Paparan Paling Seksi Sakti | Skrin 1280 x 800 | Browser Mozilla Firefox | OS Ubuntu Linux

FIDE WOMENS WORLD CHESS CHAMPIONSHIP 2017 (TEHRAN)

Thursday, March 18, 2010

ExSMATS: Tawaran sebagai Ahli Majlis J/kuasa Penaja

1. Baru2 ini, saya telah memaklumkan darihal tawaran sebagai Ahli Majlis J/kuasa Penaja bagi suatu organisasi khusus untuk Alumni SMATS kepada semua ExSMATS. Organisasi khusus yang diketengahkan/diusahakan sekarang ialah Persatuan Alumni SMATS atau akronimnya PASMATS. Tawaran tersebut pula adalah terhad kepada 31 orang sahaja buat masa ini dan akan dibuka semula mengikut keperluan.

2. Lama dahulu, saya pernah mewar2kan pasal siapa2 yang mahu menjadi ahli (AJK/Organisasi) Persatuan Alumni SMATS (PASMATS). Itu BELUM RASMI. Sebab, tidak ada mesyuarat yang boleh menjustifikasikan secara rasmi di kalangan alumni siapa jadi A, siapa jadi B. Yang kekal, saya seorang sebab ramai yang masih 'menaruh harapan' kepada saya untuk mengetuai rancangan kita untuk menubuhkan satu badan alumni. Mahu tidak mahu, saya menggunakan nama seperti 'Pengerusi AJK Penubuhan PASMATS' & sekarang 'Pengerusi Penaja PASMATS'. Kalau di carta organisasi pula (dalam kertas kerja), 'Presiden PASMATS'.

3. Masa terus berlalu. Saya terus mendapat banyak input/info yang berguna untuk melakukan prosedur yang macam mana untuk menubuhkan satu persatuan secara rasmi, secara berdaftar. Kata kuncinya ialah Pendaftar Pertubuhan (ROS). Ini juga hasil perbincangan atau tukar2 cerita di kalangan alumni yang lain..

4. Kita fokus tiga benda dalam satu masa. a) kita suburkan usaha2 untuk beraktiviti di kalangan alumni, b) menyedia selengkap mungkin 'data2' untuk perbincangan lanjut/khas dengan pihak sekolah (bagi menunjukkan komitmen, usaha & tahap pengetahuan kita untuk tubuhkan persatuan alumni), dan c) kita telah bersedia sepenuhnya untuk menghantar permohonan kepada ROS.

5. Semua tahu yang matlamat utamanya ialah menubuhkan secara rasmi persatuan ini. Sekali lagi, secara rasmi. Kita boleh terus beraktiviti tanpa kewujudan persatuan ini secara rasmi. Tiada halangan. Tapi sampai bila? Kalau setakat reunion di kalangan kita ja, itu xperlu PASMATS. PASMATS bukan hanya untuk ber-reunion. Wujudnya persatuan merupakan bukti depan mata yang kita punya kesatuan. Nda kan lah kita mahu kesatuan yang underground atau illegal pula kan. Nanti banyak masalah yang bukan ciput2 punya melanda kita.

6. Untuk menubuhkan PASMATS, perlu ada permohonan. Mohon 'restu' dari alumni & pihak sekolah, dan mohon 'dirasmikan' oleh ROS.

7. Di kesemua peringkat tadi tu perlu ada satu bayangan Carta Organisasi. Ini perlu untuk menjustifikasikan yang kita telah berbincang & bersetuju untuk menubuhkan PASMATS di kalangan kita. Setiap persatuan perlu ada penggerak. Secara mudah, orang dalam Carta Organisasi itulah yang menggerakkan persatuan tersebut. Justeru, satu perbincangan khusus perlu diwujudkan. Dalam erti kata lain, kita bermesyuarat.

8. Baik, sekarang ialah mengenai surat tawaran lantikan sebagai ahli Majlis Jawatankuasa Penaja PASMATS. Ada beberapa persoalan timbul; a) Untuk apa Majlis Jawatankuasa Penaja ini?, b) Apa bezanya dengan Ahli Jawatankuasa PASMATS?, dan c) Kenapa si polan yang dapat tawaran ini, yang lain? Di bawah ni jawapannya:-

a) Majlis Jawatankuasa Penaja ini perlu wujud untuk menyokong penubuhan PASMATS. Dalam erti kata lain, mereka2 dalam majlis tu lah yang secara rasminya MENAJA PASMATS untuk ditubuhkan. Taja nda semestinya pakai duit walau maksudnya lebih ke arah 'guna duit'. Dalam erti kata lain, Ajk Tajaan mesti 'minta duit' dalam suatu program kan, ehe.

b) Beza utama antara menjadi ahli Majlis Jawatankuasa Penaja PASMATS dan Ahli Jawatankuasa PASMATS ialah PEMILIHANNYA. Yang Penaja, prosesnya boleh dilantik oleh individu/sukarela. Dan perlu ada kesepakatan. Sedangkan AJK PASMATS pula, prosesnya ialah melalui pemilihan khas sama ada mesyuarat agung/khas. Secara mudah, wujud yang dicalonkan, calon2, jawatan2 yang dipertandingkan dan undi2 dari SEMUA ahli. Kalau Penaja, nda perlu semua ahli.

c) Yang ditawarkan tu adalah berdasarkan maklumbalas/respon & penilaian yang dilakukan terhadap calon. Walaupun nda secara kritikal, kami cuba sebaiknya mempertimbangkan individu2 yang sukarela, ada kebolehan, dan ada keperluan. Pertimbangan juga berdasarkan 'pengalaman lalu'. Contohnya, Affendy, Rosmawati & Nadzurah ditawarkan sebab dalam senarai laaama dahulu ada namanya (Bendahari Kehormat, Timbalan Presiden & Bahagian Informasi). Hanif, Hamimi & Shahira pula, sebab mereka 'orang kuat' alumni SMATS di Semenanjung. Begitu juga yang lain. Masing2 ada sebabnya tersendiri.

9) Majlis Jawatankuasa Penaja ini akan automatik bubar selepas Mesyuarat Agung Tahunan (AGM) yang dihadiri oleh semua ahli/perwakilan yang mana antara agenda utamanya ialah membuat pemilihan sof kepimpinan PASMATS & lantikan secara rasmi. Jadi secara mudah sebagai contoh, saya yang menjadi Pengerusi Penaja PASMATS ini BELUM TENTU menjadi Presiden atau Yang Dipertua (& apa2 nama lah untuk menjadi ketua) PASMATS sebab ahli2/perwakilan lah yang menentukan kedudukan jawatan itu. Begitu juga dengan jawatan lain dalam Majlis Penaja tu. Ala2 Pilihanraya lah kita ni.. x)

10) Bila dah sampai masanya & senarai yang 'bersetuju dengan tawaran lantikan' tu dah tersedia, maka satu mesyuarat khas ahli dalam majlis penaja akan dibuat sesegera yang boleh. Pilihan terbaik yang relevan ialah, online meeting.

11) Akhir kata, moga tulisan ini memberikan input yang baik buat perkongsian bersama. Kepada yang ditawarkan, TAHNIAH saya ucapkan d(^^,). Kepada yang tidak ditawarkan secara khusus, jangan bersedih. Di mana ada kemahuan, di situ ada jalan. Bersama2lah kita terus menyumbang bakti dan peranan dalam misi yang dikongsi-hasrat oleh semua warga SMATS ini. Keep in touch and together we are creating history ;')

1 comment:

  1. salam..panjg lebar ar..tp I like hehe..ermm lau ada apa2 gtau jak=)

    p/s:napa aku tpilih jd ajk penaja(musykill hehe)

    ReplyDelete

Saya mengalu-alukan komentar anda semua. Terima Kasih!