Paparan Paling Seksi Sakti | Skrin 1280 x 800 | Browser Mozilla Firefox | OS Ubuntu Linux

FIDE WOMENS WORLD CHESS CHAMPIONSHIP 2017 (TEHRAN)

Saturday, February 06, 2010

Awasi urusniaga di Internet (1)

Lama benar rasanya tidak menggunakan penulisan sendiri di blog ini. Mungkin sebab sifat malas melanda di tengah2 arus kesibukan. Sebab tu copy-paste pos orang dan muat naik gambar2 ja, ehe.

Penulisan kali ni, buat ringkas dan santai ja. Pada mulanya, mo buat pos sambungan untuk "Cetusan Idea: Mari 'Mengumpat' " tu. Tapi, bahan nda cukup pula. Belum lagi fokus isu bina ladang babi di Kudat (tulis dari sudut undang2 Alam Sekitar). Penulisan sebegini perlukan fakta konkrit disamping olahan yang menarik sebaik mungkin. Ini memakan sedikit masa.

Ok untuk isu kali ni, terdetik pla mo kongsi pandangan peribadi pasal perniagaan di internet. Macam biasa, saya suka buat 'bertahap2' supaya boleh sambung di lain masa. Selagi badan dikandung nyawa..

Perniagaan di Internet merupakan aktiviti jual-beli yang berlaku secara maya (virtual?). Hampir semua peringkat dalam aktiviti ini dilakukan atau berlangsung di internet.

Aktiviti ini boleh mengundang kebaikan dan keburukan. Setakat saya berurusan yang melibatkan duit di internet ini, baru sekali saya merasa tertipu dengan urusniaga yang dilakukan. Syarikat tersebut meminta bayaran deposit untuk memproses permohonan kerja. Murah ja. RM10.

Yang lain seperti beli produk dan urusniaga bank, ianya positif. Saya pernah beli produk secara online (produk adalah rahsia.. ;>) dan ianya sampai seperti yang dijanjikan. Ini contoh perkhidmatan yang bagus dan baik. Urusniaga seperti ini menjimatkan banyak perkara. Cuma, saya tidak pasti jika urusniaga begini perlukan lesen juga. Lesen dari pihak2 tertentu yang berkewajipan.

Potensi berniaga di internet memang besar. Ini antara manfaat arus globalisasi. Anda boleh jual produk dari kampung kepada orang di kota raya. Asalkan produk menarik, dan perkhidmatan bagus.

Salah satu contoh laman web tempatan yang menjadi tumpuan penjual dan pembeli ialah Mudah.my. Sebelum ini, ada satu laman lagi iaitu Alibaba.com.my. Saya belum google untuk latar belakang laman2 ini.

Mudah.my memang memudahkan. Ianya kemas dan menarik. Apa yang perlu ditingkatkan lagi ialah, tahap keselamatan (security essential) dan butiran maklumat yang tepat serta dikemaskini. Ramai di antara pengiklan bersikap kurang sedikit jujur di dalam iklan mereka.

Hari ini, telahan saya mengenai aspek keselamatan urusniaga di Mudah.my 'dibuktikan'. Ketika asyik melayari internet, saya terjumpa satu laman yang menghimpun nama2 'wanted' atau 'blacklist' di Mudah.my.

http://www.scammeralert.info/

Laman ni menghimpunkan info2 mengenai scammer, spammer, fraud dan website yang mengundang hacker, cracker, phishing, dan hijacked. Sila google untuk memahami maksud label2 ini.

Ada baiknya para pembaca berkongsikan hal ini kepada yang lain sebagai makluman atau peringatan.

Dalam siri yang seterusnya, saya akan cuba untuk mengupas secara umum operasi menjana wang di internet yang semakin 'subur'. Saya tidak mahir dalam selok belok modus operandi fenomena ini. Saya hanya berkongsi pandangan secara umum sahaja buat renungan bersama. Ohya, mungkin tajuk ni sesuai untuk pos "Cetusan Idea..." tu.. Emm, tengoklah nanti camna, ehe..

No comments:

Post a Comment

Saya mengalu-alukan komentar anda semua. Terima Kasih!