Paparan Paling Seksi Sakti | Skrin 1280 x 800 | Browser Mozilla Firefox | OS Ubuntu Linux

FIDE WOMENS WORLD CHESS CHAMPIONSHIP 2017 (TEHRAN)

Monday, March 15, 2010

Reunion ExSMATS: Hanya batch ke-3 sahaja?

1. Saya merasa terpanggil untuk mengulas sedikit mengenai beberapa perkara yang berkisar di sekitar persoalan isu di atas. Mungkin ianya remeh dan temeh tetapi penting bagi kami untuk memberikan pencerahan buat renungan bersama.

2. Reunion merupakan aktiviti popular dikalangan ExSMATS sejak kebelakangan ini. Ini situasi yang positif. Namun agak malang bila kita terlalu fokus untuk beraktiviti semata2 untuk ber-reunion sahaja.

3. Apa antara sebab 'gah-nya' rancangan reunion batch ke-3 SPM 2006 ini? Pada saya, ianya terletak pada dua perkara yang menjadi katalis perancangan mereka. Pertama; Reunion ExSMATS 1st Batch di semenanjung yang diadakan pada tahun lalu dan kedua; Ramai yang tidak menjadi 'penunggu'.

4. Apa kaitan rancangan reunion 3rd batch SPM 2006 ini dengan reunion 1st batch SPM 2004 khas semenanjung Malaysia? Antara jawapannya ialah kerana ada timbul sedikit 'fahaman' bahawa kedua2 aktiviti ini ditaja, dirangka dan dilaksana oleh satu badan organisasi yang sama. Secara mudah, ianya dikaitkan dengan Persatuan Alumni SMATS (PASMATS) yang masih belum berdaftar secara rasmi. Pemahaman ini adalah kurang tepat. (saya tidak mengulas panjang hal PASMATS buat masa ini di sini.)

5. Justeru, banyaklah soalan dan luahan yang kami diterima seperti berikut; "Eh, 1st batch ja kah bang? Batch2 lain tiadakah?", "Ni untuk 1st batch ja bah kan. Junior2 bila?", dan "Kalau buat aktiviti, harap junior ndalah dipinggirkan ya bang senior..".

6. Jawapan saya, kedua2 aktiviti itu tidak bersangkut-paut secara langsung dengan PASMATS kerana PASMATS masih belum mempunyai kekukuhan terutama dari segi keanggotaan organisasi. Apa yang boleh diterima ialah, kedua2 aktiviti tersebut mempunyai sangkut-paut samada secara langsung ataupun tidak dengan mereka yang mahu bersama2 di dalam PASMATS menjadi PENDOKONG. Inilah had atau batasan yang boleh dikaitkan atau disandarkan antara aktiviti reunion/alumni kepada PASMATS.

7. Apa yang lebih tepat ialah, kedua2 aktiviti tadi merupakan inisiatif alumni yang berkenaan. Ya, memang benar PASMATS pernah mewar-warkan idea ber-reunion ini tetapi tidak bermaksud untuk menjadi penganjur utama. Reunion 1st batch di semenanjung merupakan inisiatif, usaha, kerja keras dan kerjasama alumni yang berkenaan di sana. Begitu juga halnya dengan reunion 3rd batch ini. PASMATS hanya membantu di sebalik tabir di mana yang termampu melalui beberapa saluran perhubungan seperti Group SMATS di Friendster, Facebook, dan SMS.

8. Apa yang saya maksudkan "Tidak ramai yang menjadi 'penunggu' "? Kita ambil contoh agenda reunion 3rd batch sebagai contoh terdekat. Bagaimana agenda 3rd batch telah mencapai tahap yang sekarang? Dari mana timbulnya idea reunion di sana, kutip duit, si polan Ajk-nya, malah siap online meeting lagi..?. Secara mudah, ketika A mengeluarkan idea untuk buat reunion sesama mereka, maka datanglah maklumbalas AKTIF dari B, C, D dan seterusnya bagi sama2 berbincang dan memperincikan lagi rancangan mereka. Dari situ wujudlah pecutan usaha untuk menjayakan agenda mereka.

9. PASMATS sentiasa mengalu2kan mana2 alumni atau warga SMATS yang ingin membuat sebarang aktiviti bersama, atau turut terlibat melibatkan diri dalam mana2 kegiatan yang berfaedah. Jika ada aktiviti yang ingin dilakukan, buatlah hebahan supaya PASMATS, alumni dan warga yang lain dapat menghulur bantuan, nasihat dsb yang termampu. Sebagai contoh, reunion 3rd batch merupakan reunion untuk 3rd batch sahaja. Tapi tidak salah untuk kita bertanya khabar mengambil tahu dan berkongsikan pengetahuan, pengalaman yang kita ada untuk mereka kerana manfaatnya besar.

10. Diharap tulisan ringkas ini mampu menjelaskan mana2 ketidakfahaman atau menghuraikan mana2 kekusutan yang wujud. Moga2 memberikan kebaikan bersama dan jika ada pertanyaan lanjut, bolehlah berhubung terus dengan saya. Kepada yang bakal ber-reunion atau ingin ber-reunion lagi, selamat ber-reunion kami ucapkan!


MOHD. SAMIZUL BIN SAMAD
Pengerusi Penaja
PASMATS

2 comments:

  1. kalau ada reunion untuk pasmats pun ok juga..tp sebenarnya aku masih lagi menunggu2 kalau2 plan yg kita bincang hr tu menjadi..psl mo buat pengenalan tentang U yg ada skg ni utk junior2 kita d SMATS..mcm program 'selangkah ke alam universiti' la bha lebih kurang..lagipun kbykn pasmats kita ambil mcm2 bidang sudah.. nnt bincang2 dl sama AJK2 pasmats r..jgn la jadi mcm kita dulu,sudah mo masuk U nda taw mo pilih kos apa.sekurang2nya bila kita ada program bgitu,blh tlg adik2 kita.. sekolah lain sudah lama buat, smats bila lg?:)

    ReplyDelete
  2. Salam...

    Iya, masih segar rancangan itu difikiranku. Tambah2 segar bila Hilmi Hijazi ada pos pasal tu di Wall SMATS.

    Buat masa skrg, kita fkus pmbntukn Mjlis Penaja dlu. Lps dah tbntuk, Mjlis Penaja akn mesyrt utk tntukn pa aktvt tdekat yg ble kita buat. Dr situ kita akn pecut. & aku fikir, cdgnmu ini adlh yg tbaik untuk d buat d SMATS mnjelang exam mereka dlm tahun ni..

    3rd batch kn xlma lg mo reunion. Jd, bg laluan utk tu dlu la..ehe..

    Papun, ikuti sntiasa ya pkmbgn di FB, ehe . Trimas ats cdgn bernas ;)

    ReplyDelete

Saya mengalu-alukan komentar anda semua. Terima Kasih!