Paparan Paling Seksi Sakti | Skrin 1280 x 800 | Browser Mozilla Firefox | OS Ubuntu Linux

FIDE WOMENS WORLD CHESS CHAMPIONSHIP 2017 (TEHRAN)

Sunday, February 21, 2010

Keperluan transformasi baharu

1. Saya tidak tahu jika banyak kelemahan dan kesilapan 'teknik' dalam cubaan menarik perhatian dan mood rakan2 lain untuk masuk bersama ke medan perbincangan, terutamanya bagi hal reunion SMATS.

2. Mungkin saya tidak sedar dan 'lembap' dalam mengurus segala kelemahan dan kesilapan tadi.

3. Telah dan selalu sampai kepada saya dalam beberapa bulan kebelakangan ini ura2 dan kehendak2 untuk ber-reunion, beraktiviti khas bersama. Ada yang berjaya dilaksanakan, ada yang bakal dilaksanakan.

4. Apa yang menyedihkan, bila seseorang membuka topik atau cadangan untuk buat itu ini, maka si pembuka bicara itulah ditanggapi sebagai 'Pengarah Projek' lantaran cadangannya tadi. Lagi menyedihkan, bila ada sudah orang yang sanggup dan bersedia untuk bergerakerja, mereka kekurangan dan ketandusan idea menyeluruh dari yang lain.

5. Sudahlah kurang orang, idea menyeluruh lagilah kurang. Yang sedia ada memang punya idea tapi bukankah lebih baik jika masing2 dapat menyuarakan sebarang bentuk buah fikiran, idea mereka. Ini supaya pihak penganjur tidak disalah tanggap tidak membawa yang lain berbincang.

6. Janganlah menjadi 'penunggu' sahaja.

7. Kalau kita di kampung mahu berkenduri, kita selaku tuan rumah atau orang rumah pasti bertungkus-lumus menyedia itu ini, buat itu ini, cakap itu ini bagi memastikan kelancaran majlis.

8. Tak kan lah kita tuan rumah, kita tunggu orang lain pula yang laksana dan jayakan kenduri kita. Kita hanya tahu tengok2 gitu sahaja. Itu pun kalau menengok..

9. Kalaupun jauh dan tiada harapan untuk turut serta, apa salahnya berikan mereka yang ingin beraktiviti tadi sedikit input yang berguna buat mereka apabila diajak. Masing2 punya pengalaman, pengetahuan yang unik dan berbeza antara satu sama lain.

10. Ini dilema bagi mereka yang 'bersemangat waja' untuk membuat apa2 aktiviti bersama sebaiknya.

11. Mungkin satu langkah baru bagi mentransformasikan suasana sekarang amat diperlukan.

12. Dan saya fikir, pihak yang telah diamanahkan secara langsung atau tidak menjadi 'pengemudi' perlu duduk semeja berbincang perkara2 berbangkit.

13. Saya berharap juga perbincangan tersebut tidak disalah faham sebagai, "Mereka2 sahaja yang berbincang", "Itu diorang2 ja tu"..

14. Kikiskan rasa malu untuk menyibuk sama agenda bersama ini.

15. Agenda besar memerlukan sumbangan pengorbanan yang lebih besar dari 'kebesaran' agenda tadi.

3 comments:

  1. yeah!!aku sokong..cuma skg ja ni aku perlu lebih masa untuk fyp aku, sampai malam kena jaga bakteia..so pa2 hal sal reunion kami tu,aku on ja, and pas abis suma2 fyp aku baru aku ada kelapangan untuk menyumbang sedikit sbyk..aiseh,terasa juga aku en3 mu ni memandangkan mlm dorg mo br'ym' bncng hal ni aku pulak sibuk di lab:(

    ReplyDelete
  2. Ehe.. Rasalah kau nikmat FYP, hua2.

    Pasal reunion kamu tu, kalau pengurusan (+pengurus2) kamu da maklum pasal keadaan kau, ok lah. Janji ada follow-up bah.

    Yang aku kritik n persoal ni bila langsung xberhubung terus, hentam belakang cakap itu ini. Kenapa xbuat itu ini, kenapa xjadi buat itu ini n etc. Kalau direct nda apa.. Ni aku tau lepas orang bagitau. Sapa xsakit hati. Mula2lah, ehe.. Sabar, ada hikmahnya tu. Silap & lemah dari aku kah macam tidak dapat puaskan hati semua orang dan banyak perancangan yang jadi 'syok sendiri'.

    Aku bukan mo syok sendiri. Selain aku yang buatkannya jadi syok sendiri bila langsung xda maklumbalas, uhu.

    ReplyDelete
  3. muda2han reunion kmi menjadi=)

    ReplyDelete

Saya mengalu-alukan komentar anda semua. Terima Kasih!