia, cuma kini, semua urusniaga jual beli saham tersebut, boleh dilakukan menerusi internet.

Jadi, pelaburan saham di bursa malaysia yang dijalankan menerusi internet ini bolehlah dikatakan selamat & benar, kerana anda melabur di Bursa Malaysia yang sememangnya sudah diiktiraf urusniaganya oleh bank negara malaysia.

Pautan asal: http://www.zaharuddin.net/content/view/485/100/

Saya rasa, penerangan dalam artikel ini adalah memadai bagi 'Dummies'. Ianya padat dan punya contoh yang jelas. Saya harap, para pembaca dapat berkongsikan hal ini kepada rakan2 yang lain kerana saya yakin sebahagian besar daripada kita (belia/remaja) ini 'terjebak' di dalam aktiviti yang no.2, iaitu Program Internet untuk menambah pendapatan dan berangan2 menjadi bilion-wan dengan cara memperdaya dan menipu orang tanpa mereka sedari atau buat2 tidak sedar lagi..

Thursday, February 11, 2010

Awasi urusniaga di Internet (2.3)


USAH TERTIPU DENGAN SKIM PELABURAN HARAM & SKIM CEPAT KAYA DI INTERNET

Bahagian 3


2) Program Internet

Kaedah kedua untuk membuat duit di internet adalah melalui program-program internet.Kaedah ini adalah lebih mudah untuk dilakukan jika dibandingkan dengan kaedah yang pertama iaitu "membina perniagaan internet".

Program internet ini pula. boleh dikategorikan kepada beberapa jenis, iaitu :-

  • Program Pengiklanan
    • Google Adsense
    • Text-Links-Ads
    • Bidvertiser
    • Nuffnang
    • Advertlets
  • Program Affiliate
    • Clickbank
    • Commision Junction
    • PayDotCom
    • Amazon.com

  • Internet MLM
  • Get Paid To Program
    • Get Paid to Read Email
    • Get Paid to Surf
    • Get Paid to Survey
  • Randomizer
  • Forced Matrix

Nota : Hijau - Boleh Dipercayai , Oren - Perlu Berhati-hati , Merah - Lari jauh-jauh.

Program Pengiklanan

Program pengiklanan seperti google adsense, bidvertiser, text-link-ads , nuffnang dan yang lain-lain, adalah merupakan sebuah program pengiklanan yang menghubungkan antara "pihak penerbit iklan" dengan "pihak pembeli iklan". Jika anda ingin membuat duit di internet menerusi program pengiklanan ini, anda perlulah menjadi pihak "Penerbit Iklan", atau lebih dikenali sebagai "Publisher".

Sebagai seorang "publisher", anda dikehendaki untuk menyediakan sedikit ruang di website anda, untuk diletakkan iklan-iklan dari program-program pengiklanan yang anda sertai. Pihak penganjur program pengiklanan seperti google, text-links-ads, bidevrtiser dan sebagainya, akan membayar anda berdasarkan kaedah yang ditetapkan, iaitu sama ada mengikut bilangan klik , bilangan paparan atau pun mengikut kiraan hari berapa lama iklan tersebut di paparkan di website anda.

Duit yang digunakan untuk membayar anda itu pula, sebenarnya, bukanlah datang dari pihak penganjur, tetapi duit-duit tersebut, sebenarnya datang dari pihak-pihak pembeli iklan (pihak-pihak yang ingin mengiklankan website/produk mereka). Jadi, disini, jelas dapat di lihat dari mana sumber datangnya duit tersebut dan kemana ia disalurkan. (Dari poket pembeli iklan, ke penganjur program, dan seterusnya ke poket anda, kerana sudi memaparkan iklan mereka).

Program Affiliate

Di dalam perniagaan konvensional, ada sesetengah pemilik perniagaan yang melantik jurujual-jurujual serta agen-agen untuk membantu mereka mempromosikan serta menjual produk mereka kepada orang ramai. Agen-agen yang berjaya membuat jualan pula, akan diberikan sedikit komisyen hasil daripada harga jualan produk tersebut.

Di internet, jurujual-jurujual serta agen-agen ini, dipanggil "affiliate".

Manakala, program affiliate pula, ialah sebuah program yang disediakan oleh pemilik-pemilik website perniagaan, bagi melantik individu-individu seperti anda untuk menjadi agen mereka. Proses pendaftaran sebagai agen kepada sesebuah program affiliate ini biasanya adalah percuma. Anda tidak akan dikenakan sebarang bayaran untuk mendaftar sebagai agen mereka.

Setelah mendaftar sebagai agen di dalam sesebuah program affiliate, anda akan dibekalkan dengan satu URL yang mempunyai ID anda. Tugas anda, hanyalah mempromosikan URL tersebut. Apabila ada orang yang meng"klik" pada URL anda dan kemudiannya, membeli produk yang dijual di website tersebut, anda akan diberikan komisyen.

Itulah penerangan ringkas mengenai program affiliate, anda mendaftar sebagai agen di sesebuah website yang menjalankan "perniagaan internet", dan kemudiannya, mempromosikan URL affiliate ID anda. Jika ada pembeli, anda akan diberikan komisyen.

Satu ciri utama yang perlu anda tahu tentang program affiliate ialah, program affiliate yang sah tidak mempunyai banyak tingkat (tier). Maksimun tingkat (tier) yang dibenarkan untuk program affiliate hanyalah 2 tingkat (2nd tier) sahaja. Ini kerana, program affiliate lebih mengutamakan kepada jualan produk dan komisyen yang diberikan juga adalah berdasarkan hasil bilangan jualan produk, dan bukannya dari bilangan "downline" yang diperolehi. Jadi, jika ada website yang mendakwa mereka menjalankan program affiliate dan peringkat (tier) affiliate mereka lebih dari 2, iaitu kadangkala sehingga mencecah 5-8 peringkat. Usah sertai! Itu adalah skim piramid yang cuba memperbodohkan anda dengan istilah "Affiliate Program" .

Internet MLM

Kini, Industri MLM "Multi-Level-Marketing" juga tidak ketinggalan untuk menggunakan internet sebagai sebuah medium pemasaran. Banyak syarikat-syarikat MLM yang telah mempunyai website mereka sendiri serta turut menyediakan kemudahan pejabat secara maya untuk kegunaan ahli-ahli mereka.

Namun begitu, industri MLM pada masa kini sudah agak parah, ini kerana banyak syarikat-syarikat MLM telah dijangkiti oleh skim-skim piramid yang seringkali menggunakan "lesen AJL" untuk sesebuah syarikat MLM sebagai topeng mereka.

Komisyen yang sepatutnya dibayar berdasarkan "jualan produk" kini sudah ditukar dan dibayar berdasarkan "bilangan agen baru" yang dapat ditaja. Jadi, tidak hairanlah jika dilihat, mengapa penggiat-penggiat MLM masa kini, bermati-matian mencari ahli baru untuk di jadikan downline mereka daripada memasarkan & menjual produk-produk keluaran syarikat MLM itu sendiri.

Ayat-ayat jualan yang sepatutnya menerangkan tentang keistimewaan produk seperti "Produk ini berkualiti! berkhasiat dan dijamin halal" kini ditukar kepada "Jadilah jutawan MLM tanpa perlu menjual produk, tanpa perlu membuat "maintain" bulanan dan juga tanpa perlu datang mesyuarat setiap minggu!", "Hanya perlu daftar jadi ahli dengan yuran RMXXX dan cari 2-3 orang rakan sahaja! dan anda akan menjadi jutawan dalam masa beberapa bulan!"

Jadi, berhati-hati lah jika anda ingin menyertai mana-mana syarikat MLM di zaman ini, mempunyai "Lesen AJL" dari kementerian perdagangan sahaja belum mencukupi untuk membuktikan mereka adalah sebuah syarikat MLM yang tulen. Ini kerana, banyak syarikat-syarikat MLM yang mengemukakan pelan pemasaran yang berbeza sewaktu mereka ingin memohon lesen dari kementerian. Selepas dapat lesen, lain pula pelan pemasarannya. Sebab itulah, anda boleh lihat, pelan pemasaran yang diterangkan di dalam ceramah-ceramah mereka amat berbeza sekali dengan pelan pemasaran yang tercatat di dalam booklet keahlian mereka.

Saya pernah menulis dengan panjang lebar mengenai "Skim Piramid yang bertopengkan MLM" ini, untuk bacaan lebih lanjut, anda boleh lihat disini http://www.wangcyber.com/forum/showpost.php?p=2657&postcount=2

Program "Get Paid To..." (GPT)

Ini satu lagi kaedah buat duit di internet, tetapi terus terang saya katakan, program-program ini, kebanyakkannya adalah tipu dan hanya akan membuang masa anda. Ada sesetengah programGPT ini, yang menawarkan anda sehingga USD100 untuk anda membaca setiap email yang dihantar. Usah mudah percaya dan kelabu mata, tanya dulu.. "Dari mana mereka dapat duit untuk membayar USD 100 kepada anda bagi setiap email?". Dari pihak pengiklan? Maaf cakap, tapi dalam dunia perniagaan, tiada peniaga yang sebodoh itu yang sanggup membayar USD100 kepada setiap orang yang membaca email iklan mereka.

Tujuan sebenar penganjur program-program "get paid to.." ini sebenarnya hanyalah untuk mendapatkan alamat email anda dan kemudiannya menjualkannya kepada pihak-pihak yang tidak bertanggungjawap. Akibatnya, inbox email anda akan menerima banyak email-email SPAM (email tidak diundang) yang mengandungi iklan-iklan seperti viagra, pil ectasy, dadah, website lucah, software murah serta seseorang yang mendakwa dirinya pentadbir harta kerajaan nigeria yang baru sahaja kematian raja.

Jadi, usah membazirkan masa anda dengan program-program seperti ini. Tiada orang yang menjadi kaya hasil menyertai program-program seperti ini.

Program Randomizer

Ini pula satu program buat duit di internet yang menggabungkan "skim cepat kaya" & "program perjudian". Untuk membuat duit dari program ini, anda perlu "menderma" dan sekaligus mendaftar sebagai ahli mereka, dan kemudiannya, anda dikehendaki mencari rakan yang lain untuk turut "menderma" (menjadi mangsa) ke dalam program ini.

Kepada siapa wang anda perlu di"derma"kan? Pertama, kepada penganjur program tersebut, kedua.. kepada individu yang menjemput anda untuk menyertai program ini.. dan ketiga... kepada mana-mana ahli yang akan dipilih secara rawak oleh sistem. Ikut nasib... kalau nama anda terpilih, maka dapatlah duit.. kalau tidak.. cari lagi "mangsa" yang lain.

Program Forced Matrix

Ini pula skim piramid yang dijalankan di internet secara terang-terangan. Tetapi ramai yang tertipu dengan perkataan "forced matrix" yang digunakan, konon-kononnya, ianya adalah sebuah program yang canggih, maklumlah namanya pun sudah canggih. Hakikatnya, ianya adalah skim piramid. Di dalam program forced matrix ni, mangsa dikehendaki membayar duit sebagai ahli dan kemudiannya mencari 2-10 orang untuk dijadikan downline mereka. Mereka akan menyusun 5 orang pada level 1 dibawah mereka, setelah lengkap level 1 dengan 5 orang mangsa, maka mangsa yang ke-6 akan diletakkan di level ke-2 pula, pada level kedua ini, mereka perlu mencari seramai 25 orang mangsa. Begitulah seterusnya, semakin banyak level, semakin banyaklah mangsa yang diperlukan. Apa yang ahli-ahli program forced matrix ini tidak sedar ialah, program ini sebenarnya akan menjadi tepu pada level yang ke-13, itu pun jika seluruh penduduk dunia menyertainya. Tetapi, selalunya, ia akan tepu pada level yang ke 6 & 7. Mengapa? sebabnya.. tidak ramai orang-orang yang "bodoh" di internet yang mahu menyertai program-program seperti ini. Yang peliknya, mereka yang kurang bijak yang menyertai skim ini akan berkata "Tidak mengapa! Kita perlu berusaha dengan lebih kuat lagi mempromosikan program ini, insyallah... segala usaha kita akan berhasil!"... Usaha apanya? Program dah tepu... nak usaha apa lagi?

Berikut adalah ilustrasi susunan ahli skim piramid yang digunakan oleh program "forced matrix 5″

Apabila program ini tepu pada level ke 6 (sebab tiada lagi orang "kurang pandai" yang dapat diperdayakan) , maka, 55,944 orang akan rugi (level 3-6) dan hanya 42 orang sahaja yang akan untung (level 1 - 2). Jadi, nasihat saya, jauhkan diri anda dari program-program seperti ini, ini kerana, anda tidak akan tahu di level mana anda berada apabila anda menyertai program tersebut.

Bersambung...

Tuesday, February 09, 2010

Awasi urusniaga di Internet (2.2)


USAH TERTIPU DENGAN SKIM PELABURAN HARAM & SKIM CEPAT KAYA DI INTERNET

Bahagian 2

1) Perniagaan Internet

Satu kaedah yang paling pasti untuk membolehkan anda membuat duit di internet adalah dengan menjalankan perniagaan anda di internet. Perniagaan internet tidak jauh berbeza konsepnya dengan perniagaan konvesional. Anda masih memerlukan produk untuk dijual dan memerlukan pelanggan untuk membeli. Apa yang berbeza hanyalah proses transaksi urusniaga tersebut, dimana, transaksi tersebut dijalankan secara online. Pihak pembeli dan penjual tidak bersemuka dan berada beribu-ribu batu jauhnya.

Perniagaan internet pula boleh dibahagikan kepada 2 bentuk. Iaitu , sama ada "perniagaan yang berasaskan" produk ataupun "perniagaan yang berasaskan perkhidmatan".

Perniagaan Berasaskan Perkhidmatan

Antara contoh-contoh perniagaan internet yang berasakan perkhidmatan adalah seperti :-

  • Perkhidmatan rekabentuk grafik (logo, banner, cover ebook)
  • Perkhidmatan membina website
  • Perkhidmatan memasang perisian.
  • Perkhidmatan webhosting
  • Perkhidmatan menulis & menterjemah artikel

Perniagaan Berasaskan Produk

Bagi perniagaan internet yang berasaskan produk pula, ia boleh dibahagikan kepada 2 jenis produk. Iaitu, sama ada produk fizikal ataupun produk digital.

Antara contoh perniagaan-perniagaan internet yang berasaskan produk adalah seperti:-

Produk Fizikal

  • Menjual Tikar
  • Menjual Alat Penjimatan Eletrik
  • Menjual Buku
  • Menjual Peta
  • Menjual Model Kapal Terbang
  • Menjual Menjual CD multimedia
  • Menjual CadarProduk Digital
  • Menjual Ebook
  • Menjual Perisian-perisian
  • Menjual MP3 ceramah-ceramah pembelajaran.
  • Menjual Gambar-gambar/ grafik profesional
  • Menjual video-video tutorial
  • dan bermacam-macam lagi...

Perniagaan-perniagaan internet seperti ini adalah benar dan jarang sekali ada yang menipu. Jika ada yang menipu pun peratusannya agak kecil (Sama seperti perniagaan konvensional, ada juga peniaga-peniaga yang melakukan penipuan di dalam perniagaan mereka.). Peniaga internet menggunakan internet dengan sepenuhnya untuk memasarkan produk-produk mereka. Jadi! adakah mustahil untuk anda membuat duit di internet dengan melakukan perniagaan di internet? Sudah pastinya tidak mustahil sama sekali. Anda BOLEH buat duit di internet dengan menjalankan PERNIAGAAN Internet!

Perniagaan di internet adalah sama seperti perniagaan konvensional. Rukunnya sama.. ada penjual, ada pembeli dan ada produk. Di dalam Perniagaan Internet.... tiada istilah labur duit, goyang kaki dan kemudiannya jadi kaya.

Untuk membina sebuah perniagaan internet yang berjaya bukanlah sesuatu yang terlalu mudah. Ia memerlukan usaha yang gigih dan juga ilmu pengetahuan yang tinggi, terutamanya ilmu-ilmu yang berkaitan dengan dunia perniagaan. Untuk membina sebuah perniagaan internet yang berjaya, anda perlu mempunyai ilmu mengenai "Niche Market Research", "Product Development", "Web Development", "Internet Marketing", "Search Engine Optimization(SEO)", "Sales Letter Writing ", "Web Credibility", "Traffic Generation" dan bermacam-macam lagi ilmu yang perlu dipelajari dan diketahui..... Membangunkan perniagaan internet, bukanlah semudah membangunkan website dan meletakkannya di internet sahaja.. ia lebih dari itu. Jadi, sememangnya tiada istilah "Duduk Diam Dapat Duit" di dalam dunia perniagaan internet.

Jika anda berminat untuk mendalami serta berkongsi ilmu tentang cara-cara membina perniagaan di internet yang betul, sertailah komuniti kami di http://www.wangcyber.com%20/, banyak tips-tips serta ilmu yang membincangkan tentang cara-cara membina perniagaan internet yang berjaya dikongsikan di website tersebut.

Bersambung...

Sunday, February 07, 2010

Awasi urusniaga di Internet (2.1)

Pada siri pertama yang lalu, saya memulakan topik menyentuh 'sisi gelap' urusniaga di Mudah.my. Sila lihat catatan blog saya untuk membaca tulisan (siri 1) tersebut.

Untuk siri kali ni, saya ingin berkongsi kepada semua mengenai urusniaga di internet yang melibatkan penjanaan wang. Dengan nama 'nikmatnya' yang lain; Program Buat Duit Terhebat & bla bla bla di Internet.

Tidak cukup pengalaman saya untuk mengupas sedalamnya isu ini. Paling2 pun yang saya terlibat, ialah bisnes top-up. Setelah 'mengeksperimen' beberapa 'syarikat' yang menawarkan bisnes ini, akhirnya saya kekal setia dengan satu laman sahaja iaitu Eloadonline.biz. Yang lain seperti Prepaid4u.net/com, mastereload.com, easytopup.com dll, telahpun saya ucapkan selamat tinggal Juliet.

Untuk isu kali ni, saya bahagikan kepada tiga bahagian. Semua bahagian ini asalnya dari satu artikel yang saya jumpa di Zaharuddin.net. Tapi ianya ditulis oleh Mohd. Suhaimy a.k.a Shuth. Saya kenal Shuth ini kerana saya pernah membeli produk digital beliau iaitu E-Book "Maskahwin Yang Hilang" (Ooupsz..! xD) dan pernah menyertai program affiliate beliau. Promo E-Book tu lah, ehe..

Baiklah, tanpa melengahkan masa mari kita ke bahagian yang pertama...




USAH TERTIPU DENGAN SKIM PELABURAN HARAM & SKIM CEPAT KAYA DI INTERNET

Bahagian 1

Kepada rakan yang dikasihi..

Pada 12 April 2007 yang lalu, majlis fatwa kebangsaan telah sebulat suara memutuskan, bahawa pelaburan internet adalah haram di sisi agama islam. Kenyataan ini telah serba sedikit menggembirakan saya, kerana sejak dahulu lagi telah saya ketahui, skim-skim pelaburan yang dijalankan di internet ini sebenarnya adalah merupakan skim ponzi alaf baru yang hanya bertujuan untuk menipu masyarakat yang sememangnya terlalu mudah percaya dengan angan-angan untuk menjadi kaya dengan cepat.

Pengharaman tersebut juga telah serba sedikit menyedarkan beberapa pihak yang telah terjebak ke dalam perangkap skim pelaburan tipu tersebut untuk cepat-cepat kembali ke jalan yang betul dan mengeluarkan diri mereka dari terus hanyut dan menjadi barua kepada komplot penipuan tersebut.

Ditambah pula dengan liputan-liputan serta pendedahan yang dilakukan oleh pihak media, maka, semakin ramailah masyarakat yang tersedar dan mula berhati-hati dengan peluang-peluang membuat duit melalui inernet ini.

Namun begitu, sesuatu yang sedikit mengecewakan. Ramai masyarakat yang terkeliru dengan istilah PELABURAN INTERNET dengan PERNIAGAAN INTERNET. Pada mereka, apa-apa sahaja perkara yang berkaitan dengan "Buat Duit di Internet" adalah tipu dan tidak boleh dipercayai. Lebih menyedihkan lagi, bukan masyarakat biasa sahaja yang terkeliru dengan 2 perkara ini, malah pihak-pihak yang dianggap sebagai pihak yang handal ICT, seperti Pusat Keselamatan Siber Malaysia juga turut terkeliru mengenainya.

Membuat duit atau menghasilkan pendapatan melalui internet sebenarnya bukanlah sesuatu yang mustahil. Malah terdapat ramai individu-individu di dunia amnya dan di Malaysia khususnya, telah berjaya menghasilkan duit yang banyak menerusi internet. Antara nama yang paling dikenali ramai adalah Dr. Irfan Khairi . Beliau, telah berjaya menjadi jutawan dengan hanya menjalankan perniagaan di internet.... diulangi.. PERNIAGAAN INTERNET.... atau perlukah saya mengejakannya? P . E . R . N . I . A . G . A . A . N ... bunyinya apa?... PERNIAGAAN ... (pandainyeeeee~~~ anak sapa ni~~?)

Untuk memberikan lebih kefahaman tentang "KAEDAH-KAEDAH SEBENAR BUAT DUIT DI INTERNET " , izinkan saya menjelaskannya kepada anda. Diharapkan anda dapat melapangkan dada dan mengosongkan fikiran anda terlebih dahulu dari segala tanggapan-tanggapan serta cerita-cerita yang pernah anda dengar sebelum ini tentang "BUAT DUIT DI INTERNET".

Secara keseluruhannya, terdapat 3 kaedah / cara membuat duit di internet, iaitu :-

  1. Perniagaan Internet(Hijau)
  2. Program Internet (Oren)
  3. Pelaburan Internet (Merah)

Nota : Hijau - Boleh Dipercayai , Oren - Perlu Berhati-hati , Merah - Lari jauh-jauh.

Bersambung...

Saturday, February 06, 2010

Awasi urusniaga di Internet (1)

Lama benar rasanya tidak menggunakan penulisan sendiri di blog ini. Mungkin sebab sifat malas melanda di tengah2 arus kesibukan. Sebab tu copy-paste pos orang dan muat naik gambar2 ja, ehe.

Penulisan kali ni, buat ringkas dan santai ja. Pada mulanya, mo buat pos sambungan untuk "Cetusan Idea: Mari 'Mengumpat' " tu. Tapi, bahan nda cukup pula. Belum lagi fokus isu bina ladang babi di Kudat (tulis dari sudut undang2 Alam Sekitar). Penulisan sebegini perlukan fakta konkrit disamping olahan yang menarik sebaik mungkin. Ini memakan sedikit masa.

Ok untuk isu kali ni, terdetik pla mo kongsi pandangan peribadi pasal perniagaan di internet. Macam biasa, saya suka buat 'bertahap2' supaya boleh sambung di lain masa. Selagi badan dikandung nyawa..

Perniagaan di Internet merupakan aktiviti jual-beli yang berlaku secara maya (virtual?). Hampir semua peringkat dalam aktiviti ini dilakukan atau berlangsung di internet.

Aktiviti ini boleh mengundang kebaikan dan keburukan. Setakat saya berurusan yang melibatkan duit di internet ini, baru sekali saya merasa tertipu dengan urusniaga yang dilakukan. Syarikat tersebut meminta bayaran deposit untuk memproses permohonan kerja. Murah ja. RM10.

Yang lain seperti beli produk dan urusniaga bank, ianya positif. Saya pernah beli produk secara online (produk adalah rahsia.. ;>) dan ianya sampai seperti yang dijanjikan. Ini contoh perkhidmatan yang bagus dan baik. Urusniaga seperti ini menjimatkan banyak perkara. Cuma, saya tidak pasti jika urusniaga begini perlukan lesen juga. Lesen dari pihak2 tertentu yang berkewajipan.

Potensi berniaga di internet memang besar. Ini antara manfaat arus globalisasi. Anda boleh jual produk dari kampung kepada orang di kota raya. Asalkan produk menarik, dan perkhidmatan bagus.

Salah satu contoh laman web tempatan yang menjadi tumpuan penjual dan pembeli ialah Mudah.my. Sebelum ini, ada satu laman lagi iaitu Alibaba.com.my. Saya belum google untuk latar belakang laman2 ini.

Mudah.my memang memudahkan. Ianya kemas dan menarik. Apa yang perlu ditingkatkan lagi ialah, tahap keselamatan (security essential) dan butiran maklumat yang tepat serta dikemaskini. Ramai di antara pengiklan bersikap kurang sedikit jujur di dalam iklan mereka.

Hari ini, telahan saya mengenai aspek keselamatan urusniaga di Mudah.my 'dibuktikan'. Ketika asyik melayari internet, saya terjumpa satu laman yang menghimpun nama2 'wanted' atau 'blacklist' di Mudah.my.

http://www.scammeralert.info/

Laman ni menghimpunkan info2 mengenai scammer, spammer, fraud dan website yang mengundang hacker, cracker, phishing, dan hijacked. Sila google untuk memahami maksud label2 ini.

Ada baiknya para pembaca berkongsikan hal ini kepada yang lain sebagai makluman atau peringatan.

Dalam siri yang seterusnya, saya akan cuba untuk mengupas secara umum operasi menjana wang di internet yang semakin 'subur'. Saya tidak mahir dalam selok belok modus operandi fenomena ini. Saya hanya berkongsi pandangan secara umum sahaja buat renungan bersama. Ohya, mungkin tajuk ni sesuai untuk pos "Cetusan Idea..." tu.. Emm, tengoklah nanti camna, ehe..

Friday, February 05, 2010

Tips ringkas menjaga (maintain) laptop dan bateri laptop

Laptop kini menjadi pilihan utama bagi kebanyakan pengguna internet dalam membantu berbagai-bagai aktiviti sehari-hari mereka. Ini adalah semestinya kerana saiznya yang kecil dan sifatnya yang portable. Meskipun demikian, ternyata tidak semua pemilik ataupun pengguna laptop tahu bagaimana untuk menjaga laptop dan baterinya dengan baik dan betul.

Antara masalah yang dihadapi oleh sebahagian besar pemilik laptop adalah suhu laptop atau bateri menjadi panas, laptop tiba-tiba hang, laptop mati ketika digunakan dan banyak lagi masalah-masalah yang dihadapi.

Dalam post terdahulu saya ada memberikan tips membeli laptop, kini saya ingin berkongsi pula dengan anda tips menjaga (maintain) laptop dan bateri laptop.

1. Bateri laptop boleh menjadi panas dalam penggunaan normal sekalipun. Jangan gunakan laptop sambil diletakkan di pangkuan anda.

2. Ketika menggunakan laptop, hindari meletakkan laptop pada permukaan yang lembut, seperti diatas sofa, katil atau karpet. Sebab permukaan seperti itu akan menganggu aliran udara di bagian bawah laptop dan boleh menjadikan laptop overheating.

3. Mencegah sentuhan pada ketika kedudukan bateri yang longgar dengan berbagai jenis objek metal seperti pengepit kertas, duit syiling dan sebagainya.

4. Jangan sampai terjadi tekanan yang berlebihan yang diakibatkan oleh terjatuh, terhantuk, terhimpit ataupun tertumpuk oleh benda berat di laptop atau bateri laptop.

5. Jangan meletakkan laptop di tempat yang boleh menjadi sangat panas, seperti di bawah terik matahari ataupun di dalam kereta yang diletakkan cukup lama di kawasan parking waktu siang hari yang panas.

6. Basah atau terkena air adalah hal yang harus dihindari dari laptop ataupun baterinya. Meskipun nantinya ia akan mengering dan dapat berfungsi normal, circuit di dalam laptop ataupun bateri secara perlahan-lahan akan berkarat dan akan mempengaruhi tahap daya ketahanannya.

7. Pastikan Anda memahami cara menggunakan, menyimpan dan men-charge bateri dan laptop yang telah ditulis di dalam buku manual.

Semoga tips kali ini memberi manfaat kepada kita semua


Kredit: Namzek@Syok.org

Sumber dari : http://www.amzanimokhtar.com