Paparan Paling Seksi Sakti | Skrin 1280 x 800 | Browser Mozilla Firefox | OS Ubuntu Linux

FIDE WOMENS WORLD CHESS CHAMPIONSHIP 2017 (TEHRAN)

Sunday, March 28, 2010

Tamu, Raket & Bas

Alhamdulillah, akhirnya tercapai juga hasrat untuk outing di hujung minggu setelah sekian lama menginjak kaki di bumi Tenom ni...

Apa? Baru pertama kali dapat outing?!

Muahua3. Iya, betul ni. Petang tadi barulah aku betul2 dapat outing. Membeli-belah..

Sudah lama para guru & kenalan bertanya, "Sudah pernah pergi Tamu kah Mizul?".

Jawapanku, 'hampa'. "Belum pergi lagi cikgu, ehe3..".

Aku bukannya sengaja tidak mahu ke sana. Memang aku mahu ke sana. Melihat dari dekat bagaimana suasana Tamu di Tenom ni. Tapak Tamu tu memang selalu dilihat tapi di hari2 lain.

Dan semalam, aku memasang lagi angan untuk ke sana. "Lepas cuci tandas, cuci dapur, basuh baju & masak, aku akan segera ke sana.." getus niatku itu. Dan aku tersenyum2 sebab ada 'plan'/tujuan lain dalam mengambil kesempatan ke sana. 'Plan' untuk masa akan datang, ehe.. x]

Malangnya, aku terlewat. Sedar tidak sedar, jam sudah menginjak 11 pagi. Belum mandi lagi tu masa tu. Campur dengan masa menunggu bas & perjalanan ke sana lagi, aku hanya berpeluang untuk melihat mereka membungkus barang berdagang mereka. Tawar harga murah2 pun dah tak sempat..!

Nda apa, aku masih lama lagi berada di Tenom ni Insya-Allah. Tamu ni tetap akan ada setiap minggu. Masih ada peluang. Cuma minggu depan mungkin aku tidak ke Tamu sebab ingin berkunjung ke Pesta Kalimaran atau Hari terbuka Taman Pertanian Sabah hujung minggu nanti. Masing2 pada 02-04 April & 03-04 April. Pesta tu setahun sekali. Hari terbuka tu nda pasti pula..

Tujuan utama outing kali ni sebab mahu membeli barang2 dapur. Lauk dah habis. Plastik sampah pun dah habis. Ohya, mahu beli minyak gas (kerosin) lagi untuk bakar sampah, hua2. (Dilarang membakar sampah di tempat terbuka..:])

Masa lalu di sebuah kedai tu, nampak pula barangan sukan. Nah, terdetik pula mahu membeli raket. GB (Guru Besar) dah berapa kali tanya kalau ada sudah raket. Aku pun berfikir, daripada GB bawa aku jogging pusing2 masuk Taman Pertanian, bagus aku 'mengeluarkan peluh' lawan dia main Badminton..ehe3. Dah lama nda main badminton. Nda sudah dapat smash sampai rosak shuttle mengkali ni, hi3.

Aku pun belilah dua raket. Raket tu walaupun murah, ianya ringan. Raket ringan yang sedap untuk buat smash, ehe. Campur sekali dengan tiga shuttles, semuanya RM60.50. Huh, kena pergi atm ni balik. Nda cukup weh beli barang dapur, hua2.

Seusai membeli belah, aku pun kembali ke bus stand (sekitar 5 petang) melilau penuh harapan jikalau ada bas yang ke Lagud Sebrang. Tangan dua2 'penuh' membawa barang. Huhh, aku terlepas bas. Syukur ada seorang pakcik tu yang balik ke Pertanian. Tumpang dengan dia lah. Lega sangat bila tanya tambang, dia jawap RM3 ja, ehe. Kalau dia minta RM5/RM10 ka, aku tak kisah juga. Tu lagi berbaloi dari teksi RM25. Boleh sampai KK tu kalau ikut Nui Luk..!

Tak rugi ikut pakcik tu sebab dapat ikut jalan2 masuk kampung yang belum pernah lagi aku masuk. Ada penumpang yang ingin dihantar. Tinjau2 mencuci mata, satu hipotesis terhasil. Bumi Tenom ini memang sangat subur. Pernah nampak dalam ladang sawit, ada kebun betik, kebun koko, ada kebun jagung, pisang & getah di sekitarnya? Betik tu tingginya mcam aku ja. Tapi dah lebat berbuah. Hasil kejuruteraan genetik / bioteknologi..  

Apapun, keperluan untuk dapur, sukan & meja pejabat dah aku beli. Esok kerja dah. Aku mahu meja kerja aku tampak lebih kemas sekemas orang yang duduk bekerja menghadap laptop ja hari2 situ. Aku mahu 'bersaing' dengan guru2 & kerani, meja siapa yang paling 'menawan' & 'ideal', muahua3!

Pada yang mula bekerja esok, selamat bekerja! Semoga kita dapat melaksana tugas kita dengan penuh semangat, menunaikan tanggungjawab kita dengan penuh rasa amanah.. ;D 

Saturday, March 27, 2010

MSSDT 2010 (2)

"Tiada yang terbaik selagi boleh dibaiki"

Ringkas kata2 di atas tapi punya satu motivasi yang cukup mendalam. Tapi untuk tidak memberikan tekanan berlebihan pada diri aku, kita bersungguh membuat yang terbaik adalah memadai. Suatu masa nanti, biarlah 'waris2' kita yang menyambung dan membaiki lompang yang ada. Kesilapan/kelemahan selalunya disedari semasa kita telah selesai melakukan sesuatu.

Syukur diperingkat ini, aku tidak terlibat sebagai Pegawai Teknikal Padang & Olahraga. Bukan sahaja dek panas yang makin menjadi2 masa tu, tapi kerana ceteknya ilmu. Mereka yang terlibat diperingkat ini ramai yang kekal terlibat diperingkat MSS Bahagian nanti.

Kali ni aku terlibat di Bahagian Peralatan & Logistik. Diperingkat Bahagian, masih dibahagian yang sama dengan nama baru. Bahagian Peralatan, Logistik & Arena Pertandingan. Pengalaman semasa diperingkat daerah banyak membantu keadaan semasa diperingkat bahagian. Terutama senarai peralatan dan siapa2 yang meminjamnya. Lagi best, dapat guna walkie-talkie bawa jalan2, aha..

Secara menyeluruh, kelemahan diperingkat daerah dan bahagian 'bertimbal-balik'. Mesti ada barang yang hilang atau tidak dapat dikesan. Syak melalui senarai peminjam jelah. Kalau kata mesti ambil juga dari diorang, takkan aku kena pergi sekolah2 jumpa tuntut tu, uhu.. Sudahlah tiada kenderaan sendiri.. Pinjam barang yang tiada dalam senarai pun masih ada. Sukarelawan ni ikut arahan ja. Kesian diorang, ehe..

Apapun, syabas & tahniah buat para atlet, kontinjen, petugas & semua pihak yang terlibat dalam menjayakan MSSDT sampailah ke MSSBP. Sukan semasa daerah memang meriah, sangat sibuk & terasa kepadatannya.. Pertandingan merebut kejuaraan jelas terasa debarannya.. Tahniah kepada SMK Kemabong, SMK Tenom, & SMK Entabuan yang masing2 meraih Johan, Naib Johan & Ketiga..

Diperingkat bahagian pula, kekuatan kontinjen Keningau seakan menjadi tradisi. Kalau bukan Keningau, Tambunan lah yang akan mendominasi gelaran Johan. Namun cabaran tetap ada dari Tenom dan Nabawan. Sebab itu banyak acara yang dipecahkan rekodnya dan ada acara yang balik2 pecah rekod dalam satu pusingan sahaja. Memang mantop (mantap+meletup)..

Dan aku tidak akan lupa sorakan semangat kontinjen Keningau yang membawa memoriku ke MSSSM Negeri hampir 8 tahun yang lalu.. Masa tu jadi sukarelawan ja..

"Ke...ning...ngau... Kuat punya..!"

Majulah sukan untuk keunggulan diri. d(^^,)

Thursday, March 25, 2010

SEMAK PENYATA GAJI FS (SABAH)

Saya kongsikan pada semua rakan langkah2 untuk menyemak penyata gaji FS seperti yang dimaklumkan baru2 ni. Kebetulan hari ni jadual saya padat oleh Mesyuarat (Pentadbiran Sekolah + Pusat Sumber Sekolah) ja', maka saya pun luangkanlah masa ni untuk membuat benda ni. Kurang2, ada juga masuk report kan.. x) Semoga bermanfaat & membantu ya..! ;D

Langkah 1: Masuk ke laman web Jabatan Akauntan Negara Malaysia (pastikan Negara Malaysia ya.. x>)

KLIK SINI

Langkah 2: Klik 'e-maklum' di sebelah kiri halaman.. (klik imej untuk membesarkannya)



Langkah 3: Tetingkap baru E-Maklum akan terbuka. Isikan No. Kad Pengenalan & Nama penuh diruang yang disediakan..



Langkah 4: Paparan berikut akan muncul. Isikan tarikh mula (20 Jan 2010) dan tarikh akhir (tarikh pada hari anda menyemaknya) diruang yang disediakan. Kemudian, pilih 'NO. EFT', dan klik 'Papar Hasil Carian'.



Langkah 5: Satu jadual baru berwarna biru akan muncul. Sila rujuk gambarajah di bawah..



Langkah 6: Tetingkap baru akan muncul. Isikan no. akaun yang anda gunakan.. Rujuk gambarajah di bawah..



Langkah 7: SIAP!!! ;D Anda boleh terus ke kedai Shopping, atau membayar 'ulang bulan' bil-bil anda..! xD


Selamat mencuba & semoga berjaya! d(^^,)

Thursday, March 18, 2010

ExSMATS: Tawaran sebagai Ahli Majlis J/kuasa Penaja

1. Baru2 ini, saya telah memaklumkan darihal tawaran sebagai Ahli Majlis J/kuasa Penaja bagi suatu organisasi khusus untuk Alumni SMATS kepada semua ExSMATS. Organisasi khusus yang diketengahkan/diusahakan sekarang ialah Persatuan Alumni SMATS atau akronimnya PASMATS. Tawaran tersebut pula adalah terhad kepada 31 orang sahaja buat masa ini dan akan dibuka semula mengikut keperluan.

2. Lama dahulu, saya pernah mewar2kan pasal siapa2 yang mahu menjadi ahli (AJK/Organisasi) Persatuan Alumni SMATS (PASMATS). Itu BELUM RASMI. Sebab, tidak ada mesyuarat yang boleh menjustifikasikan secara rasmi di kalangan alumni siapa jadi A, siapa jadi B. Yang kekal, saya seorang sebab ramai yang masih 'menaruh harapan' kepada saya untuk mengetuai rancangan kita untuk menubuhkan satu badan alumni. Mahu tidak mahu, saya menggunakan nama seperti 'Pengerusi AJK Penubuhan PASMATS' & sekarang 'Pengerusi Penaja PASMATS'. Kalau di carta organisasi pula (dalam kertas kerja), 'Presiden PASMATS'.

3. Masa terus berlalu. Saya terus mendapat banyak input/info yang berguna untuk melakukan prosedur yang macam mana untuk menubuhkan satu persatuan secara rasmi, secara berdaftar. Kata kuncinya ialah Pendaftar Pertubuhan (ROS). Ini juga hasil perbincangan atau tukar2 cerita di kalangan alumni yang lain..

4. Kita fokus tiga benda dalam satu masa. a) kita suburkan usaha2 untuk beraktiviti di kalangan alumni, b) menyedia selengkap mungkin 'data2' untuk perbincangan lanjut/khas dengan pihak sekolah (bagi menunjukkan komitmen, usaha & tahap pengetahuan kita untuk tubuhkan persatuan alumni), dan c) kita telah bersedia sepenuhnya untuk menghantar permohonan kepada ROS.

5. Semua tahu yang matlamat utamanya ialah menubuhkan secara rasmi persatuan ini. Sekali lagi, secara rasmi. Kita boleh terus beraktiviti tanpa kewujudan persatuan ini secara rasmi. Tiada halangan. Tapi sampai bila? Kalau setakat reunion di kalangan kita ja, itu xperlu PASMATS. PASMATS bukan hanya untuk ber-reunion. Wujudnya persatuan merupakan bukti depan mata yang kita punya kesatuan. Nda kan lah kita mahu kesatuan yang underground atau illegal pula kan. Nanti banyak masalah yang bukan ciput2 punya melanda kita.

6. Untuk menubuhkan PASMATS, perlu ada permohonan. Mohon 'restu' dari alumni & pihak sekolah, dan mohon 'dirasmikan' oleh ROS.

7. Di kesemua peringkat tadi tu perlu ada satu bayangan Carta Organisasi. Ini perlu untuk menjustifikasikan yang kita telah berbincang & bersetuju untuk menubuhkan PASMATS di kalangan kita. Setiap persatuan perlu ada penggerak. Secara mudah, orang dalam Carta Organisasi itulah yang menggerakkan persatuan tersebut. Justeru, satu perbincangan khusus perlu diwujudkan. Dalam erti kata lain, kita bermesyuarat.

8. Baik, sekarang ialah mengenai surat tawaran lantikan sebagai ahli Majlis Jawatankuasa Penaja PASMATS. Ada beberapa persoalan timbul; a) Untuk apa Majlis Jawatankuasa Penaja ini?, b) Apa bezanya dengan Ahli Jawatankuasa PASMATS?, dan c) Kenapa si polan yang dapat tawaran ini, yang lain? Di bawah ni jawapannya:-

a) Majlis Jawatankuasa Penaja ini perlu wujud untuk menyokong penubuhan PASMATS. Dalam erti kata lain, mereka2 dalam majlis tu lah yang secara rasminya MENAJA PASMATS untuk ditubuhkan. Taja nda semestinya pakai duit walau maksudnya lebih ke arah 'guna duit'. Dalam erti kata lain, Ajk Tajaan mesti 'minta duit' dalam suatu program kan, ehe.

b) Beza utama antara menjadi ahli Majlis Jawatankuasa Penaja PASMATS dan Ahli Jawatankuasa PASMATS ialah PEMILIHANNYA. Yang Penaja, prosesnya boleh dilantik oleh individu/sukarela. Dan perlu ada kesepakatan. Sedangkan AJK PASMATS pula, prosesnya ialah melalui pemilihan khas sama ada mesyuarat agung/khas. Secara mudah, wujud yang dicalonkan, calon2, jawatan2 yang dipertandingkan dan undi2 dari SEMUA ahli. Kalau Penaja, nda perlu semua ahli.

c) Yang ditawarkan tu adalah berdasarkan maklumbalas/respon & penilaian yang dilakukan terhadap calon. Walaupun nda secara kritikal, kami cuba sebaiknya mempertimbangkan individu2 yang sukarela, ada kebolehan, dan ada keperluan. Pertimbangan juga berdasarkan 'pengalaman lalu'. Contohnya, Affendy, Rosmawati & Nadzurah ditawarkan sebab dalam senarai laaama dahulu ada namanya (Bendahari Kehormat, Timbalan Presiden & Bahagian Informasi). Hanif, Hamimi & Shahira pula, sebab mereka 'orang kuat' alumni SMATS di Semenanjung. Begitu juga yang lain. Masing2 ada sebabnya tersendiri.

9) Majlis Jawatankuasa Penaja ini akan automatik bubar selepas Mesyuarat Agung Tahunan (AGM) yang dihadiri oleh semua ahli/perwakilan yang mana antara agenda utamanya ialah membuat pemilihan sof kepimpinan PASMATS & lantikan secara rasmi. Jadi secara mudah sebagai contoh, saya yang menjadi Pengerusi Penaja PASMATS ini BELUM TENTU menjadi Presiden atau Yang Dipertua (& apa2 nama lah untuk menjadi ketua) PASMATS sebab ahli2/perwakilan lah yang menentukan kedudukan jawatan itu. Begitu juga dengan jawatan lain dalam Majlis Penaja tu. Ala2 Pilihanraya lah kita ni.. x)

10) Bila dah sampai masanya & senarai yang 'bersetuju dengan tawaran lantikan' tu dah tersedia, maka satu mesyuarat khas ahli dalam majlis penaja akan dibuat sesegera yang boleh. Pilihan terbaik yang relevan ialah, online meeting.

11) Akhir kata, moga tulisan ini memberikan input yang baik buat perkongsian bersama. Kepada yang ditawarkan, TAHNIAH saya ucapkan d(^^,). Kepada yang tidak ditawarkan secara khusus, jangan bersedih. Di mana ada kemahuan, di situ ada jalan. Bersama2lah kita terus menyumbang bakti dan peranan dalam misi yang dikongsi-hasrat oleh semua warga SMATS ini. Keep in touch and together we are creating history ;')

Monday, March 15, 2010

Reunion ExSMATS: Hanya batch ke-3 sahaja?

1. Saya merasa terpanggil untuk mengulas sedikit mengenai beberapa perkara yang berkisar di sekitar persoalan isu di atas. Mungkin ianya remeh dan temeh tetapi penting bagi kami untuk memberikan pencerahan buat renungan bersama.

2. Reunion merupakan aktiviti popular dikalangan ExSMATS sejak kebelakangan ini. Ini situasi yang positif. Namun agak malang bila kita terlalu fokus untuk beraktiviti semata2 untuk ber-reunion sahaja.

3. Apa antara sebab 'gah-nya' rancangan reunion batch ke-3 SPM 2006 ini? Pada saya, ianya terletak pada dua perkara yang menjadi katalis perancangan mereka. Pertama; Reunion ExSMATS 1st Batch di semenanjung yang diadakan pada tahun lalu dan kedua; Ramai yang tidak menjadi 'penunggu'.

4. Apa kaitan rancangan reunion 3rd batch SPM 2006 ini dengan reunion 1st batch SPM 2004 khas semenanjung Malaysia? Antara jawapannya ialah kerana ada timbul sedikit 'fahaman' bahawa kedua2 aktiviti ini ditaja, dirangka dan dilaksana oleh satu badan organisasi yang sama. Secara mudah, ianya dikaitkan dengan Persatuan Alumni SMATS (PASMATS) yang masih belum berdaftar secara rasmi. Pemahaman ini adalah kurang tepat. (saya tidak mengulas panjang hal PASMATS buat masa ini di sini.)

5. Justeru, banyaklah soalan dan luahan yang kami diterima seperti berikut; "Eh, 1st batch ja kah bang? Batch2 lain tiadakah?", "Ni untuk 1st batch ja bah kan. Junior2 bila?", dan "Kalau buat aktiviti, harap junior ndalah dipinggirkan ya bang senior..".

6. Jawapan saya, kedua2 aktiviti itu tidak bersangkut-paut secara langsung dengan PASMATS kerana PASMATS masih belum mempunyai kekukuhan terutama dari segi keanggotaan organisasi. Apa yang boleh diterima ialah, kedua2 aktiviti tersebut mempunyai sangkut-paut samada secara langsung ataupun tidak dengan mereka yang mahu bersama2 di dalam PASMATS menjadi PENDOKONG. Inilah had atau batasan yang boleh dikaitkan atau disandarkan antara aktiviti reunion/alumni kepada PASMATS.

7. Apa yang lebih tepat ialah, kedua2 aktiviti tadi merupakan inisiatif alumni yang berkenaan. Ya, memang benar PASMATS pernah mewar-warkan idea ber-reunion ini tetapi tidak bermaksud untuk menjadi penganjur utama. Reunion 1st batch di semenanjung merupakan inisiatif, usaha, kerja keras dan kerjasama alumni yang berkenaan di sana. Begitu juga halnya dengan reunion 3rd batch ini. PASMATS hanya membantu di sebalik tabir di mana yang termampu melalui beberapa saluran perhubungan seperti Group SMATS di Friendster, Facebook, dan SMS.

8. Apa yang saya maksudkan "Tidak ramai yang menjadi 'penunggu' "? Kita ambil contoh agenda reunion 3rd batch sebagai contoh terdekat. Bagaimana agenda 3rd batch telah mencapai tahap yang sekarang? Dari mana timbulnya idea reunion di sana, kutip duit, si polan Ajk-nya, malah siap online meeting lagi..?. Secara mudah, ketika A mengeluarkan idea untuk buat reunion sesama mereka, maka datanglah maklumbalas AKTIF dari B, C, D dan seterusnya bagi sama2 berbincang dan memperincikan lagi rancangan mereka. Dari situ wujudlah pecutan usaha untuk menjayakan agenda mereka.

9. PASMATS sentiasa mengalu2kan mana2 alumni atau warga SMATS yang ingin membuat sebarang aktiviti bersama, atau turut terlibat melibatkan diri dalam mana2 kegiatan yang berfaedah. Jika ada aktiviti yang ingin dilakukan, buatlah hebahan supaya PASMATS, alumni dan warga yang lain dapat menghulur bantuan, nasihat dsb yang termampu. Sebagai contoh, reunion 3rd batch merupakan reunion untuk 3rd batch sahaja. Tapi tidak salah untuk kita bertanya khabar mengambil tahu dan berkongsikan pengetahuan, pengalaman yang kita ada untuk mereka kerana manfaatnya besar.

10. Diharap tulisan ringkas ini mampu menjelaskan mana2 ketidakfahaman atau menghuraikan mana2 kekusutan yang wujud. Moga2 memberikan kebaikan bersama dan jika ada pertanyaan lanjut, bolehlah berhubung terus dengan saya. Kepada yang bakal ber-reunion atau ingin ber-reunion lagi, selamat ber-reunion kami ucapkan!


MOHD. SAMIZUL BIN SAMAD
Pengerusi Penaja
PASMATS

Saturday, March 06, 2010

MSSDT 2010 (1)

Majlis Sukan Sekolah-Sekolah atau ringkasnya MSSS (atau MSS) aku kenal sepenuhnya bila menginjak kaki ke sekolah menengah hampir 10 tahun yang lalu.

Ini membuktikan aku sememangnya pasif dalam arena sukan semasa di sekolah rendah. Oh, tidak juga. Aku pernah menjadi wakil kelas 5 Wira (Wira FC) dalam suatu perlawanan bola sepak. Penganjurannya terbuka dan tidak bermusim. Ada yang mahu main, dipersilakan menghantar wakil. Sudah tentu dengan yuran2nya sekali. Pada kami, ianya berbaloi kerana perlawanan tersebut melibatkan budak2 sekolah menengah sekali! Malah ada yang jauh lebih dewasa menjadi 'ayam tambatan' mereka.

Tinggalkan seketika kenangan dalam dunia sukan alam sekolah rendahku ini.

Sebab kita sekarang mengikuti cerita sukan alam pekerjaanku pula, muahua3! xD

Ok, MSS Daerah Tenom berlangsung pada 22-25hb Februari yang lalu. Minggu lepas. Minggu selepas cuti Tahun Baru Cina.

MSSDT kali ni, aku terlibat bukan sebagai atlet ataupun jurulatih. Aku cuma diamanahkan untuk menjadi salah satu Ajk Bahagian Pengelola iaitu Bahagian Peralatan & Logistik. Sungguh, inilah pengalaman pertamaku terlibat dalam gerakerja program seumpama ini selepas selesai pengajian di kampus.

Aku ingin berkongsi sedikit pandangan mengenai pengalaman ini. Kalau mahu tahu pasal siapa johan, siapa menang, & lain2 yang ala2 laporan sukan tu, silalah melawat laman web sekolah aku (tempat bertugas) ya naaanti. Klik ja gambar logo sekolah di kolum tengah laman aku ni, ehe..

Aku sedikit kekok bila diberikan tugasan ini. Sama seperti ketika sukan diperingkat Zon 3 Entabuan dulu, jadi Pengadil Balapan. Satu peraturan pasal kepengadilan ni aku langsung xtahu. Apapun, kunci bertanya dan hilangkan rasa malu menjadi penawar resah. Otai2 masih ada bah sana, ehe.

Aku kekok bukan kerana situasi pengurusannya. Aku mudah 'mesra' dengan orang bila berurusan. Ala2 formal gitu. Skema orang kata. Ala, yang orang kebiasaannya anti tu, muahua3. Aku suka ala2 formal sebab aku rasa hati puas. Adaptasi dari kata2. "Bila kita bercakap benar, kita tidak perlu untuk mengingat kembali apa2.." (When you talk the truth, then no need for you to remember anything). Lebih kurang camtu lah maksudnya, ehe.. Aku kekok bab alat2 dan barang2 kegunaan sukan itu sahaja.